Bab 20

12.7K 343 8
                                    

Sejak mengetahui tentang Dhia Aryana yang sedang mengandung kembar , bermacam-macam kerja yang Dhia Aryana tidak dibenarkan buat. Segala pekerjaannya dihalang.

Dhia Aryana memakai jubah satin berwarna merah jambu. Rambutnya pula diikat sanggul. Beberapa anak rambutnya yang jatuh menampakkan lagi kecantikan dan seri ibu mengandung.

Dhia Aryana duduk diatas sofa yang berada dihujung katil biliknya. Suaminya yang berada disebelah sedang leka menonton drama.

" abang.. " panggil Dhia Aryana manja. Pinggang suaminya dipeluk. Dhia Aryana melentokkan kepala di leher suaminya.

" sayang rindulah.. sampai sekarang pun tak hilang lagi. " sambungnya.

Izz Ilham menggosok lengan isterinya.
" sayang ni tengah goda abang ke apa? " Izz Ilham menjongketkan keningnya.

" kenapa abang cakap macam tu? "

" yelah.. sayang tengok sayang pakai macam mana sekarang ni? "

" abang ni mengadalah! " Syazira mencubit lengan suaminya membuatkan Izz Ilham menjerit kecil.

" aduh sayang! Sayang ni semenjak nak jadi mummy orang makin garangkan. " perli Izz Ilham.

Dhia Aryana mencebik bibir. Suami matanya dijeling.

" alo..alo.. comelnya dia. " ucap Izz Ilham sambil mencubit pipi Dhia Aryana.

" abang!! " jerit Dhia Aryana.

" tak sukalah! Sakit.. " sambungnya. Badannya dikalihkan dari memandang Izz ilham sebagai tanda merajuk.

" lah.. merajuk.. " ucap Izz Ilham. Bahu Dhia Aryana dipegang.

" tepilah.. nak tidur. " ucap Dhia Aryana mendatar. Tangan Izz Ilham ditolak. Dirinya bangun sambil berpaut pada tepi sofa.

Dhia Aryana terus merebahkan diri diatas katil. Selimut ditarik paras leher.

Tidak betah melihat isterinya , Izz Ilham bangun lalu menekan butang merah yang ada pada remote untuk menutup televisyen.

Izz Ilham turun berbaring bersebelahan isterinya.

" sayang.. " panggil Izz Ilham.

Tiada reaksi dari Dhia Aryana.

" sayang janganlah merajuk.. " sambungnya dalam nada merayu.

Izz Ilham sudah tidak senang duduk. Dhia Aryana pula menyembunyikan senyumannya yang sudah hendak meletus.

Izz Ilham menarik bahu Dhia Aryana supaya duduk menghadapnya.

" sayang.. " panggil Izz Ilham sambil memegang kedua-dua belah bahu isterinya.

Dhia Aryana mengalihkan pandangannya ke arah tepi. Tidak mahu memandnag suaminya.

" meh.. abang ubatkan tempat yang sakit tu. " ucap Izz Ilham. Pipi tembam Dhia Aryana belah kanan yang dicubitnya tadi dicium penuh kasih.

Lama mereka berkeadaan seperti itu. Dhia Aryana sudah senyum nipis.

" sayang.. silaulah. " ucap Izz Ilham sambil menutup matanya.

Dhia Aryana mengangkat keningnya.

" kenapa pulak? " soalnya.

" senyuman sayang tu. " ucap Izz Ilham lalu tersenyum.

Dhia Aryana melebarkan senyumannya lalu tergelak kecil.

" berkesankan rawatan abang tu? " Izz Ilham mengangkat kening dan berbangga diri.

" yakin sangat kenapa? " Dhia Aryana mengangkat kening.

" abang kan doktor. "

" habis tu abang nak cakap yang abang buat rawatan macam tu lah dekat hospital? " soalnya.

Izz Ilham menyembunyikan senyumannya.

" abang!!! " jerit Dhia Aryana lalu mencubit perut Izz Ilham.

Izz Ilham menjerit kesakitan.

" habistu siapa nak rawat abang ni? " soal Izz Ilham.

Dhia Aryana mengangkat kening.

" erm.... "

Dia separa menunduk kemudian kembali menegak.

" ngantuklah! Tepi! Nak tidur ni. " ucapnya lalu terus berbaring.

Izz Ilham terlopong. Terkena sendiri?

" sayang..! " ucapnya.

Bukan Yang SempurnaWhere stories live. Discover now