π‡πžπ₯π₯𝐨 𝐌𝐞𝐒𝐧 π€π§π πžοΏ½...

By rzealyssa

1.2M 54.8K 3.3K

𝐂𝐨𝐦𝐩π₯𝐞𝐭𝐞𝐝 | π‡πŒ π’πžπ«π’πžπ¬ 𝐕𝐨π₯ 𝟏 "Kalau ini yang boleh bahagiakan ibu, Sara sanggup" - Sara L... More

- PLEASE READ THIS FIRST! -
His Seele | 1
His Seele | 2
His Seele | 3
His Seele | 4
His Seele | 5
His Seele | 6
His Seele | 7
His Seele | 8
His Seele | 9
His Seele | 10
His Seele | 11
His Seele | 12
His Seele | 13
His Seele | 14
His Seele | 15
His Seele | 16
His Seele | 17
His Seele | 18
His Seele | 19
His Seele | 20
His Seele | 21
His Seele | 22
His Seele | 23
His Seele | 24
His Seele | 25
His Seele | 26
His Seele | 27
His Seele | 28
His Seele | 29
His Seele | 30
His Seele | 31
His Seele | 32
His Seele | 33
His Seele | 34
His Seele | 35
His Seele | 36
His Seele | 37
His Seele | 38
His Seele | 39
His Seele | 40
His Seele | 41
His Seele | 42
His Seele | 43
His Seele | 45
His Seele | 46
His Seele | 47
His Seele | 48
His Seele | 49
His Seele | 50
His Seele | 51
His Seele | 52
His Seele | 53
His Seele | 54
His Seele | 55
His Seele | 56
His Seele | 57
His Seele | 58
His Seele | 59
His Seele | 60
His Seele | 61
His Seele | 62
His Seele | 63
His Seele | 64
His Seele | 65
His Seele | 66
His Seele | 67
His Seele | 68
His Seele | 69
His Seele | 70
Special Chapter | 01
Special Chapter | 02
Special Chapter | 03
Special Chapter | 04
Special Chapter | 05

His Seele | 44

11.6K 569 27
By rzealyssa

Aku mula menarik bagasi yang dipenuhi dengan baju untuk dibawa ke bilik kami. Hari keluarga yang dinantikan akhirnya kunjung tiba.

Semua pekerja EKL masing-masing teruja dengan percutian kami kali ini. Mana taknya, dahlah duduk dekat chalet mahal lepastu semua kos ditanggung seratus peratus oleh syarikat.

Pekerja EKL ni pula bukannya sikit. Hampir 500 orang yang datang harini. Memang kaya betul laki aku ni. Sementara menunggu Nils tengah menguruskan tentang hal dia, lebih baik aku rehatkan diri dalam bilik.

Bilik kami diletakkan berasingan dengan yang lain. Untuk pekerja, semua berada di bilik yang berdekatan dengan pantai manakala bilik kami terletak agak jauh daripada mereka.

Lega juga aku nanti tak adalah beria nak menyorok kalau nak keluar masuk.

Sebaik sahaja aku sampai di depan pintu, terus tangan menyelongkar beg tangan. Kad akses ditarik keluar sebelum diletakkan pada pad kekunci. Pintu terbuka. Setelah memberi salam, aku terus membolos diri masuk ke dalam.

Nampak je katil tiba-tiba rasa macam diri diseru. Baik aku landing dulu sebelum aktiviti malam ni. Maaflah kepada pekerja hotel yang dah beria hias katil ni dengan kelopak bunga ros bagai.

Aku dah tak fikir nak blushing ke apa sekarang ni, tengah fikir nak berlayar ke alam mimpi je ni.

Dan aku terus mencampakkan diri ke atas katil empuk itu. Argh, selesanya! Rasa macam nak bawa balik letak dekat rumah je. Dan begitulah kesudahannya, ingatkan nak terlelap sekejap sekali aku terus tertidur macam baru lepas tolak bangunan KLCC.

Nils pandang Carl dengan serius. Kemudian, dia pandang ke sebelah jejaka itu pula. Terbentuk jelas kerutan serta ketegangan pada wajahnya.

"Kenapa dia ada dengan kau?" soal Nils setelah lama mereka diam. Tadi rasanya Carl keluar seorang, macam mana boleh jadi berdua pula ni.

Gadis itu pula hanya tersengih kecil. Dia pun tak tahu macam mana dia boleh diheret sekali dengan Carl untuk datang ke sini.

Apa yang dia tahu, bila dengar pasal vacation dia jadi excited. Nak-nak pula bila dengar yang Sara pun ada sekali. Lagilah dia rasa tak sabar. Rindu budak kecil tu.

"Nanti aku cerita dekat kau. Sekarang ni bagi dia stay sini dulu" ujar Carl.

Nils mula rasa sesuatu. Dia pandang Carl tak puas hati. Takkanlah disebabkan seorang perempuan Carl boleh jadi macam ni.

"Alah Encik Nils ni, janganlah serius sangat. Anggap je saya ni tak wujud dekat sini. Tapi please, terimalah kedatangan tak diundang saya ke sini" Dhia merapatkan kedua tapak tangannya kemudian wajahnya bagaikan sedang merayu kepada lelaki itu.

Nils hanya pandang Dhia kosong. Tak tahu nak balas apa. Tapi bagus juga kalau Dhia ada sekali. Bolehlah dia tolong tengok-tengokkan Sara.

Dengan status mereka yang terpaksa dilindung daripada pengetahuan orang ramai mesti susah untuk dia rapat dengan isterinya sendiri.

Lama juga Nils diam sehinggalah dia akhirnya mengangguk.

Dhia menepuk kedua belah tapak tangannya dengan riang. Yes! Dapat stay free!

"Tapi kau bayar kau punya makan semua. Aku book cukup-cukup untuk staff aku je" walaupun agak kasar tapi itulah sikap semula jadi Nils Edward Kim. Kasar dan beku. Dengar sahaja kata jejaka itu, terus wajah Dhia bertukar mendung.

Dia pandang ke arah Carl pula. Nampaknya lelaki itu juga turut merenung ke arahnya. Dhia cuba untuk meraih simpati jejaka itu namun apa yang di balas hanyalah dengan jongketan bahu bidangnya.

"Alah Carl tolonglah saya!" pasrah Dhia. Mana pula dia nak cekau duit nak bayar segala keperluannya di sini. Dahlah duduk chalet mahal. Mahu sehari habis beribu.

"Manalah aku tahu, kau yang gatal nak ikut tadi kan. Aku dah cakap kau akan menyesal, sekarang tanggung sendiri" seusai berkata begitu, Carl terus berlalu pergi bersama Nils meninggalkan Dhia yang tercengang dengan sikap selamba jejaka itu.

Dhia rasa macam nak maki Carl berbakul-bakul sekarang ni. Tadi rasanya yang heret dia datang ke sini adalah Carl sendiri tapi sekarang ni dia pula yang kena tanggung semuanya. Cis, harap muka je handsome tapi perangai macam anak jin.

"Dahlah, memang salah aku pun sebab beria sangat nak ikut dia tadi. Dahlah baju semua tak ada, redha je lah Dhia" Dhia mengeluh sendiri.

Siapa suruh dia gatal sangat offer diri nak ikut Carl tadi.

Aku menggaru sedikit puncak hidungku apabila terasa ada sesuatu yang bermain di situ. Rasanya dah banyak kali aku buat benda yang sama tapi aku masih rasa lagi ada sesuatu di situ.

Dan akhirnya aku buat keputusan untuk membuka mataku perlahan-lahan.

Pandangan yang tadinya kabur semakin lama semakin jelas. Dan sekarang barulah aku dapat tahu apa yang mengacau tidur nyenyak aku sebentar tadi.

"Good morning sleeping beauty" ujar Nils bersama senyuman manisnya. Aku tahu dia lebih kepada nak perli aku. Aku tidur tadi pun waktu petang bukannya malam.

"Hai abang" balasku bersama senyuman kecil. Aku terus menutup mulutku cepat-cepat apabila terasa ingin menguap.

Nils membetulkan rambutku yang menutupi sebahagian muka.

"Sayang ada nak buat apa-apa tak petang ni?" soalnya bersama satu pandangan lembut. Senyumannya mula terukir cantik di bibir. Entah apalah yang dah buat dia bahagia harini.

"Erm, Sara tak rasa nak buat apa-apa harini. Sara ingat nak duduk bilik je" balasku perlahan. Sumpah, rasa malas betul nak buat aktiviti luar.

Even nak berjalan pun buatkan aku malas. Dahlah bilik kami ni jauh. Mahu baru sampai depan pintu aku dah ubah fikiran.

"Kalau macam tu kita buat aktiviti dalam bilik je lah" Nils mula merapatkan tubuhnya denganku. Sengaja dia merenggangkan tubuh badannya dan dalam masa yang sama tangannya naik memeluk bahuku daripada tepi.

Aku pandang tangannya yang mendarat selamba dia bahu kananku sebelum kepala aku paling ke arah wajah kacaknya.

Dan ketika itulah, aku menangkap satu senyuman senget di bibirnya. Dan aku tahu apa maksud di sebalik senyumannya itu.

"Dah mula dah" aku mengumam perlahan. Terbit satu ketawa kecil di celah bibirnya. Aku tahu dia dengar.

"Dah nama ada bini, masa ni lah nak bermanja" dia mula mengeratkan pelukan. Aku menghantar jelingan tajam ke arahnya.

Miang betul, laki siapalah ni.

"Hai pendek" aku mengangkat muka apabila diri terasa disapa oleh seseorang. Mata terus aku kecilkan ke arahnya.

Tak guna betul, tahulah dia tinggi.

"Really Erick? Awak panggil saya pendek?" soalku tak puas hati. Mana perginya nickname cantik aku tu. Oh, macam ni lah eh. Nak merajuklah!

Erick mula ketawa senang apabila melihat wajahku yang sudah berubah apabila dia menggelarkan aku dengan gelaran itu.

"Sorry eh princess aku sorang ni. Aku saja je nak bergurau. Jangan marah" Erick mula mengambil tempat di sebelahku. Hanz dan Nick masih tak nampak bayang mereka lagi. Nils dan Carl pula tiba-tiba menghilang lepas aku balik daripada bilik air tadi.

Sementara tunggu diorang, baik aku main phone sekejap. Tup tup aku dah kena tegur dengan mamat ni pula.

"Erick, awak boleh tolong saya tak?" aku pandang Erick bersama muka berharap.

Erick pula nampaknya hanya mengangguk senang. Yes! Ni aku suka ni!

"Tolong ambilkan saya dessert dekat sana boleh. Saya teringinlah nak makan"

Erick menoleh sebentar ke arah meja dessert yang terletak di hujung sana sebelum dia pandang ke arah aku semula.

Keningnya bercantum. Aku tahu apa yang bermain di fikiran dia sekarang ni.

"Nils tak marah?" yeah, awal-awal lagi Nils dah warning aku supaya jangan makan benda manis. Bukan aku je, tapi empat orang ni pun sama kena tempiasnya.

Nils tahu yang diorang takkan pernah cakap 'tak' kalau aku minta apa-apa. Katanya empat orang tu manjakan aku sangat sampai semua yang aku nak diikutkan je.

Biasalah hidup tak pernah merasa ada abang bila dah dilayan macam tu tak ke rasa bahagia. Dimanjakan oleh empat orang lelaki handsome dan sweet.

Aku menggeleng laju. Kisah apa aku, dahlah tengah craving ni.

Erick nampaknya mula teragak-agak. Aku tahu yang dia tersepit antara dua keadaan. Kalau dia ikutkan kata aku mungkin Nils akan cincang dia dengan pisau rambo jejaka itu tapi kalau dia tolak, aku pula yang mengada tarik muka dengan dia nanti.

Entahlah, kebelakangan ni aku selalu buat perangai budak-budak depan diorang. Kejap-kejap aku menangis kalau tak dapat apa yang aku nak kadang-kadang aku rasa macam nak bagi peluru Nils tu lalu dekat badan diorang.

Perasaan bercampur baur. Mungkin tanda-tanda nak datang bulan kot.

"My girl, aku boleh bagi kau makan tapi sikit je eh. Kalau Nils tahu ni memang dah arwah dah aku. Kau duduk sini, aku pergi ambilkan" Erick tanpa menunggu terus berlalu ke arah meja buffet itu. Aku pula dah tersenyum sampai ke telinga.

Tak sabar rasanya tekak ni nak makan benda-benda manis.

Tapi tak lama selepas itu, tiba-tiba ada suara seseorang menegur aku.

"Eh Sara?" aku terus mengangkat kepala. Mata automatik membesar seperti mahu terkeluar.

"Noah?" kenapa lelaki ini ada di sini? Bukan ke satu chalet ni dah ditempah khas hanya untuk EKL, macam mana dia boleh ada?

"Hai beautiful" tanpa izin, terus Noah mengambil tempat di hadapanku. Matanya tunak merenung segenap wajahku bersama senyuman pencair hatinya.

Tidak lupa juga ada beberapa pasang mata yang tertumpu ke arahnya. Dan sudah tentu mereka adalah gadis-gadis muda yang terdesak inginkan perhatian jejaka kacak ini.

Tak aku nafikan Noah mempunyai auranya yang tersendiri. Wajah kacak serta badan tegapnya buatkan itu satu bonus untuknya menarik perhatian gadis-gadis di sekeliling.

Dan aku juga sedar yang lelaki ini sepertinya tak tertarik dengan mana-mana perempuan. Sama macam persepsi pertama aku pada Nils. Bukan setakat nak pandang jeling sikit pun tak pernah.

"Awak buat apa dekat sini?" sebelum dia tanya aku baik aku tanya dia dulu. Noah kulum segaris senyuman manis terdahulu sebelum dia menjawab soalan cliche aku.

"Erm what i'm doing here? Maybe, spy on you"

Terkedut, terkejut dan terdiam.

Segala jenis ter aku dapat rasakan sekarang. Dia ikut aku ke? Ish, seram betul. Dia ni kenapa? Aku ada hutang apa-apa ke dengan dia?

Lihat wajah aku yang dah tak berdarah ini buatkan Noah terus melepaskan tawa senangnya.

Dan aku jadi semakin hairan. Dia ni sihat ke tak? Aku ada buat lawak ke tadi?

"Oh my, awak ingat saya ni psycho ke nak follow awak bagai? Bukanlah, ni sebenarnya chalet ayah kepada kawan saya. Kawan saya tu beria ajak saya datang sini. Katanya rindulah apalah. Saya pun dengan rela hatinya datang" terang Noah jujur, taknak aku fikir yang dia ada niat lain pada aku.

Aku tarik nafas lega. Fuh, aku ingatkan aku ada secret admire tadi. Belum apa-apa lagi aku dah fikir bukan-bukan pasal dia.

"Awak buat apa dekat sini?" soalnya pula. Aku mula garu kepala. Nak jujur ke nak tipu?

"Erm saya--"

"Dia datang dengan suami dia. Ho-ney-moon. Dan kau sebagai lelaki yang tak tahu malu tolong berambus daripada sini" Erick yang kebetulan datang mencelah antara kami mula menunjukkan kelakuan tidak selesanya dengan kedatangan Noah.

Mulut dan tangannya penuh dengan dessert yang aku suruh dia ambil tadi.

Patutlah lama, dia dah telan dulu.

"Kau jangan risau, aku bukannya nak kacau dia. Saja cakap hai. Lagipun aku nak balik bilik dah, adik aku sorang-sorang dalam bilik dia" dengar saja Noah kata begitu terus hati rasa tak tenteram.

Adik dia? Maksudnya Arisha? Arisha ada dekat sini sekali?

"Adik kau si kaki sondol tu? Mana dia? Meh aku humban di dalam kolam dekat depan tu" Erick mula panjang tengkuk. Mencari kelibat gadis itu.

Aku tepuk bahu Erick kuat. Dia ni mulut memang tak ada insurans betul.

"Apa?" dia gosok bahunya sambil memuncung ke arahku.

