π‡πžπ₯π₯𝐨 𝐌𝐞𝐒𝐧 π€π§π πžοΏ½...

Von rzealyssa

1.2M 54.8K 3.3K

𝐂𝐨𝐦𝐩π₯𝐞𝐭𝐞𝐝 | π‡πŒ π’πžπ«π’πžπ¬ 𝐕𝐨π₯ 𝟏 "Kalau ini yang boleh bahagiakan ibu, Sara sanggup" - Sara L... Mehr

- PLEASE READ THIS FIRST! -
His Seele | 1
His Seele | 2
His Seele | 3
His Seele | 4
His Seele | 5
His Seele | 6
His Seele | 7
His Seele | 8
His Seele | 9
His Seele | 10
His Seele | 11
His Seele | 12
His Seele | 13
His Seele | 14
His Seele | 15
His Seele | 16
His Seele | 17
His Seele | 18
His Seele | 19
His Seele | 20
His Seele | 21
His Seele | 22
His Seele | 23
His Seele | 24
His Seele | 25
His Seele | 26
His Seele | 27
His Seele | 28
His Seele | 29
His Seele | 30
His Seele | 31
His Seele | 32
His Seele | 33
His Seele | 34
His Seele | 35
His Seele | 36
His Seele | 37
His Seele | 38
His Seele | 39
His Seele | 40
His Seele | 41
His Seele | 42
His Seele | 43
His Seele | 44
His Seele | 45
His Seele | 46
His Seele | 47
His Seele | 48
His Seele | 49
His Seele | 51
His Seele | 52
His Seele | 53
His Seele | 54
His Seele | 55
His Seele | 56
His Seele | 57
His Seele | 58
His Seele | 59
His Seele | 60
His Seele | 61
His Seele | 62
His Seele | 63
His Seele | 64
His Seele | 65
His Seele | 66
His Seele | 67
His Seele | 68
His Seele | 69
His Seele | 70
Special Chapter | 01
Special Chapter | 02
Special Chapter | 03
Special Chapter | 04
Special Chapter | 05

His Seele | 50

12.2K 538 57
Von rzealyssa

"Aku dah cuba yang terbaik tapi ini je yang aku mampu" satu kertas putih diserahkan kepadanya. Mata jejaka itu meniliti setiap ayat yang terkandung di dalam kertas itu.

"Betul ke?" soal si dia. Lelaki tadi mengangguk sekali.

"Memang, dia adalah perwaris sebenar The Kaiser. Kami dah jumpa satu bukti yang menunjukkan dia adalah aset yang dicari selama ni"

Matanya tak henti-henti bergerak ke kiri dan kanan. Segala yang tertera benar-benar belaka. Apa dia boleh buat selain daripada menerima.

Masuk saja kepada helaian kedua, ada satu gambar yang terselit disitu. Matanya membesar. Tangan naik mengambil gambar tersebut sebelum di amati dengan lebih teliti.

"Jangan bagitahu sesiapa pasal ni. Anggap je ni rahsia antara aku dengan kau. Aku tak rasa dia boleh terima semua ni. Dia akan fikir diri dia dikhianati nanti. Pasal tu kau tak payah risau, kalau terbongkar satu hari nanti mungkin mulut dia yang kata benci tapi hati tak" ucapnya yakin.

Dia kenal dan dia faham. Bukan mudah nak terima semuanya dalam sekelip mata. Tambahan pula itu adalah nyawanya. Takkan boleh dia terima dengan hati yang terbuka.

"So macam mana nak buat ni?" Nils pandang aku dengan pandangan keliru. Kepala paip di hadapannya dipandang terkebil-kebil. Kejap-kejap tangannya menggaru kepala. Aku pula hanya menggeleng sambil tersenyum.

"Takpe, meh sini Sara tolong. Abang dah bacakan niat berwudhuk?" lengan bajunya aku tolong lipat hingga ke siku. Nils mengangguk laju.

Selepas masuk waktu Asar tadi, aku ada menyuruhnya supaya membaca buku panduan solat. Biar senang sikit Nils nak solat nanti kalau dah ada pengetahuan umum. Bukan main kusyuk lagi dia membaca tadi.

Daripada selepas Asar sampailah dah nak masuk waktu Maghrib, tak keluar-keluar daripada bilik membaca. Aku turut gembira melihat perubahan lelaki itu.

Kagum melihat usahanya untuk berubah. Mungkin Nils rasa tanggungjawabnya akan makin bertambah selepas ini jadi dia nakkan yang terbaik. Terima kasih Ya Allah, kau dah bukakan pintu hati suami aku untuk bertaubat kepada-Mu.

Mulutnya mula mengumam kecil. Kusyuk betul tu. Comel je tengok Nils tadah tangan macam tu.

Selepas itu, aku membantunya mengambil wudhuk. Satu persatu aku terangkan kepadanya. Selepas itu, sejadah dibentangkan menghadap kiblat. Kain telekung sudah siap dipakai tadi.

Aku menoleh ketepi apabila terdengar bunyi pintu wardrobe di tutup. Hati terus jadi tak tentu arah melihat suami sendiri dalam pakaian solatnya.

Berkain pelikat, berbaju Melayu hitam serta ada songkok di atas kepalanya. Tengok, pakai simple macam tu pun dah handsome.

"Kenapa sayang tengok abang macam tu? Pelik ke abang pakai macam ni?" Nils menunduk melihat pakaian yang tersarung di badannya. Rasanya ini kali pertama dia pakai kain pelikat. Berpeluh jugalah dia membetulkan kain pelikatnya tadi.

"Taklah abang, Sara suka tengok abang macam ni. Handsome" pujiku senada. Nils mengulumkan senyuman manisnya. Terserlah lesung pipit di sebelah pipi kanannya.

"Dahlah sayang, kita nak solat ni nanti sembahyang ke mana kita ke mana pula" tegurnya perlahan. Aku tersengih. Apalah kau ni Sara, memalukan.

Nils mula mengambil tempat. Aku juga berdiri di belakangnya. Dan selepas itu aku terdengar dia mula melafazkan takbiratul ihram.

"Allahuakhbar"

Dan untuk pertama kalinya, aku diimamkan oleh seseorang yang bergelar suami. Sampai bila-bila pun aku takkan lupakan hari yang indah ini.

"Hai kakak iparku yang manis lagi cantik" sapaan ceria Nick membuatkan kerja aku yang sedang menghidangkan makanan tergendala.

Ish budak ni, bukannya reti nak bagi salam.

"Nick, awak buat apa dekat sini? Bukan ke sepatutnya awak dekat rumah sana?" soalku hairan. Selepas je dapat berita yang aku mengandung, Nils terus menghalau empat orang lelaki ini keluar daripada rumahnya.

Katanya taknak baby kena aura negatif mereka. Kejam betul laki aku tu.

"Saja, nak melawat kakak ipar pun tak boleh ke? Ni abang mana? Tak nampak pun batang hidung dia?" Nick mula mengambil tempat di meja makan. Nampaknya jejaka itu dah bersedia untuk melahap. Tengok matanya yang bersinar-sinar itupun dah boleh buat aku faham.

"Nils ada dekat atas. Tengah on call dengan someone. Ni awak datang sorang je ke?" soalku kepadanya pula.

Baru saja Nick mahu membuka mulutnya, tiba-tiba--

"Hello everything! Miss me baby?! Oh my god, Nicki Minaj what are you doing here?!" entah daripada mana, suara nyaring Erick tiba-tiba menegur kami di ruang tamu.

Aku tersengih melihat ke arahnya manakala Nick mula menepuk dahi.

"Hoi ayam takde telur, boleh tak kau diam?! Bisinglah hanat!" marah Nick. Rasanya tadi dia tak ada bagitahu sesiapa tentang niatnya ke rumah Nils tapi macam mana sekor ni boleh sesat?

"Hei-hei Jamil kau jangan nak marah aku eh. Macam mana kau boleh sesat dekat sini? Bukan tadi kau cakap nak jumpa someone ke?" Erick mula mengambil tempat di sebelah aku. Nampaknya jejaka itu juga seperti sedang kelaparan.

Tangan mula mencedok nasi untuk mereka berdua. Nasib aku masak lebih harini.

"Ye lah someone tu Saralah. Kalau aku cakap dekat kau aku nak jumpa Sara mesti kau nak ikut punya. Sibuk je lah kau ni Salman!"

Aku menggeleng melihat pergaduhan mereka. Ni nasib Hanz takde, kalau dia ada mahu bergegar rumah dengan suara tiga orang ni.

"Hey mamasetan naega ayayayaya!"

Nampak, baru je seru dah muncul orangnya. Oh, tapi bukan setakat Hanz je yang ada Carl pun ada sekali. Dah lama rasanya tak tengok muka beku laki tu.

"Hanz, buruklah bunyinya" Nick tutup kedua belah telinganya dengan tangan. Lagu planet mana pula mamat ni menyanyi ni? Asal pelik sangat bunyi dia?

"You know nothing about k-pop Jamil" Hanz meneruskan tariannya. Badannya tak henti-henti melakukan aksi ulat beluncasnya. Bukan main lembut lagi dia menari.

Mesti Hanz ni dulu cita-cita dia nak jadi artis k-pop tapi tak lepas sebab muka tak berapa nak jambu. Nampak sangat muka Jerman nya tu.

"Stop doing that sh*t Hanz, it's disgusting" teguran Carl buatkan Hanz terus berhenti. Lelaki itu memuncung.

"Ish, mamat gay ni sibuk je" Hanz pantas melangkah ke arah meja makan sambil kaki dihentak dengan sengaja. Tanda protes dengan Carl.

Kedua lelaki itu mula mengambil tempat.

"My girl, kau mengandungkan tapi kenapa perut kau tak nampak bulat? Asal flat je?" soalan pelik Erick buatkan dahi aku berkerut hebat.

Aku tunduk ke arah perutku sekejap sebelum mata kembali toleh ke arahnya. Aku mengeluh kecil.

"Rick, saya baru je mengandung. Baru sebulan lebih memanglah tak nampak bentuk lagi" aku menggeleng. Betul tak sabarnya nak tengok perut aku bulat Erick ni.

"Ouh ye eh? Manalah aku tahu akukan mana pernah mengandung" Erick selamba menyuap kembali nasi ke dalam mulut.

Pada masa yang sama, aku terdengar bunyi seperti seseorang sedang tersedak. Terlihat Nick sedang meneguk airnya laju.

"Memanglah kau tak pernah mengandung dan takkan mengandung. Kau nak mengandung macam mana, kau mana ada--"

"Eh, apa korang buat dekat rumah aku ni?" suara Nils mula kedengaran dari atas.

Kata-kata Hanz dipotong laju olehnya.

Nils terkejut melihat keberadaan empat orang kawannya di rumah kami. Kakinya mula mengatur ke arah meja makan.

"Aik, nak lawat kawan sendiri pun tak boleh ke?" Carl menjawab kembali.

"Haah, dah lama tak jumpa madu. Hai madu, rindulah" Hanz memuncungkan mulutnya ke arah Nils, gaya seperti dia sedang mencium lelaki itu.

"Madu kepala otak kau. Meh sini aku sumbat madu tu dalam tekak kau biar bisu" ugutnya. Langkah kaki jejaka itu dibawa ke arah kami. Dia berdiri di sebelah aku.

"Ha, kalau dah dekat tu tolong jangan buat aksi kucing kurap ye. Ingat sikit, anak kau tu memerhati je perangai si*l bapak dia ni" ujar Nick tak bersalah.

Aku rasa Nick ni dah betul-betul berani nak bahan Nils sekarang. Mungkin sebab sekarang ni Nils dah kurangkan perangai bapak singa dia sebab tu selamba je semua nak bahan dia.

"Nick, jangan mencarut please. Aku taknak anak aku ikut perangai setan kau" Nils mula ambil tempat duduknya.

"Hoi, yang kau mencarut takpe pula?" suara Nick kedengaran tak puas hati.

Nils tayang sengihannya. "Anak aku dengan aku dah kautim dah. Aku dah bagitahu dia kalau aku mencarut takpe sebab aku pandai censored mulut aku sendiri" balasnya. Dan aku nampak muka Nick mula menunjukkan riak tak puas hati.

Dan pergaduhan mulut mereka berlanjutan sampailah aku sendiri yang berhentikan diorang. Macam budak tiga tahun je empat orang ni.

Belati hitam itu dilibas pada permukaan kulit lelaki itu sehingga terdengar ringisan kuat daripadanya.
Rasanya dah nak terkoyak kulit lelaki itu apabila tak henti-henti belati hitam itu lalu di atas kulitnya.

"Bagitahu aku, siapa yang hantar kau supaya ganggu dia?!" lantang suaranya memarahi lelaki tadi. Sambil mulut menyuruh lelaki itu mengaku sambil itu juga tangannya tak henti-henti melibas belati itu.

Sudah terpercik darah pekat itu ke merata tempat. Isi kulit lelaki itu juga mula dilihat dengan jelas.

"Ak-aku tak tahu, aku hanya ikut arahan" suaranya lemah. Tenaganya sudah hilang. Rasa sakit yang menyengat tubuhnya membuatkan saraf lain dah tak mampu berfungsi.

"Aku taknak dengar yang lain. Bagitahu aku siapa yang buat. Itu je, selagi aku tak dapat apa-apa maklumat jangan harap aku akan berhenti!"

Lelaki itu mula berdiri. Dia menoleh ke arah anak buahnya. Faham dengan pandangan itu, terus anak buahnya mengangguk sambil menatang satu bekas besar ke arahnya.

"Aku tanya untuk kali yang terakhir. Siapa yang hantar kau?" walaupun soalan yang sama ditanya namun dia tetap tak putus asa.

Berani betul mereka letak tangan kotor mereka di atas tubuh gadis itu. Adiknya. Kalau dia tahu siapa memang nahas orang itu dikerjakannya.

"Ak- aku-- ARGHHH!!"

Jeritan lantang itu bukti menunjukkan bahawa air panas yang menggelegak itu telah selamat dicurahkan ke atas lukanya yang masih basah.

Lelaki itu sedikit pun tiada belas kasihan. Dia suka dengar jeritan kesakitan itu. Baginya itu satu kepuasan. Kejam? Dia suka orang menggelarkan dirinya kejam. Bagi dia ia satu mandat yang tinggi. Dan sudah pasti orang akan takut dengan dia.

"Kau jangan main dengan aku. Aku tak suka orang tak jawab persoalan aku" badan kaku lelaki tadi dipandang bersama pandangan kosong.

Air panas tadi kini telah bercampur dengan darah dan mula bertakung di atas lantai.

"Bersihkan, aku taknak ada bangkai dekat atas lantai aku" arah dia kepada anak buahnya.

"Tuan Noah, pihak hospital baru saja maklumkan yang Cik Arisha dah sedar. Tuan nak gerak sekarang ke?" seorang anak buahnya menghampiri Noah kalut.

Noah tidak menjawab malah dia hanya diam.

"Aku tak ada mood lagi nak tengok dia. Kau bersihkan ini dulu, aku nak pergi satu tempat" balas Noah tegang.

Kaki panjang jejaka itu mula melangkah keluar daripada bilik kecil itu. Bilik yang menjadi tempat untuk dia melepaskan nafsu kejamnya.

Di sinilah segala musuhnya dikorbankan dengan cara yang kejam. Kalau tadi dicurah air panas pada luka yang masih basah, pernah sekali di tuang air panas yang masih menggelegak ke dalam mulut musuhnya sehingga mati.

Noah bukanlah lelaki yang mempunyai sikap belas ihsan. Dia suka membunuh. Membunuh adalah ketagihannya. Dan semua itu boleh terjadi sekiranya ada orang yang telah mengganggu barang berharganya.

Sebenarnya ia bukanlah barang, tapi lebih kepada nyawa. Nyawa yang perlu dijaga sehingga ke akhir nafasnya. Kerana dia seorang lelaki yang berpegang kepada janji.

"Carl, esok awak hantar saya keluar boleh?" aku mengambil tempat kosong di sebelah jejaka itu. Selalunya waktu-waktu macam ni Carl akan ambil angin dekat luar sambil baca surat khabar. Dan air pula dia wajib pesan air teh. Dah addicted dengan teh lah tu.

"Boleh, kau keluar dengan siapa?" soalnya pula.

"Sorang je, Nils dah bagi izin dekat saya tapi dia kata ada bodyguardlah yang kena follow" balasku semula. Carl jongket kening.

"Bodyguard? Siapa? Hanz? Erick? Nick?"

Aku menggeleng. "Anak buah D'Andreas. Diorang bertiga tu esok tak ada. Katanya ada meeting dekat Pahang" jawabku. Carl mengangguk faham. Dia lupa agaknya yang EKL tu masih perlukan khidmat tiga orang tu.

Okaylah tu, daripada duduk tak buat apa baik hantar diorang pergi meeting jauh.

"Carl, kalau saya tanya awak sesuatu boleh?"

Carl panggung kepala ke arahku. Dia tidak menjawab malah hanya mengangguk.

"Apa pandangan awak terhadap Dhia?" dengar saja soalanku, Carl terus mengangkat kepalanya. Aku tahu, dia tertarik dengan soalan aku bila ada nama Dhia meniti di bibirku.

Tiba-tiba rasa nak tahu apa yang ada dalam fikiran jejaka ini tentang Dhia.

"Kenapa tanya macam tu?" soal Carl ingin tahu.

Aku mencebik. Kedua belah bahu diangkat.

"Saja, saya perasan lately ni awak selalu keluar jumpa dia so saya nak tahulah apa perasaan awak pada dia?" masa untuk mengorek isi hati encik kutub utara kita ni.

"Perasaan? Biasa je. Aku tak pernah anggap dia lebih" Carl angkat kedua belah bahu tanda tak kisah. Aku kerut dahi.

Aik, kalau dah selalu keluar berdua takkan tak ada timbul rasa apa-apa?

"Tipulah, Dhia tu bukan main lawa lagi takkanlah sikit pun tak ada rasa?" aku menyoalnya lagi. Tak puas hati dengan jawapan yang diberikan.

