HEARNE CYRENE

By sixthmel

2K 531 368

🌹 gorgeous cover by @imEdzza 🌹 - MY FIRST STORY - Luka. Harus kau tahu parut itu kekal abadi. Sakit. Diting... More

Meaning Of The Title
PROLOGUE
1 | Qayish
2 | Dayyin
3 | Charity
4 | New?
5 | Real Torture
6 | Ivanna
7 | Go Back...
8 | Troublemaker
9 | Frustrate
10 | Skip
11 | A Gift
12 | Permission
13 | Illogical
14 | Moral of Story
15 | Met
16 | First Evening
17 | Bad Sign
18 | Bottles
19 | Clueless?
20 | No
21 | Broke
22 | Fate
23 | Her
24 | Weird
25 | Settle
26 | Attend
27 | He is...
28 | Why?
29 | That Day
30 | Prove
31 | Harsh
33 | Sorry
34 | Run
35 | Reality
36 | Home!
37 | New
38 | Forced
39 | Missing
40 | Miss
41 | Wrote
42 | Last
43 | Past

32 | Witcher

24 5 16
By sixthmel

Adriel berdiri elok di tengah laluan orang ramai sambil kedua tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar. Mata helangnya tepat melihat pada seorang gadis kecil yang berdiri kaku di hadapan pintu masuk cafe yang sedia ada di airport itu.

"Apesal lah kau tinggalkan adik kau ni sorang-sorang ni kat sini Qayish? Mana kau?" soalnya sendirian. Dia hanya merenung susuk kecil itu dari tempat di mana dia berdiri.

Tidak lama selepas itu Laura kelihatan masuk semula ke dalam cafe itu. Adriel yang dari jauh itu mula melangkah kaki untuk ke destinasi yang sama.

Di hujung cafe, kelihatan Laura mengesat air matanya berkali-kali. Tanpa berfikir banyak, dia terus pergi ke arahnya.

"Hodoh." komen Adriel seraya melihat wajah sembam Laura.

Laura mengangkat muka apabila satu suara terasa dekat dengannya. Sisa air mata dilap pantas. Melihat gerangan asing disebelah membuatkan dia kalut dengan keadaannya yang begini. Beg di ambil lalu dia bangun ingin beredar dari situ.

"Tunggu." tangan kecil Laura dipagut kemas.

Laura yang terkejut itu pantas merentap kasar pegangan lelaki kacukan itu. Namun hanya sia-sia.

"Apa pegang-pegang ni?!"

"Rileks boleh tak? Aku tak nak berkasar dengan kau. Dan tak akan pernah terdetik nak kasar dengan kau. Jadi tolong rileks. Tarik nafas slow-slow." katanya mendatar.

Laura hanya memandang pergelangan tangannya yang dipegang Adriel. Mana mungkin mat saleh fasih berbahasa Melayu. Melihat Adriel seperti bukan warga negara di sini dan berganda tinggi dengannya membuatkan dia tidak tahu mahu memberontak bagaimana lagi.

Jerit?

"Sebelum kau jerit, kenalkan aku Adriel Micah." pergelangan tangannya dilepaskan. Tangan kanan Adriel pula dihulur pada Laura.

"Takpa. Aku tahu kau tak teringin pun nak sentuh aku." tangannya diturunkan kemudian kedua tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar semula.

Tidak mengambil masa yang lama untuk berdiri lagi dia di situ, Laura terus melangkah laju ingin keluar. Pantas saja ditahan oleh Adriel.

"Kejap. Aku nak cakap dengan kau."

"Saya tak kenal awak." tegas dia berdalih. Entah siapa datang dari mana, tiba-tiba saja ingin berbicara dengannya?

"Tapi aku kenal kau." katanya selamba bersama muka yang tidak beriak, hanya memandang tepat ke dalam anak mata biru laut milik Laura yang mula berkaca.

"Tolonglah. Saya nak balik..." air matanya gugur di situ jua. Dia sudah tidak memikirkan Adriel di hadapannya kini.