Noah hanya menggeleng melihat kelakuan kami. Tanpa berlengah, dia terus meminta izin untuk berlalu.

Aku pandang langkah jejaka itu sehinggalah dia hilang daripada pandangan. Aku toleh ke arah Erick semula.

"Erick, kenapa awak cakap macam tu? Nanti dia terasalah" tegur aku sedikit garang. Erick ni tahulah dia ni jenis tak jaga hati orang tapi aku ni yang rasa bersalah.

Selamba betul mamat ni kutuk Arisha depan Noah.

"Biarlah, biar dia tahu yang Arisha tu ada niat tak baik dekat keluarga kau. Kau tu janganlah baik sangat dengan diorang berdua tu. Takut nanti diorang tikam belakang kau"

Aku terdiam. Cakap Erick tu ada betulnya tapi selagi Arisha tak buat benda buruk dekat aku, aku tak boleh nak judge dia.

"Biarlah dia Rick, ni saya nak dessert saya" aku mula ubah topik. Malas nak fikir pasal Arisha.

Erick pandang ke arah tangannya. Dia menyuakan sepinggan dessert ke arahku. Mataku terus bersinar.

"Wow, banyaknya. Saya suka. Jom makan" pelawaku. Erick mengangguk laju. Tadi dia warning aku jangan makan banyak tapi yang banyak makan sekarang ni dia. Separuh dessert dalam pinggan tu habis dekat dia je.

"Stop it Dhia, tak lawak okay!" Carl menengking gadis itu supaya berhenti membuatkan lawak bodohnya di sini. Boleh pula dia sengaja nak terjun dalam kolam renang yang dalam tu. Kalau jatuh betul-betul dia juga yang susah nanti.

Dhia ketawa mengekek di belakang jejaka itu. Carl ni bosanlah. Nak bergurau sikit pun tak bagi.

"Awak ni chillah, kolam tu jauh lagi tau. Cubalah sehari tu senyum ke gelak ke" Dhia masih lagi dengan sisa tawanya. Walaupun Carl ni bengis tapi setiap kali dia mengacau lelaki itu pasti Carl tak akan senang duduk.

Sampaikan dah lebih lima kali dia kena tengking dengan lelaki itu. Tapi Dhia tak kisah. Asalkan tak ada benda buruk yang jadi dia tetap akan kacau sampai Carl rimas dengannya.

"Kau kata nak jumpa Sara kan? Cuba jalan tu cepat sikit. Macam anak itik, jalan macam tak ada kaki" berang Carl lagi. Haih, dia lagi rela hadap manja Sara daripada hadap perangai pelik kawan baik gadis itu.

"Sabarlah, awak tu nak cepat-cepat kenapa? Rindu Sara ke?" soal Dhia sengaja. Takkan Carl nak jawab ye pula, bini orang tu.

Carl juling mata ke atas.

"Haah, memang aku rindu dia. Rindu sangat" Carl jawab dengan nada sarcastic. Tapi dia tak sedar yang Dhia sudah mula berhenti daripada melangkah.

Gadis itu terpegun. Tak sangka jawapan itu yang keluar daripada mulut jejaka itu. Wuish, betullah apa yang dia fikir selama ini. Semua lelaki itu memang ada simpan perasaan pada Sara.

Carl yang terasa belakangnya seperti tiada orang mula berhenti. Dia berpusing. Berkerut dahi dia melihat Dhia yang berhenti tidak jauh daripadanya.

"Kau kenapa ni?" Ya Allah, sakit kepala dia layan kerenah perempuan ni. Kalau bukan disebabkan Nils arah dia supaya jaga Dhia memang tak lah dia nak ikut segala kehendak gadis itu.

"Apa awak cakap? Nils tak marah ke dengar awak cakap macam tu?" soal Dhia tak percaya.

Wow, Nils ni tak ada perasaan ke apa bila ada orang lain rindu bini dia?

Carl terus tepuk dahi. Aduh, dahlah pendek naif pula tu. Kalau dia cakap Dhia ni bangang macam tak sesuai pula. Harap je muka cantik tapi otak sempit.

"Kau ni memang tak tahu ke apa maksud sarkastik? Masa belajar dulu kau belajar apa? Cara nak bancuh simen?"

Dhia menggeleng laju. Takkanlah belajar bancuh simen sampai ke Russia? Carl ni lawak dia hambar betul.

"Dahlah jom" Carl mengalah. Dia tahu yang Dhia takkan pernah bagi dia hidup tenang. Jadi baik dia buat tak layan.

Sampai saja di restoran di depan sana, terus mata Carl melilau mencari kelibat Sara dan Erick. Sebelum dia datang tadi dia dah call Erick siap-siap. Sehinggalah matanya menangkap kelibat dua orang manusia yang tengah melantak macam tak ada hari esok.

Carl dan Dhia sama-sama menghampiri mereka.

"Kau bagi Sara makan dessert Erick? Kau tahukan Nils tak bagi" tegur Carl apabila matanya menangkap selonggok makanan manis di dalam pinggan kedua-dua manusia itu.

"Shh, awak janganlah bagitahu Nils eh. Saya teringinlah. Saya janji sekali ni je" aku memujuk Carl supaya berkomplot sekali dengan aku. Carl ni pun bukan boleh percaya, tahu-tahu je nanti dah ada berita sampai.

Aku kalih pandang ke arah seseorang yang berdiri di belakang jejaka itu. Siapa pula ni?

Disebabkan badannya dihalang sepenuhnya oleh Carl buatkan aku tak cam siapa di sebalik tubuh tegap itu.

Aku pandang Carl. Dia hanya diam sehinggalah dia mengalihkan tubuhnya ke sisi. Terbuntang mata aku apabila melihat siapa sebenarnya yang berdiri di belakang jejaka itu.

"Dhia?!" jeritku tak percaya. Terus tubuh kecilnya aku rangkul, melepaskan rindu yang ditanggung selama ini. Ya Allah rindunya budak kecil sorang ni. Dah berbulan-bulan tak jumpa dia.

"Sara, lamanya tak jumpa. Aku rindu kau" Dhia juga tak kurangnya. Peluk aku macam tak ada hari esok. Erick dan Carl masing-masing dah kalih muka ke arah lain. Malu mungkin dengan aksi kurang siuman kami.

Mana taknya, dahlah menjerit kuat lepastu peluk sambil lompat-lompat. Mungkin ini kali pertama dan terkahir diorang bagi kitorang jumpa lagi.

"Macam mana kau boleh ada dekat sini?" soalku sedikit hairan. Sama macam Noah, aku pelik dengan kemunculan mereka di sini. Sebab apa yang aku tahu chalet ini memang seratus peratus ditempah hanya untuk pekerja EKL.

Takkan Nils tipu aku?

Dhia menoleh ke arah Carl. Sama juga aku. Jadi kemunculan Dhia di sini ada kena mengena dengan Carl?

"Ouh panjang cerita dia, yang penting aku dapat jumpa kau" ujar Dhia. Aku mengangguk setuju.

Biarlah, yang penting malam ni bolehlah aku bonding dengan Dhia!

"Dah, kau tak makan lagi kan. Pergi ambil makanan sana. And you dolcezza, this is the last time i let you eat this type of foods. Lepas ni no more dessert" tegas Carl memberi arahan. Aku mencebik. Eleh, kembar Nils ni. Lepuk nanti.

"Biarlah dia nak makan kau ni. It's okay my girl, aku back up kau" Erick tepuk dadanya dua kali sebelum menunjukkan thumbs up ke arahku.

Aku tersenyum. Ni yang makin suka ni!

"Seriously Arisha, stop buat perangai tak senonoh kau. Kalau isteri aku nampak apa kau buat ni kau ingat dia tak fikir bukan-bukan?" Nils sedaya upaya cuba untuk mengelak daripada sentuhan gadis itu.

Namun makin dia mengelak makin galak Arisha menyentuhnya.

"You ni jaga sangat hati isteri you. You ingat dia tu jaga ke perasaan you sebagai seorang suami. Tengoklah sekarang, mana dia? Sanggup biarkan suami sendiri tapi dia sibuk dengan jantan lain"

Kata-kata Arisha mengundang kemarahan Nils. Terus tanpa belas kasihan, dicengkam rahang gadis itu sehingga Arisha menjerit menahan sakit.

