Mr Heartless (On Hold)

By nrfthl_

74.1K 4.1K 291

Memegang status sebagai anak yatim piatu langsung tidak memberi kesan kepada Nur Qistina Humairaa'. Namun, di... More

Prolog
Bab 1
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Author's Note
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Pictures
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Sorry
Bab 27
Author's note
Notice

Bab 2

3.1K 178 4
By nrfthl_

Aku memandang ke arah langit yang terbentang luas di atas sana. Awan-awan yang berkepul-kepul itu membuatkan diri ini lebih tenang. Cantik.

Aku menutup mataku bagi menikmati angin yang menampar lembut di mukaku. Tudung labuh hitamku juga berterbangan sedikit kerana ditiup dek angin. Aku memegang hujung tudungku.

Ketenanganku terganggu apabila terdengar bunyi deruman kereta yang tidak jauh dari tempatku.

Perlahan-lahan aku membuka kelopak mataku.

Terdapat dua buah kereta mewah yang gah di hadapan rumah usang ini. Aku mengangkat kening belah kananku. Siapa tu?

Budak-budak yang tinggal sebumbung denganku berlari ke arah kereta mewah tersebut.

Seronok betul. Aku mengukir senyuman nipis.

Yelah, budak mana yang tak suka tengok kereta besar-besar? Lagi-lagi jarang ada kereta mewah masuk perkarangan kampung ini.

Aku hanya duduk statik di buaian sebelah rumah Puan Halimah. Atau lebih senangnya, umi.

Kelihatan susuk tubuh seorang pemuda yang berpakaian kemeja yang berwarna hitam serta seluar slack keluar dari perut kereta yang berwarna black metalic.

Tidak beberapa saat, keluar dua orang dari kereta yang berwarna putih.

Mereka bertiga melayani kerenah anak-anak itu.

Aku hanya memandang ke arah mereka. Tiba-tiba pemuda tadi berpaling ke arahku. Dia membuka cermin mata hitamnya. Tidak lama kemudian, dia mengukirkan senyuman manis buatku.

Aku terdiam. Aku rasa otak aku seakan-akan tidak berfungsi.

Aku menggosok mataku neberapa kali. Apabila aku membuka mataku kembali, pemuda tadi mengorak langkah ke arahku.

Mataku membesar.

"Ya Allah! Amir!" Jeritku sedikit kuat. Lebih kepada keterujaan sebenarnya.

Lelaki yang dipanggil Amir itu hanya tersengih kecil. Aku menggeleng tidak percaya.

"Assalamualaikum" tegurnya lembut.

"Waalaikummussalam. Ha,bila awak sampai Malaysia? Tak bagitau pun? Umi cakap awak balik lambat lagi. Suka tau tipu orang" kataku setelah dia berada di hadapanku. Jarak aku dengan dia lebih kurang sedepa dia.

"Mak uih. Banyak benor soalan dia. Sebelum tu, mana ada saya tipu? Saya just tak bagitau bila saya balik je. Ada saya kata saya balik tahun depan? Tak adakan? Awak je yang memandai"

Wajah cemberut aku pamerkan. Dari dulu sampai sekarang, ada je jawapan nak balas. Tak boleh nak belas kasihan langsung!

"Dah-dah. Tak payah buat muka itik. Kalau lawa takpe jugak. Ni, ibu dengan ayah saya pun ada sekali. Jom, kalau nak sambung cemberut tu, lepas ni eh?" Aku mengetap bibirku. Geram.

Aku hanya mengekori tubuhnya. Setelah sampai, aku terus menyalam tangan ibu Amir. Manakala ayah Amir aku hanya memberikan senyuman manis.

Masuk je kaki kananku ke dalam rumah, makanan sudah terhidang di atas meja di ruang tamu. Jap. Gaya umi macam dah tahu je diaorang ni nak datang. Mesti umi bersubahat dengan Amir!

'Siap kau Amir, aku buat perang dingin dengan kau baru tau!' Bentakku di dalam hati.

Setelah selesai berborak, walaupun hanya diaorang je berborak, aku terus membantu umi membasuh pinggan mangkuk cawan sudu garfu yang telah digunakan.

And yeah, aku hanya berdiam diri sepanjang diaorang berborak. Aku hanya bermain kuku takpun pasang telinga. Kemain seronok Amir cerita kat umi time dia kat Jordan dulu. Sampai pasal dia bela kucing kat sana pun dia cerita.

Biasalah, diapun salah sorang anak kesayangan umi selain aku.

Ayah dengan ibu Amir pun peramah. Tak ada perasaan bongkak ataupun riak dengan harta benda yang dimilikinya.

Semasa aku tekun membasuh pinggan, satu jasad yang amat aku kenal berdiri di sebelahku. Aku menjarakkan badanku. Tak selesa dekat sangat.

Kelihatan dia mengusap belakang tengkuknya. Mataku masih tertancap pada sinki yang penuh dengan pinggan mangkuk. Belum masuk dengan cawan, piring, sudu, garfu and so on~

"Sorry" aku tersentak.

What just he said?

"Huh?" Aku mengangkat keningku.

"I'm sorry for all my mistakes. Lagi-lagi pasal tadi. Tak ada niat lain pun. Just nak kasi suprise." Tuturnya sayu.

Aku pulak yang rasa bersalah.

"Qis tak marah pun abang Amir Hudzaifah Bin Ahmad Hashim." Balasku lembut.  Ambik! Nama panjang aku kasi.

