𝐇𝐞𝐥𝐥𝐨 𝐌𝐞𝐢𝐧 𝐀𝐧𝐠𝐞�...

By rzealyssa

1.2M 55K 3.3K

𝐂𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞𝐝 | 𝐇𝐌 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟏 "Kalau ini yang boleh bahagiakan ibu, Sara sanggup" - Sara L... More

- PLEASE READ THIS FIRST! -
His Seele | 1
His Seele | 2
His Seele | 3
His Seele | 4
His Seele | 5
His Seele | 6
His Seele | 7
His Seele | 8
His Seele | 9
His Seele | 10
His Seele | 11
His Seele | 12
His Seele | 13
His Seele | 14
His Seele | 15
His Seele | 16
His Seele | 17
His Seele | 18
His Seele | 19
His Seele | 20
His Seele | 21
His Seele | 22
His Seele | 23
His Seele | 24
His Seele | 25
His Seele | 26
His Seele | 27
His Seele | 28
His Seele | 29
His Seele | 30
His Seele | 31
His Seele | 32
His Seele | 33
His Seele | 34
His Seele | 35
His Seele | 36
His Seele | 37
His Seele | 39
His Seele | 40
His Seele | 41
His Seele | 42
His Seele | 43
His Seele | 44
His Seele | 45
His Seele | 46
His Seele | 47
His Seele | 48
His Seele | 49
His Seele | 50
His Seele | 51
His Seele | 52
His Seele | 53
His Seele | 54
His Seele | 55
His Seele | 56
His Seele | 57
His Seele | 58
His Seele | 59
His Seele | 60
His Seele | 61
His Seele | 62
His Seele | 63
His Seele | 64
His Seele | 65
His Seele | 66
His Seele | 67
His Seele | 68
His Seele | 69
His Seele | 70
Special Chapter | 01
Special Chapter | 02
Special Chapter | 03
Special Chapter | 04
Special Chapter | 05

His Seele | 38

13K 596 30
By rzealyssa

"Arisha"

Suara Nick menyebut perlahan nama gadis itu namun telingaku cekap menangkapnya. Riak wajah Nick juga turut berubah.

Tak kurang juga Nils. Dia hanya merenung kosong ke arah gadis itu. Dan tatapannya. Tatapan yang sentiasa menjadi kegerunan semua manusia di EKL.

Aku dan Nick sama-sama berdiri di tepi sofa. Wajah tenang gadis itu dipandang bersama otak yang sarat dengan tanda tanya. Ketika itu baru aku dapat menangkap sesuatu.

Inilah gadis yang datang ke EKL beberapa hari lepas. Patutlah aku rasa muka dia macam familiar.

"Apa kau buat dekat sini?" suara garau Nils kedengaran agak tegas. Dia terus berjalan merapati aku kemudian tangannya naik memeluk pinggangku erat. Aku agak terkejut namun aku hanya kekalkan riak biasa.

"So nilah wife you? Wait, you bukan ke secretary Nils? Wow, i didn't expect yang Nils pilih secretary dia untuk dijadikan isteri. Low class" ayatnya yang terakhir buatkan aku berkerut dahi.

The heck, mata turun menilik tubuhku sendiri. Teruk sangat ke aku ni?

"Jangan sibuk pasal wife aku. Kau tu buat apa datang sini? Siapa bagi kebenaran kau masuk?"

Arisha hanya menayangkan senyuman sengetnya. Dia berjalan ke arah kami dan tanpa dijemput, terus dia melabuhkan duduk di atas salah satu sofa di ruang tamu itu.

Mulutku agak melopong. Selambanya dia. Dahlah datang tak diundang lepastu buat macam rumah sendiri. Patutlah Nils dengan Nick macam tak suka je dengan dia.

"Ewah-ewah nenek lampir ni. Kau ingat rumah aku ni hotel ke kau main masuk je. Sial betul perangai" segala carutan serta makian dah keluar daripada mulut Nick namun Arisha langsung tak kisah dengannya.

