Bab 8

11.9K 420 2
                                    

Izz Ilham menekan butang lif. Apabila pintu lif terbuka , dia masuk. Hanya ada dia dalam lif. Yelah , hari ni dia shift malam.

Lif hampir tertutup. Namun , apabila ada seseorang tekan button lif dari luar. Lif kembali terbuka.

Dhia Aryana melangkah ke dalam lif membuatkan Izz Ilham sedikit terkejut.

" eh! Hai! Lama tak nampak. Dah sihat? " sapa Izz Ilham mesra.

" sihat. " balas Dhia Aryana dengan senyumannya.

" mama awak dah balik ke? "

" dah.. saya keluar tadi. Dia pun balik. "

" ouh! Tak sempat jumpa mak mertua saya. "

" heh? Hek eleh. " Dhia Aryana ketawa kecil.

Ibu Dhia Aryana sampai sewaktu Izz Ilham beransur ketika menghantarnya.

Dhia Aryana dipaksa tinggal di kampung sehingga sembuh.

" ni.. awak nak balik ke atau awak baru start? " sambung Dhia Aryana lagi.

" baru start. Shift malam hari ni. "

Dhia Aryana mengangguk mengerti.

" awak? " soal Izz Ilham pula.

" samalah! "

***

Tanpa sedar sudah hampir 2 tahun mereka berkawan. Hari ini diadakan majlis diantara semua kakitangan hospital kerana hospital mereka dinobatkan sebagai hospital yang tercekap dengan kakitangan-kakitangan yang handal.

Tema mereka ialah  Prince and Princess , dimana mereka perlu mengenakan pakaian yang kelihatan seperti putera atau puteri.

Dhia Aryana memakai gaun berwarna putih yang mempunyai mutiara-mutiara bersinar serta shawl yang berwarna cream ala-ala snow white.

Bunyi hon di luar rumahnya membuatkannya terkejut. Ianya menandakan bahawa Izz Ilham telah sampai. Dia berjanji untuk pergi bersama dengan Izz Ilham sebagai pasangan.

Izz Ilham pula kacak dengan bajunya yang serba hitam.

Saat Dhia Aryana muncul , Izz Ilham diam tidak berkutik. Dia terpaku dengan kecantikan Dhia Aryana.

" awak.. " Dhia Aryana melambaikan tangan ke arahnya.

" awak.. "

" awak! "

Izz Ilham bagaikan terkejut.

" ha?? " ucapnya.

" awak kenapa? Okey tak? " soal Dhia Aryana risau.

" okey.. okey.. masuklah! "

Dhia Aryana membuka pintu kereta lalu masuk ke dalam kereta.

" awak cantik sangat malam ni. " puji Izz Ilham.

" malam ni je? " Dhia Aryana angkat kening.

" awak hari-hari lawa. Cuma malam ni extra lawa. "

Dhia Aryana ketawa kecil lalu mengucapkan terima kasih.

" awak pun hensem jugak. " sambungnya.

Mereka meneruskan perjalanan untuk ke majlis makan malam itu.

***

Majlis malam itu , berjalan lancar seperti yang telah dirancang. Tiada apa-apa yang cacat. Makanan pun enak-enak belaka. Persembahan pun seronok.

Tiba-tiba Izz Ilham berada si atas pentas bersama mikrofon ditangannya. Semua ternanti-nanti apa yang ingin disampaikannya.

" assalammualaikum , hai saya Izz Ilham. Harini saya nak sampaikan sesuatu. " ucapnya.

Senua hanya senyap memerhatikannya.

" tapi sebelum tu saya nak minta Doktor Dhia Aryana untuk naik ke atas bersama saya. " ucapnya.

Semua mata menoleh ke arah Dhia Aryana. Dhia Aryana yang sedang minum air sedikit tersedak apabila tiba-tiba semua memandang ke arahnya.

Dhia Aryana hanya mengikut dan naik ke atas pentas.

Apabila dia tiba di sisi Izz Ilham. Izz Ilham dengan tiba-tiba melutut di hadapannya. Satu kotak baldu merah ditalakan ke arahnya. Kotak itu dibuka , cincin emas bertakhthakan sebutir permata berada di dalamnya.

" Dr. Dhia Aryana , sudi tak kalau awak menjadi doktor peribadi saya yang akan menemani saya dikala saya sakit atau sihat. Yang akan menjadi ubat untuk saya kekal sihat dan bahagia? " soalnya membuatkan Dhia Aryana senyap.

" maksud awak? " Dhia Aryana tidak mengerti. Atau lebih kepada pura-pura tidak mengerti.

" sudi tak awak untuk jadi peneman hidup saya? Permaisuri hati saya? Dan.. ibu kepada anak-anak kita? " ucap Izz Ilham lagi sekali.

Dhia Aryana sebak. Tapak tangannya diletakkan di mulut tanda terharu.

" setujulah doktor! "

" sweetnya!! "

" Aryan!! Kitaorang nak makan nasi minyak ni! "

" terimalah Aryan!! "

" rilek Ilham! Aryan tengah cair tu! "

Para penonton mula bersorak.

Perlahan-lahan Dhia Aryana mengangguk.

Semua yang melihat mula bertepuk tangan. Izz Ilham bangun. Cincin itu disarungkan ke jari manis Dhia Aryana.

Bukan Yang SempurnaWhere stories live. Discover now