Bab 29

11.3K 312 2
                                    

" Aryan.... "

" Aryan kenapa Ri? Bagitau aku! " soal Izz Ilham dalam debar.

" aku harap kau banyakkan bersabar Ham. "

" cepatlah bagitau aku! Aryan selamatkan?! Isteri aku selamatkan?! " bengang Izz Ilham.

" ye.. Aryan selamat. " balas Khairi.

Izz Ilham mengucapkan syukur kepada Allah. Sangat-sangat terharu. Airmatanya menitis.

" cuma dia... " ucap Khairi menyedarkan Izz Ilham.

Izz Ilham mengangkat muka memandang Khairi. Dadanya kembali bergocak hebat.

" cuma? "

" Aryan lumpuh. "

Tangan Izz Ilham terketar. Darahnya turun naik didalam badan.

Tanpa sempat Izz Ilham menyoal. Khairi sudah membuka mulut menerangkan kepada Izz tentang tulang isterinya yang sudah patah. Izz meraup mukanya.

****

Sesudah mengiqamatkan puteri keduanya , Izz Ilham melangkah kedalam ward isterinya. Pintu ditolak perlahan. Izz Ilham lihat sekujur tubuh yang terbaring lesu diatas katil. Pipinya serta dahinya mempunyai kesan lebam hasil dari kemalangan itu.

" sayang.. " panggil Izz Ilham lembut walaupun isterinya itu masih belum sedar.

Punggung dilabuhkan diatas kerusi lalu tangan lembut isterinya digenggam erat.

Kaki isterinya dipegang lembut. Hatinya redha menerima ketentuan ilahi.

" tak kesahlah sayang macam manapun. Janji sayang ada dengan abang. " ucapnya.

Izz Ilham terkejut dengan gerakan tangan Dhia Aryana yang datang secara tiba-tiba itu.

" sayang? " panggil Izz Ilham saat kepala isterinya pula menunjukkan reaksi.

Perlahan-lahan mata isterinya terbuka. Mata Dhia Aryana masih terkebil-kebil memandang sekeliling.

" sayang? " panggil Izz lagi.

" abang... " balas Dhia Aryana lemah.

" alhamdulillah.. Sayang dah sedar. " Izz Ilham meraup muka.

" kenapa sayang ada dekat sini? " soalnya pula.

" sayang accident. Sayang tak ingat? " balas Izz lembut. Tangannya bermain dengan rambut si isteri.

Dhia Aryana senyap sebentar. Otaknya masih mentafsir untuk memgingati perkara yang lalu. Perlahan-lahan dia ingat.

" baby macam mana? " soal Dhia Aryana cemas. Tangannya serta merta berada diatas perut. Airmatanya mulai bertakung ditubir mata.

" sayang.. Anak kita selamat sayang. Sayang jangan risau ae. Cuma sekarang dia dalam NICU sebab badan dia tak kuat. " balas suaminya lembut.

" sayang nak pergi tengok dia! " ucap Dhia Aryana setelah memgucapkan syukur. Dia cuba bangun dari katil. Pergerakkannya terhenti begitu saja.

" abang!! " panggil Dhia Aryana kuat. Airmatanya kembali bertakung.

Dhia Aryana yang sudah separa duduk itu menepuk-nepuk kakinya.

" abang!! Dhia tak dapat rasa kaki Dhia! " jeritnya sambil menepuk-nepuk kakinya.

" ye sayang. Abang tahu. " balas Izz lembut.
" kenapa?! "

" sayang lumpuh. " perlahan Izz Ilham menutur.

" tak! Mana boleh! Tak! Dhia tak rasa kaki Dhia!! " jeritnya lagi tidak boleh memerima hakikat. Kakinya dipukul kuat.

Tidak betah melihat keadaan itu , Izz Ilham terus bangun. Tangan isterinya ditarik dari terus memukul kakinya sendiri. Tubuh isterinya yang sedang meraung itu ditarik dan terus dipeluk.

" sayang.. " panggil Izz Ilham lembut.

Dhia Aryana meronta-ronta untuk dilepaskan.

" sayang.. Dengar cakap abang ni. " sambungnya masih bersuara lembut. Pelukkan pada tubuh isterinya dieratkan. Belakang isterinya digosok lembut. Kadang-kadang ada perkara yang tak mampu diluahkan dengan kata-kata , cukup dengan sebuah pelukkan hangat.

" cuba sayang istifar. Ingat Allah. "

Dhia Aryana diam. Tubuhnya tidak lagi meronta-ronta.

" sayang sepatutnya bersyukur. Allah hanya lumpuhkan sayang. Allah tak ambil pun lagi kaki sayang ni. " ucap Izz Ilham.

Izz Ilham melepaskan pelukkannya. Kedua-dua belah pipi isterinyadipegang lalu ditolak supaya mendongak memandangnya. Airmata yang membasahi pipi isterinya dilap dengan telapak tangan.

" sayang sepatutnya bersyukur. Sebab anak kita selamat. Anak kita yang sayang dah kandung selama 7 bulan tu selamat. " ucap Izz Ilham lembut.

" ke.. Sayang marah dia sebab punca sayang boleh pening waktu drive? " tebak Izz Ilham.

Dhia Aryana segera menggeleng.

" tak.. Anak kita tak salah. Dhia yang cuai. Kalau Dhia drive elok-elok.. " kata-katanya terhenti.

" janji anak kita selamat. " sambungnya.

Perlahan-lahan Dhia Aryana mengangguk. Tubuh sasa suaminya dipeluk erat.

****

Izz Ilham mendukung Dhia Aryana lalu diletakkan diatas katil bilik mereka.

Apabila dia hendak bergerak , tubuhnya ditarik oleh isterinya.

" ye sayang. " ucap Izz Ilham lalu melabuhkan punggung bersebelahan Dhia Aryana yang sedang berbaring.

" Dhia minta maaf sebab banyak susahkan abang. "

Izz Ilham merangkul bahu isterinya. Ciuman didahi diberikan.

" sayang.. Stop cakap macam tu. Sayang sikit pun tak pernah susahkan abang. Dari start awal kita jumpa. Sampailah srkarang. " balas Izz Ilham , tidak mahu isterinya terus merasa begitu.

Saat Dhia Aryana baru hendak berbicara , pantas jari Izz Ilham menutup mulutnya.

" sekarang sayang rest je ae. Tak perlu fikir benda lain. " ucapnya lalu membetulkan kedudukkan isterinya.

Bukan Yang SempurnaWhere stories live. Discover now