KAU TETAP SEMPURNA

Von imzafira_

1M 39.4K 3.4K

KAU TETAP SEMPURNA(C) ARYAN MIKAEL | ALYSSA MAISARA Start : 01 OCT 2023 End : 15 FEB 2024 { READ AT YOUR OWN... Mehr

Sinopsis & Cast Character
01 | AM
02 | AM
03 | AM
04 | AM
05 | AM
06 |AM
07 | AM
08 | AM
09 | AM
10 | AM
11 | AM
12 | AM
13 | AM
14 | AM
15 | AM
16 | AM
17 | AM
18 | AM
19 | AM
20 | AM
22 | AM
23 | AM
24 | AM
25 | AM
26 | AM
27 | AM
28 | AM
29 | AM
30 | AM
31 | AM
Diabetes Disclaimer
32 | AM
33 | AM
35 | AM
36 | AM
37 | AM
39 | AM
40 | AM
41 | AM
42 | AM
43 | AM
44 | AM
45 | AM
46 | AM
47 | AM
48 | AM
49 | AM
50 | AM
51 | AM
52 | AM
53 | AM
34 | AM
38 | AM
54 | AM
55 | AM
56 | AM
57 | AM
58 | AM
59 | AM
60 | AM
SPECIAL CHAPTER: AFIQ NAUFAL & HIS SECRET ASSASINS (AUFIQ)
SPECIAL CHAPTER: LOVE OR HATE? (NANIFF)
SPECIAL CHAPTER: HE FELL FIRST BUT SHE NEVER FELL (FAHSHA)
SPECIAL CHAPTER: KAU TETAP SEMPURNA 2.0 (ALYAN)
SPECIAL CHAPTER: LOVE AT FIRST SIGHT (FAQA)

21 | AM

16.6K 615 19
Von imzafira_

"Alyssa sihat? How's your life living with my troublemaker son? Dia ada buat apa-apa yang Alyssa tak suka tak?" soal Datin Katrina sambil tersengih.

"Alyssa sihat. Semua ok mummy." Alyssa membalas dalam bahasa isyarat.

"Syukur alhamdulillah. Happy mummy dengar."

"Kenapa mummy datang sini tak bagitahu Aryan dulu?" soal Aryan dengan dingin. Takut pecah tembelang lah tu.

"Nak datang rumah anak sendiri pun kena bagitahu ke? Dah berapa bulan mummy suruh kamu bawa Alyssa datang rumah mummy ada kamu bawa?" soal Datin Katrina.

Aryan mengurut belakang lehernya. Datin Katrina mengeleng melihat muka endah tak endah Aryan.

"Ini lagi satu mummy nak tanya. Kamu ni nak jadi pembunuh bersiri ke? Serba hitam rumah kamu ini. Seram sejuk mummy tengok." Afiq dan Alyssa ketawa kecil. Padu juga ayat Datin Katrina rupanya.

Aryan mengerling Alyssa tajam. Seronok dia ketawakan Aryan.

"Nanti upah orang datang cat rumah kamu ataupun beli je rumah baru" kata Datin Katrina sambil meneliti rumah Aryan.

"Mummy nak minum apa? Alyssa boleh buat kan." Alyssa mengalihkan topik perbincangan mereka.

"Apa Alyssa cakap Afiq? Mummy tak faham sangat lah bahasa isyarat. Mummy minta maaf ya, Alyssa?" kata Datin Katrina. Alyssa mengeleng laju.

Bahasa isyarat Alyssa terlalu laju sampai Datin Katrina tidak faham.

Aryan mahu menjelaskan tetapi Afiq terlebih dahulu sudah menjelaskan. Baru nak tunjuk skill. Tck!

"Alyssa tanya mummy nak minum apa. Dia boleh buatkan" kata Afiq. Datin Katrina beroh kecil. Alyssa mengangguk laju sambil tersenyum.

