NEW: Introducing Tap. Addictive chat stories for your 📲 Now in 10 languages
DOWNLOAD NOW!

Mencintai Dia... 5

14.7K 340 17

"Abang Yus macam-mana? Dia sihat kan?,"

Langkah Farish terhenti. Suara itu menarik perhatiannya. Dan, patah bicara yang meniti di bibir empunya suara itu pula, cukup menarik minatnya. Perlahan dia mendekat. Berusaha meneliti setiap percakapan telefon Raisya.

"Aku tak nak bertunang dengan abang Yuslah. Oklah. Aku letak phone kejap. Nak tengok Qalish dah bangun ke belum. Nanti aku call kau balik,"

Farish menggeleng perlahan. Melihat Raisya semakin hampir dengannya, segera dia keluar dari persembunyiannya.

"Mak! Kalau tak kahwin tak dapat duit!,"jerit Raisya sambil mengurut dada. Terkejut besar apabila tiba-tiba tubuh sasa itu tercegat di hadapannya.

"Encik Farish! Lain kali kali nak muncul janganlah tiba-tiba macam ni. Hilang satu semangat saya...,"keluhnya sambil mengurut dada.

"Kamu ingat, kalau kamu kahwin saya, boleh dapat duit ke?,"

"Hah?,"

Farish memeluk tubuh. Merenung tajam wajah selamba yang membuat hatinya sebal itu.

"Kenapa pandang saya macam tu?,"soal Raisya perlahan sambil sengetkan sedikit tubuhnya.

Menyedari tindakan Raisya yang seakan-akan menganggap dirinya seperti lelaki miang, Farish membuang pandang. Memang tiada faedah bercakap dengan orang seperti Raisya.

"Kamu sanggup batalkan pertunangan dengan kekasih kamu hanya sebab nak nikah dengan saya?,"

Raisya kerutkan kening.

"Mana Encik Farish dapat berita karut ni?,"dia cuba berdalih.

"Kamu ni, memang teruk. Belajarlah menghargai sesuatu. Jangan jadi mata duitan sangat. Hati tu, kamu patut letak rasa sikit. Bukan hanya duk susun duit saja kat situ,"

Raisya membuat muka tidak mengerti. Seolah-olah tidak faham dengan apa yang sedang Farish katakan. Melihat wajah yang semakin membuat dia sakit hati itu, Farish merengus perlahan. Terus berlalu tanpa ada niat untuk terus berbual dengan Raisya. Buang masa.

"Encik...,"

Farish menoleh.

"Puan cakap, encik nak pergi rumah anak yatim,"

Tanpa menjawab, Farish menyambung langkahnya yang terhenti.

"Nak ikut?,"

Langkah mati sekali lagi. Farish berpaling. Merenung tanpa senyum pada wajah yang menyengih di hadapannya.

"Sejak bila mama saya lantik awak jadi bayang-bayang saya?,"

Raisya mencemik.

"Saya memang suka pergi rumah anak yatim,"

Farish menarik nafas panjang.

"Saya suka anak yatim,"

Semakin tajam renungannya.

"Saya pun anak yatim. Sama macam arwah isteri Encik...,"

"Ada anak yatim, hatinya bersinar macam permata... ada anak yatim, hatinya palsu macam bunga plastik. Tak payah susah-susah berlakon sebab saya tahu kamu jenis yang macam-mana,"Farish bersuara separuh menyindir. Raisya tetap tersengih.

"So, boleh ikut tak?,"soalnya lagi.

Farish menarik muncung. Terus laju berlalu. Semakin dilayan, terasa dia semakin bodoh.

"Saya tahu, hati macam permata tu, tentulah arwah isteri Encik, kan?,"soal Raisya tersenyum lebar. Farish tidak lagi menoleh. Dia tersenyum nipis mendengar kata-kata itu. Kasih memang memiliki hati yang bersinar bak permata. Namun, senyumnya malap perlahan-lahan.

Sayang Papa Saya Tak?Read this story for FREE!