Bab 15

11.7K 362 1
                                    

Sejak kejadian Dhia Aryana ditampar pago tadi , dia kurang bercakap dengan suaminya. Walaupun mereka bersua muka dan bertembung di hospital. Tiada senyuman yang terukir di wajah Dhia Aryana.

Dhia Aryana berjalan ditingkat empat. Sambil dia berjalan menuju ke lif , dia lihat susuk tubuh yang dikenali.

Langkah diatur mendekati lelaki itu. Kenapa Izz Ilham jumpa doktor pakar kanser itu?

Setelah Izz Ilham masuk ke dalam bilik itu , Dhia Aryana menghampiri. Tiba-tiba seorang jururawat keluar dari ruangan itu.

" eh! Eh! Nurse! " panggil Dhia Aryana.

" ye doktor. "

" ni fail Dr. Ilham ke? " jariny menunjukkan ke arah data tersebut.

Tanpa berkata apa , Dhia Aryana terus mengambil fail itu.

" eh doktor! Tapi Dr.Ilham tak bagi tunjuk or bagitahu sesiapa. Terutama doktor. " jururawat itu ingin mengambil kembali kertas itu.

" awak diam! Saya doktor. Saya isteri dia. Saya berhak tahu. " marah Dhia Aryana.

Setelah membaca surat itu. Kakinya bagai lemah memijak. Kepalanya berpinar. Namun tubuhnya sempat ditahan dan didudukkan di atas kerusi.

***

Dhia Aryana masuk ke dalam ruangan pejabatnya. Tubuhnya dihempaskan ke atas kerusi. Badannya disandarkan. Matanya dipejam rapat.

" kenapa abang sorokkan dari sayang? " marah Dhia Aryana sendiri. Airmatanya mulai menitis satu persatu.

Kenapa dia harus sembunyikan penyakitnya? Kenapa?

Dhia Aryana mengusap perutnya yang sudah sedikit berbonjol. Tegakah Izz Ilham meninggalkan mereka berdua?

***

Malam itu seperti biasa , Dhia Aryana pulang seorang diri di rumah. Setelah mandi dan menunaikan solat isyak dia terus merehatkan tubuh seketika.

Dia bertekad. Hari ini dia mahu berbincang dengan Izz Ilham. Suaminya harus sembuh.

Dhia Aryana terdengar bunyi pintu biliknya ditolak. Jam menunjukkan hampir pukul 2 pagi. Dia memejamkan matanya tanda tidur.

Izz Ilham memanjat katil perlahan-lahan. Perut Dhia Aryana yang sudah sedikit berbonjol diusap lembut.

" maafkan daddy sayang , kalau daddy terpaksa tinggalkan sayang dengan mummy. " ucapnya lembut. Perut itu dicium penuh kasih.

Dia beralih pula pada Dhia Aryana. Tangannya ditongkatkan supaya ditinggikan bagi menatap wajah mulus isterinya.

Rambut Dhia Aryana diusap. Satu kucupan hinggap di dahi Dhia Aryana.
" sayang.. " ucap Izz Ilham syahdu.

" abang minta maaf sebab tertampar sayang pagi tadi. Abang betul-betul tak sengaja. Abang terlampau cintakan sayang. Sayanglah satu-satunya wanita yang ada dalam hati abang. Abang buat semua tu sebab nak sayang benci abang. Abang tak sanggup tengok sayang menangis. Abang tak sanggup tengok sayang terluka. " sambungnya. Tangannya mengusap lembut hujung bibir Dhia Aryana yang masih merah.

Izz Ilham mengeluarkan sapu tangan dari poket belakangnya. Sapu tangan itu dibunjut seolah-olah ada seketul batu di dalamnya. Sapu tangan itu diletakkan di mulutnya kemudian dihembuskan nafas.

Sapu tangan itu diletakkan di bibir Dhia Aryana. Perlakuan itu dilakukan beberapa kali.

" abang.. " panggil Dhia Aryana.

Pergerakan Izz Ilham terhenti.

Dia segera berpaling dari menghadap isterinya.

" Izz Ilham. Look at me. " ucapnya.

" saya nak mandi. " ucap Izz Ilham.

" Izz.. " rayu Dhia Aryana sambil memeluk pinggang Izz Ilham dari belakang. Kepalanya dilentokkan dibahu suaminya.

" Dhia.. please.. " rayu Izz Ilham. Hatinya menjadi sayu. Dia tak sanggup menyakiti Dhia Aryana.

Dhia Aryana bangun dari katil. Dia berdiri berhadapan Izz Ilham. Kedua-dua tangannya memegang peha Izz Ilham. Dia tunduk sambil memegang perutnya lalu melutut di hadapan Izz Ilham.

Izz Ilham jatuh kasihan pada isterinya. Perlakuan Dhia Aryana cuba dihalang namun isterinya tetap berdegil.

" abang.. " mata Izz Ilham ditatap penuh kasih dari bawah. Airmatanya sudah bertakung.

" kenapa abang sorokkan dari sayang? " sambungnya lagi.

" sorok apa? " soalnya berpura-pura tidak tahu.

" yang abang ada brain tumor. "

Bukan Yang SempurnaWhere stories live. Discover now