My Musuh My Love [Edit]

By MissAriesV

285K 13.7K 1.1K

[ ①ⓢⓣ Ⓝⓞⓥⓔⓛ ] Dijodohkan dengan musuh sendiri? Itulah yang dialami oleh Ezly Merquez dan Arissa. "Musuh tetap... More

BAB 1✔️
BAB 2✔️
BAB 3✔️
BAB 4✔️
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
thanks readers🦋
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
EPILOG

BAB 53

6.4K 219 28
By MissAriesV

Pinggan dihempas ke lantai sehingga menjadi serpihan kaca, dia mendapat maklumat dari orang suruhannya yang Arissa sudah tinggal bersama dengan Ezly Merquez semula.

Boleh kacau semua rancangannya. "Hoi kau dah kenapa?! Apa kau ingat barang dapur aku ni aku beli pakai daun ke? Suka hati ke pecahkan."Marah Medina, serpihan kaca itu dipungut Medina, kalau nak harapkan Natria memang sampai ke tua pun tak kemas-kemas. Dasar pemalas.

"Bisinglah kau, aku nak keluar."

Medina menjeling menyampah ke arah Natria, kerjanya disambung semula. Kalau diikutkan hati, mahu saja ditoreh mulut Natria dengan kaca itu.

.........

Duit berjumlah 1K dilemparkan Natria ke arah orang suruhannya. Senyuman senget terukir di wajah lelaki itu, duit yang diberikan oleh Natria tadi dihidu. Bau yang sangat menyenangkan.

"Boss nak suruh saya buat apa?"Tanya lelaki itu, duit yang diberikan oleh Natria tadi dimasukkan ke dalam beg adidas. "Aku nak kau bunuh perempuan ni."Kata Natria secara direct. Lelaki itu tersenyum, baginya kerja itu adalah kerja yang mudah.

"Bagus, jangan sampai gagal, kalau gagal melayang 5K kau."Jari diangkat menunjuk bilangan 5. "Boss percaya saja dekat saya, saya akan pastikan semua berjalan dengan lancar."Natria ukir senyuman senget, kepercayaan diletakkan 100 peratus kepada lelaki itu.

"Aku gerak dulu, buat kerja betul-betul."Pesan Natria lalu berlalu meninggalkan lelaki itu.

.......

"Biar aku hantar kau."Ezly Merquez menawarkan bantuan. Arissa menggeleng, dia tidak mahu menyusahkan Ezly Merquez. "Tak apa saya boleh pergi sendiri,  saya tak nak susahkan awak."

"Kau isteri aku, keselamatan kau tanggungjawan aku."Terharu Arissa mendengar ucapan Ezly Merquez.

"Okey."Ringkas Arissa membalas, baby carrier diambil lalu dipasangkan ke tubuh, Harraz yang bermain dengan patung di atas katil diambil lalu dimasukkan ke dalam baby carrier.

"Kau nak bawa Harraz ke? Tinggalkan je kat sini, mama ada boleh tengokkan."

"Tak apa saya boleh jaga Harraz, tak naklah menyusahkan mama, Harraz ni pun bukannya boleh duduk diam."Tangan Harraz yang menarik-narik tudungnya dipegang, boleh rosak tudungnya dibuat Harraz.

"Arissa kalau aku nak minta permintaan boleh tak?"Arissa mengangkat sebelah keningnya, wajah suaminya dipandang. Permintaan apa?

"Permintaan apa pula, kalau saya dapat bagi saya bagi, kalau tak..."Arissa menghentikan kata-katanya lalu bahu diangkat. "Emm nak morning kiss boleh?"Bagai mahu gugur jantung Arissa mendengar permintaan Ezly Merquez. Dengan cepat Arissa menggelengkan kepalanya.

"Ala bolehlah, mana tahu ini permintaan terakhir aku sebelum aku mati."Arissa sudah mengacip gigi geram, tidak suka dia jika Ezly Merquez berkata tentang mati.

"Apa awak cakap macam tu, saya tak sukalah."Ezly Merquez ukir senyuman. "Kau risau ke kalau aku mati? Oh isteri aku ni sweetlah."Kedua-dua pipi Arissa dicubit, dengan cepat Arissa menepis tangan itu.

..........

Arissa yang baru sahaja  hendak membuka pintu kereta terhenti. Ezly Merquez yang duduk di seat pemandu dipandang. "Err awak nak salam boleh?"Arissa menghulur tangannya ke arah Ezly Merquez.

Dengan cepat Ezly Merquez memberikan tangannya kepada Arissa, senyuman diukir apabila Arissa mencium tanggannya.

Harraz tidak dibawa Arissa. Puan Sri Nurin dengan senang hati menawarkan diri untuk menjaga Harraz, pada mulanya Arissa menolak kerana takut menyusahkan Puan Sri Nurin, tetapi Puan Sri Nurin mengatakan yang dia tidak kisah menjaga Harraz.

