34 | AM

20.3K 429 44
                                    

"Ayah tanya ni jawab!" marah Nazrul apabila Nabila hanya diam membisu. Terhinjut bahu Nabila dengan jeritan ayahnya.

"Kau buat apa pergi belakang bendang dengan jantan?!" Tengking Nazrul semahunya. Diyana bangun lalu menyapu bahu suaminya bagi menenangkannya.

"Aku jaga kau, tatang kau macam minyak yang penuh dari kecil aku bagi semua yang kau nak tapi kau. Kau memang nak jatuhkan maruah aku dekat semua orang kampung ni kan?! Kau memang nak bagitahu semua orang aku ni tak reti jaga seorang anak perempuan." Laju Nabila mengeleng kepala sambil menangis teresak-esak.

"Kalau kau nak jatuhkan maruah aku sekalipun jangan sampai gadaikan keperawanan kau!" marah Nazrul semahunya. Tersentak Nabila. Apa yang ayah dia katakan ni? Sejak bila dia gadaikan maruah dia pada orang lain?

"Abang, takkan semudah itu abang percaya cakap si budak Aina tu. Ini anak kita abang. Dia takkan buat benda terkutuk macam tu" kata Diyana.

"Macam mana aku tak percaya kalau dia bawa bukti depan mata aku. Satu kampung sekarang dah tahu perangai anak kesayangan kamu ni. Malu aku dengan orang kampung. Aku ni ketua kampung tapi ada anak yang tak reti nak jaga maruah diri sendiri" kata Nazrul lagi.

"Ayah! Sampai hati ayah percayakan orang luar lebih daripada anak ayah sendiri. Kalau dia ada bukti sekalipun tak semestinya perkara itu betul. Dia boleh je reka benda tu" kata Nabila bagi membela dirinya.

"Jadi kau jelaskan pada ayah sekarang. Apa kau buat dekat belakang bendang semalam. Kau pergi dengan jantan tu kan?" soal Nazrul.

"Memang betul Nabila pergi situ dengan Haniff tapi Nabila cuma pergi tangkap belut itu aje. Tak lebih dari itu ayah. Percayalah" kata Nabila.

"Ayah kecewa dengan Nabila. Ikutkan hati ayah nak je tangan ni melekat dekat muka kamu sekarang. Berani kamu suruh ayah percayakan kamu setelah kamu menconteng arang diwajah ayah. Kamu pergi tempat tertutup macam tu dengan jantan. Kalau jantan tu buat apa-apa dekat kamu macam mana? Kamu pun tahu dia dah nak kahwin kan? Kenapa kamu masih nak rapat dengan dia? Kamu sukakan tunang orang ke Nabila?" soal Nazrul dengan tegas.

Nabila kembali diam membisu. Mata menatap ke dalam bola mata berwarna hitam ayahnya. Dia terlupa bahawa Haniff adalah tunang musuh ketatnya. Bagaimana dia boleh terlepas pandang perkara ini?

Nazrul marah kerana Nabila adalah satu-satu anaknya dan harapannya. Setelah perkara ini berlaku dia agak terkejut dan terkilan. Dia marah sebab dia terlampau sayangkan anak daranya.

"Pergi masuk bilik kamu sekarang" kata Nazrul. Nabila bangun lalu bergerak ke biliknya dengan pantas.

Aryan pulang ke rumah setelah lama berada di markas. Dekat asar baru dia balik. Rumah sunyi sepi. Aryan mencari-cari tubuh Alyssa tetapi tidak ditemui di bawah. Dia naik ke tingkat atas. Bilik mereka juga tiada Alyssa. Dia bergegas menuju bilik lama Alyssa. Berkunci.

Pintu bilik diketuk berkali-kali.

"Alyssa, buka pintu ni. Aku tahu kau ada dekat dalam" kata Aryan lembut.

Alyssa yang berada di dalam sedang menyorokkan dirinya daripada Aryan. Dia takut kalau Aryan akan pukul dia lagi. Air matanya dari tadi tidak henti turun. Dia duduk sambil memeluk kakinya di atas katil.

"Alyssa, buka pintu ni sayang. Ini aku, Aryan Mikael suami kau. Please open the door, dear." Berkali-kali Aryan mengetuk pintu itu tetapi Alyssa tidak membalas apapun.

Telinga Alyssa tutup dengan tangan sambil mengeleng kepala laju. Dia teringat akan kejadian Aryan menamparnya sebelum ini.

Tiba-tiba Alyssa tidak mendengar lagi Aryan mengetuk pintu mahupun memanggilnya. Alyssa bertambah risau. Dia menjenguk ke arah pintu. Kemana Aryan pergi? Tidak mungkin dia akan lepaskan Alyssa begitu saja.

KAU TETAP SEMPURNAWhere stories live. Discover now