04 | AM

17.1K 714 64
                                    

"Tahniah Aryan musuh ketat negara akhirnya dah tumpas. Kamu dan pasukan kamu tidak pernah mengecewakan" kata Mejar Jeneral Adnan.

Aryan, Afiq, Haniff, Fathi dan Ilyas berdiri penuh hormat di hadapan Mejar Jeneral Adnan. Mereka berlima baru saja pulang dari menjalankan misi. Koperal Ilyas Zulfah merupakan anggota baru dalam pasukan mereka setelah Sarjan Syakil meninggal dunia ketika menjalankan misi tahun lepas. Ilyas ada pada malam itu tapi Aryan arahkan dia untuk mengikuti helikopter.

"Tapi Rico masih belum kami jumpai, tuan. Dia telah pulang ke Itali. Izinkan saya untuk ke Itali semula tuan. Biar saya bunuh dia di sana, tuan" kata Aryan dengan tegas.

"Tidak, Aryan. Buat masa ini Rico bukan masalah kamu. Seperti yang kamu katakan tadi, dia telah pun pulang ke negaranya dan aktiviti haramnya di sini pun sudah bubar. Tidak perlu lagi kamu mencari tahu tentang Rico lagi."

"Baik, tuan." Serentak mereka berkata.

Rome, Italy.

"inutile!(Tak guna!)" Jerit Rico. Semua barang di atas meja kerjanya ditolak jatuh ke lantai. Anak-anak buahnya menundukkan kepala.

"Tutti i miei piani sono rovinati(Habis rosak semua rancangan aku.)" Rico meraup wajahnya kasar.

"Pensi che ti lascerò andare dopo che avrai rovinato i miei affari(Kau ingat aku akan lepaskan kau selepas kau rosakkan bisnes aku)" kata Rico sambil mengetap giginya.

"Ti troverò Ryan(Aku akan cari kau, Ryan.)" Rahangnya diketap kuat. Tangan dikepal kuat.

Aryan berjalan menuju kereta Haniff. Keretanya ditinggalkan di villa kerana dia tumpang Haniff untuk ke kem tempoh hari. Telefon pintarnya dibuka lalu mesej Datin Katrina ditekan.

Mummy

'Aryan datang rumah mummy sekarang'

'Mummy nak bincang pasal persiapan pertunangan kamu dan Alyssa'

Afiq menunggang laju motosikal kawasaki zx25r miliknya keluar dari kem itu. Mereka semua memandang ke arahnya. Haniff dan Fathi memandang sesama sendiri. Fathi mengangkat bahu tanda tidak tahu.

Pandangan teralih kepada Aryan yang masih terdiam memandang ke dalam telefon pintarnya.

"Kenapa Ryan? Muka terkejut semacam je. Kena paksa kahwin lagi ke?" soal Fathi kedengaran seperti menyindir.

"Memang pun and aku dah setuju. Bulan depan jemput datang ke majlis pertunangan aku" kata Aryan selamba. Haniff dan Fathi tercengang.

"Wow, finally Aryan Mikael is getting married! Hahaha." Fathi ketawa besar. Haniff tersenyum nipis.

"Congrats, bro" kata Haniff. Aryan mengangguk sekali.

"Eh, kejap. Habistu macam mana dengan April?" Soal Fathi tiba-tiba. Haniff dan Aryan memandang silih ganti.

"I've told you guys before. She's nobody, nothing, and no price to me" kata Aryan lalu tersenyum sinis.

"Kalau macam tu boleh bagi aku lah kan?" Haniff mengeleng kepala lalu bergerak masuk ke dalam kereta. Sifat playboy Fathi memang tidak pernah berubah.

KAU TETAP SEMPURNAWhere stories live. Discover now