Boss Vs PA

By cikorked

483K 20.9K 789

Syifa Ammara. Kerjanya hanyalah sebagai PA tapi bila bekerja dengan Khaalish Zafriel a.k.a boss muka ketat ma... More

Bab 1
Bab 2
BVP 3
BVP 4
BVP 5
BVP 6
BVP 7
BVP 8
BVP 9
BVP 10
BVP 11
BVP 12
Bukan Update!
BVP 13
BVP 14
BVP 15
BVP 16
BVP 17
Attention!
BVP 19
ATTENTION!
BVP 20
BVP 21
BVP 22
BUKAN UPDATE
BVP 23
BVP 24
BVP 25
BVP 26
BVP 27
BVP 28
BVP 29
Love Is Pain
BVP 30
Love Is PAIN (LIP)
MAAF.

BVP 18

13.5K 665 29
By cikorked

"Wahhh handbag siapa ni? Uih Coach. Mesti mahal," dari luar sudah kedengaran suara Maira. Syifa cuak. Ah sudah! Mesti dah tertangkap ni. Syifa bergegas naik ke tingkat atas.

"Jangan usiklah. Kenapa kau buka almari aku ni?" Syifa mengambil beg tangan yang dipegang Maira. Nanti calarlah!

"Aku nak pinjam tudung kau. Ternampak. Siapa bagi?" Maira sibuk bertanya.

"Bos bagi,"

"Ha kan aku dah cakap! Bos tu memang syok kat kau lah," usik Maira lagi. Saja mahu malukan Syifa.

Syifa hanya diam. Tiga minggu dia sorokkan dari Maira, akhirnya tertangkap juga. Sepandai pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

"Syifa kenapa tak jaga saya punya kaktus ni?" Ujar Zafriel. Kaktusnya hampir layu. Takkanlah Syifa tak tolong siram?

"Tu kan bos punya. Kenapa pulak saya yang kena jaga? Peliklah bos ni,"

Dahlah curi yang orang lepas tu minta tolong jaga. Menyampah!

"Menjawab. Jaga je lah. Lagi satu, kenapa tak pakai handbag yang saya belikan tu?" Dah lama dia mahu melihat Syifa memperagakan beg tangan yang diberi. Tapi hampa, Syifa masih dengan beg tangan coklatnya.

"Sayanglah nak pakai. Nanti habis tercalar. Bukan murah bos belikan untuk saya," jujur Syifa katakan. Memang begitu sikapnya. Jika membeli barang mahal, dia hanya akan memakai pada hari penting sahaja. Untuk kegunaan harian, memang taklah!

Zafriel mengangguk mengerti.

"Lusa dah puasa jadi saya nak awak buat notis waktu pejabat sampai pukul empat petang sahaja," Zafriel mengarahkan Syifa.

Mata Syifa bersinar sinar. Wah. Boleh balik awal.

"Tapi dalam sebulan tu, saya nak kita berbuka dekat luar dalam empat kali. Boleh?" Zafriel memberikan cadangan.

Syifa melongo. Kenapa? Perlu ke?

"Perlu ke bos?"

"Perlulah. Ajak sekali kawan awak. Kita berbuka berempat termasuk Redza,"

Syifa mengangguk. Bos ni memang suka nombor empat ke apa. Balik pukul empat, berbuka puasa dekat luar empat kali dan berbuka berempat. Apa aku merepek ni.

"Tapi bos belanja kan? Saya tak ada duit nak belanja empat orang," awal awal lagi Syifa sudah memberi peringatan kepada bos.

"Ye saya belanja," Zafriel menggelengkan kepala. Macam macamlah.

Hujung minggu begini biasanya Syifa akan nyenyak tidur bertemankan selimut dan penghawa dingin yang hanya digunakan pada hujung minggu kerana 'jimat bil elektrik'. Tetapi semalam awal awal sudah dipesan Maira untuk menolongnya membuat kuih raya.

"Kita buat dua jenis kuih raya sehari,"

Syifa tiba tiba teringatkan sesuatu.

"Eh hari ni bos aku ajak berbuka dekat luar. Kau sekali,"

"Redza ada?" Maira tersengih.

"Gatal! Adalah," Syifa menjulingkan mata. Menyampah dengan sikap Maira yang mengada tu.

"Ei dengkilah tu," Maira mencebik.

"Takde maknanya aku nak dengki,"

Penat! Kenapa kalau buat kuih raya dengan ibu tak penat macam ni tapi dengan Maira, nak bangun pun tak larat. Ni mendera mental dan fizikal ni!

Tiba tiba telefonnya berdering. Ibu.

"Assalamualaikum ibu," ceria Syifa memberi salam.

"Waalaikumussalam. Ceria je ibu dengar suara Syifa ni,"

"Dah ibu call, mestilah ceria," Syifa ketawa.

"Adam dah bagitahu Syifa?"

Syifa terdiam. Adam? Dah lama tak dengar khabar berita. Tapi kenapa ibu tiba tiba tanya macam tu?

