Bab 22

11.5K 342 1
                                    

Setelah empat jam bertarung sakit dan 20 minit di dalam wad bersalin untuk melahirkan buah hati mereka , Izz Ilham menolak kerusi roda yang diduduki isterinya ke dalam ward.

" sayang.. meh abang tolong. " ucap Izz Ilham sambil menarik besi yang berada pada roda kerusi roda supaya tak bergerak. Tubuh Dhia Aryana dicempung lalu diletakkan diatas katil.

" abang ni sampai dukung-dukung pulak. " kata Dhia Aryana lalu membetulkan posisi baringnya supaya lebih selesa.

" takpelah. Sayang dah penat bertarung nyawa untuk lahirkan anak-anak kita tadi. Thanks sayang.. " ucap Izz Ilham sambil mengusap rambut isterinya.

Dhia Aryana hanya tersenyum.

" dah.. now. Sayang rehat puas-puas. Tidur cukup-cukup tau. " ucap Izz Ilham sambil mencium dahi isterinya.

Dhia Aryana mengangguk lalu memejamkan mata. Penat. Memang penat.

***

Dhia Aryana membuka matanya perlahan-lahan. Telinganya menangkap bunyi riuh-rendah dan suara tangisan bayi. Apabila matanya terbuka luas , kelihatan mamanya dan keluarga mentuanya berada di sisi.

" eh.. sayang dah sedar? " ucap Izz Ilham sebaik sahaja melihat mata isterinya terbuka. Dhia Aryana hanya senyum manis.

Sebaik sahaja itu , dahinya dicium.  Dhia Aryana pandang gelaran yang menciumnya. 
" mama..  " ucap Dhia Aryana. 

" tahniah sayang.  Dah jadi mummy orang dah anak mama ni.  " ucap Puan Leha. 

Dhia Aryana tersenyum. 

" thank you ma..  "

" Aryan..  Tahniah ae.  Thank you bagi mama cucu.  Sepasang pulak tu!  " ucap ibu Izz Ilham pula. Ibu mertuanya itu asyik mencuit hidung si abang. 

" abang..  Sayang nak duduk.  " pinta Dhia Aryana. 

" ouh..  Kejap-kejap.  " balasnya.  Dia bangun lalu menekan button tepi katil isterinya supaya dilaraskan dalam keadaan duduk.  Sambil itu , dia membantu isterinya yang masih lemah. 

" apa nama cucu-cucu mama ni Izz " soal Datin Hasniza.  Ibu Izz Ilham. 

Dhia Aryana dan Izz Ilham saling berpandangan.

" Rayyan Mikail bin Izz Ilham and Raissa Mikayla bt Izz Ilham.  " ucap mereka serentak. 

" nice name.  " puji ibu mereka serentak. 

" mama nak panggil apa ni?  "

" Kayla. Mika.  " balas Izz Ilham. 

" ouh!  Sedap nama dia..  " ucap ibu Dhia Aryana dan Izz Ilham serentak.

Tiba-tiba Raissa Mikayla yang berada di pangkuan Puan Leha merengek. 

" ala.. Ala..  Dia nak susulah.  Takpelah mama keluar dulu.  Adik menyusukanlah.  " ucap Puan Leha sambil menghulurkan Raissa Mikayla. 

" mama pun nak keluarlah.  Nak pergi makan. " ucap Datin Hasniza pula. Rayyan Mikail diberikan kepada Izz Ilham. 

Dhia Aryana menatap wajah anak-anaknya silih berganti. Tiba-tiba ada cecair jernih yang mengalir dipipinya. 

" sayang..  Kenapa ni?  Sakit ke?  " soal Izz Ilham kalut. 

Perlahan-lahan Dhia Aryana menggeleng. 

" takdeklah.  Sayang cuma terharu.  Tak sangka yang kita dah ada anak.  Kembar pulak tu. " ucap Dhia Aryana membuatkan Izz Ilham tersenyum.

" abang pun sayang.  Abang dapat azan dan iqamat anak-anak abang sekaligus. "

Lantas tangan kasar Izz Ilham mengelap airmatanya isterinya yang jatuh berjujuran. 

" abang..  " panggil Dhia Aryana. 

" ye.  "

" Kayla dah tidur.  Meh Mika pulak.  " ucap Dhia Aryana.

Izz Ilham meletakkan Rayyan Mikail diatas peha Dhia Aryana lalu mengambil Raissa Mikayla didalam dakapan isterinya.

Bukan Yang SempurnaWhere stories live. Discover now