"Argh!"

"Kau jangan buat aku hilang sabar. Aku tak pernah naik tangan dekat perempuan. Jangan sampai kau orang pertama yang aku tunjuk baran aku"

Dahi Arisha mula berkerut menahan sakit. Tangannya sedaya upaya menolak tangan Nils yang berada di rahangnya.

"Sakitlah Nils lepaskan I" rayu Arisha. Jujur rahang mukanya rasa nak tercabut.

"Sekali lagi kau cakap buruk pasal isteri aku memang kau perempuan pertama yang makan penampar aku" setelah itu terus Nils melepaskan tangannya daripada terus mencederakan Arisha.

Arisha mengusap rahang mukanya dengan perlahan. Mesti ada kesan lebam di situ.

Selepas itu Nils cuba untuk pergi daripada situ tetapi langkahnya terhalang apabila Arisha dengan sengaja menggengam tangannya.

Nils pusing menghadap Arisha bersama muka garang. Matanya turun sekilas ke arah tangannya yang berada dalam genggaman Arisha.

"Why you pilih dia sedangkan I lagi bagus daripada dia?" Arisha masih tak puas hati. Kenapa Nils tak pernah nampak dia selama ni? Daripada dulu sampailah sekarang. Dah macam-macam yang dia buat tapi lelaki ini tak pernah nampak keikhlasan dia.

"Apa kurangnya I, selama ni I kejar you tapi you tak pernah nak nampak I. I ingatkan bila I dah balik ni bolehlah I dapatkan you balik tapi you dah kahwin dengan orang lain"

"You buat I macam I tak ada perasaan. Bertahun I kejar you tapi orang lain yang dapat cinta you. You tak adil" luah Arisha. Dia pendam semuanya selama ini.

Dia nakkan Nils dan dia takkan menyerah. Walaupun terpaksa jadi yang kedua di sanggup asalkan Nils milik dia.

"Stop Arisha. Aku dah ada Sara dan cinta aku hanya untuk dia. Aku takkan pernah duakan dia. Sampai mati Sara hanya untuk aku. Move on. Cari yang lain. Aku bukan lelaki yang sempurna untuk kau" Nils dah penat. Setiap kali Arisha merayu tagih cinta dia setiap kali itu jugalah dia cakap benda yang sama. Arisha takkan pernah faham dan berhenti.

"Tapi I--"

"Stop Arisha, aku nak kau berhenti. Aku penat. Jangan buat aku betul-betul bencikan kau" Nils berpusing ke arah lain. Tapi kelakuannya terhenti apabila matanya menangkap sesuatu.

Arisha juga turut pandang ke arah mata jejaka itu.

Terkejut mereka apabila melihat aku yang sedang berdiri tidak jauh daripada mereka. Mataku turun pula ke arah tangan Nils yang berada di dalam genggaman Arisha.

"Sayang-" aku dapat dengar suaranya memanggilku.

Aku menggeleng. Aku tak sanggup.

Will be continued...

maaf sebab dah lama tak update sebab sangat busy, update kali ini pun agak hambar ye. By the way thanks sebab support. Inshaallah next chapter saya akan update secepat mungkin.

Continue Reading

You'll Also Like

1.2M 58.9K 131
Segalanya adalah sebuah kebetulan.Takdir mereka telah pun bermula dengan pertemuan pertama tanpa sengaja antara mereka. Sejak pertemuan tragis itu...
52.3K 3.3K 14
Nasib aku dapat Husband macam tu T^T prangai dia ya ampun...manja namatey... Before tu Seya mau pisan something! Cerita saiya yini tidak ada babak se...
1.6K 350 12
/complete/ Seorang gadis yang sangat misteri dan pelik telah menarik perhatian seorang budak lelaki yang nakal dan tidak suka belajar. Walaupun selal...
118K 4.2K 40
By: yanaablossom Take note! -Imaginasi semata-mata -asli dari otak saya -jangan lah tiru,karya saya mana lah hebat mana sampai orang nak tiru -baca j...