"Bagitahu apa? Syifa dah lama tak contact dengan dia,"

"Lah budak ni. Semalam dia call ibu. Katanya lepas raya, dia nak bawa keluarga dia jumpa kita. Kira masuk meminanglah," terang Puan Esah.

Syifa terkejut. Meminang? Mereka dah putus tapi kenapa Adam nak masuk meminang. Ni mesti kes tak boleh terima kenyataan ni. Mahu jujur dengan ibunya tetapi rasanya masih tak sesuai.

"Ohh. Syifa tak tahu pun. Nak buat surprise lah tu,"

Setelah menamatkan panggilan, Syifa berfikir sejenak. Apa yang harus dia buat? Hatinya sudah tawar dengan perangai Adam. Dulu dia boleh bersabar, tapi sekarang dah lain. Dia bukannya robot yang tidak berperasaan tetapi hanya manusia biasa. Yang kenal erti lelah, penat.

Ditambah pula dengan adanya perempuan lain. Dua kali dia terserempak dengan Adam dengan perempuan tu. Perempuan yang sama. Tapi kenapa Adam masih nak teruskan? Gila mungkin!

Nombor Adam didail. Deringan yang ketiga, panggilannya berjawab.

"Kenapa awak pandai pandai buat keputusan?" Tanpa salam, Syifa terus menyerang Adam.

"Keputusan apa?" Walhal sudah mengetahui, Adam masih berpura pura.

"Jangan buat buat tak tahu lah. Yang awak pandai pandai sangat bagitahu ibu saya yang awak nak masuk meminang tu kenapa? Kita kan dah tak ada apa apa. Kita dah putus!" Tempik Syifa. Melampiaskan amarah. Buat kurang pahala puasa je!

"Bagi awak ya. Mungkin kita dah putus, tapi bagi saya tak. Saya masih sayangkan awak,"

Syifa tersenyum sinis. Sayang?

"Jangan buat lawaklah Adam. Kalau awak taknak dimalukan depan family saya, baik awak batalkan je," talian segera dimatikan.

Syifa sudah berkira kira, sekiranya Adam masih mahu bawa rombongan meminang, dia tak akan teragak agak untuk menceritakan semua yang berlaku dihadapan semua orang termasuk orang tua mereka. Jangan cabar Syifa Ammara!

Syifa hanya mendiamkan diri di dalam kereta. Fikirannya melayang memikirkan tentang Adam. Ah! Serabut.

"Syifa, awak ni kenapa? Dari tadi lagi diam. Selalu banyak cakap," Zafriel menegur. Hairan juga dengan sikap Syifa yang tiba tiba jadi pendiam. Biasa, dialah si mulut kepoh. Sejak mereka makan untuk berbuka sampai sekarang, Syifa hanya diam. Hanya bercakap jika perlu sahaja.

"Haa? Selalu kalau saya banyak cakap, bos suruh saya diam. Ni saya diamlah ni," Syifa menjawab.

Zafriel ketawa. Kita pula yang kena.

"Taklah. Biasa awak mana nak dengar kalau saya suruh diam. Ni macam pelik bin ajaib," Zafriel masih mengusik.

Kereta yang dipandu Zafriel berhenti di sebuah taman rekreasi. Memandang ramai yang datang melepak disini walaupun hari sudah malam dan juga persekitaran yang terang, jadi Zafriel tidak takut untuk membawa Syifa ke sini.

Mereka turun dan menuju ke bangku yang masih kosong.

Diam. Mereka masing masing mendiamkan diri. Tujuan Zafriel ke sini untuk melengahkan masa memandangkan Maira dan Redza ke tempat lain, jadi Zafriel membawa Syifa berjalan jalan dahulu. Bimbang sekiranya Syifa berseorangan di rumah.

"Bos," akhirnya Syifa bersuara.

"Bos tahu tak. Bekas kekasih saya buat kerja gila!" Akhirnya. Dia meluahkan juga kepada seseorang. Ingin meluahkan kepada Maira, tapi tidak terkeluar.

"Kenapa? Dia buat apa?" Zafriel gelisah.

"Dia cakap lepas raya nak hantar rombongan meminang," Syifa menekup muka.

Nafas Zafriel bagai tersekat.

"Oh tahniah," lambat lambat dia menuturkan kata.

"Apa yang tahniahnya bos? Saya dengan dia kan dah putus. Kami dah tak ada apa apa. Dia je yang gila talak!" Bedal ajelah gila talak ke gila apa.

"Dia masih sayangkan awak lagi tu. Terima je lah," Zafriel terpaksa menuturkan ayat itu walau jauh disudut hatinya, dia ingin melarang keras. Tapi sedar, dia hanyalah seorang majikan kepada Syifa.

"Saya tak nak. Saya dah tak ada perasaan dekat dia. Saya dah tawar hati," Suaranya mengendur.