Dia masih tenang sambil bibir mengukirkan senyuman manis. Dan selepas itu dia ketawa sopan.

Mataku terkebil-kebil memandang ke arahnya. Aku je ke yang tak dapat tangkap celah mana lawaknya. Hambar betul.

"Nick, how dare you said that to me. You should welcome me with an open heart" Arisha cuba untuk berlembut dengan Nick namun dia silap. Nick Edward Kim bukanlah lelaki yang mudah melayan wanita.

"Kau diamlah sial. Eh mana Erick dengan Hanz. Kau sabar kejap aku panggil diorang. Selagi aku tak turun kau jangan balik" Nick mula melangkah ke tingkat atas. Nampaknya, trio bebal EKL bakal bergabung. Macam drama ye anak-anak.

Mata Nils jatuh kepada wajah selamba gadis itu. Tanpa aku duga, tiba-tiba dia menarik aku ke arah sofa. Kami sama-sama duduk berhadapan dengan Arisha.

Aku perasan mata gadis itu jatuh pada tangan Nils yang masih memeluk pinggangku daripada tepi. Sengaja tangan jejaka itu mengelus lembut di situ. Kening gadis itu terangkat sebelah sebelum dia berdehem.

"So, dah berapa lama you all kahwin? Macam mana hidup dengan Nils? Bahagia?" soalan yang buatkan aku serta-merta menarik muka. Dada mula rasa sesuatu yang kurang enak.

Kenapa dia kena tanya macam tu? Kelakuan kami nampak macam tak bahagia ke? Rahang Nils sudah jelas terbentuk. Lelaki itu benar-benar terasa dengan soalan yang dilontarkan oleh gadis itu.

"Kau nampak macam kami tak bahagia ke?" soalan dibalas dengan soalan. Aku dapat rasakan ketegangan di antara mereka. Mesti ada sesuatu yang pernah terjadi antara mereka dulu membuatkan Nils betul-betul bencikan Arisha.

Arisha menggeleng. Tangannya naik menyentuh puncak hidungnya.

"Tak, i tak cakap macam tu cuma ye lah. Good beginnings often do not end well" disebalik kata-katanya terselit satu teka-teki. Aku panggung kepala ke arah Nils di sebelah. Dia juga turut memandang ke arahku.

"Aku akan cuba sehabis mungkin untuk jaga rumah tangga aku daripada orang yang ada niat jahat contohnya kau" tegas Nils memberi amaran.

Sekali lagi aku terdengar suara gadis itu tertawa kecil. Bunyi mengada.

"Yeah, i percaya you akan pertahankan rumah tangga but wife you dia akan buat benda yang sama ke? Maybe-- you know. The person you looking for"

Badanku terus mengejung apabila Arisha tiba-tiba berkata sebegitu. Dia fikir yang aku takkan pertahankan rumah tangga aku ke? Eh hello, aku dulu kena kahwin paksa tau takkanlah aku nak sia-siakan hidup aku. Lagi satu, kenapa pula Nils nak kena cari aku bagai sedangkan selama ni aku dekat depan mata dia je.

Perempuan ni ada masalah mental eh?

Nils mula menganggam tangannya menjadi penumbuk. Matanya tajam menikam Arisha di hadapan kami.

"Kau jangan nak burukkan isteri aku. Aku yakin yang dia akan buat benda yang sama. You should wake up Arisha. Ini bukannya dunia fantasi kau, sudah-sudahlah buat benda bodoh dalam dunia ni" suara Nils betul-betul fedup dengan perangai gadis ini.

Arisha berdecit perlahan. Setelah itu, dia terus berdiri daripada duduknya. Wajahnya memandang kami bersama senyuman.

"Nils-- Nils. Sedihnya hidup you ni. Dikelilingi dengan orang yang plastik" di akhir katanya, aku nampak yang dia menjeling ke arahku sekilas. Menyatakan bahawa perkataan akhir itu ditujukan khas untuk aku.