"Nasib baik mummy bawa Afiq kalau tidak kita sama-sama tak faham apa yang Alyssa cakap kan Aryan?" Datin Katrina tersengih kepada Aryan. Aryan menjeling mata malas. Aryan pun reti bahasa isyarat lah bukan Afiq seorang je.

"Alyssa buat air apa-apa pun takpe" kata Datin Katrina. Alyssa mengangguk sekali.

"Abang?" soal Alyssa kepada Afiq. Tersentak Afiq. Bukan haritu dia dah tak panggil abang ke? Peliklah Alyssa ni.

Mata Afiq dan Alyssa tidak putus memandang satu sama lain dengan senyuman manis. Aryan disebelah Alyssa sudah menyilang tangan dan membuat muka bapak singa.

"Little princess buatkan air kopi yang haritu dekat rumah mummy. Sampai sekarang abang masih terngiang-ngiang. Sedap sangat" puji Afiq. Alyssa tersenyum lebar lalu mengangguk.

Mata Aryan tajam mencerun ke arah Afiq Naufal. Dadanya turun naik. Afiq memandang Aryan lalu kedua kening dijongketkan.

"Abang, you're the best." Sempat Alyssa memuji Afiq sebelum pergi ke dapur. Thumbs up juga diberikan kepada Afiq.

Mata Aryan membulat dengan pujian Alyssa kepada Afiq. Aryan mengepal buku limanya. Afiq tersenyum melihat reaksi Aryan.

Alyssa melangkah pergi begitu saja selepas ber-sweet-sweet dengan adik iparnya di hadapan suaminya. Aryan memandang tajam tubuh Alyssa sehingga hilang disebalik dinding.

"Abang you're the best? Apa hebat sangat Afiq sampai kena puji dia melambung macam tu?" Gumam Aryan sendiri. Dia mengetap gigi kuat mengingat semula kejadian tadi.

"Siapa suruh masuk tentera, kalau tahu ianya penyakit.
Lebih baik duduk di kampung, tanam ubi dan tanam jagung.."

Kedengaran suara prebet-prebet yang sedang membuat larian di dalam lapang sasar itu sebelum memulakan latihan sebenar.

"Ryan" tegur Haniff yang berada di sebelahnya sedari tadi.

"Kau ok tak ni? Dari tadi aku tengok kau asyik bercakap sensorang. Masalah kau dengan Alyssa belum settle lagi ke?" soal Haniff.

Aryan mengeluh berat. Tangan menyilang di atas dadanya. Mata memandang prebet-prebet yang sedang berlari di depannya.

"Bila kau plan nak serang Rico?" soal Haniff lagi.

"Buat masa ni tak boleh lagi. Mejar Jeneral Adnan suruh kita buat persediaan dulu" kata Aryan tegas. Haniff mengangguk lemah.

"Malam ni jumpa dekat markas. Inform Fathi and Afiq sekali" pesan Aryan. Haniff menangguk faham.

Aryan dan Alyssa terpaksa bermalam di rumah Dato Mustafar selama seminggu sebagai denda kerana tidak membawa Alyssa jumpa Datin Katrina.

"Dari tadi lagi mummy nak tanya. Kenapa badan kamu makin kurus, Alyssa? Kamu tak sihat ke? Aryan tak bagi kamu makan ke? Kalau berterusan macam ini susah kamu nak mengandung nanti" kata Datin Katrina senafas.

Alyssa tersedak air jus oren yang diminumnya. Terbatuk-batuk Alyssa. Dadanya disapu.

Afiq mengeleng kepala melihat abangnya yang makan dengan berselera. Langsung tidak mempedulikan Alyssa di sebelahnya.

"Mummy bukan apa tapi cuma tak sabar nak timang cucu. Mummy dan daddy makin lama makin tua bukannya makin muda" kata Datin Katrina. Alyssa terkelu.

Alyssa menendang kaki Aryan dari bawah meja. Aryan memandang Alyssa dengan dahi berkerut. Alyssa memberi isyarat mata menyuruh Aryan menjawab soalan Datin Katrina tadi.