Jika diikutkan, boleh sahaja dia menerima cadangan Adam dan kembali kepada Adam kerana ini bukan kali pertama dia diperlakukan seperti ini. Selalu diabaikan. Tetapi kini, hatinya sudah tawar. Sudah tidak berperasaan. Dan dia mengharapkan orang lain yang boleh mengisi kekosongan di hati. Bukan lagi Adam.

"Kalau macam tu, awak kena slowtalk dengan dia. Perasaan tak boleh dipaksa," Zafriel lega mendengar pengakuan daripada Syifa.

"Saya dah tak tahu nak cakap macam mana dekat dia. Dah banyak kali saya cakap benda yang sama tapi dia tetap tak mengaku kalah. Saya dah bosan,"

"Awak cakaplah yang awak dah ada boyfriend baru. Haa kan senang," Zafriel memberikan cadangan. Bolehlah dia menjadi 'boyfriend' Syifa. Gatal!

"Saya dah cakap. Tapi dia tak percaya. Dia cakap yang saya ni tak boleh cari orang lain sebab saya dah kemaruk sangat dengan dia. Ei perasan betul!" Sakit hatinya bila ingat kembali kata kata Adam tempoh hari. Ingat aku ni tak laku sangat ke apa?

"Takpelah. Bagitahu je yang boyfriend baru awak tu, bos awak. Khaalish Zafriel gerangannya," Idea yang...

"Bos ni. Saya serius ni tau,"

"Saya pun serius ni. Saya pernah main main ke?" Zafriel menayangkan muka serius kerana dia memang serius. Mungkin?

Panas terasa wajahnya.

"Jomlah bos. Kita balik. Makin lama, makin merepek bos ni," Syifa bangun dan mengatur langkah ke kereta.

Zafriel diam memerhati langkah Syifa. Hish kenapalah dengan aku ni. Lambat lambat dia bangun dan mengekori langkah Syifa.

"Pehal nak jumpa aku pulak ni? Tadi baru je jumpa. Esok jumpa dekat ofis. Ke kau dah rindu aku ni? Kau jangan. Aku bukan gay," Redza mengusik. Selepas dia hantar Maira ke rumah, dia mendapat panggilan dari Zafriel untuk keluar minum.

"Merepeklah! Aku nak share something dengan kau ni," Zafriel akhirnya buntu. Dia perlukan bantuan seseorang.

"Apa dia yang nampak kalut sangat ni?"

"Aku rasa. Aku rasa,"

"Rasa apa? Rasa taknak puasa esok? Kau jangan Riel,"

"Dengarlah dulu. Aku rasa aku sukakan Syifa lah," phew. Lega.

Redza diam. Mencerna kata kata Zafriel. Kemudian, dia ketawa terbahak bahak. Zafriel hanya memerhati. Memang dia sudah mengagak, pasti Redza akan ketawakannya.

"Tu lah kau. Aku dah cakap awal awal. Kau sombong. Haa sekarang tengok, siapa yang kalut?" Selepas reda ketawa, Redza bersuara.

"Aku mana tahu aku boleh tersuka PA sendiri. Kau tengoklah macam mana si Syifa tu. Tak makan saman langsung. Tapi tu lah, sikap dia yang macam tu lah buat aku tertarik," betullah kata orang, cinta itu buta.

"Habis tu, Syifa tahu?"

Zafriel menggelengkan kepala.

"Dia baru break dengan kekasih dia. Takkanlah aku nak masuk line. Tunggu dia betul betul move on aku confess lah. Kot,"

"Kau ni. Masa dia tengah down ni lah kau kena masuk line. Barulah dia tahu yang dia tu masih ada orang nak,"

"Kau nak dia berhenti kerja terus? Macam tu?" Idea Redza memang tak boleh pakai. Budak tu baru putus. Bagilah dia ruang. Kan tak pasal pasal kena heart attack.

"Aku bagi cadangan je. Mana tahu kot kot kau ni tak menyempat,"


SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN. MAAFKAN SEGALA KESILAPAN SAYA DALAM SAYA SEDAR ATAU TIDAK SEPANJANG SAYA MENJADI PENULIS TAK BERTAULIAH DI SINI. KOSONG KOSONG YA?

Continue Reading

You'll Also Like

21.3K 1K 69
Segala cacat cela harap dimaafkan. Story ini sedang dibaiki.
356K 15.2K 29
QAYS JAREED Ramai yang dengkikan dirinya yang dianggap sempurna. Memiliki harta di usia yang muda, sering menjadi bualan masyarakat dan seorang anak...
368K 19.7K 86
Bagi dia umur 16 tahun tidak berhak untuk bercinta.... Bercinta hanya akan menyakitkan hati dan menyusahkan duit untuk membeli topup.Itulah makna 'be...
689K 25.2K 33
"Umur Nuh dah 32 tahun, bila nak bagi nenda cucu menantu?" -Nenda Asiah "Isa kan ada..."-Isa Iman Jika diikutkan hati dan diri sendiri, Nuh Iman tak...