Aku pula masih mampu mengawal riak muka. Walaupun dalam hati rasa macam nak meletup tapi aku kena sabar. Jangan dijirus minyak ke dalam api yang sedang membara. Sudahnya, aku hanya hadiahkan senyuman nipis ke arah dia.

"Jangan risau, awak tak perlu kisah pasal kami. Lagipun, perempuan yang ada maruah takkan sibuk dengan hal rumah tangga orang. Cuba jadi matang" walaupun nada suara yang aku gunakan ini tersangatlah lembut tapi itu cukup buatkan wajah Arisha berubah kelat.

"Okay fine, enjoy your life sementara ada masa. I told you, you akan menyesal suatu hari nanti"

Gadis itu mula membuka langkah keluar. Belakang tubuhnya aku pandang bersama gelengan kecil. Tak malu betul, dahlah datang rumah orang lepastu nak bagi warning bagai.

Aku menghela nafas lemah. Aku toleh ke arah Nils di sebelah. Jejaka itu hanya menunduk sambil tangannya dibentuk penumbuk.

Aku mula rasa tak sedap hati. Lantas, aku memegang bahunya. Lelaki itu mengangkat muka. Pandangan kami bersabung. Hanya merenung antara satu sama lain tanpa bersuara.

"Ab-abang okay tak? Ada benda yang ganggu fikiran abang ke?" penuh peihatin aku menyoal. Bahunya aku elus lembut.

Nils menggeleng. "Aku okay cuma penat. Penat nak layan drama manusia" luahnya sedikit lemah. Aku pandang wajah sugul lelaki itu bersama pandangan simpati.

Kesian betul dengan laki aku ni, hidup sentiasa menjadi ancaman musuh. Tapi kali ini lain pula, dah jadi ancaman wanita.

"It's okay abang. Abang ada Sara" aku genggam tangannya yang berada di peha. Senyuman kecil aku kulumkan ke arahnya. Melihat aku senyum manis sebegitu, Nils juga ikut tersenyum sama. Tangannya naik mengusap kepala aku lembut.

"That's why i love you sayang. Terlalu cintakan kau"

Dengar saja luahannya, buatkan wajah terus bertukar warna. Aksi malu-malu kucing.

"Mana betina sial tu hah? Jangan sampai aku tonyoh bibir dia dengan cat nippon paint!" suara lantang Hanz tiba-tiba mencelah antara kami. Aku dan Nils toleh ke arahnya.

Hanz, Erick dan Nick lintang pukang berlari ke bawah. Masing-masing dengan muka garang mereka. Sampai saja di ruang tamu, mata mereka melilau sekeliling.

"Mana si nippon paint tu? Dah mati?" Erick memandang kami. Dan waktu itu aku baru tersedar dengan keadaannya, pantas kepala aku kalih ke arah lain.

"Woi syaitan, mana baju kau? Kau ingat seksi ke tayang perut buncit kau tu?" marah Nils. Cepat-cepat tangannya naik menarik kepalaku rapat ke dadanya. Tak bagi aku tengok badan Erick yang shirtless tu.

"Hello babun, body aku ni lawa tau. Suka hati je cakap aku buncit. Kau tak nampak ada enam roti dekat perut aku ni? Buta?" Erick menunjukkan perutnya ke arah Nils.

Lelaki itu menepuk dahinya kuat.

"Ada bini aku sial!"

Erick menoleh ke arahku yang masih berada di dalam pelukan Nils. Dia tersengih sambil menggaru kepala.

"Sorry my girl, aku tak perasan ada kau. Tapi okay jugakan, bukan senang aku nak belanja badan aku dekat orang lain. Kiranya kau beruntunglah" ujar Erick bangga. Tangannya diseluk ke dalam kocek seluar.

Dan waktu itu, tiba-tiba ada satu objek lembut bertemu dengan mukanya. Walaupun ianya lembut tapi kelajuan balingannya mampu membuatkan kepala Erick terdongak ke belakang.

Dia tahu itu angkara Nils. Siapa lagi yang nak sakit hati kalau ada orang cuba nak ngorat bini dia.

"Bini aku boleh tengok body aku je bukan body orang lain" marah Nils lagi.

Erick tarik muncung. "Apa-apa je lah. Ni, perempuan sundal tu dah blah eh. Heh, takutlah tu. Kalau aku ada tadi dah lama aku jerut tengkuk dia dengan tudung yang dia pakai. Kurang-kurangnya, masih menutup aurat kalau mati tadi"

Dahiku terus berkerut mendengar kata-kata Erick. Sampai macam tu sekali lelaki ni berfikir. Tak logik.

"Buat penat je aku lari tadi. Dahlah bahu aku sakit. Nick, kau tolong papah aku naik atas. Aku nak tidurlah" pinta Hanz mengada. Baru sahaja tangannya hendak diletakkan pada tengkuk Nick, lelaki itu terlebih dahulu menjauhkan dirinya.

"Kau kena tembak dekat bahu bukan kaki bodoh. Kau fikir aku tak kena tembak juga. Argh takde, jalan sendiri. Aku bukan babu kau" tangan Nick terus menolak kepala Hanz sebelum dengan pantas dia melangkah keluar.

"Rick, tolong I please" Hanz tarik muncung. Tangannya disuakan ke arah Erick yang sedang merenungnya bersama kerutan di dahi.

"Argh takde, kau bukannya teruk pun. Lagi satu, aku tak pegang najis mughallazah. Penat nak kena samak nanti" seusai berkata begitu, Erick terus berjalan meninggalkan lelaki itu yang tercengang-cengang di tempatnya.

Aku dan Nils sama-sama menyimpan tawa. Hanz toleh ke arah kami pula.

"Mughallazah tu binatang apa? Kenapa aku tak tahu ada binatang nama mughallazah? Islamik betul"

Dan serentak itu, tawa Nils pecah. Aku juga ikut ketawa sama. Hanz ni tak pernah belajar agama ke?

Melihat kami yang masih ketawa mengekek itu, Hanz terus garu kepala.

"Salah ke aku cakap?"

Keadaan kembali seperti biasa. Nils juga dah masuk kerja macam biasa. Dan tak lupa juga empat orang tu. Padahal kena tembak je pun tapi perangai masing-masing mengada macam esok nak mati.

Dan akulah yang terpaksa layan kerenah diorang selama diorang bercuti. Masak untuk diorang, ikut je apa yang diorang nak. Senang cerita aku jadi babysitter tak berbayar untuk empat orang baby besar tu.

Dan aku juga sangat memerlukan kesabaran yang sangat tinggi. Pernah juga sekali aku hampir meletup bila aku tengok dapur tiba-tiba dah bertukar jadi warna putih.

Rupanya bebal tiga ekor tu main tepung. Habis berdebu satu rumah. Aku tak fahamlah, umur diorang masing-masing dah 20 lebih tapi perangai macam budak empat tahun.

"Dolcezza, nanti passkan aku file yang aku suruh buat haritu. Lunch nanti ikut aku, Nils ada hal so dia tak boleh nak lunch dengan kau"

Aku panggung kepala ke arah Carl. Kening terangkat sebelah.

"Macam mana awak tahu?"

"Pagi tadi dia bagitahu aku. Dia takut kau tunggu dia nanti" balasnya tenang. Aku hanya pandang wajah Carl bersama perasaan kurang senang.

Kenapa Nils sendiri tak bagitahu aku? Nasiblah aku ni jenis tak kisah sangat sebab aku faham dia mesti banyak kerja. Akhirnya aku hanya mengangguk sekali ke arahnya. Malas nak tanya lebih-lebih.

Selepas Carl pergi terus aku menyambung kerja aku semula. Dan satu hari ni aku tak fokus disebabkan Nils.

