Boss Vs PA

Por cikorked

484K 20.9K 789

Syifa Ammara. Kerjanya hanyalah sebagai PA tapi bila bekerja dengan Khaalish Zafriel a.k.a boss muka ketat ma... Más

Bab 1
Bab 2
BVP 3
BVP 4
BVP 5
BVP 6
BVP 7
BVP 8
BVP 9
BVP 10
BVP 11
BVP 12
Bukan Update!
BVP 13
BVP 14
BVP 15
BVP 17
Attention!
BVP 18
BVP 19
ATTENTION!
BVP 20
BVP 21
BVP 22
BUKAN UPDATE
BVP 23
BVP 24
BVP 25
BVP 26
BVP 27
BVP 28
BVP 29
Love Is Pain
BVP 30
Love Is PAIN (LIP)
MAAF.

BVP 16

14.5K 656 14
Por cikorked

"Kita putus!" Teriak Syifa. Dari awal Syifa menelefon Adam, teriaknya tak habis.

"Janganlah macam ni Syifa. Awak tahu kan saya sayang kan awak," Adam memujuk.

"Sayang kepala hotak kau! Dah dua kali saya nampak awak dengan perempuan tu. Awak jangan ingat saya tak tahu ya. Siapa perempuan tu. Kekasih baru awak. Patutlah susah sangat nak jumpa rupanya ada orang lain," dia menyindir. Terasa puas hatinya bila boleh meluahkan semua.

"Dia kawan je lah. Kawan saya. Kami satu tempat kerja," Adam masih ingin mempertahankan hubungannya dengan perempuan itu.

"Kawan? Oh kawan. Satu tempat kerja? Nanti lama lama awak bercinta lah dengan dia. Tak gitu?"

"Habis yang awak keluar dengan bos awak tu boleh lah?" Deg. Syifa tersentap. Oh lupa. Bos pun ada sama.

"Dia bos saya. Saya ni hanya PA dan mesti ikut semua arahan dia," Syifa menjawab dengan yakin kerana dia dan bos bukannya ada apa apa. Lainlah Adam tu!

"Lama lama awak pun sukalah dekat bos awak tu kan?" Adam menyindir Syifa. Sama seperti dia disindir oleh Syifa.

Syifa terdiam.

"Eh kalau saya suka dekat bos pun, apa salahnya kan. Kita dah tak ada apa apa. Lagipun bos tu jauh lebih baik dari awak," maaflah. Terpaksa angkat bakul bos sendiri.

"Oh sebab tu lah awak nak putus sangat," Adam masih tidak berpuas hati.

"Suka hati awaklah! Kita dah tak ada apa apa. Kita putus. Bye assalamualaikum," belum sempat Adam membalas, Syifa sudah mematikan talian.

"Nasib cakap telefon, kalau jumpa depan depan aku dah tumbuk muka dia tu," omelnya lalu berbaring. Puas hatinya. Ah tak kisahlah. Sekarang ni kau kena kerja je Syifa. Kumpul duit banyak banyak. Tak payah nak bercinta.

"Kenapa dengan kau ni?" Maira yang baru masuk ke dalam bilik bertanya. Dari bawah dah dengar suara Syifa menjerit.

"Aku dah putus dengan Adam," jawabnya dengan mata terpejam.

Maira menahan senyuman. Bukannya dia jahat tak nak tengok kawan dia bahagia, tetapi masalahnya Adam. Lelaki tak bertanggungjawab. Dah tahu ada kekasih, buatlah cara ada kekasih. Ni biarkan Syifa berbulan bulan. Nak jumpa jarang sekali. Lepas dia mendapat tahu tentang Adam dan perempuan lain, hatinya menjadi panas. Memang dia mahukan Syifa putus dengan Adam dan mencari lelaki yang lebih baik.

"Bos kau kan ada. Kau try la," Maira mengusik.

"Taknak lah aku bos. Aku nak kerja nak kumpul duit. Nanti ada lah jumpa jodoh,"

"Tapi aku rasa Encik Zafriel tu suka kau lah,"

"Mengarutlah!"

