Bukan Yang Sempurna

By TiyaBella

467K 13.7K 190

Dhia Aryana seorang gadis manja dan cantik. Perwatakannya yang sedikit kasar membuatkannya berbeza dari wanit... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bukan Yang Sempurna
Perhatian!!!!!
Bab 34 ( epilog )
Bukan Yang Sempurna

Bab 19

11K 351 3
By TiyaBella

" assalammualaikum abang.. " ucap Dhia Aryana sambil melangkah masuk. Dia terus duduk di atas kerusi yang disediakan bersebelahan katil suaminya.

Tangan Izz Ilham dicium tanda hormat. Rambut suaminya pula diusap berserta ciuman di dahi.

Dhia Aryana bangun lalu pergi ke bilik air yang tersedia di dalam bilik itu. Dia menadahkan air di dalam besen beserta dengan sehelai tuala.

" eh.. pahal besen ni besar pulak harini. " ucapnya apabila besen yang tergantung disitu lebih besar berbanding sebelum ini.

Mahu tidak mahu dia terpaksa mengisi sehingga separuh besen. Kalau tidak , susah untuknya memerahkan kain berulang kali.

" aduh.. beratnya. " ucap Dhia Aryana ketika hendak mengangkat besen itu. Dia tetap menggagahkan langkah keluar dari tandas. Besen itu diletakkan di atas meja.

Dhia Aryana mulai mengelap tubuh suaminya. Beginilah rutin seharian sebelum menjalankan tugas sebagai seorang doktor. Begitu juga sewatu tugasannya habis. Dan Dhia Aryana akan bermalam di sini untuk menemani suaminya tiap-tiap hari.

Dhia Aryana mengelap pula jari jemari Izz Ilham. Dia amat rindu akan suaminya. Jari-jemarinya dimasukkan ke celahan jari suaminya. Lalu tangan Dhia Aryana menggengam erat tangan suaminya. Tanpa disedari , tangan itu membalas genggaman tangannya. Dhia Aryana sedikit terkejut.

Wajahnya diangkat untuk memandang suaminya.

" abang.. " panggil Dhia Aryana.

Mata Izz Ilham mula terkebil-kebil. Apabila Dhia Aryana melihat mata biru suaminya dengan jelas. Dia segeta keluar lalu memanggil doktor yang merawat suaminya.

Setelah doktor itu keluar dan menjelaskan tentang keadaan suaminya , Dhia Aryana kembali masuk.

Apabila Dhia Aryana masuk , katil suaminya sudah separa baring. Mata Izz Ilham hanya tertumpu pada Dhia Aryana yang masih berjubah doktor itu. Dia langsung tidak sedar akan perut Dhia Aryana yang sudah membuyung.

" abang.. " panggil Dhia Aryana lalu mengucup tangan suaminya. Airmatanya menitis kembali. Airmata bahagia.

" abang dah cakap jangan nangis. Lagi-lagi sebab abang. " balas Izz Ilham lalu mengelap airmata Dhia Aryana dengan telapak tangannya.

Dhia Aryana tersenyum.

" sayang happy sebab abang dah sedar. " ucapnya.

Izz Ilham memeluk tubuh Dhia Aryana erat. Sungguh dia rindu dengan wanita itu.

Tiba-tiba dia melepaskan pelukkannya.

" sayang.. " ucapnya terkejut sambil mengusap perut isterinya.

Dhia Aryana turut memandang suaminya.

" kenapa? "

" berapa lama abang tak sedar. Sayang dah berapa bulan ni? " soalnya.

" tiga bulan abang tak sedar. Anak kita dah enam bulan bang. " ucapnya.

" ya allah. Lamanya.. kesian sayang sorang-sorang. Abang minta maaf sayang. " ucapnya sambil meraup muka.

" hei.. kenapa abang cakap macam tu? Sepatutnya abang happy. Bersyukur. Sebab allah masih pinjamkan abang untuk sayang. Allah bagi abang sedut udaranya supaya masih berada di sisi sayang dengan anak-anak kita. " nasihat Dhia Aryana.

Izz Ilham terdiam.

" now.. abang kena focus dekat sayang dengan anak-anak kita okey? Lagipun operation abang berjalan lancar. Abang dah sihat sekarang. " samhungnya lagi.

Izz Ilham mengangguk dan mengucapkan syukur.

" abang nak tahu something tak? " soal Dhia Aryana manja.

" apa dia? "

Dhia Aryana mengambil tangan suaminya lalu diletakkan diperutnya.

" masa abang koma. Sayang pergi checkup time baby ni empat bulan. And you know what.. " ucapnya tergantung.

Izz Ilham mengangkat kening sambil menatap mata isterinya.

" doktor cakap yang masa dia 3 bulan. Dia sorokkan sorang lagi adik dia. Bila dah 4 bulan. Barulah diorang sama-sama. " ucapnya.

" maksud sayang? " Izz Ilham mulai teruja apabila ayat Dhia Aryana mulai difahaminya.

" maksud sayang yang dalam perut sayang ni ada dua orang anak kita. " sambungnya.

" ya allah! Alhamdulillah! " ucap Izz Ilham lalu meraup muka. Tubuh Dhia Aryana dipeluk erat.

Continue Reading

You'll Also Like

1.1M 42.1K 63
@Between 2 Love@Novel ke-3 @Romantik @Wattpads @2018 Dalam kisah aku, ada dua benda yang paling bermakna. Pertama, keluarga aku dan yang kedua adalah...
106K 4.1K 23
Jatuh cinta itu indah namun tak semua tumbuh dengan mekar. Kadang mencintai seseorang yang salah bukanlah satu kesilapan melainkan takdir yang telah...
276K 7.7K 27
[COMPLETED] Asal jumpa je gaduh dan asal gaduh je jumpa.Inilah kisah antara Nur Dyna Amal dan Tengku Daniel Amsyar.Dyna ialah seorang yang kasar,cant...
36.9K 1.3K 69
Cerita aku 2 dunia yang berbeza. Aku tak tahu apa yang perlu. Aku cuma mampu tunggu dan tunggu sehingga sampai waktu itu. Hati yang tiap hari menang...