"Jom." Adriel menarik tangannya lagi.

"Awak tak faham bahasa ke?! Saya penatlah. Tolong, lepaskan saya. Dan tolong, jangan ada benda pelik lagi datang dalam hidup saya. Saya dah penat..."

Adriel hanya melihat air mata itu turun bak sungai yang mengalir. Genggaman tangan masih tidak terlepas. Tangan kirinya dikeluarkan semula dari kocek.

"Aku nak hantar kau balik." ibu jarinya naik mengusap lembut pipi Laura. "Jangan nangis. Hodoh." pipinya ditampar lembut pula.

"Jangan sentuh saya." Adriel dipandang tajam.

"Aku dah kata, kau hodoh dengan air mata kau tu. Aku tak suka. Hodoh. Tahu tak hodoh. Buruk. Busuk." seloroh Adriel. Sungguh dia tidak suka keadaan Laura sebegini rupa.

"Lepas!" tangannya direntap sekuat hati buat sekian kalinya. Dia terus berlari keluar dari cafe.

Kali ini Adriel tidak menahan Laura. Sebaliknya hanya menghantar susuk tubuh itu pergi sehingga tenggelam bersama lautan manusia.

Kedua tangannya naik menyerabutkan kepala. Dia sudah tersilap langkah. Sepatutnya bukan ini apa yang patut dilakukan.

Aku dah cakap Qayish, jangan buat adik kau menangis lagi...

Laura sudah mengenali dirinya. Tetapi bukan dengan cara yang baik. Adakah gadis itu terlalu marah akan dirinya? Pasti selepas ini dia dianggap jahat dimata Laura.

Secara tidak sedar, kakinya sudah melangkah ke luar airport. Keretanya pula diparkir jauh dengan tempat dia berdiri. Terpaksalah dia balik dengan tangan kosong, tanpa Laura.

Joxan ni pun satu. Ada ke patut suruh dirinya bawa balik Laura buta-buta begitu saja?

Sedang asyik dia bermonolog sendiri, matanya tertancap benda aneh pada tayar belakang keretanya. Seperti ada satu tangan terkulai dibelakang tayar kereta sport kesayangannya itu.

Dengan berjaga-jaga, dia menghampiri keretanya.

"Laura!"

✵ ✵ ✵

         Joxan melipat tangan ke dada. Matanya fokus pada tubuh yang terlantar di atas katil sebelum dia turun mendapatkan Adriel yang bersandar santai pada sofa. Kini, hanya mereka  berdua berada di ruang tamu banglo ini. Karl terlebih dahulu sudah keluar, berurusan dengan anak buah mereka.

"How?" kata Adriel bersama herotan senyumannya.

Bangga dia dapat membawa pulang Laura.

Setelah dia amati siapakah gerangan yang terlantar dibelakang keretanya ketika di airport pantas dia membawa gadis itu masuk ke dalam kereta dan membawa pulang ke rumah ini.

"Dia tak sihat bodoh. Kau fikir kau menanglah?"

Setelah dia periksa keadaan Laura, gadis itu demam dengan keadaan badannya panas sehingga 36 darjah celsius. Semestinya dia bimbang.

"Kita rawat dia, kita jaga dia. Simple?"

"Kau cakap senang, Riel. Dia bukan anak patung. Memang kita boleh rawat dia tanpa doktor sampai sihat, tapi kalau kita jaga dia, mesti dia teringat-ingat family angkat dia. Kau ingat dia anak yatim macam kita ke? Dia ada family yang sayang dia, bukan macam kita."

"Kita buat dia happy, Jo. Biar dia lupa terus pasal family dia yang tak reti nak jaga dia yang sorang ni."

"I swear to God, it doesn't works."

"Aku tak kira. Aku nak jaga dia. Macam mana Arash jaga kita dulu, macam tu jugak aku nak jaga dia. Dia nyawa kita." Adriel masih mahu berkeras dengan apa yang dikatakan.

"Riel..."

