Mencintai Dia... 13

17.4K 436 42
                                    

Shahrir terkebil-kebil memandang wajah majikannya. Wajah itu nampak serius memikirkan sesuatu. Bukan wajah seorang lelaki yang baru berkahwin.

"Bos tak pergi honeymoon ke?,"dia bersuara memecah kesunyian suasana. Empat tahun bekerja dengan Farish, memang lain benar sikap majikannya itu selepas kematian isteri tersayang. Kadang-kadang kasihan dia melihat lelaki itu berusaha melupakan segala kesedihan dengan timbunan kerja yang begitu banyak. Sekaligus membuat dia kasihan pada dirinya sendiri. Sibuk Farish bererti sibuk juga dia.

Mendengar soalan Shahrir, Farish sekadang mengerling. Tidak suka hal perkahwinannya menjadi topik perbualan.

"Dia dapat 100k kahwin dengan I. Rasanya dia sibuk honeymoon dengan duit tu sekarang ni,"

Shahrir terkebil-kebil. Biar betul!

"Kahwin dapat 100k? Biar betul. Kenapalah saya tak dilahirkan sebagai perempuan?,"

Farish memandang wajah Shahrir yang kelihatan terkejut.

"Memang manusia ni, macam tu sekali desperate pada duit ya?,"soalnya sedikit sinis.

Shahrir tersengih.

"Untuk orang yang selalu cukup duit, memang rasa macam duit bukan segala-galanya, bos. Tapi, untuk orang yang selalu saja tak cukup duit, contohnya macam saya ni, kalau diberi perempuan cantik seorang dengan duit satu beg, saya pilih duit satu beg,"

Farish menggeleng perlahan. Rasanya tiba-tiba Shahrir sudah menjadi seperti Raisya. Atau kepalanya mula memikirkan tentang gadis itu.

"Kadang-kadang I hairan,"

Shahrir mengangguk. Menunggu Farish terus berkata-kata. Tetapi ayat Farish mati di situ.

"Hairan apa bos?,"akhirnya dia bertanya setelah beberapa ketika Farish mendiamkan diri.

Farish menghela nafas panjang. Sejak Raisya menjadi isterinya, satu persoalan itu sering mengganggunya.

"Untuk budak macam dia tu, apa yang nak buat dengan duit sebanyak tu?,"dia bertanya perlahan. Soalan yang lebih tertuju kepada dirinya sendiri.

Shahrir diam. Tidak ada jawapan. Kalau Farish tidak tahu, dia lebih daripada tidak tahu. Gadis itu isteri majikannya. Bukan isterinya.

"Shah, I nak you siasat pasal budak ni. I nak tahu semuanya pasal dia. I dapat rasakan dia ada rahsiakan sesuatu,"

Shahrir mengangkat muka. Memandang wajah Farish mencari kepastian.

"Biar betul bos ni. Saya ni, mana pandai nak siasat-siasat ni. Apa kata bos tanya saja dia, apa dia nak buat dengan duit tu. Kan senang,"

"I nak you siasat pasal Raisya,"

"Siasat je ke? Upah tak ada? Ini dah kira lari dari bidang saya ni,"

Farish merenung tajam.

"Cukuplah I ada seorang saja manusia mata duitan di rumah I. Jangan tambah lagi seorang di office pula,"

Shahrir tergelak.

"Cuba nasib je bos,"

"Buat dulu. Upah nanti I fikir kemudian,"

Semakin lebar senyum Shahrir.

"Kalau ada upahnya, nanti saya akan cuba setakat yang saya mampu, bos,"

Farish diam.

"Teruk sangat ke isteri baru bos ni? Kalau bos tahu dia tak berapa baik, kenapa bos kahwin dengan dia?,"

Farish bersandar ke kerusi. Terukkah Raisya? Selain daripada mata duitan, rasanya Raisya tidaklah seteruk mana. Gadis itu jenis gadis yang bertanggungjawab.

Sayang Papa Saya Tak?Where stories live. Discover now