Syifa melangkah masuk pejabat dengan berhati hati. Bila teringatkan kejadian tempoh hari, dia malu. Malu dengan Zafriel!

Matanya melilau untuk melihat Zafriel. Mujur tak datang lagi. Dia bergegas ke meja kerjanya tiba tiba Zafriel muncul daripada pantry. Syifa pantas menyorok di bawah meja.

"Awak buat apa dekat bawah meja tu Syifa?" Zafriel menegur. Macamlah orang tak nampak.

Alamak bos nampak ke?

Perlahan lahan Syifa keluar.

"Hehehe. Awal bos sampai," dia menegur dengan malu malu.

"Saya kena siapkan kerja," Zafriel masih berdiri di hadapan meja Syifa.

Krik krik.

"Masuk bilik saya," Zafriel beredar.

Syifa mengekori Zafriel. Seperti biasa. Memberi jadual kepada bosnya.

"Syifa," Zafriel memanggil.

Syifa yang baru sahaja ingin melangkah keluar berhenti.

"Ye bos?"

Diam.

"Bos?" Panggilnye setelah melihat Zafriel hanya diam.

"Tak ada apalah. Awak boleh keluar,"

Zafriel hanya memandang sepi Syifa hilang dari pandangannya. Sebenarnya dia ingin bertanya perihal hari itu. Siapa lelaki itu? Tapi nanti dicop busybody.

Mungkin kekasihnya. Ya mungkin. Tapi siapa perempuan tu? Dan kenapa Syifa menangis?

"Zafriel Zafriel. Jangan nak sibuk lah hal orang. Sekarang kau ada masalah lagi besar ni. Kirana," Serabut kepalanya memikirkan Kirana. Semakin berlebih. Macam mana aku nak elakkan dari dia?

"Syifa saya nak minta tolong awak boleh?" Suapan Syifa terhenti. Ya. Lunch dengan bos. Sekarang kerap dia menjadi teman makan tengah hari Zafriel selain Redza.

"Tolong apa?"

"Tolong menyamar jadi kekasih saya,"

Uhuk!

"Kenapa?" Soal Syifa. Terkejut. Sakit dadanya akibat tersedak.

"Ingat tak perempuan yang kita jumpa tu?"

Syifa cuba mengingati. Menyelami memori memori lepas. Cewahh! Ting! Haa perempuan tu.

"Oh ingat ingat,"

"Haa kan haritu saya cakap dekat dia yang kita akan bertunang. So maknanya mestilah kita bercinta kan?" Zafriel cuba menerangkan kepada Syifa.

"Ala bos ni. Takde orang lain ke? Saya baru je break dengan kekasih saya," eh! Terlepas cakap!

"Haa? Awak dah break? Okay cun! Kalau macam tu kita bercinta betul betullah. Nak," usik Zafriel. Entah usik ke entah betul betul.

"Eh bos ni. Ke situ pulak," entah kenapa. Syifa berasa segan jika Zafriel bergurau seperti itu. Bukan sekali dua macam ni. Dah banyak kali.

"Boleh tak tolong saya? Bukan senang tau saya nak minta tolong dengan orang ni," Zafriel akui. Biasa dia akan melakukannya sendiri. Tetapi kes ini, dia memerlukan bantuan seseorang.

"Ye lah. Saya dapat apa kalau saya tolong bos?" Syifa tersengih. Manalah tahu bos nak hadiahkan kereta ke. Kasi up gaji ke.

"Dapat hati saya,"

"Chia chia ke ni?" Bagai orang bodoh Syifa.

"Apa tu?"

Oh lupa. Bos aku ni skema. Mana dia nak ambil tahu chia chia tu apa.

"Lupakan. Okay saya tolong bos," Syifa menurut sahaja. Menyamar jadi kekasih je kan? Tak susah. Buat biasa je. Dia bukanlah seorang yang sweet sweet gitu. Mohon ke laut.

"Bos memang tak ada girlfriend ke?" Hairan. Takkan bos yang kacak ni tak ada orang nak.