Berbalah dengan Adriel adalah satu silap besar banginya. Bercakap hanya dia saja yang mahu menang.

"Kalau Arash tak kutip kita dulu, kita dah lama mati, Jo. Kalau Arash tak bagi kita makan, tempat tinggal, kita takkan ada dekat sini. Dengan cara ni je kita dapat balas semua tu. Setiap darah yang mengalir dalam tubuh kita ni sebab Tuhan hantar Arash untuk kita. Kita buat semua ni untuk Arash. Kita bersusah payah kejar musuh sebab Arash." kata Adriel senafas. Dari baring, dia berdiri melangkah ke arah Joxan.

"Ingat, Jo. Kita masih hidup atas jasa Arash. Kalau tak kita dah mati 17 tahun lepas."

Pap, pap, pap.

Gerangan itu keluar dari sebalik pintu yang sedia terbuka sambil bertepuk tangan. Lagaknya seperti tetamu tidak terundang.

"Real story ke ni?" soal Qayish sarkastik sambil mengoyak senyuman sinisnya. Dari awal perbalahan sehingga kini dia sedia mendengar kisah yang menghayat hati dua beradik ini. Entah betul atau tidak, fikirnya.

Terkesima. Itulah reaksi yang cuba ditutupi mereka berdua.

"Kau buat apa dekat sini, sial?" soal Adriel tidak puas hati.

"Pardon? Aku sial? Ke korang yang sial?"

"Kau ikut dia?" tanya Joxan pada Qayish. Apa yang dikatakan Qayish sebentar tadi sungguh dia tidak terasa pun.

"Kalau aku kata ya? Kau nak bunuh aku dengan senjata korang tu?" pandangan sinisnya beralih pada Joxan pula.

"Kalau kau datang sini nak bukak mulut kotor kau tu baik kau berambus sebelum aku halau kau dengan cara aku," kata Adriel serius. Kepalanya dipegang. Tiba-tiba terasa sakit mencucuk di bahagian itu.

Qayish masih tidak berganjak walau seinci. Ugutan Adriel langsung tidak menggerunkannya malah dia hanya merenung kedua manusia di hadapannya kini.

"Aku nak adik aku." ucapnya.

Gelakan kecil terhambur oleh Adriel.

"Cubalah sini datang sentuh aku dulu." cabar Adriel.

"Riel," Joxan memaut bahu adiknya lembut, cuba menghalang sebarang pergaduhan tercetus.

"Ish!" Adriel menepis tangan Joxan kasar.

"Kau pergi naik atas. Biar aku settle kan dia." pujuk Joxan. Melihat keadaan Adriel yang asyik memegang kepalanya sudah dia agak mengapa.

"Aku tak nak. Aku nak hadap dia ni sampai dia tahu berambus."

"Okay aku pergi. Tapi aku nak korang pulangkan adik aku. Mana dia? Aku tahu dia ada dekat dalam rumah ni." sekeliling rumah banglo itu diperhati.

Abang mana yang tak risau bila dia sendiri melihat adiknya dipangku oleh satu-satu orang yang dia tidak percayai?

Joxan yang berada di tengah antara Adriel dan Qayish sudah buntu.

"Kau anggap adik kau tu dah mati."

"Riel," Joxan memanggilnya sekali lagi tanda untuk menghentikan perbalahan mereka.

"Aku nak adik aku." Qayish masih lagi berkeras.

"Keluarga kau tak layak jaga Laura."

"Adriel," sekali lagi, Joxan menyeru nama adiknya.

"Adik aku mana?"

"Adik kau dah mati lah sial!" teriaknya. Remort tv dibaling ke arah Qayish. Pantas saja dia mengelak.

"Adriel Micah. Stop."

"Kau kenapa nak bela dia sangat? Sial ni dah bagi kau makan apa? Nak jadi penjilat dia dah sekarang?"

Joxan menghampiri Adriel. Dia berdiri membelakangi Qayish dan berhadapan dengan adiknya.

"Naik."

Adriel masih kaku di situ.