Baru sahaja Arissa ingin menyentuh pembuka pintu kereta, sekali lagi perbuatannya terhenti apabila Ezly Merquez memangilnya. Terkejut Arissa apabila Ezly Merquez dengan selamba mencium dahinya. "Selamat berkerja."Kata Ezly Merquez bersama senyuman manis.

Arissa membalas kata-kata Ezly Merquez dengan anggukan.

Langkah Arissa diperhatikan oleh Ezly Merquez. Enjin kereta dihidupkan setelah kelibat Arissa sudah selamat masuk ke tadika itu.

........

Sejak masuk ke pejabat lagi senyuman Ezly Merquez tidak pernah pudar dari bibir, Suzi yang sedang berbincang dengannya mengenai projek di JB juga sudah naik hairan dengan sikap majikannya.

"Tuan Ez."Panggil Suzi.

Tiada sahutan.

"Tuan Ez."

Senyap.

Suzi mendengus geram. "Tuan Ez okey ke?!"Panggil Suzi dengan nada kuat, terhenti terus lamunan Ezly Merquez, tanggannya pula dengan cepat mengambil dokumen yang berserelak lalu dibaca. Cover malu.

"M-Maaf, Cik Arissa cakap apa tadi?"Makin bertambah kerutan di dahi suzi. Arissa? "Tuan ni dah kenapa? Saya suzi."Ezly Merquez menepuk dahinya. Malunya.

"Err tadi ada nama Arissa kat kertas yang saya baca tu, itulah tersebut nama dia, kau jangan nak fikir bukan-bukan."Bohong Rzly Merquez. Suzi sekadar mengangkat bahu sambil bibir mengukir senyuman mengusik.

"Kau boleh keluar."Suzi mengangguk, fail yang berada di atas meja diambil. "Tuan Ez dah angau ni."Usik Suzi lalu dengan cepat keluar dari bilik itu.

Salah ke nak angau dengan bini sendiri?Monolog Ezly Merquez. Telefon diambil, gambar Harraz yang sedang mengigit patung beruang dijadikan sebagai walpaper telefon.

"Ezly Merquez Bin Azahar! Your cousin semati sehidup kembali!"Ezly Merquez menjulingkan matanya ke atas.

Malapataka akan datang tidak lama lagi!

"Apa kau nak?!"Wajah Eren Mervis iaitu sepupunya dipandang dengan pendangan menyampah, lelaki yang seumur dengannya. "You ni janganlah cakap kasar kat I, tak suklah."Eren Mervis membuat gaya ala ala perempuan gedik merajuk.

Ezly Merquez membuat gaya geli, itulah salah satu sebabnya dia menyampah denagn Eren Mervis, jadi pondan betul-betul baru tahu.

"Okeylah berbalik pada soalan kau tadi, aku buat apa datang sini? Hm aku dah habis study bro, minggu depan aku dah start kerja."Kata Eren Mervis bangga, dada ditepuk kuat.

"Baiklah Mr.polis, kalau tak ada benda yang penting, aku nak kau berambus."Tangn menunjuk ke arah pintu.

"Eleh dasar punya sepupu, aku saja je datang sini,  nak tengok anak kau."

"Anak aku tak ada."Eren Mervis meletakkan tangan ke mulut, menunjukkan riaksi terkejut. "Anak kau tak ada? Anak kau dah mati ke?"Panas telinga Ezly Merquez apabila mendengar kata-kata Eren Mervis, memang tak ada lesen betul mulut mamat seekor ni.

"Ehh muka kau memang nak rasa ini ke?"Menumbuk diangkat ke arah Eren Mervis. "Kalau nak cakap tu agak-agaklah sikit, bertapis sikit mulut tu."Bebel Ezly Merquez. Telefonnya dilemparkan ke arah sepupunya.

"Kau tengoklah sepuas-puasnya"

"Weh copy paste kaulah, 100 peratus sama masa kau kecil."Ezly Merquez ukir senyuaman bangga, sudah dia agak riaksi Eren Mervis setelah melihat wajah anaknya.

"Tengok papa dialah, hensem."

..........

Handbag diletakkan Arissa diatas katil, fikirnya kerja sebagai guru tadika itu mudah, rupanya susah. Penat dia melayan karenah kanak-kanak di tadika itu, terlalu banyak ragam.

Arissa terus memandang ke arah pintu. Senyuam diberikan buat Puan sri Nurim.

"Maaflah ma, susahkan mama."Harraz bertukar tangan. "Eh tak ada yang susah pun, mama lagi suka."

"Mama keluar dulu."Pamit Puan sri Nurin.

Harraz diletakkan perlahan-lahan di atas katil, takut jika Harraz terjaga.

Tuala yang berada di dalam wardrobe diambil, kaki terus diatur melangkah menuju ke bilik air.

Setelah selesai membersihkan diri, Arissa terus menuju ke wardrobe lalu menganti pakaian. Terasa segar semula badannya.

Arissa terus berlari menuju ke arah Harraz apabila tangisan itu memenuhi ruang bilik, nasib baiklah dia sudah selesai menganti pakaian.

"Anak mama lapar ek?"Kata Arissa, bajunya diangkat sedikit ke atas untuk menyusuhakan Harraz.

