Bab 14

11.2K 389 1
                                    

Sakit kepala Izz Ilham semakin hari semakin teruk , sehinggakan pernah sekali dia pengsan di rumah tanpa pengetahuan Dhia Aryana.

Dhia Aryana yang terlebih dahulu tiba di rumah , terus memasak untuk suaminya yang akan pulang sedikit lewat.

Apabila bunyi enjin kereta Izz Ilham berbunyi , Dhia Aryana terus menerpa ke pintu masuk.

Wajah Izz Ilham yang begitu sunggul dipandang. Rambutnya juga tidak kemas.

" abang.. abang dah makan? " soal Dhia Aryana lembut dan mengambil beg kerja suaminya.

Izz Ilham menggeleng.

" kalau macam tu , jom makan. Sayang dah masak. " pujuknya lembut.

" taknak. "

" jomlah abang.. sayang masak lauk favorite abang ni. "

" taknak. "

" jomlah bang. Okey.. abang naik pergi mandi and solat dulu , lepastu abang turun kita makan sama-sama ae. " manja Dhia Aryana.

" kau faham tak aku kata taknak! Taknak! Apa masalah kau nak paksa-paksa ni?! " tengking Izz Ilham.

Dhia Aryana terkejut. Inilah kali pertama dia dimarahi dan ditengking begitu teruk oleh Izz Ilham.

Dhia Aryana terus menjarakkan diri dari Izz Ilham.

Izz Ilham meramas rambutnya ke belakang dan terus memanjat tangga naik ke atas.

Dhia Aryana terdiam. Airmatanya menitis perlahan. Kenapa? Kenapa dia berubah? Apa yang telah Dhia Aryana lakukan? Apa yang telah meracuni akal fikiran suaminya?

***

Izz Ilham meletakkan handphonenya di atas sofa hadapan , dia kembali ke dapur untuk ke bilik air.

Sejak dua menjak ini , dia semakin kurang bercakap dengan Dhia Aryana. Bukan kerana menyampah , bukan kerana benci. Ada sesuatu yang disorokkannya. Dia tak mahu Dhia Aryana risau. Dia sayang wanita itu setulus hatinya.

" mana pulak handphone aku ni? " bicara Izz Ilham sendiri. Puas dia memikirkan dimana letaknya handphone dia.

" aku rasa aku letak dalam poket. " sambungnya.

" ni ha lah. Kan abang letak atas sofa waktu pergi toilet tadi. " sampuk Dhia Aryana yang entah dari mana.

Izz Ilham mengambilnya dan mengucapkan terima kasih. Dia terus berlalu ke arah pintu seperti tiada apa yang berlaku.

" ouh! Lagi satu. Awak pergi kerja sendiri ae. Saya maybe balik lambat. Tak payah tunggu saya and tak payah masak. " ucapnya dan menoleh seketika. Perjalannya diteruskan.

Dhia Aryana sedikit tersentak. Semudah itu? Mana perginya panggilan sayang-abang yang sentiasa meniti di bibirnya.

Dhia Aryana mencapai kunci kereta Alzanya. Dia cuba menahan airmata yang sedang berebut untuk mengalir.

***

Seperti yang dikatakan , Izz Ilham pulang lewat ke rumah. Paginya Izz Ilham dan Dhia Aryana bersiap seperti biasa.

Tie yang tersarung di leher Izz Ilham dibela beberapa kali oleh dirinya sendiri. Dia seperti lupa cara memakainya. Tanpa sedar Izz Ilham mengeluh perlahan.

Dhia Aryana mendekati tubuh itu. Tangannya bermain di leher lelaki itu. Tie itu sudah rapi diletakkan.

Dhia Aryana tersenyum setelah melakukan itu.

" awak nak makan apa balik nanti? " soal Dhia Aryana lembut memecahkan ratapan mata Izz Ilham.

" saya tak balik. Tak payah masak. " ucapnya sambil hendak berlalu.

Pergelangan tangannya sempat dipegang Dhia Aryana.

" abang.. cuba bagitahu apa yang buat abang busy sangat ni? "

" tak perlu tahu hal aku! "

" tapi... " baru sahaja lidahnya Dhia Aryana hendak berbicara. Ayatnya sudah dipotong.

" aku kata tak perlu tahu hal aku!! " tengking Izz Ilham sambil menampar pipi kanan Dhia Aryana. Dia terkelu dan terkejut.

Dhia Aryana terjatuh. Tangannya memegang pipinya yang terasa pijar. Sakit. Pedih. Airmatanya berjujuran keluar.

Izz Ilham terkejut. Dia keluar dari bilik mereka. Tidak sanggup rasanya dia melihat wanita yang dicintai mengalirkan airmata. Apatah lagi wanita itu sedang mengandungkan benih cinta mereka.

Hellooo! Saya ada publish AKU BUKAN ISTERI SIMPANAN 2 !!! Jemput baca!

Bukan Yang SempurnaWhere stories live. Discover now