Aku ingat Carl akan bawa aku lunch di hotel dia tapi tak sangka pula dia akan bawa ke restoran mewah lain. Sangat cantik dan tenang. Tak ramai orang tu yang paling best tu. Barulah feeling nak makan.

Setelah masing-masing membuat pesanan kami lebih selesa untuk diam. Carl tenang bermain dengan telefonnya manakala aku pula tenung telefon macam nak tembus.

Mesej yang dihantar kepada Nils 15 minit lepas masih belum dibalas olehnya. Bukan setakat nak balas, seen pun tak. Busy sangat ke lelaki tu sampai nak tengok phone pun tak sempat?

Sebelum aku keluar tadi beria suruh aku update setiap lima minit tapi ni dah lebih 15 minit dah aku spam chat dekat dia.

Malas nak ambil kisah terus aku tutup telefon. Aku pandang ke arah Carl yang masih menunduk itu.

"Erm Carl, awak tahu tak kerja apa yang Nils buat sampai tak boleh nak keluar lunch dengan saya?" Carl mengangkat mukanya memandang ke arahku. Aku lihat anak matanya bagaikan mengelak untuk menentang denganku.

Aku berkerut dahi. Kenapa semua orang pelik harini?

Carl berdehem sekejap sebelum membetulkan kotnya. Dia angkat sebelah bahu.

"Mungkin projek baru masuk. Aku pun tak dapat apa-apa update lagi daripada dia" balas Carl mudah. Aku pula yang rasa sangsi dengan dia.

"Saya rasa macam pelik. Tiba-tiba je dia tak jadi nak keluar lunch dengan saya. Dahlah tak bagitahu awal-awal" aku mengetuk-ngetuk screen telefon dengan perlahan. Kepala ditompang dengan tangan kanan.

"Jangan fikir sangat dolcezza. Percayakan dia itu je. He's your husband and you should put your trust on him. He need you and ofcourse he willing to do anything just for you dolcezza" Carl cuba untuk memberi kata-kata semangat kepadaku.

Bersungguh-sungguh dia membela Nils. Nampak tak yang dua orang ni dah macam adik beradik. Carl terlalu faham dengan keadaan lelaki itu. Mungkin disebabkan mereka dah kenal lama jadi Carl lebih tahu lelaki itu macam mana.

Kenapa aku kena overthinking sekarang ni? Boleh tak lepak dulu, jangan terlalu ikut perasaan.

Sudahnya aku hanya mengangguk. Percayakan Carl. Aku tahu dia takkan sakitkan hati aku.

Tak lama selepas itu, makanan yang kami pesan tadi selamat tiba. Bau saja aroma makanan itu terus perut menghasilkan rentak abnormal.

Tangan dah sedia mencapai sudu dan garfu, baru mulut nak dibuka besar tiba-tiba mataku menangkap satu kelibat yang aku kenal. Seorang lelaki dan perempuan yang baru masuk ke dalam restoran ini.

Dan yang paling mengejutkan adalah kedua-duanya aku kenal. Terus hilang selera makan yang memuncak tadi.

Carl pandang aku dengan kerutan, dia tak bertanya malah dia juga memandang ke arah pandanganku. Terkejut.

Dan sekarang aku faham kenapa Nils taknak keluar lunch dengan aku.

Aku hempas beg tangan di atas meja dengan kasar. Walupun bunyinya kuat tapi masih tidak menganggu pekerja lain yang sedang membuat kerja.

Bila teringat kejadian dekat restoran tadi terus hilang mood aku untuk satu harini. Carl pun satu, cakap je lah terus terang yang Nils tu sebenarnya keluar lunch dengan Arisha, tak payah nak bagi ayat pujangga sangat.

Aku henyak kasar punggungku di atas kerusi. Mata dipejam rapat. Dada yang sarat dengan kemarahan tadi cuba untuk dikawal. Aku taknak orang fikir yang aku tengah ada masalah sekarang. Lagipun sekarang ni tengah waktu kerja, better aku tenangkan diri dulu.