"Bukan Aryan tak nak mummy tapi Alyssa yang selalu mengelak bila Aryan tanya pasal anak" kata Aryan selamba. Membulat mata Alyssa.

Aryan tersenyum sinis kepada Alyssa. Dia memang tidak pernah tak mengusik Alyssa. Tapi kali ini dah lebih.

"Betul ke Alyssa? Kenapa kamu tak nak anak? Ada apa-apa masalah ke?" soal Datin Katrina. Alyssa melambai-lambai laju tangannya tanda menafikan.

"Sudah Katrina. Kamu jangan nak masuk campur hal rumah tangga anak kita. Biar mereka uruskan sendiri."

"Alyssa makan. Jangan fikirkan sangat apa yang mummy cakap" tegas Dato Mustafar. Alyssa mengangguk sekali.

Naik segan Alyssa. Ada ke patut Aryan cakap macam tu? Aryan yang selalu mengelak setiap kali Alyssa goda dia bukan salah Alyssa. Nak kena Aryan Mikael ni.

Setelah Aryan selesai mandi, dia melilit tuala dipinggang. Menampakkan tubuh seksi nya.

Alyssa masuk ke dalam bilik selepas bersembang dengan Datin Katrina di bawah. Senyuman diwajahnya memudar apabila ternampak sosok tubuh suaminya. Dia masih berdendam dengan Aryan pasal hal tadi.

Alyssa mengorak langkah mendekati Aryan. Dia menyilang tangan disebelah Aryan yang sedang membelek pakaian di dalam almari. Aryan nampak Alyssa disebelahnya dari ekor mata tetapi dihiraukan saja.

Alyssa mencuit biceps Aryan tetapi tidak dilayan. Alyssa berjalan ke arah meja solek dan mengambil sesuatu dari dalam laci.

Alyssa menunjukkan buku nota dihadapan wajah Aryan bertulis

'Pandang saya!'

Aryan menepis tangan Alyssa lalu berura-ura ingin masuk ke dalam bilik air semula. Alyssa menghalang Aryan dengan badannya sambil kedua tangannya didepa luas.

"Kau nak aku tukar baju depan kau?" soal Aryan.

Kerana tiada respon Aryan berura-ura ingin membuka tualanya dihadapan Alyssa. Alyssa terus menutup matanya dengan kedua telapak tangannya.

Aryan tersenyum miring lalu masuk ke dalam bilik air.

Selesai memakai baju t hitam dengan seluar jeans hitam, Aryan keluar dari bilik air. Sebelah keningnya naik melihat Alyssa yang sedang mencekak pinggang di tepi katil. Bibir Alyssa diketap dan kening berkerut. Comel macam budak kecil.

Aryan cuba menyembunyikan senyumannya. Dia berjalan mendekati katil. Di hadapan katil berlaku pergelutan kecil antara mereka. Aryan bergerak ke kiri Alyssa bergerak ke kiri. Aryan bergerak ke kanan Alyssa bergerak ke kanan.

"Kau nak apa? Tepi lah aku nak ambil phone aku" kata Aryan dingin. Alyssa hadapkan buku nota nya dihadapan wajah Aryan.

Banyak soalan Alyssa tulis di atas buku nota itu.

'Kenapa abang kena malukan Alyssa depan semua orang?'

'Kenapa abang cakap dekat mummy yang Alyssa tak nak anak?'

'Bila masa Alyssa cakap Alyssa tak nak anak?'

'Bukan abang yang tak nak tidur sekatil dengan Alyssa ke?'

'Kenapa salah Alyssa pula?'

Banyak betul soalan budak kecil ini. Aryan sedaya upaya menahan tangannya dari naik mencubit pipi gebu Alyssa. Geram je dengan perangai budak kecil ni.

"Maksudnya kau nak anak dengan aku lah kan?" Kata Aryan selamba. Terbit senyuman nakal dibibir Aryan.

