Sayang Papa Saya Tak?

By HanniRamsul

500K 10.7K 954

"Seratus ribu, Encik Farish. Yang tak gatal pun mesti jadi gatal"- Raisya. Bagaimana Farish tidak pening deng... More

Mencintai Dia... 1
Mencintai Dia... 2
Mencintai Dia... 3
Mencintai Dia... 4
Mencintai Dia... 5
Mencintai Dia... 6
Mencintai Dia... 7
Mencintai Dia... 9
Mencintai Dia...10
Mencintai Dia... 11
Mencintai Dia... 12
Mencintai Dia... 13
Mencintai Dia... (tajuk sementara) 14
Sayang Papa Saya Tak? 15
Sayang Papa Saya Tak? 16
Sayang Papa Saya Tak? 17
Sayang Papa Saya Tak? 18
Sayang Papa Saya, Tak? 19
Sayang Papa Saya, Tak? 20
Sayang Papa Saya, Tak? 21
Sayang Papa Saya, Tak? 22
Sayang Papa Saya, Tak? 23
Sayang Papa Saya Tak? 24
SAYANG PAPA SAYA TAK? BAKAL BERADA DI PASARAN MAC INI

Mencintai Dia... 8

15.1K 382 31
By HanniRamsul

Sekali lagi dia mengerling. Melihat dari ekor matanya. Ini satu kejadian yang sangat luar biasa. Bukan satu kebiasaan anak majikannya ini tidak ke pejabat pada hari bekerja. Dan lebih aneh lagi apabila lelaki ini santai di ruang tamu sambil mata bagai digam pada wajahnya. Tiba-tiba segala pergerakannya terasa terbatas. Sudah hampir setengah jam Farish begitu. Sejak dari tadi dia cuba berprasangka baik. Berfikir mungkin Farish mahu bersama dengan Qalish. Tetapi renungan Farish membuat prasangka baiknya terbang menghilang. Farish memang duduk di situ untuk memerhati tingkah-lakunya. Perlahan dia mengangkat Qalish yang meniarap. Dia tidak betah lagi untuk terus berlama-lama di situ. Pandangan mata Farish terasa terus menikam ke kalbunya. Silap hari bulan dia boleh jatuh cinta nanti. Bahaya. Sangat bahaya.

"Nak ke mana?,"

Raisya menoleh. Qalish sudah diam di dalam dukungan. Lebar senyum apabila didukung.

"Nak keluar. Duduk kat laman kejap. Bahaya duduk kat sini,"

"Bahaya?,"

Raisya mengangguk. Memang bahaya. Sangat bahaya sehingga dia takut mahu bertanya tujuan Farish merenungnya sejak dari tadi.

Farish menarik nafas dalam-dalam. Kalau mahu diteruskan rancangan ibunya, dia perlu bercakap dari hati ke hati dengan gadis ini. Dan, ada syarat yang perlu gadis ini patuhi.

"Duduk,"

"Hah?," soal Raisya sambil mengangkat kening.

"Sit down. Tak faham juga?,"

Raisya mula menjeling. Bukan dia tidak faham cuma permintaan Farish yang berganda pelik.

"Saya fahamlah,"

"Bagus. Jadi, duduklah,"

Raisya menjongket bahu. Arahan Farish diturut. Perlahan punggungnya menyentuh sofa. Spontan membuat wajah Qalish mencemik. Seronok didukung dan kemudian terpaksa duduk semula. Tindakan yang memang mampu membuat Qalish meragam.

"Kak Nom!,"

Raisya memandang Farish yang tiba-tiba menjadi tarzan di pagi hari sambil mulutnya berbisik memujuk Qalish yang mula merengek. Tidak menunggu lama, Anom sudah tercegat di hadapannya.

"Encik Farish panggil saya?,"

"Ambil Qalish kejap. Saya nak bincang sesuatu dengan Raisya,"

Anom mengangguk. Raisya sendiri tidak berani membantah. Qalish dihulurkan kepada Anom dan dibawa pergi bersama sisa-sisa rengekan. Qalish berlalu dan ruang itu menjadi sepi. Terkebil-kebil Raisya menunggu patah kata yang bakal dilantunkan Farish. Tetapi, tetap yang diterima cuma renungan yang tidak berpenghujung. Perlahan dia menggosok tengkuk. Kalaulah dia dibenarkan mendengar Farish bercakap dari belakang sofa, sudah lama dia melompat ke belakang sofa.

"Encik Farish baru perasan ke saya ni cantik macam Lisa Surihani?,"

Farish mengerutkan kening. Raisya mengukir senyum. Mata dikerdipkan berkali-kali sambil kening terangkat.

"Jangan perasan sangat dan tolong jangan buat muka macam tu,"

Raisya tersengih.

"Faham. Takut tergoda kan?,"

"Oh, please. Tolong jangan buka mulut kecuali saya suruh,"

Raisya tersenyum. Jari dilarik ke bibir.

"Zip,"ujarnya sepatah.

Farish berdehem perlahan sambil membetulkan duduknya. Sekali lagi dia memandang wajah Raisya walau hatinya bengkak melihat senyum meleret gadis itu dengan bibir tertutup rapat.

"Apa perancangan kamu?,"

Raisya mengangkat kening. Soalan Farish kedengaran serius.