"Pumpkin, are you okay? Why muka nampak serabut sangat ni?" Nick yang kebetulan lalu di hadapan mejaku mula menegur.

Aku celik mata. Terus badan ditegakkan. Kepala mengangguk perlahan. Menunjukkan yang aku okay.

"Tak ada apa-apa, cuma penat sikit" balasku bersama senyuman nipis.

Dahi Nick seakan berkerut. Dia tilik mukaku dengan penuh minat.

"Kau ada ternampak benda yang tak sepatutnya ke?" bagaikan tahu apa yang bermain di fikiranku, lantas aku pandang Nick bersama kerutan. Jangan cakap dia pun tahu.

Nick mengangguk. Mungkin dapat baca air mukaku yang jelas menayangkan riak kurang senang.

"Jangan fikir bukan-bukan, abang bukan lelaki macam tu" walaupun ringkas ayatnya tapi ia memberi seribu satu makna disebaliknya.

Melihat wajah tenang Nick buatkan aku rasa lega sikit. Aku menggeleng

"Bukanlah, saya okay je. Macam yang saya cakap tadi, saya penat" masih berdalih. Nampak tak yang aku ni sebenarnya mengada je. Masih nak nampak kuat walaupun hakikatnya lembik macam jeli.

Sepanjang perkahwinan kami dan kali ini, untuk pertama kalinya aku wujudkan perang dunia pertama dengan suamiku sendiri. Mula-mula masa dia suruh aku buatkan dia kopi tapi aku suruh Nadia yang buatkan. Bergegar jugalah bilik tu lepas dengar suara singa lapar dia.

Lepastu masa balik tadi, aku buat perangai yang aku nak ikut Erick balik. Entahlah, aku betul-betul tak ingin nak tengok muka dia untuk satu hari ni. Bila teringat balik kejadian di restoran tadi terus rasa marah aku meluap.

Aku duduk di hadapan cermin sambil tangan menyapu losyen di atas permukaan kulit. Seperti biasa, aku memang hanya mengenakan dress satin labuh tanpa lengan setiap malam.

Bukan misi untuk goda laki aku ye tapi ini memang tabiat aku sejak duduk Russia dulu. Dan dah terbiasa sampailah ke hari ini. Rambut disanggul dengan gaya messy bun. Setelah selesai, aku terus berjalan ke arah katil.

Badan dibaringkan mengiring menghadap ke kanan. Aku taknak tidur menghadap Nils. Risau aku terajang dia je nanti kalau nampak muka dia.

Nils masih belum balik lagi. Lepas aku buat perangai budak-budak aku tadi sampai sekarang muka dia tak nampak-nampak.

Tangan mencapai telefon di meja sebelah. Tiada notifikasi ataupun missed call daripadanya. Aku fedup. Tangan meletakkan semula handphone di atas meja. Baru saja mata mahu dilelapkan, tiba-tiba bunyi notifikasi membantutkan niatku.

Pantas tangan terus mencapai alat canggih itu. Mungkin mesej daripada Nils, nak bagitahu yang dia balik lambat.

Tapi lain yang aku harapkan lain pula yang muncul. Nombor seseorang yang tidak aku kenali muncul di status notifikasi. Tiba-tiba aku di hurung rasa kurang enak. Lantas tanpa menunggu, aku menekan mesej itu.

Berkerut dahi apabila melihat ada satu video yang dihantar olehnya. Dalam keadaan tertanya-tanya, aku menekan video itu lambat-lambat.

Terbuntang mataku melihat rakaman yang dimabil itu. Terus badan mengubah posisi baring kepada duduk. Dada terus berentak tak seirama.

Tangan mula menggeletar. Oh, patutlah tak kisah bila aku buat drama tadi rupanya nak jumpa dengan perempuan ni. Hari ni saja dah dua kali dia jumpa dengan perempuan tu.

Aku mula buat spekulasi sendiri. Dan sudah tentunya spekulasi buruk terhadap suamiku sendiri. Dan sekarang aku betul-betul mogok taknak layan dia.