"Tak,"

"Bos jual mahal ni. Ramai je orang nak dekat bos,"

"Bukan jual mahal. Saya nak fokus kerja dulu. Lepas tu barulah fikir soal jodoh ni," sejak kecewa dengan hubungan dulu, Zafriel tidak mahu bercinta. Biarlah dahulu. Soal jodoh kita fikir kemudian.

"Bos tak ada suka sesiapa ke?" Masih tidak berpuas hati. Lumrah manusia, mestilah ada perasaan suka kepada jantina bertentangan. Tapi kalau dengan jantina yang sama, itu luar biasa.

"Tak ada," jawab Zafriel dan meneruskan suapan.

"Tapi saya rasa saya ada sukakan seseorang," dia memandang Syifa.

"Ye ke? Siapa siapa?" Matanya membulat. Ingin mengetahui gerangan siapakah perempuan yang dapat bos skema ni?

"Adalah. Mana boleh bagitahu. Nanti satu ofis tahu,"

"Ala bos ni. Kedekutlah. Kalau macam tu, bos suruhlah dia yang menyamar jadi kekasih bos. Mana tahu lama lama nanti bos bercinta dengan dia. Kan? Syifa memberikan cadangan.

"Tak payah. Awak dah cukup,"

Lagi. Syifa berasa segan. Dah kenapa bos ni gatal sangat. Aku lari baru tahu.

"Assalamualaikum. Saya nak ajak bakal tunang saya keluar boleh?" Pagi pagi Zafriel sudah menelefon Syifa. Sudah dua minggu Syifa menyandang jawatan sebagai 'kekasih palsu Zafriel' dan ini adalah kali pertama mereka akan keluar bersama.

Syifa mengeluh. Kenapa mesti ada yang mengganggu hujung minggunya.

"Bos. Hujung minggu ni kan. Saya nak duduk rumah je,"

"Hujung minggu macam ni lah kita keluar. Kalau hari kerja mana sempat. Tengah hari nanti saya ambil awak," Zafriel memberi kata putus.

"Ye lah ye lah,"

Talian dimatikan.

"Amboi aku tengok kau dengan Syifa bukan main lagi eh," Redza mendengar perbualan mereka tadi. Dah duduk depan muka. Mana taknya. Agak terkejut juga dia tadi bila Zafriel memberitahu Syifa menjadi 'kekasihnya'.

"Bukan main apanya. Aku ajak dia keluar je pun,"

"Aku syak kau ni syok dekat PA sendiri ni," usik Redza lagi.

"Eh tak adalah. Dia PA aku je. Tak lebih. Aku minta tolong je. Bukannya apa pun," jawabnya gelabah.

"Eleh. Aku takut nanti lama lama sangkut juga. Syifa tu cantik apa. Takkan kau tak berkenan kot?"

Zafriel hanya diam. Macam mana nak berkenan kalau hatinya milik orang lain. Eh bukan. Pernah menjadi milik orang lain. Dan Syifa baru sahaja putus dengan kekasihnya, mesti dia tak boleh nak move on lagi. Tak mustahil Syifa akan kembali kepada kekasihnya lagi.

"Dah lah. Jom sambung jog. Baru 5 round ni," Zafriel mengajak Redza. Kalau makin lama bersembang, macam macam Redza akan tahu. Phew.





Seguir leyendo

También te gustarán

40.3K 1.6K 55
🄺🄰🅁🅈🄰 🄺🄴🅃🄸🄶🄰 by cik_farah♡ Kehidupan seorang gadis yang berubah drastik setelah berlaku satu kemalangan ngeri dalam hidupnya. Dipinggirkan...
688K 31.9K 86
Buku keempat Putera Aisar Iskandar Putera Mahkota Inderaloka. Seorang yang dingin, dan langsung tidak bercadang mencari suri hati. Tetapi prinsipnya...
424K 16.5K 29
QAYS JAREED Ramai yang dengkikan dirinya yang dianggap sempurna. Memiliki harta di usia yang muda, sering menjadi bualan masyarakat dan seorang anak...
663K 21.8K 54
Completed√ Disebalik kemanisan lelaki ini, terselit kedinginan dan kekejaman. "Rose is red, ocean is blue, everyday I want to say I love you"...