35 | AM

13.4K 538 56
                                    

"Firash tak datang ke, Alyssa?" soal Keisya selamba. Thalia menyiku lengan Keisya. Mulut dia lancang sangat sampai lupa yang Alyssa dah bersuami.

Riak wajah Aryan sudah bertukar dingin. Alyssa memejam matanya seketika. Habislah dia lepas ni.

"Ini suami kau ke, Alyssa?" soal Keisya lagi. Sengaja mahu menukar topik. Alyssa mengangguk laju.

Aryan tidak memandang rakan-rakan Alyssa malah dia memandang Alyssa disebelahnya saja.

"Suami kau kerja apa? Nampak macam CEO." Keisya memang jenis kepoh. Semua cerita di universiti dia yang akan sebarkan. Makcik bawang betul.

Alyssa menggaru kepala sebab tak tahu nak jawab apa. Nak kata CEO pun betul. Nak kata askar pun terlebih betul.

"Saya seorang askar" kata Aryan lalu tersenyum nipis. Semua orang tercengang. Memang pekerjaan tetap dia askar.

"Pandai kau pilih suami Alyssa. Seratus kali ganda lagi bagus daripada si Firash tu. Ajarlah aku macam mana kau boleh tersangkut dengan abang askar" kata Keisya dengan gedik. Tak serik-serik betul si Keisya ni. Dah beribu lelaki dia couple break couple break tapi tetap nak try yang baru. Keisya, Keisya...

Nama Firash pun dia nak juga sebut. Dahlah yang akan sakit nanti Alyssa bukannya dia. Alyssa menarik nafas panjang cuba bertenang dengan situasi sekarang.

Baru saja Alyssa ingin membuat bahasa isyarat tetapi Aryan terlebih dahulu memintas.

"Saya yang suka dekat dia dulu. Saya yang melamar dia untuk jadi isteri saya" kata Aryan selamba. Semakin besar mulut mereka terbuka. Naik merah pipi Alyssa melihat reaksi rakan-rakannya. Kalaulah mereka tahu bukan itu sebenarnya yang berlaku.

Aryan menggenggam tangan Alyssa dari bawah meja. Senyuman manis ditayangkan kepada Alyssa. Mereka bertentangan mata.

"When I look into her eyes, something tells me that she's the one for me. And I love her so much. I choose her over all the woman that approach me. She's completely different from the others. She's an angel to me. Nothing could ever replace her." Tanpa sedar Aryan meluahkan segala perasaannya kepada Alyssa yang sudah lama dipendam.

Mereka semua menepuk tangan mendengar luahan hati yang sangat menyentuh hati itu. Alvin berpura-pura sedih sambil lap air matanya dengan lengan baju isterinya.

Terkedu Alyssa. Pandangan mata Aryan sangat jelas menunjukkan betapa dia sayang dan cintakkan Alyssa Maisara.

Pengacara majlis bersuara membuatkan mereka tersedar dari lamunan. Terkebil-kebil Alyssa. Mereka semua memandang ke arah pentas.

Aryan berasa puas hati selepas meluahkan perasaannya kepada Alyssa dengan berani di depan orang ramai. Darimana dia mendapat kekuatannya? Daripada Alyssa Maisara.

Setelah pengacara majlis memulakan acara tersebut semua orang mula mengambil makanan untuk makan. Sudah lama mereka menunggu sehingga tak tertahan lapar. Alyssa hanya menunggu di meja itu bersama Christy sementara Alvin, Aryan dan yang lain pergi mengambil makanan.

"Dah berapa bulan, Christy?" Soal Alyssa dalam bahasa isyarat.

"Dah 9 bulan. Tak lama lagi baby boy kitorang nak keluar you bila lagi, Alyssa? Boleh kita berbesan" kata Christy lalu ketawa kecil. Alyssa menundukkan kepala kerana malu.

"Belum lagi. Sekarang suami saya tengah sibuk dengan misi." Kata Alysaa dalam bahasa isyarat. Christy mengangguk faham.

"Alyssa, you nak I ajarkan tak?" soal Chirsty sambil berbisik. Berkerut dahi Alyssa. Ingat Alyssa tak reti ke? Ingat Alyssa budak kecil ke?

"You ikut cakap I confirm suami you tak keluar bilik seminggu" yakin Christy. Alyssa mengeleng laju. Elok Christy tak ajarkan pun Aryan dah tak terkawal kalau Christy ajarkan mahu mati Alyssa nanti.

KAU TETAP SEMPURNAWhere stories live. Discover now