Mata perlahan-lahan cuba dibuka. Tangan naik menggosok mata namun aku rasa sesuatu yang pelik di bahagian pinggangku. Terasa berat.

Dan juga aku terasa nafas seseorang betul-betul di belakang tengkukku. Kalau dulu memang aku tersenyum macam orang gila tapi sekarang aku rasa macam nak jadi hulk.

Lagi-lagi bila teringat peristiwa semalam. Lantas tangannya yang memeluk pinggangku dirungkaikan. Namun, semakin kuat aku cuba nak tolak tangan dia makin kemas dia memeluk pinggangku.

Smapailah aku betul-betul fedup. Aku mengangkat kepala sedikit untuk melihat di belakang. Aku tahu dia dah sedar.

"Abang, boleh tak lepaskan Sara. Sara nak mandilah. Nanti lambat pergi kerja" gumamku perlahan. Nils buat tak endah. Badannya bergerak sedikit. Tapi dia sambung tidur semula.

"Just give me a minute. I miss you" gumamnya bersama suara serak-serak basahnya. Dan tanpa aku duga, dia menghadiahkan ciuman paginya di belakang bahuku. Badanku mengeras.

Haih, pagi-pagi pun nak goda orang ke. Tergodalah juga, sikit. Tapi aku tak boleh cepat sangat cair. Kena bina tembok setinggi-tingginya.

Dan dengan kuat, aku terus menolak badannya menjauhiku sehingga terlepas pelukannya di pinggang.

Nils terbaring menelentang. Aku pandang dia sekilas sebelum menghadiahkannya jelingan maut. Mata lelaki itu masih tertutup, dadanya pula berombak tenang. Dan dengan pantas aku terus berlalu masuk ke dalam bilik mandi.

Biarlah bapak jin tu, aku malas nak layan.

"Morning princess" sapa Hanz sebaik sahaja dia nampak kelibat aku di meja makan. Aku hanya tersenyum manis ke arahnya.

"Hai my prince" ingat dia je boleh nak bagi nickname dekat aku. Ni nasib Nils takde kalau tak mahu dia pula yang merajuk dengan aku.

"Wow, i got a new nickname from my princess. Duduklah princess" Hanz tolong menarik kerusi untuk aku. Aku senyum manis ke arahnya dahulu sebelum duduk di atas kerusi.

"Siapa masak?" hidangan yang terhidang di atas meja itu aku perhati satu persatu. Bihun goreng, telur mata kerbau, roti bakar. Wow, takkanlah Hanz yang masak semua ni.

"Aku bukan nak bangga tapi tulah, kalau aku masak lagi sedap. Itu ha, mamat gay tu masak" jari Hanz ditala ke arah dapur. Kebetulan pula, ternampak kelibat Carl yang berjalan ke arah kami.

Mulutku ternganga. Seriously Carl yang masak?! Wow, hebat betul.

"Awak yang masak Carl? Semua ni?" masih tak percaya. Tengok gaya dia jenis yang hadap laptop 24 jam.

"Just to let you know, cooking is one of my specialties" kotak susu yang dibawa bersamanya tadi diletakkan ke atas meja.

Mulutku sedikit ternganga. Wow, memang semua orang ada kepakaran mereka masing-masing eh?

Dan ketika itu, ternampak kelibat Nick dan Erick sedang menuruni anak tangga. Masing-masing hanya berbaju t-shirt hitam bersama seluar pendek separas lutut. Mulut pula bukan main ternganga besar.

"Hello everything, semoga ceria-ceria selalu" tegur Nick.

"Wow ada bihun goreng. Siapa masak? Sara?" Erick pandang ke arahku. Aku menggeleng. Mata naik pula menoleh ke arah Carl di sebelah.

"Oh, jantan ni masak pun okay juga. Dah tepi aku nak melahap" Erick terus berjalan laju ke arah meja makan. Hanz yang baru saja mahu mendaratkan punggungnya di atas kerusi terus ditolak kuat oleh Erick. Hampir saja jejaka itu mahu terjatuh ke atas lantai.

"Dasar anak khinzir" rungut Hanz perlahan. Sebenarnya dia malas nak bergaduh je pagi tu. Tengah simpan mood bekerja. Kalau pagi-pagi dah moody habis semua orang dimarahnya nanti.

"Mana Nils Sara? Tak turun lagi ke?" suapanku terus terhenti tatkala Nick tiba-tiba menyoal tentang keberadaan abangnya. Aku cuma angkat bahu. Malas nak ambil tahu.

Nick memandang tiga orang lelaki itu bersama kening yang diangkat sekali. Tapi mereka hanya membalas dengan gelengan.

Sedang sakan kami menjamu selera tiba-tiba manusia yang ditunggu-tunggu akhirnya mula munculkan diri. Dah siap dengan baju kerja sekali.

"Wow, awal betul kau nak pergi office" tegur Hanz. Tak silap dia tadi, jam baru pukul 8.00. Ada lagi sejam sebelum office hour. Ni kelam kabut ni nak kemana.

"Saja siap awal, aku ingatkan ada orang tu yang tolong siapkan aku harini tapi tulah. Bangun-bangun je dia tak ada dekat sebelah" bagaikan tahu dia tengah bercerita tentang aku, lantas semua kepala berpusing menghadap aku.

Aku masih tenang, tangan hanya menyuap bihun ke dalam mulut. Langsung tak terkesan dengan keadaan janggal ini.

Nils mengambil tempat disebelah aku.

"Sayang, tolong isikan bihun untuk aku" pintanya lembut. Aku hanya menurut. Walaupun aku masih marahkan dia tapi tanggungjawab aku sebagai isteri tetap harus dijalankan. Pinggan berisi bihun itu aku tolak ke arahnya.

Wajahnya langsung aku tak pandang. Hanya menunduk saja. Kelima-lima lelaki itu memandang aku pelik.

"Erm Carl, boleh tolong tuangkan air untuk saya?" pintaku ke arahnya. Saja aku meminta Carl berbuat begitu walaupun aku tahu kedudukan air lebih dekat dengan Nils.

"Tak apa, aku tuangkan untuk kau" kata Nils. Aku cepat-cepat menggeleng.

"Tolong Carl" pintaku lagi. Masing-masing mula terkebil-kebil. Carl juga teragak-agak mahu menuang air untuk aku.

Dari hujung mataku, aku dapat lihat wajah Nils berubah tegang. Jelas ada urat yang berselirat timbul di lehernya. Dan aku tahu, Nils tengah tahan marah.

"Teste nicht meine Geduld (Don't test my patience)" aku dengar mulutnya mengumam perlahan bahasa asing itu. Dia antara dua, tak ayat romantik mesti tengah tahan marah. Dalam keadaan kami sekarang ni aku tak rasa yang dia tengah susun ayat pujangga dalam otak. Maksudnya, aku betul-betul dah melampaui batas.

WIll be continued...

hambar? Saya tahu

Continue Reading

You'll Also Like

3.5M 257K 59
Siapa sangka gadis kecil yang bernama Arya Amanda telah menarik perhatian si jejaka mafia Aidan Lutfi namun dibalik muka yang cantik lagikan comel i...
120K 4.2K 40
By: yanaablossom Take note! -Imaginasi semata-mata -asli dari otak saya -jangan lah tiru,karya saya mana lah hebat mana sampai orang nak tiru -baca j...
4.8M 196K 46
"I hate you!" - Aisya Zahra "But I love you." - Airil Iskandar Seorang wanita yang kena tangkap basah dengan anak bossnya sendiri? Dia, lelaki mafi...
1.2M 59.6K 132
Segalanya adalah sebuah kebetulan.Takdir mereka telah pun bermula dengan pertemuan pertama tanpa sengaja antara mereka. Sejak pertemuan tragis itu...