05 | AM

17.4K 723 66
                                    

"Mummy suruh aku bawa kau pergi pilih baju nikah dengan sanding" kata Aryan memecah keheningan. Kalau dengan April, April yang selalu cakap tapi dengan Alyssa Aryan yang kena bercakap. Maklumlah Alyssa kan bisu.

Alyssa mengerutkan dahi. Awalnya nak pergi pilih baju nikah. Bukan tahun depan ke kahwin?

"By the way, aku dah percepatkan tarikh perkahwinan kita sebab aku takut jadi macam haritu masa tunang. So lagi 3 bulan kita akan kahwin aku free masa tu je" kata Aryan selamba. Terlopong kecil mulut Alyssa memandang Aryan.

"Diam maksudnya kau setuju lah kan? Aku cuti tiga hari. So dalam tiga hari ni aku nak kita settlekan semua persiapan." Terkebil-kebil Alyssa cuba menghadam apa yang Aryan katakan. Dia membuka telefon pintarnya lalu menulis di dalam notes.

'Mana sempat tiga hari nak siapkan semua benda'

Telefon dihadapkan ke wajah Aryan. Tersentak Aryan.

"Tiga hari dah cukup panjang untuk siapkan semua. Bukan banyak pun kita cari baju pengantin lepastu pergi buat blood test and everything's done."

"Selebihnya mummy yang akan uruskan. Fitting baju lepas aku dapat cuti berkahwin nanti. Kita pergi fitting sama-sama. Kalau tidak mummy marah aku pula sebab biarkan menantu kesayangan dia pergi fitting sensorang" jelas Aryan panjang lebar. Sempat dia menyindir Alyssa.

Aryan baru saja balik dari menjalankan misi di sempadan. Dia membuka telefon pintarnya yang sudah berminggu ditinggalkan.

Aryan mendapat mesej bertubi-tubi daripada Datin Katrina. Bergegas dia membuka aplikasi whatsapp takut ada apa-apa terjadi pada Datin Katrina.

Mummy

'Pergi balik kampung temankan Alyssa pilih baju nikah and sanding'

'Lepastu jangan lupa buat blood test sekali'

'Jangan balik selagi kamu tak pergi jumpa keluarga Alyssa'

'Mummy akan uruskan selebihnya kamu berdua selesaikan bahagian baju pengantin'

'Jangan lupa kirim salam pada abi Alyssa dan Alyssa sekali'

'Bawa buah tangan untuk bapa mertua kamu sekali'

Aryan mengeluh berat. Datin Katrina buat suspen je. Ingatkan ada apa-apa yang jadi pada Datin Katrina dan Dato Mustafar. Rupanya pasal Alyssa lagi.

Mummy

'Asslamualaikum mummy'

'Aryan baru balik esok je lah Aryan pergi kampung Aryan penat'

'No. Aryan Mikael by today you
have to reach kampung'

'Muktamad.'

'Dah apply cuti belum?'

'Aryan dah apply cuti so majlis kitorang kena awalkan'

'Bulan Ogos je Aryan free'

'Good'

'Jangan lupa balik kampung'

'Alright, mummyku sayang..'

Tidak sempat Aryan mahu menukar pakaian mahupun mandi. Dia terus pulang ke kampung untuk berjumpa Alyssa. Ugutan Datin Katrina lebih menakutkan daripada musuh-musuh Aryan.

KAU TETAP SEMPURNAWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu