08 | AM

16K 648 73
                                    

Liyana mengambil satu cawan dari dalam kabinet atas lalu dia tuangkan air oren yang dia buat. Dia membawa air oren itu keluar dari dapur menuju khemah lelaki.

Nabila menarik tangan Alyssa untuk mengintai Liyana. Mereka mengintai dari pintu dapur. Alyssa tak nak tapi Nabila paksa suruh temankan dia.

Liyana berjalan ke arah sekumpulan lelaki yang sedang berehat sambil bersembang di satu meja makan.

"Nah, air untuk awak." Liyana menghulurkan air oren itu kepada Haniff.

Haniff menoleh memandang Liyana. Rakan-rakan Haniff yang lain turut memandang Liyana.

Haniff mengambil gelas itu sambil tersenyum nipis. Orang dah pelawa takkan nak tolak.

"Minumlah. Saya buat special untuk awak" kata Liyana dengan gedik. Haniff memandang ke arah lain. Berdosa matanya melihat anak gadis orang lama-lama.

"Yang dia menggeliat macam sotong lemas tu dah kenapa?" Bisik Nabila kepada Alyssa. Alyssa mengangkat bahu sekali tanda tidak tahu. Fokus mereka berdua memandang Liyana dan Haniff.

Haniff menghirup air oren itu lalu tersentak. Berkerut dahinya. Terasa perit untuknya menelan air oren itu tetapi dipaksa.

"Kenapa awak?" soal Liyana. Haniff mengeleng laju dengan senyuman kelat.

Nabila yang sedang mengintai dari pintu dapur ketawa besar sampai semua orang menoleh memandangnya. Alyssa terkejut dengan pandangan mereka lalu menutup mulut Nabila. Nabila menepis tangan Alyssa.

"Woi! Air oren pun kau tak reti buat ke?! Buat malu nama sendiri je lah!" jerit Nabila dengan kuat lalu berdiri tegak.

"Woi aku ada satu lagu untuk kau! Diputusin pacarmu! Ditinggalin pacarmu! Jangan curhat dengan ku, no komen aku! 1! 2! 3! 4! No komen itu sih derita loh!" Boleh pula Nabila shuffle depan pintu dapur. Semua orang ketawa melihat Nabila. Alyssa menyorok dirinya di belakang pintu. Malu pula dapat kawan macam ni.

Liyana memandang kiri dan kanannya semua orang tertawakan dia.

"No komen! Itu sih derita loh! Aduh, aduh kasian deh lo!" Alyssa yang sudah tidak tahan malu terus menarik tangan Nabila masuk ke dalam semula.

Liyana memandang wajah Haniff yang tidak henti memandang Nabila dengan segaris senyuman. Liyana merampas semula gelas itu dari tangan Haniff lalu berlari masuk ke dalam rumah.

Berkerut dahi Haniff. Habis batal wuduk dia sebab berlaga tangan dengan Liyana.

"Macam mana bro? Apa perasaan anda selepas merasa air oren tersebut?" soal Fathi seperti seorang wartawan dengan tangan dihulurkan ke mulut Haniff.

"Saya rasa menyesal" kata Haniff lalu mereka ketawa besar lagi. Haniff memandang ke arah dapur itu semula.

Alyssa berusaha menutup mulut Nabila yang masih tidak henti ketawa itu. Liyana tiba-tiba masuk ke dapur lalu membuang air oren itu ke dalam singki.

"Lain kali kau buat air letak julab terus. Biar dia tidur dalam tandas terngiang-ngiang muka kau" kata Nabila lalu kembali ketawa besar. Tangan memeluk perutnya yang sakit akibat terlalu banyak ketawa.

Alysaa takut melihat wajah serius Liyana.

"Kau tunggu kau Alyssa. Aku bagitahu mama" kata Liyana lalu naik ke atas kerana tidak tahan malu.

KAU TETAP SEMPURNAWhere stories live. Discover now