NEW: Introducing Tap. Addictive chat stories for your 📲 Now in 10 languages
DOWNLOAD NOW!

Sayang Papa Saya Tak? 24

27.4K 554 82

"Kamu macam-mana sekarang?,"

Farish tersenyum dalam diam. Rasanya tiada soalan lain yang akan ibunya tanya setiap kali pulang ke sini.

"Maksud mama?,"

Puan Rogayah tersenyum nipis. Selagi dia tidak melihat hubungan Farish dan Raisya bebar-benar baik, hatinya tidak akan senang. Dia cuba memberi bahagia sekali lagi kepada anak lelakinya, tetapi dia tidak boleh lupakan Raisya begitu sahaja. Dia tidak mahu Raisya berasa teraniaya menjadi isteri Farish.

"Mama berterus-terang saja. Selagi hubungan kamu dengan Raisya tak jelas, mama rasa tak sedap hati. Usahakan sesuatu, sayang. Mama tak mahu tengok Farish macam ni sampai bila-bila. Mama dah hilang seorang anak mama. Yang mama ada sekarang, hanya Farish seorang saja. Berusahalah. Berusaha untuk bahagia, ya,"

Farish tersenyum hambar.

"Masih tak boleh lupakan Kasih? Mama tak minta Farish lupakan arwah. Cuma, yang pergi tetap dah pergi. Tapi kita? Kita kena teruskan juga hidup ni. Mama yakin Kasih pun tak nak Farish jadi macam ni. Kasih mesti sedih tengok Farish macam ni,"

Farish meraup wajah perlahan-lahan. Cuba mencerna setiap kata-kata ibunya sebaik mungkin. Setiap kata-kata ibunya, tiada satu pun yang salah. Tetapi, di hatinya masih penuh dengan nama Kasih... dengan wajah Kasih.

"Bukan mudah sebenarnya mama,"

"Kenapa? Masih tak suka pada Raisya?,"

Farish menggeleng.

"Bukan itu isunya mama,"balasnya tenang.

"Dah tu apa lagi? Kamu tak kasihan pada Raisya? Ya... memang dalam hal Raisya mama tak boleh nak salahkan kamu. Awal-awal lagi kamu dah beritahu pendirian kamu. Tapi, takkan semua tu tak berubah sikit pun bila kamu berdua dah kahwin? ,"

"Saya dengan Raisya tak ada apa-apa masalah, mama. Ikutkan, kami dah lebih baik sedikit sekarang,"

"Kalau tak ada masalah kenapa macam tak berubah aje? Bawa hal masing-masing juga. Tidur asing-asing...Mama tak akan salahkan Raisya sebab mama tahu dia belum matang untuk fikir semua tu. Tapi Farish? Takkan tak boleh pertimbangkan langsung keadaan sekarang? Belajar menerima Raisya seadanya?,"

"Mama... Biarlah dulu. Setiap perkara perlukan masa. Saya perlukan masa dan saya percaya Raisya juga perlukan masa,"

Puan Rogayah mengeluh perlahan.

"Kalau ambil masa untuk belajar menerima, mama tak susah hati. Tapi, mama risau kalau-kalau kamu berdua ambil masa untuk nafikan ikatan kau orang berdua. Jangan begitu. Berdosa. Mama yang memaksa pun turut sama berdosa,"

Farish mengangguk perlahan. Untuk menerima perkahwinan barunya sebegitu sahaja seolah-olah dia tidak pernah mempunyai sejarah, memang mustahil. Lebih-lebih lagi dia langsung tidak kenal Raisya. Apa yang dia perlukan kini hanya sedikit ruang. Ruang untuk mengenali Raisya. Dan, rasanya dia sudah bersedia untuk sediakan ruang itu.

"Mama jangan risau. Terus doakan yang terbaik untuk kami,"

Mekar sedikit senyum Puan Rogayah. Dia faham andai Farish tidak boleh terima segala-galanya di dalam sekelip mata. Tetapi, sikap positif yang Farish tonjolkan tetap membuat dia berasa lega. Dia tahu Farish sudah bersedia untuk cuba berubah.

"Doa mama sentiasa untuk anak dan menantu mama. Untuk cucu kesayangan mama,"

Farish senyum sedikit.

"Dahlah tu. Pergi naik. Tengok anak isteri kamu. Kamu ke mana tadi? Asal datang ke sini, mesti hilang. Jumpa Azyan lagi ke?,"

Farish bangkit dari duduknya. Soalan ibunya cuma dijawab dengan gelengan.

Sayang Papa Saya Tak?Read this story for FREE!