46 | AM

9.9K 520 42
                                    

Aryan sedang sibuk memasak di dapur. Dia belajar masak masakan untuk ibu mengandung kerana Fazrul ada kata yang Alysaa mengidam nak makan kari kepala ikan.

Aryan masak penuh kasih sayang. Senyuman dan selawat dibaca sepanjang dia memasak. Pasti hati Alyssa akan lembut lepas merasa masakan Aryan. Lauk itu diletak ke dalam mangkuk tingkat dan disusun rapi.

"Fiq! Kau cuti kan hari ni. Kau boleh tolong aku tak?" soal Aryan kepada Afiq yang baru saja berniat untuk keluar rumah.

"Tolong apa?" soal Afiq yang sedang memakai kasutnya.

"Tolong hantarkan makanan ni dekat Alyssa. Dia mengidam" kata Aryan sambil menghulurkan mangkuk tingkat itu kepada Afiq.

"Macam mana kau tahu dia mengidam?" soal Afiq. Aryan menggaru kepalanya sambil tersengih.

"Aku kan suami dia mestilah aku tahu. Boleh tolong aku tak?" soal Aryan lagi.

"Boleh je. Anything for my little princess" kata Afiq lalu tersenyum manis. Mati senyuman Aryan.

"Dah lama tak jumpa little princess. Rindu pula dekat dia. Aku nak bersembang dengan dia boleh tak bang?" soal Afiq dengan sengaja. Kening diangkat berkali-kali. Nasib baik adik kalau tidak dah mampus Aryan kerjakan Afiq.

"Memang aku nak kau bersembang dengan dia pun. Aku nak kau tanya dia yang dia ada sakit dekat mana-mana tak and kaki dia ada bengkak tak? Baby ada banyak meragam tak? Pinggang dia sakit tak? Lagi satu kau pesan dekat dia untuk jangan buat kerja berat-berat tak elok untuk kandungan dia. Lagi satu kau jangan cakap yang aku yang masak atau pesan dekat kau nanti dia marah. Kalau dia marah nanti dia stres tak elok untuk kandungan dia." Panjang lebar Aryan berkata. Tercengang Afiq.

"Panjang betul! Kalau macam ni baik kau tulis surat senang. Nanti sampai sana lain pula yang aku cakap" kata Afiq. Aryan mengeluh berat.

"Kau ni minta tolong sikit pun tak boleh. Ini semua demi kebaikan Alyssa. Aku ada baca artikel pasal ibu mengandung dekat majalah. Diorang tak boleh buat kerja berat-berat, stres. Makanan pun kena berkhasiat baru baby dalam perut akan sihat juga. Aku dah masukkan buah sekali dalam ni" bebel Aryan lagi. Dia gigih buat research pasal ibu mengandung pada setiap waktu malam.

"Yelah, yelah. Nanti aku tanyakan untuk kau" kata Afiq malas sambil memgambil mangkuk tingkat dari tangan Aryan.

"Jangan bagitahu dia semua ni aku yang suruh. Aku dah tak nak tambah kebencian dalam hati dia. Buat masa ni aku tak boleh nak berjumpa dengan dia lagi. Emosi dia masih tak stabil. Lepas dia dah beranak nanti aku akan jumpa dengan dia dan bincang pasal kitorang" pesan Aryan. Afiq menepuk bahu abangnya berkali-kali. Sedih Afiq mnedengar luahan hati abangnya.

Helmetnya dihulurkan kepada Aryan sebelum dia pergi menaiki kereta audi nya. Terpaksa dia membatalkan temu janjinya demi memakbulkan permintaan abangnya.

"Sweetheart makan tau. Hubby masak special untuk sweetheart dengan anak kita." Bisik hati Aryan. Tiba-tiba dia berasa loya. Cepat-cepat dia berlari masuk ke dalam semula.

Audi Afiq masuk ke dalam perkarangan sekolah pondok itu. Afiq keluar dari kereta itu lalu mencabut kaca mata hitamnya. Dia mencari-cari kelibat tok guru tetapi tidak dijumpai.

"Encik, boleh saya tolong? Encik, tak boleh masuk ke sini tanpa izin. Encik perlu membuat appointment dahulu" kata seseorang dari belakang Afiq. Afiq tersenyum lalu dia berpusing ke belakang menghadap jejaka itu.

"Encik, saya minta jasa baik encik untuk alihkan kenderaan encik sekarang."

"Kalau aku tak nak?" soal Afiq dengan sinis. Jejaka itu mengeleng lemah.

KAU TETAP SEMPURNAWhere stories live. Discover now