Carl mula tutup surat khabarnya. Dia pandang ke arahku.

"Kenapa kau nak tahu sangat ni hmm?" Carl mengubah posisi duduknya. Matanya merenung ke arahku.

"Alah, saya ni teringin nak tahu apa yang ada dalam fikiran awak. Awak tak pernah ada rasa suka dekat sesiapa ke? Takkanlah awak ni--"

Aku pandang Carl atas bawah. Tiba-tiba aku terdengar Carl mula ketawa. Mata berkelip-kelip memandang ke arahnya. Apa? Aku ada buat lawak ke?

"You're so funny dolcezza. Sampai macam tu sekali kau fikir pasal aku?"

Aku garu kepala. Lah, salah ke aku tanya. Aku mencebik. Ish, Carl ni kalau aku campak dia dalam kolam depan tu baru tahu.

"Okay listen. Aku tak terbuka hati lagi untuk sesiapa. Aku cuma nak fokus dengan hidup aku sekarang. Aku taknak serabutkan kepala dengan perempuan" jawapan cliche dia bagi.

Daripada dulu lagi asyik jawapan yang sama je dia bagi. Betullah cakap Nick, entah-entah Carl ni gay.

"Kenapa awak boleh terfikir macam tu? Kenapa awak taknak buka hati awak untuk mana-mana perempuan?" sekali lagi aku menyoalnya. Tak puas hati.

Carl tayang sengihnya. Dia merenung aku sekejap.

"Weil das Mädchen, das ich mag, nicht mehr meins ist. Obwohl sie immer vor mir ist, sehe ich sie nur aus der Ferne (Cause the girl I like isn't mine anymore. Although she is always in front of me, I only see her from a distance)"

Aku terdiam. Kenapa aku rasa macam Carl mengungkapkan sesuatu yang sangat menyakitkan untuknya. Dari riak wajah dia pun aku dapat tangkap yang dia cakap sesuatu yang tulus daripada hati dia.

"Carl? Aw-awak pernah kena reject dengan someone ke sebelum ni?" soalan sensitif tapi mustahillah lelaki macam Carl ni kena reject. Kalau dia reject orang aku percaya.

Kalau aku belum kahwin dah lama aku mengorat mamat beku ni.

Carl ketawa kecil.

"You cute dolcezza but nahh, i'm okay being single" soalan paling selamat.

Aku menggeleng kecil melihatnya. Apa-apa sajalah Carl ni.

Pandanganku mula tertoleh ke arah cawannya yang sudah kosong. Alang-alang aku nak bangun masuk dalam boleh bawa sekali.

"Awak dah habis minun ke Carl? Kalau dah saya nak bawa masuk sekali" soalku kepadanya.

"Haah, aku dah selesai. Tapi tak apa tinggal je dekat situ. Nanti aku basuh sendiri" tolaknya. Aku menggeleng.

Pantas, cawan kaca itu aku tarik laju. Semasa aku mencapai cawan itu, aku tak perasan lengan bajuku tertarik ke atas sehingga menampakkan pergelangan tangan.

Carl terpandang ke arah situ. Aku nampak matanya seperti merenung sesuatu di atas lenganku, dengan pantas aku menarik kembali lengan bajuku menutupinya.

"Saya bawa masuk dulu eh" pamitku, dan dengan segera aku mula masuk ke dalam.

Carl terdiam. Dalam otaknya dia mula memikirkan sesuatu. Masih jelas lagi diingatannya ada satu kesan torehan di pergelangan tangan Sara.

Tiba-tiba otaknya memutarkan kembali peristiwa itu. Dahinya mula berkerut. Dan tak lama selepas itu matanya membesar. Tak mungkin.

Will be continued...

Weiterlesen

Das wird dir gefallen

3.5M 256K 59
Siapa sangka gadis kecil yang bernama Arya Amanda telah menarik perhatian si jejaka mafia Aidan Lutfi namun dibalik muka yang cantik lagikan comel i...
167K 8.1K 43
MY GREY GUY ( NEW VERSION ) -everyone can't touch you, or death will overtake them- ... LUTH AELDEN EVRARD seorang lelaki yang mampu membuatkan gadi...
119K 4.2K 40
By: yanaablossom Take note! -Imaginasi semata-mata -asli dari otak saya -jangan lah tiru,karya saya mana lah hebat mana sampai orang nak tiru -baca j...
52.3K 3.3K 14
Nasib aku dapat Husband macam tu T^T prangai dia ya ampun...manja namatey... Before tu Seya mau pisan something! Cerita saiya yini tidak ada babak se...