Tanpa menunggu lama Alyssa mengangguk laju. Mestilah dia nak anak. Siapa je tak nak anak lepas kahwin kan? Berloyar buruk pula abang Aryan ni.

Buku nota itu Aryan ambil lalu diletakkan di atas meja solek semula. Kaki mula melangkah setapak demi setapak mendekati Alyssa. Aryan semakin mendekati Alyssa sampai Alyssa terduduk di atas katil.

Aryan bongkok sedikit dan meletak kedua-dua tangan di tepi katil mengepung Alyssa. Wajahnya dirapatkan dengan Alyssa. Naik merah pipi Alyssa. Deruan nafas Aryan juga dapat dirasai Alyssa.

"Kau nak berapa anak? Or you want twins? I'll make your wish come true, my little kitty." Membulat mata Alyssa. Little kitty?!

Seperti biasa Aryan akan mengusik Alyssa. Di villa Alyssa selalu mengusik Aryan sekarang giliran Aryan pula. Suka Aryan melihat wajah cemas Alyssa. Alyssa menelan liur kasar. Dia menolak dada Aryan tetapi tidak berhasil. Aryan semakin mendekatkan wajahnya dengan Alyssa.

Alyssa menahan dada Aryan dengan kedua-dua tangannya lalu mengeleng laju. Entah kenapa Alyssa menolak kali ini padahal dia yang selalu goda Aryan.

"I don't take that as an answer, kitty." Alyssa melarikan pandangan ke arah lain kerana takut bertentangan mata dengan Aryan. Senyuman nakal Aryan semakin tajam.

Pada mulanya Aryan cuma nak mengusik Alyssa entah kenapa kini dia berasa lain. Dia tidak dapat mengawal nafsunya. Tidak dapat dia mengawal matanya dari meneliti tubuh Alyssa yang sangat mengiurkan dari atas hingga bawah. Dia menelan liur berkali-kali.

Tangan Aryan naik memegang pipi Alyssa. Bibir Alyssa dipandang lama dan semakin rapat kedudukan mereka. Membulat mata Alyssa apabila ada satu sentuhan lembut di atas bibirnya.

Aryan melepaskan ciuman tersebut perlahan-lahan. Dada Alyssa naik turun. Ini adalah kali kedua Aryan mencium Alyssa selepas malam pertama mereka.

Mereka bertatapan buat seketika sebelum telefon Aryan berbunyi. Sungguh Aryan tidak mahu diganggu sekarang tetapi dia perlu menjawab panggilan tersebut.

Telefon dicapai lalu dia menjauhkan diri daripada Alyssa.

"Ryan, kau dah tidur ke? Kitorang dah lama tunggu kau dekat markas ni. Jadi ke tak?" Soal Fathi.

"Kejap lagi aku sampai." Panggilan dimatikan sebelum dia berpusing menghadap Alyssa semula.

"Aku keluar kejap. Kau tidur dulu. Jangan tunggu aku" pesan Aryan lalu pergi begitu saja. Alyssa hanya memandang tubuh Aryan pergi meninggalkannya.

Alyssa menyentuh bibirnya yang dicium Aryan. Pipinya memerah kepanasan. Dia tersenyum malu kerana akhirnya Aryan yang dulu sudah kembali.

Aryan memandu bugattinya diikuti Afiq dari belakang menggunakan motosikalnya ke markas mereka.

Aryan dan Afiq melabuhkan punggung di sofa tersedia di dalam bilik itu. Fathi mendekati Aryan sambil memeluk tubuh dengan tangan kanan memegang fail yang diminta Aryan. Wajah begitu serius seperti ingin menerkam Aryan. Berkerut dahi Aryan memandang Fathi. Aryan menoleh memandang Haniff dan Afiq sebelum memandang Fathi semula.

Fathi mendekatkan wajahnya dengan wajah Aryan lalu diteliti setiap inci wajah Aryan. Apa kena dengan Fathi ni? Ada yang makan penumbuk kang.

