23 | AM

13.9K 549 32
                                    

Kereta mercedes AMG G63 warna hitam meluncur ke dalam sebuah rumah banglo.

Kereta mercedes AMG G63 warna hitam meluncur ke dalam sebuah rumah banglo

Ops! Esta imagem não segue as nossas directrizes de conteúdo. Para continuares a publicar, por favor, remova-a ou carrega uma imagem diferente.

Aryan dan Afiq keluar dari perut kereta. Terlopong mulut Afiq melihat kebesaran rumah Aryan.

"Bapak besar rumah kau, bang. Kau nak tinggal sini terus ke?" soal Afiq dengan sinis. Aryan mendukung tubuh Leissandra keluar dari kereta.

"Tak adalah besar mana pun cukuplah buat ngaso-ngaso" kata Aryan lalu bergerak masuk ke dalam rumah diikuti Afiq.

Setelah selesai mandi Aryan menuju ke wadrobe. Dia tidak membawa sebarang beg kerana pakaian di dalam rumah ini masih banyak. Sehelai baju t putih dan seluar panjang kelabu disarungkan ke tubuhnya.

Telefon pintarnya yang berada di atas meja solek dibuka. Flight mode ditutup. Bertubi-tubi notifikasi masuk semuanya missed call daripada Alyssa. Berkerut dahi Aryan lalu tangan bergegas menelfon Alyssa. Takut ada apa-apa yang terjadi pada Alyssa.

Alyssa baru balik dari membeli belah dengan Datin Katrina. Telefonnya yang berbunyi diambil dari dalam begnya. Kening Alyssa terjongket. Tidak pernah Aryan membuat panggilan video selalunya mesej saja. Panggilan video daripada Aryan dijawab Alyssa.

"Alyssa, kau ok tak? Kau ada luka dekat mana-mana tak? Kau dah buat report polis? Mummy dengan daddy mana? Aku nak cakap dengan diorang." Bertubi-tubi soalan Aryan lemparkan. Terkejut Alyssa dengan dengan soalan cepumas Aryan.

"Saya ok je. Buat apa nak report polis? Ada apa-apa yang jadi ke?" Soal Alyssa dalam bahasa isyarat. Aryan mengeluh berat sambil kepala mendongak ke atas.

Alyssa melambai-lambaikan tangan di depan skrin telefon.

"Abang ok tak?" Soal Alyssa lagi. Aryan menarik nafas dalam sebelum dia menayangkan wajah bapak singanya.

"Kenapa kau telefon aku berkali-kali? Aku ingatkan kau dah bakar rumah mummy daddy. Kau ni memang suka menyusahkan aku kan?" Kata Aryan tegas. Dadanya turun naik.

"Mana ada saya bakar rumah mummy daddy? Saya call abang sebab nak minta izin keluar dengan mummy. Abang tak baca ke mesej Alyssa?" Kata Alyssa dalam bahasa isyarat. Aryan mengerutkan kening. Mesej? Dia ada mesej ke?

Alyssa memuncung ke depan kerana dia tahu pasti Aryan tak baca lepastu nak sergah orang macam tu. Eh kejap sejak bila Aryan faham bahasa isyarat? Alyssa berfikir seketika sebelum Aryan bertanya semula.

"Aku tengok kau bersiap ni kau keluar juga dengan mummy tanpa izin aku lah kan?" soal Aryan dingin. Alyssa menggaru kepalanya yang tidak gatal. Bibir tersengih macam kerang busuk.

"Sorry, abang." Aryan menjeling mata. Nasib saja Aryan tiada di Malaysia sekarang.

"Kau beli apa? Dah habis dah kau kikis duit aku?" Alyssa memukul skrin telefonnya sekali. Tersentak Aryan. Berani betul Alyssa buat macam tu. Dia beli mana confident? Berani lah sebab Aryan takde dekat sebelah dia kalau tidak mahu pecah muka Alyssa.

KAU TETAP SEMPURNAOnde as histórias ganham vida. Descobre agora