Mencintai Dia... 6

16.3K 378 22
                                    

Dari jauh Raisya memandang lama. Melihat Farish yang leka melayan tamunya. Sesekali lelaki itu tersenyum. Sesekali terlihat lelaki itu seakan tertawa kecil. Walau tawa itu tidaklah seriang mana, hatinya tetap jengkel. Walau senyum itu tidaklah selebar mana, tetap ada rasa menyampah mengganggu emosinya.

"Siapa tu Kak Nom?,"mulutnya mula bertanya sambil mata masih lagi terhala pada Farish dan seorang perempuan di halaman sambil menikmati minuman petang bersama. Teman wanita pengganti arwah isterinya barangkali? Tiba-tiba dia teringatkan tawaran Puan Rogayah. Kalau benar perempuan yang leka bercerita itu teman wanita baru Farish, musnahlah harapannya. Hilang seratus ribu idamannya.

"Hai... lain macam aje renungnya tu. Cemburu ke?,"

Spontan Raisya mengalihkan pandangan. Cemburu? Pastilah dia tidak cemburu. Cuma sedikit risau kalau rancangan Puan Rogayah bakal berubah. Melayang peluang keemasan untuknya. Anom tergelak melihat wajah Raisya yang sedikit berubah.

"Cemburu apanya? Bukan boyfriend saya pun...,"laju dia bersuara mempertahankan diri.

"Memanglah bukan boyfriend... tapi bakal suami. Kan?,"

Raisya mencebik. Itu satu rancangan yang masih kabur dan akan semakin kabur selepas ini mungkin.

"Saya tahu. Itu mesti girlfriend dia. Tak pun mesti nanti dia beritahu Puan Rogayah, dia nak kahwin dengan perempuan tu. Jadi, tak jadilah dia kahwin dengan saya...,"

'Melepas RM100 ribu aku...' kata-kata itu bersambung di dalam hati.

Anom ketawa besar.

"Kuat betul berkhayal kamu ni ya. Mana ada...,"

"Kalau bukan, kenapa tiba-tiba ada perempuan datang jumpa dia? Mesra pulak tu. Tak rasa pelik ke? Harap-harap perempuan tu bukan pandai melayan Encik Farish aje lah. Dia mesti kena layan Qalish baik-baik juga,"

"Apa ni sok... sek... sok... sek... mengumpat apa?,"

Raisya tersentak. Ternyata ada telinga lain yang mendengar perbualan dia dan Anom . Segera dia menoleh juga segera dia menjauh diri dari tingkap di ruang dapur. Tersengih sambil memandang Puan Rogayah yang sedang berpeluk tubuh memandangnya.

"Tak ada apa-apa, puan. Raisya ni...,"

"Saya intai Encik Farish ni Puan. Risau saya...,"laju Raisya menyampuk.

"Risau? Nak risau kenapa?,"

"Kalau dia kahwin dengan perempuan tu, saya risaukan Qalish ni. Nanti Puan kena pastikan dia betul-betul jaga Qalish. Tadi pun, nampak nak tak nak aje dia tegur Qalish,"terus-terang Raisya bersuara sambil mata terhala pada Qalish yang juga sedang terkebil-kebil merenungnya saat itu. Diam di dalam dukungannya sambil dia terintai-intai di balik tingkap sejak dari tadi.

Puan Rogayah tergelak besar. Kemudian perlahan wanita itu menggeleng. Langsung tidak membalas kata-katanya. Cuma melangkah santai berlalu dari ruang dapur.

"Oh ya... jangan ajar cucu saya mengendap orang macam tu ya...,"Puan Rogayah bersuara sambil terus berlalu. Berlalu bersama senyum panjang di bibir.

Raisya kerutkan kening. Segera bergerak meninggalkan tingkap. Anom tergelak lagi sambil tangannya terus memotong sayur di meja.

"Saya cakap serius, puan gelak-gelak pulak,"

"Memanglah puan gelak sebab kamu cakap benda yang bukan-bukan. Takkanlah Encik Farish nak kahwin dengan Azyan tu...,"

"Kenapa pula? Siapa perempuan tu sebenarnya? Bagitaulah Kak Nom. Jangan buat saya blur macam ni, boleh tak?,"

Anom tersenyum. Pandangannya teralih mencari wajah Raisya.

Sayang Papa Saya Tak?Where stories live. Discover now