Mencintai Dia... 8

15.1K 382 31
                                    

Sekali lagi dia mengerling. Melihat dari ekor matanya. Ini satu kejadian yang sangat luar biasa. Bukan satu kebiasaan anak majikannya ini tidak ke pejabat pada hari bekerja. Dan lebih aneh lagi apabila lelaki ini santai di ruang tamu sambil mata bagai digam pada wajahnya. Tiba-tiba segala pergerakannya terasa terbatas. Sudah hampir setengah jam Farish begitu. Sejak dari tadi dia cuba berprasangka baik. Berfikir mungkin Farish mahu bersama dengan Qalish. Tetapi renungan Farish membuat prasangka baiknya terbang menghilang. Farish memang duduk di situ untuk memerhati tingkah-lakunya. Perlahan dia mengangkat Qalish yang meniarap. Dia tidak betah lagi untuk terus berlama-lama di situ. Pandangan mata Farish terasa terus menikam ke kalbunya. Silap hari bulan dia boleh jatuh cinta nanti. Bahaya. Sangat bahaya.

"Nak ke mana?,"

Raisya menoleh. Qalish sudah diam di dalam dukungan. Lebar senyum apabila didukung.

"Nak keluar. Duduk kat laman kejap. Bahaya duduk kat sini,"

"Bahaya?,"

Raisya mengangguk. Memang bahaya. Sangat bahaya sehingga dia takut mahu bertanya tujuan Farish merenungnya sejak dari tadi.

Farish menarik nafas dalam-dalam. Kalau mahu diteruskan rancangan ibunya, dia perlu bercakap dari hati ke hati dengan gadis ini. Dan, ada syarat yang perlu gadis ini patuhi.

"Duduk,"

"Hah?," soal Raisya sambil mengangkat kening.

"Sit down. Tak faham juga?,"

Raisya mula menjeling. Bukan dia tidak faham cuma permintaan Farish yang berganda pelik.

"Saya fahamlah,"

"Bagus. Jadi, duduklah,"

Raisya menjongket bahu. Arahan Farish diturut. Perlahan punggungnya menyentuh sofa. Spontan membuat wajah Qalish mencemik. Seronok didukung dan kemudian terpaksa duduk semula. Tindakan yang memang mampu membuat Qalish meragam.

"Kak Nom!,"

Raisya memandang Farish yang tiba-tiba menjadi tarzan di pagi hari sambil mulutnya berbisik memujuk Qalish yang mula merengek. Tidak menunggu lama, Anom sudah tercegat di hadapannya.

"Encik Farish panggil saya?,"

"Ambil Qalish kejap. Saya nak bincang sesuatu dengan Raisya,"

Anom mengangguk. Raisya sendiri tidak berani membantah. Qalish dihulurkan kepada Anom dan dibawa pergi bersama sisa-sisa rengekan. Qalish berlalu dan ruang itu menjadi sepi. Terkebil-kebil Raisya menunggu patah kata yang bakal dilantunkan Farish. Tetapi, tetap yang diterima cuma renungan yang tidak berpenghujung. Perlahan dia menggosok tengkuk. Kalaulah dia dibenarkan mendengar Farish bercakap dari belakang sofa, sudah lama dia melompat ke belakang sofa.

"Encik Farish baru perasan ke saya ni cantik macam Lisa Surihani?,"

Farish mengerutkan kening. Raisya mengukir senyum. Mata dikerdipkan berkali-kali sambil kening terangkat.

"Jangan perasan sangat dan tolong jangan buat muka macam tu,"

Raisya tersengih.

"Faham. Takut tergoda kan?,"

"Oh, please. Tolong jangan buka mulut kecuali saya suruh,"

Raisya tersenyum. Jari dilarik ke bibir.

"Zip,"ujarnya sepatah.

Farish berdehem perlahan sambil membetulkan duduknya. Sekali lagi dia memandang wajah Raisya walau hatinya bengkak melihat senyum meleret gadis itu dengan bibir tertutup rapat.

Sayang Papa Saya Tak?Where stories live. Discover now