Bab 7

12.4K 421 1
                                    

Dhia Aryana kembali bertugas setelah pulang dari kawasan pedalaman tersebut. Letih ya letih.

Dia berjalan seorang diri di lobi hospital. Kepalanya terasa berat. Pusing.

Izz Ilham yang baru tiba di lobi hospital ternampak Dhia Aryana yang berjalan secara perlahan-lahan.

Izz Ilham melajukan langkahnya ke arah Dhia Aryana.

" hai Dhia. " ucapnya.

Dhia Aryana memandang ke sebelah. Senyuman bertukar.

" awak nampak pucatlah Dhia. Awak demam ke? "

" nampak pucat ke? Sakit kepalalah. " adu Dhia Aryana.

" habistu kenapa datang kerja? " soal Izz Ilham. Mereka sama-sama menapak ke arah lif. Butang naik ditekan sebelum menunggu lif terbuka.

" sa... " belum sempat kata-lata Dhia Aryana habis terucap. Kepalanya semakin berat. Badannya terhuyung-hayang.

" Dhia.. are you okey Dhia? " soal Izz Ilham panik.

Dhia Aryana pengsan. Tubuhnya sempat disambut Izz Ilham. Bibir Izz Ilham menjerit-jerit memanggil jururawat.

Dua orang jururawat menolak stretcher ke arahnya. Izz Ilham mendukung Dhia Aryana dan meletakkan diatas stretched itu.

***

( Dhia Aryana P.O.V. )

Aku membuka mata perlahan-lahan. Terasa kepalaku masih pening. Tekak pula terasa loya. Badan pun tak berapa enak.

Aku pandang sekeliling. Aku masih memakai pakaian kerjaku tapi aku ada di atas katil.

Eh? Aku ada dekat bilik ward. Tiba-tiba pintu bilik aku dikuak. Seorang jururawat masuk.

" eh! Doktor dah sedar? " soalnya. Aku sekadar tersenyum.

" kenapa saya boleh ada dekat sini? "

" doktor pengsan tadi dekat lobi dengan Doktor Ilham. Doktor demam panas. " balasnya.

Aku rasa dahi aku. Yelah! Panas.

Aku hanya senyap selepas itu. Malas banyak bicara. Takdek mood campur tak larat. Tambahan pula , aku kena tahan ward sebab suhu terlampau tinggi.

Bosan!

***

Setelah dua hari , Dhia Aryana berada di hospital , dia akhirnya dibenarkan pulang bersama dengan MC lagi 2 hari.

Izz Ilham memberhentikan keretanya di hadapan rumah Dhia Aryana apabila tiba di rumahnya. Wawa tak sempat nak ambil Dhia Aryana disebabkan kecemasan kerjanya.

" terima kasih Izz. Saya dah banyak susahkan awak. Kesian awak. Tak pasal-pasal kena hantar saya. " ucap Dhia Aryana dengan suara yang lemah.

" takpelah. Saya tak kesah. Lagipun bakal mak mertua saya suruh jaga awak. " ucap Izz Ilham.

Dhia Aryana sedikit tersentak. Hatinya tiba-tiba seperti dihiris.

" ouh! Tahniah! Tapi macam mana mak mertua awak kenal saya? "

" mestilah dia kenal awak. Kenal sangat. Awak pun kenal dia. " balasnya.

" haa? Siapa? " soal Dhia Aryana terkejut.

" semalam. Yang datang tengok awak tu. Yang marah awak sebab tak reti jaga makan and rehat tu. Yang pakai tudung merah semalam. "

Dhia Aryana berfikir sejenak.

" ha? Setahu saya mak saya je yang membebel semalam. "

" mak awaklah bakal mak mertua saya! " ucapnya teruja.

Dhia Aryana menundukkan mukanya kerana malu. Tiba-tiba terasa semakin bahang di pipinya.

" okeylah Izz. Thank you ae. Sorry.. saya tak dapat ajak awak masuk dalam sebab Wawa takdek. "

" it's okey. Tak kesah pun. Awak tu okey ke sorang-sorang. Mak awak kata kalau awak demam , manja sangat. "

Dhia Aryana gelak kecil.

" kalau saya suami awak , saya akan jaga awak sampai bila-bila. Macam manapun awak. Sampailah awak sihat sepenuhnya. " sambung Izz Ilham lagi.

" oh my Izz.. please jangan buat hati aku cair. Aku tengah demam ni. " bisik hati Dhia Aryana.

" ada-ada je awak ni Izz. Dahlah saya masuk dulu. Terima kasih ae. " kata Dhia Aryana sambil membuka pintu kereta belahnya.

Dhia Aryana membuka pagarnya. Izz Ilham menurunkan tingkap sebelahnya.

" hati-hati Dhia.. " ucapnya kepada Dhia Aryana yang sedang mengunci pagar.

Dhia Aryana tersenyum.

" awak pun. " balasnya.

Setelah memastikan Dhia Aryana masuk ke dalam rumah , Izz Ilham memandu pulang.


Bukan Yang SempurnaWhere stories live. Discover now