Mencintai Dia... 1

35.9K 620 34

"Puan...,"panggil Raisya sambil menoleh. Puan Rogayah tidak berada di sisinya. Matanya ditebarkan ke hadapan dan kiri kanannya. Dia tersenyum. Puan Rogayah asyik membelek barang mainan di satu sudut. Baju dipegang lalu kereta sorong ditolak mendekati Puan Rogayah.

"Puan... cantik baju ni,"

Puan Rogayah berpaling. Memandang kemeja kecil bercorak kotak-kotak kecil di tangan Raisya.

"Hmmm....,"balasnya bersahaja sambil terus membelek barang mainan.

"Kita beli ya Puan? Cantik ni,"

"Kalau kamu kata cantik, kamulah yang beli,"

Raisya diam sambil membelek tanda harga. RM70! Mahalnya!

"Mahallah,"

"Kalau mahal, jangan beli,"

Perlahan Raisya mengeluh. Matanya memandang baju yang cukup-cukup dia berkenan itu, kemudian memandang pula pada Qalish yang leka bermain dengan mainan warna-warninya di dalam kereta sorong. Sudah terbayang betapa comelnya Qalish di dalam pakaian itu.

"Tapi, Puan... kalau Qalish pakai baju ni, mesti comel,"

Puan Rogayah mengeluh perlahan. Mata dialihkan ke wajah pengasuh cucunya itu.

"Kalau kamu suka, kamu belilah...,"ujarnya sekali lagi.

"Tapi, boleh claim kan? Nanti saya beli, kemudian saya claim,"

Puan Rogayah mengerutkan kening kemudian menggeleng.

"No...no... saya tak nak beli. Kalau kamu nak beli, kamu aje yang belikan untuk Qalish. Tak boleh claim,"

Raisya mengeluh lagi sambil menggaru kepala. Sungguh dia berada di dalam dilema. Kalau dia beli, melayang duitnya. Kalau tidak dibeli, menyesal rasanya.

"Puan ni, dengan cucu pun nak berkira,"

Puan Rogayah tersenyum kecil. Wajah Raisya yang terkulat-kulat berfikir itu, dipandang seketika sebelum dia mencapai beberapa jenis mainan untuk Qalish.

"Bolehlah ya Puan? Satu je pun. Saya ambil baju ni ya?,"

"Ambillah. Tapi, saya tak akan bayar,"

"Okay... saya bayar dulu. Nanti kat rumah, saya claim balik,"Raisya membuat keputusan nekad. Dia harus membeli kemeja kecil itu.

Puan Rogayah sembunyikan senyum. Walaupun sikap kedekut Raisya tersangat menyerlah, entah kenapa dia senang dengan anak gadis ini. Selama enam bulan menjaga Qalish, memang dia berpuas hati dengan kerja Raisya. Gadis ini memang betul-betul tekun menjaga cucunya.

"No. Saya tak akan bayar,"

"Alaa...,"

Rengekan itu tidak Puan Rogayah endahkan. Raisya mematung. Masih mahu mencari keputusan barangkali.

"Hmmm.... untuk Qalish, aunty Raisya akan berkorban. Aunty tetap akan beli baju ni, walaupun nenek Qalish tak nak. Habis duit aunty pun tak apa. Janji Qalish bergaya. Okay, sayang?,"

Rungutan itu membuat Puan Rogayah tersenyum lucu. Segera wajahnya dialihkan ke arah lain. Kadang-kadang kerenah gadis ini cukup mencuit perasaannya. Begitu polos.

"Jom, aunty nak pergi bayar baju ni,"Raisya bersuara sambil menolak kereta sorong. Melihat Raisya sudah berpaling mahu meninggalkannya, dia membuka beg tangan. Mencari-cari sesuatu.

"Nah...,"

Raisya berpaling. Terkebil-kebil memandang not seratus yang Puan Rogayah hulurkan.

"Buat apa?,"

Sayang Papa Saya Tak?Read this story for FREE!