"Aku cakap naik sekarang. Aku nak kau makan ubat atas meja yang aku dah sediakan tu."

"Kau siapa nak arah-arahkan aku?"

"Aku abang kau lah bodoh. Kau naik sekarang sebelum kau menyesal tak dengar cakap aku."

Qayish dipandang tajam sebelum dia melangkah kaki naik ke atas seperti yang disuruh Joxan.

Joxan menghela nafas perlahan. Pandangan beralih pada Qayish yang dari tadi berada di pintu masuk rumah mereka.

"Kau..." Joxan menghela nafasnya berat.

"Pergi balik."

"Kau ingat aku bodoh?" soal Qayish geram.

"Percaya aku untuk Laura atau bunuh aku. Dua pilihan ditangan kau."

Dahinya berkerut hebat.

"Bunuh?"

"Nyawa kitorang tak ada nilai. Lebih baik kau bunuh demi Laura kalau kau tak percaya pada kami bertiga."

Lama dia menghitung perkara ini sebaiknya. Otak berlaga mencari jawapan yang tepat. Masakan dia mahu bunuh membunuh? Mahu report pada polis? Dia tidak rasa dengan cara itu dia dapat menyelesaikan masalah. Pasti keluarga besarnya juga kecoh. Cukup saja hanya dia seorang tahu akan hal ini.

"Apa relation korang dengan ayah kandung Laura?" akhirnya soalan itu juga tercetus dari bibirnya.

Joxan melihat ke atas, tingkat pada rumah banglo itu sebelum dia memandang Qayish semula.

Tanpa sedar Joxan telah mencapai pistol emas itu dari kotaknya. Saat dia telah menarik keluar, automatik pistol itu jatuh ke tanah dengan tangannya masih memegang pistol itu.

Berat!

"Hoi!! Come osi toccarlo?! (Hoi! Berani kau pegang benda tu?!) jerit seorang lelaki bertubuh tegap dengan suaranya yang sangat-sangat garau.

Pantas ketiga-tiga mereka menoleh ke arah punca suara. Lelaki tinggi lampai berpakaian kemeja menjerkah tiga anak kecil yang memegang barang miliknya.

Joxan pantas mencampak pistol itu ke bawah apabila lelaki itu datang meluru mereka. Dia berdiri diikuti Adriel dan Karl yang menyorok di belakangnya. Tangan didepa dan satu langkah kebelakang diambil.

Belum sempat lelaki itu menghampiri mereka, satu suara lagi menghalang lelaki itu.

"Jave." panggilnya. Seorang lagi lelaki segak bersama kot kerja lengkapnya.

Lelaki itu memalingkan tubuh. "Robó nuestras cosas, Arash" (Dia curi barang kita, Arash)

"Lo ves?" (Kau nampak?)

Lelaki itu hanya terdiam. Tali lehernya dibetulkan.

"Tak."

Lelaki yang bernama Arash itu memberi senyuman kacaknya pada mereka bertiga yang cuak dituduh mencuri.

"ven aquí." (Mari sini.)

Joxan menggeleng laju. Adriel dan Karl yang berada di belakangnya hanya diam membatu.

"¿De qué tener miedo? Yo nunca como gente,"(Apa yang nak ditakutkan? Saya tak pernah lagi makan orang) katanya bersama senyuman manis yang terukir di wajah kacaknya.

Joxan tersenyum sendirian memandang langit mendung yang akan memuntahkan mutiara hujan bila-bila masa sahaja.

Kini dia duduk dibangku halaman rumahnya bersama Qayish setelah dipujuk untuk berbincang dengan cara baik.

"Dan bermulanya dari situ, kami dijaga sempurna oleh Arash. Masa tu dia baru kawin dengan isterinya, Deandra. She's sweet. But Arash never allow us to puji her." Joxan tergelak kecil mengingatkan kembali benak memori yang tersimpan lama di peti ingatannya.

Qayish masih diam mendengar luahan cerita Joxan.

"After he died, Jave take over jaga kitorang. Tapi of course, tak sama macam Arash layan kami. Bukan nak bandingkan atau tak bersyukur, tapi memang berbeza. Arash layan kehendak kami, pandai bergurau dengan kami. Lain pula dengan Jave. But effort Jave cuba untuk selesa dengan kami cukup membuatkan kitorang hormat dia sebagai ketua. He just being himself. Dia, hanya dia dan Arash hanya Arash. Dia tak boleh menipu diri dia sendiri untuk orang lain,"

"Adriel rapat sangat dengan Arash. Tak heranlah kenapa dia emosi sangat bila melibatkan hal Laura. Dia sayang Arash. Bila Arash dah tak ada, Laura je lah pengubat rindu dia,"

"Dan lepas saja Arash mati, Jave latih kami bermain dengan senjata."

"Jave Matthew?" soal Qayish tidak percaya. Sepanjang Joxan bercerita banyak nama Jave disebutnya. Adakah Jave yang sama? Lelaki dingin itu mengajar mereka bertiga menggunakan senjata? Wow. Tidak pernah dia bayangkan perkara itu.

"Yup. Driver keluarga Lucian Denver. Kami belajar guna senjata seusia kanak-kanak naif yang lain. Hanya satu sebab, iaitu Laura,"

"Arash dan Deandra mati sebab musuh Arash. Laura parentless sebab perempuan yang bernama Craly. She's witcher. Dendam dia sehingga sekarang tak akan terpadam."

Berkerut Qayish sebaik saja mendengar perkataan dendam.

"Laura terselamat. Maria Roses, ibu kepada Arash serah Laura pada Denvers untuk jaga dia. Because she knows how Arash appreciated Lucian so much sebab Arash hampir dibunuh Craly. I don't know how Lucian boleh selamatkan Arash and they both became friend. Kebetulan pula Alaya Martha, bonda korang baru saja keguguran pada lewat bulan kelapan usia kandungan tu. And others Denver's member thought that Laura is Alaya's daughter. No wonder she can breastfeed Laura and from what I know, automatically Laura jadi darah daging korang right?"

Qayish mengangguk perlahan.

"Hanya Lucian, Alaya dan William atau Grandpa je tahu Laura isn't Denvers,"

"Aku tahu kau pening, tapi kau yang mintak aku explain dari dulu lagi kan?"

"Tak apa teruskan."

Joxan tersenyum senang.

"Sepanjang Laura dengan keluarga Denver, magic from God, she's fine and still breath. But 4 years ago, Craly started smell where she is. Banyak percubaan untuk culik Laura, and gladly her planned never work. Kami yang halang dengan pelbagai cara."

Cukup hanya Adriel, Karl dan dia sendiri saja tahu bertapa mencabarnya perkara itu.

"And the worst part is..."

"The witcher is Jave's sister."

✵ ✵ ✵

i loves my reader pm me which part they confused. kalau ada soalan, pm tau.

21 apr

Continue Reading

You'll Also Like

1.6M 76.9K 128
COMPLETED "Dia kan bekas pelajar sekolah pondok. Dia bukannya macam kita, belajar dekat sekolah biasa macam sekolah kita ni. Mestilah dia tak pegang...
119K 13.3K 60
γ€Ž Kisah Alice dan Para Putera Bahagian Dua 』 βŠ±β”€β”€β”€β”€β”€β”€ {β‹…. β™› .β‹…} ────── ⊰ Alice Allyna, heroin paling gila lagi sendu kembali semula ke Akademi DiRaja...
1.7M 92.9K 54
❌DILARANG SAMA SEKALI DARI MENIRU CERITA INI. ❗CERITA INI 100% DIKERAH OLEH OTAK SAYA. Akibat daripada sikap Rizq Haikal, Hanin Sofea terpaksa menj...
6.8M 334K 69
Suami Romantik dan Penyayang? Tak pernah diduga Elleana akan mendapat suami garang dan tegas. Hidupnya yang selama ini tak pernah diatur oleh arwah b...