Mrs. Rayyan

By aeshyy

8.6K 506 77

Seorang mahasiswi dipaksa kahwin dengan seorang playboy yang agak famous di universiti itu. Kehidupannya amat... More

Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Announcement !!
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31
Chapter 32
Chapter 34
Announcement!

Chapter 33

219 12 1
By aeshyy

Aku mencari cari kelibat suami aku di merata rata tempat di dalam rumah namun masih lagi tidak jumpa. Tiba tiba hati aku tergerak untuk menuju ke belakang rumah. Ternyata benar tekaan aku. Rayyan sedang ralit bermain gitar dan menyanyikan sebuah lagu.

Takkan siakan dia
Belum tentu ada yang seperti dia
Satu dunia tahu aku bahagia
Banyak pasang mata saksinya

Takkan duakan dia
Belum tentu esok kan masih ada
Kesempatan tak datang kedua kalinya
Hargai dan jaga hatinya

Dalam diamku
Kupanjatkan selalu doa untuknya
Jodoh bukan soal sempurna
Namun yang mampu tangguh tuk bertahan
Dan berjuang

Suaranya yang amat sempurna betul betul memukau aku. Lagu Hal Hebat itu mempunyai 1001 makna yang tersembunyi. Dengan perlahan aku mendekati dan terus mendakap badan suamiku dengan erat.

"Sedap abang nanyi,"

"Mestilah, tengoklah suami siapa? Suami Aireen Mikayla kan," kami berdua ketawa kecil setelah Rayyan berkata demikian.

"Macam mana boleh jumpa abang dekat sini?"

"Reen cari abang satu rumah lepastu tak jumpa, tengok kereta masih lagi ada. Selepas itu, hati tergerak nak datang sini. Akhiranya jumpalah juga abang,"

Rayyan hanya melemparkan senyuman. Wajahnya seolah dirudum masalah.

"Abang ada masalah apa apa ke?"  aku duduk di sebelahnya sambil merenung dengan wajah yang sedikit risau.

"Takde apa apa, cuma abang bersyukur sebab abang dapat balik isteri abang. Rasa macam tak percaya yang isteri abang sekarang duduk depan abang dan tengah mengandungkan anak abang sendiri," akhirnya air mata lelakinya jatuh jua. Aku sebagai isteri mengusap belakang badannya dengan lembut.

"Reen pun bersyukur sangat sebab abang terima Reen semula seadanya. Kalau tiada abang, Reen tak mampu nak besarkan bayi ni seorang diri. Reen tak kuat macam orang lain," pondok di taman bunga itu sangat menenangkan dan mententeramkan hati. Diikuti lagi dengan angin yang sepoi sepoi bahasa .

"Siapa cakap isteri abang ni tak kuat?"

"Reen cakap,"

"Eh, salah.. Isteri abang lah yang paling kuat tau tak?"

"Iya ke abang ni?" kedua dua kening aku terangkat.

"Iya, kuat sangat. Lagi lagi kalau membebel," aku terus memandangnya dengan tajam dan dia segera berlari menjauhi aku.

Aku ni pantang dicabar, jadi aku pun turut mengejarnya walaupun perut ni sarat. Namun apakan daya , tak sampai seminit aku sudahpun mengah. Tercungap cungap aku bernafas. Tanpa berfikir, aku terus duduk di atas karpet rumput di halaman. Betul betul tak cukup nafas ni. Tangan kanan aku memegang perut manakala tangan kiri pula mengurut urut dada.

"Sayang!" Rayyan yang perasan akan keadaan aku laju berlari ke arah aku.

"Sayang kenapa ni? Abang minta maaf, takde niat pun nak buat sayang macam ni. Abang lupa yang sayang bawa anak kita dalam perut ni. Sayangg!" pipi aku ditampar lembut apabila mata aku hampir tertutup.

"Ish, apa abang ni. Reen nak lelap kejap je. Macam best je baring dekat sini," tercengang suami aku mendengar.

"Ya Allah sayang, abang ingat apa apa tak elok tadi yang jadi," kedua dua bahuku dipegang sedikit kuat olehnya. Rayyan menarik nafas lega apabila aku baik baik saja.

Pap!

"Aduh sayang... sakit," Rayyan mengaduh kesakitan apabila pehanya aku pukul sedikit kuat.

"Cakap Reen kuat bebel sangat, kan dah kena," jelingan maut aku hadiahkan kepadanya. Bertambah sakit hati apabila dia hanya tersengih seperti kambing. Ya Allah suami aku ni..

"Sorrylah sayang. Abang nak gurau saja tadi," jari dia hinggap pada batang hidung aku yang sedikit mancung itu. Maklumlah ada keturunan arab sikit belah ayah. Datuk aku berasal dari Bahrain. Nenek aku pula asal dari Malaysia, itu yang ada darah orang arab tu.

"Maaf abang tidak diterima," kedua dua tangan aku disilangkan di dada. Mulut pula dimuncungkan.

"Ala, habistu macam mana abang nak buat sayang terima maaf abang ni?"

"Teman Reen beli barang keperluan baby,"

"Boleh!" matanya bersinar sinar apabila mendengarkan itu. Dari malam tadi lagi dia memujuk aku untuk beli barangan baby. Katanya nak beli yang lelaki tapi aku inginkan bayi perempuan. Ish, tak boleh jadi ni.

"Abang nak beli yang lelaki punya. Abang yakin seratus peratus yang dalam perut sayang ni lelaki,"

"Ish apa pula macam tu,"

"Iyalah, tengoklah sperm siapa?" astagfirullah suami siapa ni.

"Apa ni , taknak taknakkkk," Rayyan sudahpun ketawa sehinggakan terguling guling atas tanah. Aku kena cuci fikiran suami aku dengan air zamzam dah ni. Allahuakbar.

"Amboi, apa yang seronok sangat ni. Sampai ke pintu depan dengar kamu berdua gelak sakan bagai," muncul mama di pintu belakang. Terus berdiri aku dan Rayyan.

"Mama!" aku berjalan laju ke arah mama. Maklumlah nak berlari tak boleh.

"Reen rindu sangat mama," nangis aku dalam pelukan ibu mertua kesayangan. Betullah aku ni mengandung auto jadi manja.

"Mama pun rindu sangat dengan menantu kesayangan mama yang cantik comel ni," habis setiap inci muka aku diciumnya. Tapi peduli apa aku, asal dapat jumpa mama .

"Mama sihat?"

"Alhamdulillah mama sihat saja. Reen macam mana setakat ni? Alahan semua ada?"

"Kurang dah sekarang ni , iyalah nak masuk enam bulan dah ni kan. Dulu awal awal mengandung teruk jugalah alahan, sampai nak makan pun tiada selera," betullah tu . Sampaikan Rose dan Doyoung paksa aku makan untuk baby dalam ni. Bukan senang jadi mak buyung tau.

"Biasalah tu , mengandung. Alhamdulillah lah tak melarat sampai harini,"

"Mama sampai bila?" Rayyan di belakang aku bersuara.

"Tadi lagi. Mama borak dengan ibu dan ayah kamu dulu."

"Datang seorang saja ke mama?"

"Tidaklah, mama datang dengan Raina lah. Dia pergi tandas sekejap tadi," patutlah tak nampak , rupanya dalam tandas. Rindunya aku pada adik ipar aku seorang itu.

"Heyyo, kakak ipar kesayangan dan abang yang sedikit bengkok," mulalah tu nak bergaduh. Kenal sangat dengan perangai dua orang ni.

"Nasiblah abang tak lurus,"

"Ish, jangan nak gaduh dekat rumah oranglah. Reen jomlah duduk dekat ruang tamu. Pedulikan saja mereka berdua ni," tersenyum senyum aku pandang mereka berdua.

"Apa mama bawa lari Kak Reen ni, Rai baru je nak sembang dengan akak,"

"Nak sembang dekat luar. Meh," tangan Raina aku tarik sekali keluar. Tinggallah Rayyan tercegat seorang diri. Kesian betullah.

Mama dan Raina berada di situ sehinggalah asar. Aku suruh tidur dekat sini katanya Raina ada kelas esok pagi. Lain kali sahajalah.

•°•°•°•°•°•°•°••°°•°•°•°•°•°•°•°•°°••°•°•°°••°°•°•°•

Tangan aku dipegang erat oleh Rayyan mengelilingi pusat beli belah . Ya, harini kami berdua ingin membeli barangan keleperluan anak kami. Rasa teruja menguasai diri.

Sampai sahaja di hadapan Cutiepie Baby , aku dan Rayyan terus menuju ke bahagian pakaian. Rambang terus mata melihatkan koleksi pakaian yang comel comel. Rasa macam nak beli semua. Tapi, taknaklah membazir. Budak sekejap saja membesar lepastu baju jadi hiasan dalam bilik stor. Haih, hasutan syaitan semua tu.

"Ni sesuai untuk baby lelaki," belum sempat aku cari sehelai baju, Rayyan sudah pun menghulurkan aku beberapa helai baju budak lelaki. Ternganga mulut aku. Betul betul yakin dia ni dapat anak lelaki. Ini tak boleh jadi. Aku kena lawan dia. Kita lawan, lawann! Lawan, lawan, lawan!

"Abang, apa ni? Kita tak tahu lagi kan jantina baby. Taknaklah beli yang lelaki je. Kita beli yang dua dua boleh pakailah. Okay?" dia berfikir sejenak sebelum menganggukan kepala.

"Iyalah, sayang. Anything for our baby and my wife," kepala aku yang dilitupi tudung diusap perlahan . 

"Sayang abang!"

"Cepat pilih baju, lepasni kita pergi cari baby cot pula dekat bahagian sana," kedai ni sangatlah besar. Semua keperluan kanak kanak dari yang berusia baru lahir hinggalah tujuh tahun ada di sini. Sangat memuaskan, dengan layanan staf yang mesra. Semuanya sempurna. Barang barang juga banyak pilihan sehinggakan hampir tiga jam dalam kedai itu sahaja. 

"Abang cantiknya semua barang dekat sini. Sayang betul nak keluar dari sini," kata aku setelah selesai memilih semua barang.

"Lain kali kita datang lagi ya. Lepas je baby dalam perut ni lahir, kita buat baby baru pula," mashaAllah sejak bila suami aku jadi macam ni? Siapakah pengajar dia ni. Pehanya aku cubit dengan kuat. Apa lagi mengaduh kesakitan lah dia.

"Abang ingat saya kilang buat anak ke?"

"Iyalah, awak kilang saya buat anak," 

"Dahlah malas layan abang. Jom makan, Reen lapar," memang laparlah jawabnya. Lebih sejam dalam kedai itu sahaja. Biasalah, kali pertama nak jadi mak tentulah teruja.

"Iyalah, my angel yang lagi lawa dan cantik ni," kami berdua singgah di restoran korea. Tiba tiba pula aku mengidam makanan korea. Hish, macam macam lah ragam orang mengandung ni.













To be continued.....

Continue Reading

You'll Also Like

225K 7.6K 43
#2019/2020 Coverby:nurshaziera Auna Danisha berasal dari keluarga yang berada namun dia tidak sombong. Papanya,Dato Aleef telah meminang seorang lela...
68.2K 1.3K 48
Bella inara..Dipaksa berkahwin dengan Hakim iskandar seorang peguam pilihan Ayahnya..namun dia mencintai lelaki bernama Amir imran kekasih hatinya..p...
319K 8.7K 51
#1 MS & MR SERIES BY THEAGASSHI Layla Aileen x Noh Fitri Thanks for all supports and votes 💕 Selalu dengar cinta diawan biru, sweet jer dengar. Ta...
721K 29.5K 64
[WARNING! CLICHE STORYLINE] Pernah pecah rekod sebab asyik keluar masuk bilik disiplin? Harraz dan Hazel pernah. Bagi mereka, bilik disiplin sekolah...