45 | AM

9.8K 467 21
                                    

Afiq sudah tiba ditempat blind date yang diberitahu Datin Katrina. Tidak dapat dia melarikan diri lagi. Dia berasa agak gugup tetapi dihiraukan.

Seorang wanita berambut perang panjang dengan dress putih dan kasut tumit tinggi mendekati Afiq. Senyuman diwajah wanita itu juga tidak lekang. Afiq mengikut petua Aryan untuk tidak senyum kepada mereka. Senyuman Afiq terlalu manis dengan lesung pipi yang akan mencairkan ramai gadis. Dia tayang wajah bekunya. Bertambah handsome pula jadinya. Arghh!!>_<

Setelah memesan makan, wanita itu menatap saja wajah Afiq. Afiq menoleh ke arah lain kerana tidak selesa dengan pandangan tersebut. Sudahlah pakaian wanita itu menjolok mata. Ini ke yang mummy cakap sopan santun itu. Makin bertambah dosa Afiq kalau diteruskan.

"You memang tak nak cakap dengan I ke?" soal wanita itu dengan gedik. Afiq hanya diam sambil menundukkan pandangannya. Tangan ligat bermesej dengan abangnya di dalam telefon pintarnya.

"Nama I Nisha Sarimah" kata wanita itu namun dihiraukan Afiq.

"You, I tengah bercakap dengan you ni. You dengar tak? You nampak I tak?" soal Nisha dengan gedik. Badan digoyang tanda rimas apabila Afiq menghiraukannya. Makin bertambah dosa dimata Afiq. Bergoyang-goyang sobat!

"You ni kan. I ni punyalah cantik dekat depan mata you ni boleh pula you buat bodo je. Phone you tu cantik lagi daripada I ke?" soal Nisha lalu dia menyilang tangan di atas dada. Tubuh disandarkan pada belakang kerusi.

"Senang cerita macam ni lah, saya sebenarnya memang tak berminat dengan perempuan tak reti nak jaga aurat macam awak ni. Saya minta diri dulu. Assalamualaikum" jelas Afiq lalu punggung diangkat pergi dari situ. Kalau berlama-lama disini boleh meluap kemarahan seorang Afiq Naufal.

"You, kejaplah." Nisha berdiri lalu menarik tangan Afiq. Laju Afiq menepis. Kemarahannya semakin tidak tertahan.

"Awak tak ada adab ke? Pegang tangan ajnabi sesuka hati. Tak cukup jelas ke apa yang saya cakap tadi?" soal Afiq masih berlembut. Pandangan beralih ke arah lain.

"Okay, I'm sorry. I tak sengaja terpegang. You tu kenapa nak tinggalkan I? I baru je datang. Tak sempat pun nak berkenalan dengan you. Makanan pun belum sampai you dah nak blah macam tu je" kata Nisha. Kaki dihentak sekali tanda protes.

"Cukuplah pengenalan kita sampai sini. You can find someone else because you're not my type" kata Afiq lalu dia pergi dari situ. Nisha menahan dirinya daripada menarik tangan Afiq. Bibir diketap rapat. Kalau dia terus memaksa jejaka itu mungkin dia akan dimalukan di depan khalayak ramai ini.

Blind date kedua Afiq di pusat membeli belah yang sama tetapi di restoran yang berlainan. Takkan nak blind date di restoran yang sama pula.

Seorang wanita bertudung berjalan menghampiri Afiq. Terpegun Afiq melihatnya. Persis Alyssa Maisara. Bertutup litup. Sedap mata memandang. Senyuman manis. Dia melabuhkan punggung di kerusi berhadapan Afiq.

"Assalamualaikum, maaf saya terlambat. Lama ke awak tunggu?" soal wanita itu lembut. Afiq tersedar dari lamunannya lalu kepala digeleng laju.

"Awak dah makan? Order lah dulu kalau awak lapar" kata Afiq lembut. Dia tersenyum nipis lalu menundukkan pandangan.

Dia rasa ini pilihan yang tepat untuk menjadi bakal isterinya. Ciri-ciri wanita ini sangat tepat dengan ciri-ciri wanita idamannya.

Wanita itu mula memanggil pelayan di situ. Seorang pelayan berjalan mendekati mereka.

"Ye, cik- Eh, sayang. Sayang buat apa dekat sini? Siapa lelaki ni sayang?" soal pelayan lelaki itu kepada wanita itu. Membulat mata Afiq. Wanita itu mula cemas.

KAU TETAP SEMPURNAWhere stories live. Discover now