Mrs. Rayyan

By aeshyy

9.4K 542 78

Seorang mahasiswi dipaksa kahwin dengan seorang playboy yang agak famous di universiti itu. Kehidupannya amat... More

Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Announcement !!
Chapter 23
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Announcement!

Chapter 24

187 15 3
By aeshyy

Aku menunggu Rayyan pulang di ruang tamu. Bengkak kaki aku sudah pun surut. Iyalah sebulan telah berlalu.

Bunyi pintu mengejutkan aku dari lamunan. Aku segera berpaling ke arah pintu. Wajah yang aku rindu . Sungguh sakit apabila tinggal satu bumbung tetapi jarang melihat wajahnya. I wish i can hug you right now.

"Abang dah balik? Abang nak makan tak?" dia yang baru mahu melangkah tangga ke bilik berhenti dan memandang aku dengan wajah ketat.

"Berhenti panggil aku abang. Geli tau tak. And one more thing, tak payah kau gatal tangan nak masak untuk aku. Aku takkan makan," sebaik sahaja dia berkata begitu, dia terus masuk ke dalam biliknya. Bilik yang dahulunya banyak memori manis bersama.

Tanpa aku sedar, air mata aku jatuh dengan lajunya. Sedih, sakit , perit dilayan sebegitu oleh suami sendiri. Mana kata kata manis awak tu Rayyan. Mana semua tu? Kenapa awak seksa saya macam ni.

Aku berjalan ke biliknya. Aku mengetuk bilik itu. Namun tiada respon. Aku tekad untuk menunggu di hadapan pintu.

"Why... why Rayyan? Kenapa awak buat saya macam ni. Seolah olah saya just stranger bagi awak. Apa salah saya sampaikan bayang saya pun awak taknak tengok apatah lagi muka saya. Why Rayyan? Tell me the reason. At least I know. But why suddenly you changed," air mata aku masih lagi mengalir seperti tiada noktah .

"I miss you abang. Reen rindu nak dengar suara abang. Reen rindu nak bermanja dengan abang. Reen rindu semua tentang abang. Tapi kenapa abang buat Reen macam ni? Kenapa abang layan Reen macam orang asing. Mana janji janji abang. Mana?"

"Reen yang expect lebih atau abang yang berubah. Reen sayang abang. Please jangan buat Reen macam ni," tiba tiba pintu bilik dibuka. Kelihatan wajah Rayyan masih lagi sama, ketat. Tiada sebarang senyuman. Hilang Rayyan yang dahulu aku kenali.

"Kau dengan janji tu boleh berambus!" tengking Rayyan membuatkan aku tersentak. Pertama kali lelaki itu menaikkan suaranya terhadap aku.

"A..abang,"suara aku bercampur dengan getaran.

"Mulai harini, kau jangan masuk campur hal aku. Aku jijiklah tengok muka kau. Pantang ada lelaki ngorat, mesti kau layan kan!? Aku tak sangka perangai kau teruk macam ni lah Reen. Sumpah aku tak sangka. Pakai je tutup aurat bagai tapi melayan jantan! Apa je ibu ayah kau ajar dulu? Eh lupa, dulu kau mana pernah dapat attention kan. Sebab tulah sekarang ni batak sangat attention jantan!"

Pap!

Kata kata Rayyan sungguh membuatkan hati aku betul betul berkecai. Suami kau sendiri hina diri kau. Pipinya aku tampar. Maafkan Reen tapi abang dah melampau.

"Maafkan Reen tapi abang dah melampau. Reen tak kisah kalau abang nak hina Reen tapi jangan ibu dan ayah. Abang hina Reen tanpa usul periksa. Tutup aurat bukan alasan seseorang tu alim. Tu wajib. Abang sendiri yang bagitahu Reen kan?"

" Kalau betullah Reen ni buat abang semak dan serabut. Fine. Reen akan tenangkan abang. Esok bangun sahaja pagi, Reen akan pastikan hidup abang tenteram. Reen harap abang dapat cari kebahagiaan abang pada masa akan datang. Maafkan Reen dengan kehadiran Reen, buatkan abang rasa serabut. Maafkan segala dosa Reen dan halalkan makan minum Reen,"

Aku menuju ke bilik dan memasukkan semua baju ke dalam beg. Mungkin cara ini yang terbaik untuk tengok dia bahagia lagi. Biarlah aku hanya lihat dia dari jauh.

•°•°•°•°•°°•°•°•°•°•°••°•°•°•°•°•°•°°•°•°•°•°•°°•°

Tepat jam 2 pagi, aku keluar dari rumah itu . Tanpa hala tuju. Aku berjalan ke stesen bas berdekatan. Nasiblah ada orang lagi dekat situ.

Aku memandang skrin telefon yang tertera wajah Rayyan. Rindu tak dapat aku bendung. Kebahagiaan yang kami bina musnah dengan sekelip mata. Sekarang, aku buntu. Buntu kemana harus aku pergi. Banyak lagi yang perlu aku fikirkan. Cafe' tu aku patut beri kepada Izzah dan Farah je.

Trio ever

Korang, nanti jaga cafe' elok elok tau. And aku tak janji yang aku akan jumpa korang lagi. Aku beri sepenuhnya cafe' tu pada korang. Thanks sebab sudi tolong aku dari mula mula business sampailah sekarang. Maafkan salah silap aku juga.
seen.

Izzah omey
Apa kau merepek pagi pagi buta ni Reen?

Farah 4lifer
Haah Reen, kau kenapa? Kau okay ke tak ni?

Aku hanya membaca mesej mereka tanpa membalas apa apa. Biarlah mereka tidak tahu atau tahu dari Rayyan. Sekarang aku kena cari tiket bas untuk ke mana mana sahaja. Disebabkan sekarang aku buntu. Betul betul buntu .

"Patut ke kalau aku balik rumah nenek dulu. Agak agaknya ada orang sewa ke rumah tu atau ibu sudah pun jual."

"Ibu, Reen rindu ibu. Maafkan Reen tak dapat jumpa ibu. Reen tak sedia lagi nak jumpa ibu dengan keadaan Reen seperti ni,"

"Aireen?!" seorang lelaki menegur aku dari belakang. Alangkah terkejutnya apabila lelaki itu adalah Tengku Hakim.

"Hakim,"

"Reen awak buat apa dekat sini time macam ni? Awak datang dengan siapa? Rayyan? Mana dia ?" banyak betul soalan lelaki itu.

"Saya seorang sahaja," alangkah terkejutnya dia.

"Biar betul? Awak buat apa? Nak naik bas?" aku hanya menganggukkan kepala tanpa mengeluarkan sepatah perkataan pun. Mata aku yang sembap aku sorokkan.

"Reen ada something ke berlaku antara awak dan Rayyan? Tell me, mana tau saya boleh tolong?"

Aku telah pun melepaskan tangisan. Hakim kelihatan bimbang namun aku tidak mempedulikan malah aku bercerita kepadanya.

"Ya Allah, jantan tu dah kenapa? Tuduh tanpa bukti. Habistu sekarang ni awak nak pergi mana? Ada plan?" tiada. Tiada sebarang perancangan pun.

"Takpelah awak tinggal rumah saya dulu. Jangan risau, awak bukan tinggal dengan saya tapi dengan ummi saya. Saya tinggal rumah lain," aku hanya bersetuju memandangkan hari sudah lewat. Nasiblah ada Hakim, kalau tidak masih tiada arah tuju dibuatnya.

"give me your bag," bagasi aku terus ditarik Hakim dan aku hanya mengekorinya ke kereta miliknya.

"Awak buat apa dekat stesen bas tadi?" aku yang kini berada di sebelah Hakim yang sedang memandu bertanya.

"Oh, saya hantar ibu dengan Anas naik bas. Tiket dia orang pukul 2 pagi." aku sedikit hairan. Tadi dia sebut ummi, lepastu ibu pula.

"Lupa nak bagitahu, ibu tu ibu susuan saya. Dia tinggal sekali dengan kita orang tapi dia ada hal dekat kampung. Jadi, dia dengan anak dia, Anas terpaksalah balik."

"Mesti dia layan awak dengan baik kan? Seronoknya," aku sedikit teruja apabila melibatkan hal ibu bapa. Maklumlah aku baru nak berjinak jinak dimanjakan oleh orang tua sendiri.