"Kenapa senang je bila kau nak mengorat April dulu? Tapi bila aku yang mengorat dia jeling aku. Dia blah macam tu je." Fathi berdiri tegak semula. Tiba-tiba soalan yang tak ada kena mengena dengan misi mereka keluar dari mulut Fathi.

Aryan mengeluh berat dengan mata terpejam. Dah lah Aryan kena ganggu dengan Fathi tadi masa tengah syok kenakan Alyssa. Boleh pula dia tanya soalan bodo ni sekarang. Haniff dan Afiq mengeleng lemah.

"Tak cukup hensem ke aku ni? Aku rasa aku lagi hensem daripada kau" kata Fathi sambil mengaca dirinya dari skrin telefonnya. Fail itu dicekak diketiaknya. Sempat dia betulkan rambutnya yang tidak serabut.

"Sebelum kau koma baik kau bagi fail tu pada aku" kata Aryan dengan nada tertahan.

Haniff dan Afiq memeluk tubuh dan melihat saja dua sahabat itu. Apa pula Aryan akan buat pada Fathi kali ini. Kalau sebelum ini Aryan tinju Fathi bertubi-tubi dan pernah juga kurung Fathi di dalam bilik yang penuh dengan lipas sebab Fathi takut lipas. Seminggu Fathi demam sebab terkejut. Pernah juga dibenam kepala Fathi dalam kolam di dalam markas itu sebab gunakan namanya untuk lari daripada skandal-skandal dia. Sampai ke pejabat Aryan skandal-skandal Fathi buat kecoh.

"That's right! Aku lagi hensem daripada kau. Sepatutnya April pilih aku bukan kau sebab aku ada lagi banyak girlfriend daripada kau" bebel Fathi lagi sambil mengaca dirinya di skrin telefonnya dengan bangga.

Haniff dan Afiq menutup telinga dengan tangan mereka apabila melihat perubahan di wajah Aryan.

"Fathi Arshad!" Jerit Aryan kuat sehingga bergema bilik itu. Terkejut Fathi sampai tercampak telefonnya.

Pantas Fathi mengutip fail yang terjatuh itu lalu dihulurkan kepada Aryan dengan tangan terketar-ketar. Jauh ke belakang dia berdiri apabila Aryan menatapnya tajam. Fail yang dihulurkan digenggam kuat.

"A..aku dah godam access diorang macam yang kau suruh. Rina- eh itu nama girlfriend baru aku yang ke..." Fathi tiba-tiba diam sambil mengira denagn jarinya. Aryan mengeluarkan pistol dari belakang seluarnya dan ditarik picu sebelum dihala ke depan wajah Fathi.

"Ok! Ok! Aku ingat! Rico tengah susun strategi untuk serang kau dan kali ini serangan dia bukan biasa-biasa" kata Fathi senafas. Tangan diangkat menahan Aryan dari menembak mati dirinya. Dadanya turun naik.

Haniff dan Afiq menahan tawa mereka sedaya upaya. Menempah maut belum lah Fathi ni. Aryan menyimpan pistolnya sebelum membelek kertas kerja itu. Matanya membulat besar apabila melihat biodata Alyssa.

"Kenapa biodata isteri aku ada sekali?" soal Aryan kepada Fathi. Pandangan maut diberikan kepadanya. Fathi menelan liur kasar sebelum menoleh memandang Haniff di sofa sebelah Aryan. Tak berani dia nak jelaskan dekat singa ni.

"Rico akan culik isteri kau" kata Haniff senafas.

"Fuck!" carut Aryan keras. Kertas kerja dicampak sehingga bertaburan di atas lantai. Mereka bertiga menundukkan kepala. Bertambah berketar tubuh Fathi.

"This is too much! Fathi get me a private jet to Italy by tomorrow. I will face him by myself. He will never get near to my wife not even an inch!" Tegas Aryan lalu mengepal buku limanya. Fathi mengangguk lalu lari ke meja komputernya untuk mencari private jet untuk Aryan.