"Perancangan apa?,"

"Perancangan hidup. Apa yang kamu mahu? Dalam masa beberapa tahun akan datang, apa yang kamu mahu capai?,"

Raisya diam seketika. Pelik bunyinya soalan Farish.

"Perancangan hidup saya untuk beberapa tahun akan datang? Untuk esok pun saya belum tahu apa perancangannya, ini kan pula untuk beberapa tahun akan datang,"bersama gelak kecil, Raisya menjawab.

Farish menanggapi gelak itu dengan satu renungan tajam. Renungan yang mematikan gelak Raisya.

"Takkan selama-lamanya kamu nak jadi babysitter?,"Farish terus mengajukan soalan. Lama dia diam memerhati. Dia perlukan kepastian.

"Okay je. Janji bayarannya lumayan,"selamba Raisya memberi jawapan.

Ayat terakhir mula membuat Farish hilang minat berbual.

"Kamu mahu duit banyak-banyak, apa kamu buat dengan duit tu?,"

Raisya tersenyum. Kali pertama Farish ajak dia bersembang. Mungkin Farish mahu cuba mengenalinya. Adakah ini bermakna Farish sudah bersetuju dengan cadangan Puan Rogayah? Farish setuju untuk berkahwin dengannya dan dia bakal mendapat duit sebanyak seratus ribu seperti yang telah Puan Rogayah janjikan? Kalau betul, ini merupakan berita baik. Semakin lebar senyumnya.

"Encik Farish dah setuju nak kahwin dengan saya, ya?,"soalnya ceria tanpa menjawab soalan Farish sebelumnya.

Farish diam seketika.

"Perasan!,"gumamnya sambil mengangkat punggung dari sofa. Bagaimanalah nanti hidupnya setelah gadis ini menjadi isterinya? Atau mungkinkah dia perlu mencari calon lain? Tetapi, calon yang dicari adalah untuk Qalish bukan untuk dirinya. Jadi, pilihan ibunya ini sememangnya sudah tepat.

Mendengar kata-kata Farish, Raisya sekadar menjongket bahu.

"Dah nak kahwin sangat ke?,"

Raisya tersengih. Segan sedikit mendengar soalan Farish yang tidak berlapik.

"Lepas ni ikut saya,"

"Pergi mana?,"

"Daftar kursus kahwin,"

Raisya ternganga. Entah kenapa jantung tiba-tiba berdegup kencang mendengar jawapan Farish. Betulkah?

"Encik Farish buat lawak ke?,"

Farish merenung lama wajah yang jelas terkejut itu.

"Kamu rasa saya ada masa nak buat lawak dengan kamu?,"

Raisya tersenyum lebar.

"Yes! Seratus ribu,"bisiknya teruja. Namun keterujaannya hilang menyedari sepasang mata Farish menikam tajam wajahnya. Tajam renungan itu mampu membuat dia gamam seketika. Lambat-lambat dia tersengih.

"Dengar ya?,"soalnya perlahan.

Farish menggeleng perlahan.

"Nak jadi isteri saya, tolong cover sikit mata duitan tu,"

"Tengoklah...,"

"Tengoklah?,"

Menjawab soalan Farish, Raisya cuma melebarkan senyum selebar mungkin.

"Senyum apa lagi? Pergilah bersiap,"

"Hah? Sekarang ni?,"

"Dah tu? Takkan esok?,"

Raisya terus bangkit dari sofa. Laju melangkah menuju ke biliknya. Farish memandang dengan perasaan yang bercampur-baur.

Puan Rogayah yang memerhati dari jauh, tersenyum kecil. Perlahan dia melangkah mendekati anaknya.

"Kenapa ni? Stress mukanya?,"dia pura-pura bertanya.

Mendengar suara itu, dia berpaling mencari wajah ibunya.

"Rasanya budak tu terlalu muda untuk jadi ibu Qalish, mama,"

"Atau untuk jadi isteri kamu?,"

Farish melemparkan pandangan ke arah lain.

"Beri dia peluang. Mama yakin, Raisya bukan saja mampu jadi ibu yang baik untuk Qalish, tapi dia juga mampu jadi isteri yang baik untuk kamu. Cuma beri dia peluang,"

"Mama cakap semua ini untuk Qalish. Jadi, rasanya tak perlu kita cakap pasal saya,"putus Farish tegas.

Puan Rogayah diam. Memandang sahaja wajah Farish yang serius. Dia tidak boleh terlalu mendesak. Farish membuat keputusan untuk akur dengan permintaannya, itu pun sudah cukup untuk membuat dia berasa lega. Sekurang-kurangnya ada seseorang yang boleh diharap yang mampu menyayangi cucunya.


Continue Reading

You'll Also Like

2.5M 232K 83
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
968K 67.8K 57
2023. Seorang lelaki bisu yang bertembung dengan seorang gadis yang bercakap tanpa tahu tanda noktah. Awalnya rimas, akhirnya lemas. "Jom kahwin."...
724K 29.6K 88
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
1.1M 58.6K 72
Kisah seorang gadis berumur 28 tahun yang ingin berkahwin. "Korang aku nak kahwin! Tapi takde calon lagi. Macam mana ni?" -Adara Sumayyah "Wow! Amazi...