38 | AM

15.2K 421 39
                                    

"Sweetheart, hubby ada hadiah untuk sweetheart. Sweetheart tunggu sini kejap" kata Aryan sebelum dia bangun dan keluar dari private room itu. Alyssa hanya mengangguk sekali. Apa agaknya hadiah yang Aryan nak berikan kepadanya?

Pintu itu dibuka semula dan Aryan bergerak masuk ke dalam dengan satu beg kertas berwarna merah. Aryan berdiri disebelah Alyssa lalu isi di dalam beg itu dikeluarkan. Dua kotak baldu berwarna merah. Satu besar dan satu lagi kecil.

Membulat mata Alyssa kerana dia sangat faham kalau kotak jenis baldu ini pasti isinya emas. Tekaannya benar apabila Aryan membuka dua kotak tersebut. Dua kotak itu diletakkan ke atas meja itu.

"Selama kita kahwin hubby tak pernah bagi sweetheart apa-apa. Hubby tak pernah buat sesuatu yang romantik macam ni sebelum ni. Hubby rasa agak kekok tapi hubby nak juga buat sebab nak hargai bidadari syurga hubby seorang ni" kata Aryan sambil mengusap kepala Alyssa.

"Tapi Alyssa tak minta pun semua ni. Cukuplah hubby dah mula cintakan dan sayang sweetheart." Kata Alyssa dalam bahasa isyarat.

"That's why I wanna give this to you as a gift for being loyal, patient and supportive to me. Hubby tak rasa hubby boleh dapat isteri memahami macan sweetheart dekat luar sana. You're my greatest gift" kata Aryan panjang lebar. Aryan bercangkung dihadapan Alyssa.

"Nanti balik hubby pakaikan. I wanna be the first and last person seeing you with this jewelery." Alyssa tersenyum manis lalu mengusap pipi Aryan.

"Thank you so much, hubby. I love you." Kata Alyssa dalam bahasa isyarat.

"I love you regardless. No one can ever replace you in my heart. Please be my angel without wing forever." Tangan Alyssa yang berada dipipi Aryan dipegang lalu dicium tapak tangannya.

{°•°•°•°•°•°•°•°}

Aryan membuka pintu untuk Fathi, Haniff dan Ilyas.

"Papa!" jerit Leissandra apabila melihat wajah Aryan. Tangan dihukurkam meminta Aryan untuk mendukung dirinya. Haniff memberikan tubuh Leissandra kepada Aryan.

"I miss you so much, sweetie" kata Aryan sebelum mencium sekilas pipi Leissandra.

"I miss you too, papa" balas Leissandra.

"Jomlah masuk, isteri aku dah masak" kata Aryan. Mereka bertiga pun bergerak masuk ke dalam rumah itu.g

Masing-masing melabuhkan punggung di sofa berdekatan. Fathi dengan segala ketakutannya duduk di sofa yang paling jauh daripada Aryan. Wajah Aryan tidak berani dia pandang. Terasa nyawanya dihujung pangkal.

Aryan yang nampak akan kelainan daripada Fathi terus mengerutkan dahi.

"Kau kenapa Fathi?" soal Aryan. Fathi menoleh pantas memandang Aryan dengan mata membulat besar. Kepala digeleng laju.

"Tak ada apa." Katanya senafas. Liur ditelan berkali-kali. Peluh didahi Fathi merenek seperti tiada hari esok.

Bertambah curiga Aryan dengan sikap Fathi. Pasti ada sesuatu yang buruk berlaku.

"Ada apa-apa ke yang kau nak bagitahu aku?" soal Aryan dengan dingin.

"Ta- tak ada apa-apa. Aku balik dulu, Ryan. Tiba-tiba mak aku suruh ambil adik aku balik dari mengaji" kata Fathi sebelum berura-ura ingin pergi.

"Dia gigit anak kau" kata Haniff senafas terselit senyuman sinis Haniff. Terkaku Fathi di situ.

"Ha?!" Terkejut beruk Aryan. Baru semalaman tinggal dah kena gigit? Sebab apa pun sekarang tidak penting. Anak dia dah dicederakan.

"Ak- ak- aku tak sengaja" kata Fathi tergagap-gagap. Aryan menggenggam penumbuknya dengan pandangan yang tajam memandang ke arah Fathi.

Fathi menelan liur kasar dengan pandangan maut Aryan. Leissandra, Aryan hulurkan kepada Haniff. Kaki bergerak ke arah Fathi.

KAU TETAP SEMPURNAWhere stories live. Discover now