"Bang, biar aku ikut kau sekali. Bahaya kalau kau serang seorang diri" kata Afiq. Aryan mengangguk sekali.

"I'm gonna end your life before you even get to see my wife. Your life depends on me" kata Aryan sambil mengetap giginya. Matanya membulat besar.

Haniff dan Afiq memandang silih ganti dengan senyuman sinis. Tamatlah riwayat Rico apabila dia kejutkan singa yang lapar.

{°•°•°•°•°•°•°•°•°}

Alyssa menghidangkan makanan yang siap dimasak oleh Mak Timah. Sejak kejadian tempoh hari, Mak Timah tidak membenarkan dia menolong memasak jadi dia cuma mampu menghidangkan saja.

"Wahh, semua ni little princess yang masak ke?" soal Afiq teruja.

"Bukan Alyssa yang masak tapi Mak Timah." Kata Alyssa dalam bahasa isyarat. Afiq mengangguk lemah.

"Kalau little princess yang masak mesti lagi sedap." Kata Afiq dalam bahasa isyarat.

"Macam mana abang tahu? Abang tak pernah pun rasa masakan Alyssa." Kata Alyssa dalam bahasa isyarat. Mata dikecilkan memandang Afiq.

"Mestilah abang tahu. Kalau buat air kopi pun dah sedap apatah lagi memasak" puji Afiq lalu mereka ketawa.

"Patutlah bangun awal. Nak jumpa dengan buah hati rupanya." Gumam Aryan sendiri. Dia berdiri di tepi tangga melihat kemesraan mereka berdua dari jauh. Dia menolak dinding pipi dari dalam mulutnya.

Aryan berjalan ke ruang makan lalu melabuhkan punggung di salah satu kerusi. Alyssa mengambil hidangan terakhir dari dapur dan ternampak suaminya sedang menjamu selera. Dia terus teringat akan kejadian semalam dan tersenyum malu.

Alyssa meletakkan hidangan itu di atas meja lalu duduk disebelah Aryan. Tidak henti Alyssa memandang wajah Aryan sambil menongkat dagunya dengan kedua-dua tangan. Sungguh dia rindukan Aryan Mikael yang dulu.

"Kenapa kau pandang aku macam tu? Nak aku cucuk garfu ni dalam biji mata kau?" soal Aryan dingin.

Alyssa langsung tidak membalas pertanyaan suaminya. Malah dia tersenyum lebih lebar hingga ke belakang telinga kerana Aryan memulakan perbualan terlebih dahulu. Suami kite bercakap dengan kite lah! Eee!!>_<

Afiq yang berada dihadapan mereka langsung tidak dipedulikan. Afiq tersenyum melihat mereka berdua. Seorang tak malu nak tunjuk rasa sayang yang lagi seorang benci-benci tapi sayang. Sampai nak membunuh sebab ada orang rancang nak culik isteri dia. Aryan, Aryan..

"Hensemnya suami aku. Makan pun hensem, tidur pun hensem, marah pun- tak hensem tak hensem. Kalau marah macam bapak singa!" Bisik hati Alyssa. Alyssa seperti dilamun cinta untuk kali kedua. Dia memandang Aryan tidak berkedip. Dia merakam setiap gerak geri Aryan dengan matanya.

---------------------

Weiterlesen

Das wird dir gefallen

3.2K 158 9
Astra Humaira, seorang penyanyi wanita di dalam Luna Band. Gaya hidupnya seperti selebriti-selebriti di negara barat. Tiada satu pun rukun Islam yang...
185K 2K 23
KAPTEN LUTH ASYRAF | HAIRA SOFIA Terbitan : Fajar Pakeer Semesta memberi isyarat setiap orang yang kita temui dalam hidup, pasti hadir membawa perasa...
1.3M 111K 57
๐Ÿ“Œ ADAPTASI SERIES SOOKA MUSIM 2 | Kau VS Aku : Buku Dua | Kesinambungan kisah cinta mereka semua yang masih dibelenggu dengan masalah yang belum se...