37 | AM

12.7K 458 44
                                    

Farisya yang sedang duduk di depan pagar sekolah menunggu abangnya memandang ustazah Qasirah.

"Ustazah balik lah dulu. Saya dah biasa dah tunggu along lama macam ni" kata Farisya. Ustazah Qasirah duduk di sebelah Farisya.

"Mana boleh macam tu? Hari ni kan ustazah duty. Kalau ustazah tinggalkan kamu nanti apa-apa jadi ustazah yang kena. Abang kamu memang selalu lambat macam ni ke?" soal Ustazah Qasirah lembut. Farisya mengangguk laju.

Dah terbiasa sangat dengan perangai abang dia yang selalu datang lambat. Bukan lambat dua tiga minit tapi dua tiga jam.

Vrooomm..

Sebuah kereta honda civic berwarna hitam berhenti mengejut di depan mereka.

"Ha, tu along dah sampai" kata Farisya selamba. Farisya dan Ustazah Qasirah berdiri tegak.

Fathi berlari ke arah mereka berdua.

"Ustazah saya minta maaf sangat. Saya terlupa tadi sebab sibuk sangat dengan kerja" kata Fathi kepada Ustazah Qasirah. Farisya adiknya sendiri tidak dipandang mahupun meminta maaf kepadanya.

Ustazah Qasirah menunduk lalu memandang ke arah Farisya.

"Takpe, ini dah memang tugas saya. Bawa lah dia balik. Saya minta diri dulu. Farisya, ustazah balik dulu. Assalamualaikum" kata Ustazah Qasirah lalu pergi dari situ. Dia agak tidak selesa dengan Fathi kerana dia berdiri terlalu dekat dengannya.

Setelah Farisya menjawab salam itu terus dia berjalan ke kereta. Fathi menghalang Ustazah Qasirah secara mengejut.

"Ustazah, balik dengan siapa? Saya boleh hantarkan. Bagi menebus kesalahan saya hari ni" kata Fathi dengan senyuman lebar. Ustazah Qasirah mengundur ke belakang sedikit dengan kepala menunduk ke bawah.

Sepatutnya Fathi minta maaf pada adiknya bukan ustazah Qasirah.

"Saya datang dengan kereta sendiri" kata Ustazah Qasirah, menunduk sekali lalu ingin pergi tetapi dihalang lagi.

"Ustazah free tak malam ni?" soal Fathi dengan selamba membuatkan Ustazah Qasirah tersentak. Membulat matanya memandang Fathi sebelum menunduk dan beristighfar.

"Saya minta diri dulu, Encik Fathi." Dengan pantas Ustazah Qasirah berlari pergi. Makin seram dia dengan soalan Fathi.

"Ustazah-" Tidak sempat Fathi ingin memanggil Ustazah Qasirah, Farisya terlebih dahulu mencelah.

"Along! Jomlah balik! Adik lapar ni!" jerit Farisya dari dalam kereta.

"Ish, budak ni! Potong betul lah!" Fathi berdengus kasar sebelum pergi dari situ. Kepala tidak henti berpusing ke belakang melihat ustazah Qasirah sampai terlanggar keretanya sendiri.

-

"Hanya suara dia berkata! Tidak berpandangan mata.. tunduk di meja wajah berpurdah, Ustazah Qasirah namanya! indah namanya juga tingkahnya-" tidak sempat Fathi ingin menghabiskan lagu kegemarananya sejak akhir-akhir ini, Farisya sudah mematikan radio.

"Woi kenapa kau tutup lagu aku" marah Fathi. Radio ditekan semula tetapi Farisya mematikan lagi.

"Along, lagu ni along dah ulang 5 kali. Naik bernanah telinga adik dengar" kata Farisya. Sepanjang jalan lagu ini saja yang dia pasang dan nyanyi. Kalau Farisya nak tukar pun akan kena marah. Dah gila bayang ke along dia ni?

KAU TETAP SEMPURNAWhere stories live. Discover now