Sayang Papa Saya, Tak? 23

22.7K 491 46
                                    

Sukar untuk dipercayai. Tetapi inilah yang harus dia akui. Hatinya tiba-tiba berasa serba tidak kena menanggapi mogok Raisya. Nampaknya gadis itu benar-benar marah. Masuk hari ini sudah seminggu Raisya tidak bercakap dengannya. Beberapa kali meminta maaf, gadis itu tetap membisu seribu bahasa. Meja makan pun sudah seminggu kosong. Habis cara untuk memujuk, akhirnya hari ini dia masuk ke dapur. Memasak sesuatu dengan harapan agar marah Raisya akan berkurang.

Selesai menghidang beberapa jenis lauk, dia melangkah menuju ke bilik Raisya. Seminggu ini memang gadis itu berkurung di bilik sahaja sebaik dia pulang dari kerja. Pintu diketuk perlahan. Diam. Diketuk lagi beberapa kali. Pintu terbuka tiba-tiba. Raisya muncul di muka pintu dengan wajah mencuka.

"Qalish tidurlah. Tak payah ketuk kuat-kuat,"

Farish menjenguk. Qalish lena di dalam pagar bayi yang berwarna-warni. Cukup selamat untuk ditinggalkan seketika.

"Marah lagi?,"

Raisya diam.

"Jom,"

Raisya mengangkat kening tanda bertanya.

"Lunch,"

"Tak naklah. Pergilah,"

"Peluang sekali dalam hidup. Bukan selalu saya nak rajinkan diri masak untuk kamu,"

Raisya bulatkan mata.

"Awak masak?,"soalnya seakan tidak percaya. Selama ini dia merengek buat muka tidak malu mahu melihat lelaki itu memasak, langsung tidak dipedulikan. Tetapi, hari ini, Farish sudi memasak tanpa perlu dipujuk.

"Cepatlah,"

Raisya membuang pandang.

"Qalish tidur,"dia memberi alasan.

Farish menarik nafas sedalam mungkin. Merenung tajam wajah selamba Raisya. Rajuk Raisya nampak berlebihan pula.

"Selamat dia tidur kat dalam tu, kan? Buka pintu kalau takut tak dengar Qalish menangis. Selama ini pun, kamu tinggal Qalish dalam tu juga kan?,"

"Tak apalah. Tak nak. Awak makan sorang ajelah,"

Farish mengukir senyum sakit hati.

"Okay, sudah-sudahlah nak merajuk. Keluar sekarang kalau tak nak kena heret sampai ke dapur,"

Raisya tergelak sinis.

"Mulut saya, suka hati sayalah,"balasnya bersahaja sambil menolak daun pintu. Belum sempat tertutup tangan Farish sudah menghalang.

"Sekarang,"dia bersuara tegas. Raisya menarik muncung.

"Nak dukung ke?,"

Bulat mata Raisya mencerlung. Dengan langkah tidak begitu ikhlas, laju dia bergerak keluar dari bilik. Langkah laju menuju ke ruang makan. Terus melabuhkan punggung ke kerusi. Dalam menahan geram, matanya menyapu hidangan di atas meja. Boleh tahan meriah. Ada siakap masak stim. Ayam berempah pun tehidang cantik bersama sayur campur dan sambal belacan. Nampak cukup menyelerakan. Tanpa menunggu Farish sampai ke meja, dia sudah mencedok nasi ke pinggan. Makannya seminggu ini memang tidak memuaskan. Boleh dikatakan setiap hari hanya makan Maggie sahaja gara-gara mogok dengan Farish. Malas mahu memasak. Fokusnya hanya pada menu si kecil Qalish. Dari ekor matanya, dia melihat Farish mendekati meja.

"Awak masak semua ni?,"soalnya berbasa-basi.

Farish tidak menjawab. Cuma perlahan dia menarik kerusi. Turut sama duduk menyertai Raisya di meja.

"Dah boleh bercakap?,"

"Awak masih hutang saya RM350. Mana boleh suka-suka ambil balik duit yang awak dah bagi?,"Raisya bersuara separuh merungut sambil tangan menarik pinggan berisi siakap masak stim.

Sayang Papa Saya Tak?Where stories live. Discover now