Dia tersenyum ke arahku. Senyuman yang boleh mencairkan semua wanita.

"Dah lama tak dengar Qis panggil perkataan 'abang' tu sejak kita dua ni dah besar panjang" aku tersedak.

Aku panggil dia abang ke tadi? Tulah kau Qis! Seronok sangat nak sebut nama penuh dia sampai tersasul panggil abang dah kenapa?!

"Er. Saje je. Nanti panggil pakcik takut orang tu marah je."

Dia melepaskan tawanya. Tanpa aku sedar, pinggan mangkuk semua sudah aku bereskan. Tinggal nak lap je.

Baru aku nak capai kain lap pinggan, sudah ada satu tangan yang merampasnya.

Aku memandangnya tajam.

"Bagi lah balik. Qis nak lap ni." Kataku sambil tangan kananku dihulurkan ke arah Amir.

Dia menggelengkan kepalanya. Eh eh. Main geleng-geleng pulak.

"Takpe. Biar saya yang buat. Dah lama tak buat kerja ni." Balasnya sambil tangannya ligat mengelap pinggan mangkuk tersebut. Gayanya sudah biasa dengan kerja itu.

Aku hanya mengalah. Malas nak balas. Nanti ada je jawapan dia.

Aku hanya memerhatikan tingkah lakunya.

"Ni Qis cuti sampai bila?" Soalnya.

"Sampai hujung bulan ni. Maklumlah, cuti sem." Balasku.

Dia hanya menganggukkan kepalanya.

"So lepas ni awak nak kerja dekat mana?" Soalku.

Amir sudah memghabiskan kerjanya lalu menyandarkan tubuhnya ke kaunter sinki. Tangannya disilangkan ke dada.

"Maybe dekat KL. Dekat tempat mak. Kenapa? Nak suruh saya cabutkan gigi awak ke?" Balasnya sambil tersengih.

Aku mencebik. Mentang-mentang lah dah jadi doktor gigi, sesedap coklat dia je nak cabut gigi aku. Tak pasal-pasal orang lari tengok aku sebab tak ada gigi.

"Dekat KL? Jauhnya dari Kedah. Nanti rindu lah nak jumpa mak dengan abah" tuturku sayu.

"Eh? Bukan rindu nak jumpa saya?"

Aku melekapkan tanganku ke mulut. Menahan ketawa.

"Tak payah nak perasan sangat ya Encik Amir. Dah lah. Qus nak pergi siapkan bilik untuk abah dengan mak." Kataku sambil mengorak langkah keluar dari dapur.

"Tempat untuk saya awak taknak tolong kemaskan?" Aku menjelir lidah ke arahnya.

"Ingat rumah ni besar macam rumah awak?"

"Habistu Amir nak tidur mana?" Sengaja je dia ni.

"Macam tak biasa pulak duduk sini. Mentang-mentang dah bertahun-tahun duduk Jordan. Awak tidur sekali dengan budak-budak lelaki yang lainlah."

"Elleh. Nak manja sikit pun tak boleh. Dari dulu sampai sekarang sama je. Tak pernah berubah singa dia tu."

Usai dia habiskan kata-katanya, dia terus memecut laju keluar dari dapur dengan sisa tawanya.

Hambui, hambuii. Seronok betul kutuk aku eh? Nasib baik lah aku dah anggap kau abang aku. Kalau tak, dah lama telefon tiga kupang ni melekat dekat kepala dia.

Tanpa membuang masa, aku terus melangkah ke bilik tetamu.

****
Selesai memunaikan solat isya', seperti biasa aku pergi duduk di pangkin bawah rumah usang ini.

Walaupun usang, ia tetap cantik di mataku. Lampu di bawah pangkin aku hidupkan. Aku duduk di situ bertemankan cahaya yang malap.

Bayu malam lagi membuatkan diriku berasa tenang. Sesekali bunyi cengkerik kedengaran.

Ketenangan malam ini membuat diri ini berasa sebak. Aku cuba menahan diriku supaya tidak mengalirkan air mataku. Ah. Setiap malam mesti macam ni.

Perlahan-lahan air mata jernih menuruni pipi mulusku. Makin lama aku tahan, makin laju air mata ni turun.

Badanku sudah terinjut-injut. Tak ingin dia mengeluarkan suara. Takut ada orang lain yang dengar tangisannya.

Tabahkanlah hatiku ini ya Allah.

Tiba-tiba aku merasakan ada seseorang yang duduk disebelahku.

"Kak Qis okay?"

***

#vote#comment#


Continue Reading

You'll Also Like

1.2M 14.3K 25
Dua orang sepupu terperangkap dalam satu kisah cinta. Ain humaira anak yatim yang membesar dengan neneknya dari kecil. Manakala Fedzriq Haikal sepupu...
181K 12.3K 67
Book 3 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. - Mengejar Hadi Ehsan adalah hobi bagi Hana Hayla...
300K 12.1K 103
Tengku Nur Iruna . Seorang gadis yang dingin , perahsia tapi mempunyai perangai yang berjenis, Kejap kejam kejap kasar kejap ayu. Razeen , Adryan...
My Fondness By nabh

Teen Fiction

404K 16.4K 48
[C O M P L E T E D] Farrid Affiq , lelaki yang disukai ramai gadis. Nampak serious tapi siapa tahu hati dia kan. Saat umur 13tahun, dia telah jatuh h...