NEW: Introducing Tap. Addictive chat stories for your 📲 Now in 10 languages
DOWNLOAD NOW!

Mencintai Dia... 3

15.9K 372 17

Dia diam seketika. Berbelah- bagi mendengar cadangan yang luar biasa hebat itu. Matanya dialihkan ke wajah comel Qalish.

"Kenapa saya Puan?,"dia bertanya. Sengaja mahu mendapatkan kepastian yang lebih jelas. Apa hebat dirinya sehingga dia menjadi pilihan Puan Rogayah? Adakah disebabkan dia cantik? Atau dia baik?

"Sebab Qalish dah serasi dengan kamu. Dan, saya rasa kamu boleh jaga Qalish dengan baik,"

Raisya tersenyum kelat. Nampaknya bukan sebab dia cantik dan bukan juga disebabkan dia baik. Dia menjadi calon hanya kerana dia boleh menjaga Qalish dengan baik. Tetapi, apa juga sebabnya, tawaran yang diberi sangat menggoncang imannya.

"Qalish memang budak baik, puan,"ujarnya sambil tergelak kecil. Buat-buat segan dengan komentar Puan Rogayah. Puan Rogayah tersenyum kecil.

"Jadi, macam-mana? Kamu setuju?,"

Dia termenung seketika. Sekali lagi...Tawaran itu sukar untuk dia tolak. Teramat sukar.

"Tapi, Encik Farish setuju ke?,"dia bertanya lagi. Keputusan ini adalah satu keputusan sukar. Dia tidak boleh bersetuju begitu sahaja.

"Yang penting keputusan kamu. Macam-mana?,"

Raisya tersengih. Tetapi senyumannya mati sebaik sahaja melihat wajah serius Farish yang melangkah masuk ke ruang tamu. Wajah itu tidak bereaksi seperti biasa. Sekuntum senyuman dia lemparkan pada lelaki itu. Tidak berbalas. Setelah senyumnya dipandang sepi, dia mengalihkan pula pandangan ke arah Puan Rogayah. Tidak berasa apa-apa dengan sikap Farish kerana sejak hari pertama dia muncul di rumah ini, lelaki itu tidak pernah mengacuhkannya. Bukan dia sahaja, tetapi rasanya lelaki ini dingin dengan semua orang.

"Farish, baru balik?,"menyedari kehadiran lelaki itu, Puan Rogayah menyapa.

"Hmmm...,"

Dia termangu seperti biasa. Cuma itu jawapan Farish dan Farish terus berlalu menuju ke biliknya. Melihat gaya lelaki itu, tawaran Puan Rogayah sebentar tadi menjadi sedikit goyah.

"Tak payah hiraukan Farish. Saya harap kamu setuju ya. Demi Qalish?,"

Puan Rogayah bersuara seolah-olah dapat membaca apa yang sedang bermain di hatinya saat itu.

"Tapi, sampai bila saya kena...,"

"Sampai bila-bila,"laju Puan Rogayah memotong kata-kata Raisya.

Raisya menelan liur.

"Sampai bila-bila? Macam tak best aje...,"dia mula merungut sendiri.

"Yalah. Ini bukan benda main-main. Sebab tu saya tanya betul-betul sama ada Raisya nak atau tak nak? Saya tak nak nanti Raisya rasa ini keputusan yang salah. Saya buat semua ini untuk Qalish,"

Raisya diam. Merenung wajah Qalish. Bulat mata comel itu memandangnya sambil bercakap dengan bahasa yang langsung tidak dia mengerti.

"Kalau sebab Qalish, saya boleh jaga dia macam ni aje kan?,"

Puan Rogayah mengeluh lemah.

"Juga untuk Farish. Mana tahu nanti Farish boleh berubah,"

Raisya tergelak halus. Tidak terjangkau di fikirannya bagaimana Farish boleh berubah hanya kerana dia. Kalau sebab pertama, dia yakin dia boleh lakukan. Tetapi, untuk sebab kedua, terasa lucu dia mendengarnya. Pandang dia pun lelaki itu tidak sudi, inikan pula mahu berubah kerananya.

"Farish nak balik ke rumah lama dia. Saya tak mahu dia tinggalkan Qalish di sini. Anak dia kena duduk dengan dia. Kalau tidak, pasti dia makin jauh dengan Qalish. Kamu pula kena jaga Qalish,"Puan Rogayah melanjutkan bicara. Raisya mengangguk perlahan. Mula faham dengan cadangan Puan Rogayah. Puan Rogayah tidak mahu pisahkan Qalish dengan Farish.

Sayang Papa Saya Tak?Read this story for FREE!