"Seronoklah. Tak payah ada girlfriend pun okay sebab dah ada dia orang," setuju aku dengan pernyataan Hakim tu tapi mestilah perlukan pasangan untuk lengkapkan kekurangan masing masing. Tapi kalau kahwin tak bahagia, takde bezanya.

"Okay kita dah sampai," sungguh aku segan untuk berjumpa dengan ummi Hakim. Iyalah ni dah pun lewat malam.

"Asslaamualaikum," aku hanya mengekori dari belakang Hakim. Mata aku tidak lepas dari memandang keadaan rumahnya yang sangat kemas dan juga mewah. Iyalah level level rumah Dato' Sri.

"Waalaikumusslam, Kim dah balik dah. Macam mana ibu dengan Anas, semua okay? Eh siapa si cantik ni," senyuman aku hadiahkan pada umminya. Aku sendiri terkejut tengok wajah umminya yang kelihatan masih muda. Tak nampak macam mak orang pun. Cantik sangat ya Allah.

"Ummi, kenalkan ni Aireen. Dia tumpang sini buat sementara waktu boleh kan ummi?" senyuman di wajah Hakim masih lagi tidak pudar. Senyum memanjang , lagi lagi apabila di hadapan umminya. Sungguh kuat kasih sayang mereka .

"Eh, tentulah boleh. Bolehlah jadi kawan berborak ummi kan, Aireen? Bawalah beg Aireen masuk bilik tetamu. Aireen, buat macam rumah sendiri tau. Jangan malu malu,"

"Terima kasih aunty,"

"Eh no aunty. Panggil ummi je. Okay?" aku anggukkan kepala dan segera mengikuti Hakim ke bilik. Baik sebenarnya Hakim ni tetapi disebabkan salah faham dan dendam , dia pilih jalan yang salah. Tapi syukurlah dia sedar akan kesalahan dia.

"Reen, buatlah bilik ni macan rumah sendiri . Jangan segan, saya je pun. And kalau ada apa apa just panggil saya atau ummi." aku hanya mengiyakan sebelum dia beredar.

"One more thing. I know you can do this. Saya tau awak kuat, awak pernah lalui yang lagi teruk dari ni. Jangan pernah salahkan takdir no matter what. InshaAllah one day, everything's gonna be fine. Percaya qada' dan qadar Tuhan. Banyakkan bersabar ," satu senyuman diberikan bagi menenangkan hati aku yang gundah gulana.

"Thanks and InshaAllah," pintu bilik ditutup. Telefon aku ambil dan melihat segala mesej yang masuk. Banyak missed call dari Izzah dan Farah. Tapi aku tidak mahu telefon kembali. Lebih baik aku tukar nombor telefon. Tapi sekarang dah lewat malam. Beli esok jelah.

Aku merebahkan badan di atas katil yang empuk itu. Tanpa dipinta segala tentang Rayyan berlegar legar di dalam fikiran aku. Aku rindu Rayyan. Air mata aku mengalir laju dan aku sudah pun dihanyut perasaan yang teramat sakit itu. Sungguh perit apabila dihina oleh suami sendiri. Dituduh tanpa soal periksa.

Akhirnya aku terlelap dengan air mata yang masih lagi mengalir. Penat, sungguh penat. Aku kena buat keputusan untuk teruskan hidup aku esok. Aku kena kuat. Ya, kuat.

°•°•°•°•°•°°•°•°•°•°•°•°°•°•°•°°•°•°•°°•°•°•°•°•°•

"Morning, Reen. How are you today?" sapa Hakim sebaik sahaja aku keluar dari bilik. Hakim bermalam di rumah umminya semalam memandangkan hari sudah lewat. Umminya larang dia balik seorang diri. Biasalah anak kesayangan.

"Morning Hakim. Not really but I'm trying," senyuman ikhlas aku berikan.

"Yes I know you're strong girl. So , fighting!"

"Apa yang fighting pagi pagi tu. Meh Hakim, Reen sarapan. Ummi buat nasi goreng ni. Roti bakar pun ada juga ni," aku segera menuju ke meja makan. Begitu juga Hakim. Rindunya nak masak dekat Rayyan. Sejak pulang dari rumah mama, masakan aku langsung tak disentuh. Jijiknya dia terhadap aku.

"Reen okay?" soalan dari ummi mematikan lamunan aku.

"Okay je ummi," senyuman aku paksa lebarkan. Tak mahu ummi perasan akan masalah yang aku sedang hadapi.

"Reen what's your plan after this?" Hakim yang sedang menyuap nasi goreng ke dalam mulut bertanya.

"Reen nak sambung study," Hakim dan ummi menunjukkan reaksi sedikit terkejut. No I mean, Hakim yang paling terkejut.

"Are you serious?!"

"Yes, Reen dah fikir masak masak yang Reen akan sambung degree,"

"Where?"

"Seoul, Korea," lagilah terkejut Hakim. Jauh betul gadis itu mahu larikan diri.

"But, how about Rayy.." belum sempat Hakim menghabiskan ayatnya Aireen sudahpun memotong.

"I don't know but I need to go far away from here. I don't want to disturb him again, and I hope that he will found his happiness," aku tuturkan dengan senyuman yang menyimpan 1001 rasa.

"But he is your husband?" umi yang mendengar itu baru terkejut. Iyalah, gadis di hadapannya itu telah pun bergelar isteri. Tetapi berada di sini.

"Reen akan balik secepat mungkin. Mungkin dalam 2 atau 3 tahun , Reen belajar. Jangan risau, Reen akan balik juga sini if Reen ada masa. Reen takkan pernah lupa Hakim dan ummi yang sudi tolong Reen," aku pandang mata ummi dengan redup. Aku rindukan ibu dan ayah. Aku mahukan pelukan mereka untuk tenangkan aku. Sungguh aku tak kuat.

"Takpelah kalau Reen putuskan untuk begitu. Hakim, sentiasa sokong Reen apa jua Reen lakukan. Good luck," aku hanya menganggukkan kepala dan menyambung suapan aku.

Ummi hanya diam. Aku tahu mesti banyak persoalan yang bermain di fikirannya. Aku mesti ceritakan kepadanya. Takut nanti lain pula jadinya.

Aku harap keputusan yang aku buat ni mampu mengubat luka di hati aku. 3 tahun bukan lah masa yang singkat. Mungkin dalam masa itu, Rayyan akan bertemu dengan kebahagiaannya sendiri tetapi bukan aku. Aku yakin dia sudah membenci aku sepenuhnya. Tapi aku? Aku tak mampu untuk membencinya memandangkan dialah satu satunya lelaki yang pernah aku cintai. Lelaki yang berjaya mencuri hati aku. Lelaki yang berjaya membuatkan aku percaya akan cinta.

Terima kasih Rayyan Mikael untuk segala kenangan yang telah kita cipta bersama. Saya harap awak dapat jumpa dan cipta kenangan baharu dengan orang yang awak cintai. Maafkan segala salah silap saya sepanjang saya menjadi isteri awak. Maafkan kekhilafan saya. Halalkan segala makan minum dan pakaian yang telah awak berikan pada saya. Maaf kerana tiada di sisi awak di waktu begini. Saya tak mampu. Tak mampu untuk terus berhadapan dengan awak. Maafkan saya sekali lagi.











To be continued.....

Continue Reading

You'll Also Like

649K 13.7K 71
Kesakitan dan keseksaan yang dapat dirasai oleh Eriqa Safiyya setelah bernikah dengan anak kawan ibunya itu. Perjodohan yang diaturkan selepas bebera...
6.2K 333 61
"A-alana suka abang !!!!!!" ucapnya separuh menjerit Sontak pen yang ada dipegangan Nuqman Yusuf terjatuh entah kemana..Terkejut kerana pernyataan ti...
271K 5.4K 23
Start : 7 Mei 2020 Kisah Adam yang memberi peluang pada Ayuni untuk menjadi kekasihnya tanpa pengetahuan orang lain memandangkan dia sudah bertunang...
638K 35.7K 45
[ 𝑐𝑜𝑚𝑝𝑙𝑒𝑡𝑒 ] 𝙺𝙰𝚁𝚈𝙰 𝙿𝙴𝚁𝚃𝙰𝙼𝙰 Mia Qalisha , seorang gadis yang rela berkahwin dengan lelaki pilihan keluarganya. Perasaan antara me...