Sayang Papa Saya, Tak? 20

20.1K 422 35

"Raisya, tengok ni,"

Sambil selimutkan Qalish yang baru melelapkan mata, Raisya berpaling ke arah Fathiya. Kening diangkat. Temannya itu tersenyum. Senyum yang penuh dengan makna.

"Alish dah tidur?,"

Dia menggangguk seraya menjawab.

"Dah,"

Fathiya tersengih. Tangan menggamit Raisya agar datang kepadanya. Raisya bergerak mendekat. Meniarap di sisi Fathiya. Hasil ugutan, akhirnya Farish memberi kelonggaran padanya. Sesekali Fathiya dibenarkan menginap bersamanya pada cuti hujung minggu. Dan, akhirnya dia dapat bersama-sama dengan teman baiknya seperti dahulu. Kalau pun bukan selalu, tetapi peluang yang diberi oleh Farish sangat-sangat dia hargai. Sambil membetulkan baringnya, dia menjenguk.

"Apa dia?,"

Fathiya tersengih. Memalingkan wajah ke arah Raisya.

"Kau tengok ni,"

Raisya menurut. Fathiya sedang melayan You Tube rupa-rupanya.

"Cakap nak buat assignment. Ini ke assignment kau?,"

"Aku dah buatlah. Rehat kejap. Takkan nak buat kerja berjam-jam. Nanti biul otak aku. Ni...kau tengoklah ni,"

Raisya memandang sambil menggeleng. Matanya kemudian beralih ke screen. Melayan lagu Hindustan pula temannya yang seorang ni. Terkebil-kebil dia melihat liuk lentok pelakon menyanyi dan menari.

"Hmmm... Hindustan. Kalau tak menyanyi... menari... memang bukan hindustanlah gamaknya,"gumammya tidak berminat.

"Ni... kau tengok hero ni ke kau dengar lagu?,"tokoknya seraya menoleh mencari wajah Fathiya.

"Bila aku tengok lagu ni, tiba-tiba aku dapat ilham untuk kaulah,"

Raisya kerutkan kening. Sekejap matanya di wajah Fathiya dan sekejap pada video lagu Hindustan yang terpasang. Meliuk-lentok tariannya. Entah lagu apa...entah filem apa... tidak pula dia tahu.

"Ilham apa pula?,"lambat-lambat dia bertanya.

Fathiya tersengih.

"Cuba kau buat macam perempuan ni,"

Raisya mendekatkan wajah ke screen komputer riba. Melihat video lagu daripada sebuah filem barangkali. Dia tidak begitu tahu.

"Tang mana yang aku nak ikut? Akrobatik tu ke? Tak sempat dua kali lipat, aku terlipat kat katil hospital,"

Fathiya tergelak besar.

"Bukanlah. Tang buka baju satu-satu tu,"

Raisya tersedak. Buntang mata memandang Fathiya. Daripada meniarap, tiba-tiba dia sudah bersila di atas katil.

"Hey! Jangan gatallah. Kau tu belajar tau. Jangan banyak sangat masuk input lagho macam ni dalam kepala. Tutup video tu. Sambung buat assignment. Bukan main lagi tak malu kau ya. Aku report kat ibu,"

Fathiya tergelak.

"Okaylah tu. Aku cuma bagi idea aje. Aku yakin mesti terus tak ada sendilah suami kau tu. Ala... lagipun bukanlah teruk pun video ni,"

"Diam. Aku kata diam.... diam,"

Fathiya jelirkan lidah sambil tergelak. Raisya sudah sedepa muncungnya. Pasti malu.

"Tutup video tu,"arahnya garang.

Fathiya ketawa lagi.

"Dah macam mak nenek kau ni. Yalah...yalah... aku tutup. Usik skit pun nak marah. Kata ketandusan idea,"

Sayang Papa Saya Tak?Read this story for FREE!