Diabetes Disclaimer

10.2K 239 7
                                    

Penyakit diabetes mellitus adalah satu keadaan di mana paras glukos (gula) adalah tinggi di dalam darah disebabkan oleh kekurangan atau kurang keberkesanan insulin.

Keadaan ini disebabkan oleh kurang hormon insulin yang dihasilkan oleh organ pankreas. Insulin mengawal keseimbangan glukos dalam badan dengan membantu pergerakan glukos dari darah ke dalam sel. Sekiranya anda mengalami diabetes mellitus, glukos tidak boleh masuk ke dalam sel, ia kekal di dalam darah dan menyebabkan paras glukos yang tinggi.

Terdapat dua jenis Diabetes Mellitus Diabetes mellitus type 1 dan type 2

Diabetes mellitus type 1 selalu terjadi dikalangan kanak-kanak dan remaja, ia meliputi > 90 % kes kencing manis.

Kejadian diabetes mellitus berbeza antara negara dan komuniti di Malaysia dianggarkan kurang dari 1 %. Orang dewasa selalunya mendapat diabetes mellitus jenis 2 tetapi dengan masalah kegemukan di seluruh dunia, kanak-kanak juga boleh mendapat diabetes mellitus jenis ini.

Sebab diabetes mellitus terjadi dikalangan kanak-kanak tidak diketahui. Kemungkinan ia melibatkan gabungan antara keturunan dan faktor persekitaran atau satu keadaan "antoimmune" di mana sistem imun badan pesakit menyerang tisu-tisu dan organ badannya sendiri.

Diabetes mellitus type 2 dilaporkan kerap terjadi dikalangan kanak-kanak di negara-negara yang mengalami peningkatan kadar kegemukan/obesiti. Sebab-sebab lain termasuk kecacatan genetik fungsi pankreas di mana diabetes mellitus berlaku ketika seseorang itu masih muda.

Penyakit kencing manis type 2 adalah jenis penyakit diabetes metabolik yang berpunca daripada tahap gula darah yang tinggi, atau juga disebut sebagai hiperglisemia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Penyakit kencing manis type 2 adalah jenis penyakit diabetes metabolik yang berpunca daripada tahap gula darah yang tinggi, atau juga disebut sebagai hiperglisemia.

Gula darah tinggi berpunca daripada beberapa perkara iaitu tubuh badan tidak mampu menghasilkan insulin yang cukup dan berkemungkinan badan tidak dapat menggunakan insulin dengan berkesan.

Ini disebut sebagai kerintangan insulin (insulin resistance) Antara salah satu ciri penyakit kencing manis ialah tubuh badan tidak berkemampuan untuk menggunakan glukosa dalam darah.

Apabila ini berlaku, glukosa akan kekal dalam aliran darah seterusnya menyebabkan hiperglisemia Jika dibiarkan berpanjangan, ia boleh merosakkan organ-organ dalam tubuh badan. Diabetes tidak mengira umur anak kecil mahupun bayi-bayi juga akan mendapat penyakit diabetes.

Skip next chapter>>>>

KAU TETAP SEMPURNAWhere stories live. Discover now