..........

Panggilan dari Ezly Merquez langsung tidak dihiraukan oleh Arissa, langkahnya terus diatur meninggalkan Ezly Merquez sendiri. "Awak nak apa? Saya nak pergi tadika ni?"Geram Arissa dengan sikap Ezly Merquez. Tadi Ezly Merquez datang ke tadika dimana tempat dia mengajar, lelaki itu mengajak dia untuk makan tengah hari bersama, dan kini Ezly Merquez megajak pula dia bersiar-siar. Apa ingat dia tidak ada kerja lain ke nak buat selaian bersiar-siar?

"Okey fine aku hantar kau balik tadika."Ezly Merquez akhirnya mengalah. "Tak apa saya boleh naik teksi."Arissa terus melintasi jalan raya, dalam masa yang sama, ada sebuh kereta audi TT sedang meluncur laju ke arahnya.

Ezly Merquez yang sedar akan situasi itu terus berlari ke arah Arissa, tubuh itu terus ditolak daripad dilangar oleh kereta audi itu.

'BUSH!'

Nafas Arissa mula tidak teratur apabila melihat tubuh Ezly Merquez sudah dilumuri dengan darah. Tubuh Ezly Merquez sudah dikelilingi dengan ramai orang.

Mata Arissa tidak semena-mena bertembung dengan mata si pelaku, makin kuat degupan di jantungnya apabila melihat wajah Natria.

"Natria."Nama itu meniti keluar dari bibirnya.

Natria terus melarikan pandangannya ke arah lain, pedal minyak ditekan meninggalkan kawasan itu. "Apa aku buat ni? Aku nak langar Arissa tapi.."Tangisan Natria mula pecah, dia takut jika berlaku sesuatu yang buruk terhadap Ezly Merquez.

........

Tubuh Ezly Merquez yang sudah dilumuri dengan darah dihampiri. "A-awak."Pipi Ezly Merquez dipegang.

"Puan kami dah call ambulans."Kata seorang lelaki kepada Arissa. "A..rissa ak..u nak mi..ta ma..af."Suara Ezly Merquez tersekat-sekat, mulutnya Ezly Merquez juga sudah banyak mengeluarkan darah. Tangisan Arissa semakin lebat, kepala Ezly Merquez diletakkan di atas pehanya.

"Awak jangan tinggalkan saya, jangan buat saya takut."Pipi Ezly Merquez disentuh. "A...ku sa..yang k..au de...ngan Harraz, jaga Ha..rraz."Tangisan Arissa semakin lebat.

"Awak jangan tinggalkan saya, awak kuat, takkan saya nak besarkan Harraz tanpa awak."

"A..ku sa..yang kau Aris..sa, sa..mpai bi..la bila, ka..lau aku dah t..ak ada na..nti to..long ja..ga Ha...rraz."Itu adalah kata-kata terakhir Ezly Merquez sebelum pandangannya menjadi gelap.

"Ambulans mana?!!"Jerit Arissa kuat. "Tengah dalam perjalanan."Kata seorang lelaki lalu menuju ke arah Ezly Merquez. Tangan naik memerikasa nada Ezly Merquez.

Kepala diggelengkan, wajah Arissa dipandang. "K-kenapa?"Tanya Arissa gagap. "Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un."Jantung Arissa seakan berhenti apabila mendengar sebaris ayat itu, wajah Ezly Merquez disentuh. Arissa menggelengkan kepalanya tidak percaya. "Awak jangan buat saya takut boleh tak, bangunlah, jangan tinggalkan saya."Tangisan Arissa semakin kuat.

"Ez jangan tinggalkan saya, saya sayang awak."Kata Arissa perlahan, Arissa memandang ke langit, semua yang dilihatnya seakan berputar dengan cepat. Pandang menjadi kabur, telinga Arissa menangkap bunyi siren ambulans sebelum dia jatuh rebah dan pandang menjadi gelap.

[VOTE]
[COMMENT]

Hem btw hope enjoy, harap korang tak marah saya, please jangan report. Jangan lupa vote dan komen, kita berjumpa di bab yang seterusnya di malam besok.

[Tidak semua cerita berakhir dengan senyuman dan gelak tawa, terkadang tangisan dan ratapan juga boleh menjadi kisah pengakhiran hidup seseorang. Kita sebagai manusia hanya mampu merancang, tetapi di atas yang menentukan]

Jumpa di bab selanjutnya besok.

Continue Reading

You'll Also Like

242K 8.5K 72
" Awak ni, kan kita bukan mahram. Nanti kena tangkap basah pulak. " kata Adelia " Biarlah kawin free. " jawab Nubhan dengan bangganya. " Amboii sedap...
1.8M 59.3K 55
Mama nak kahwin lain?! Oh no! No! No! No! Tak boleh! Tapi, keputusan dah dibuat dan aku terpaksa bersetuju. Dan... Bakal abang tiri aku tu ialah oran...
175K 10.7K 36
HAQEEM | MYROSE Kisah mengenai seorang gadis gemuk bernama Myrose Aeera yang kembali ke bumi Malaysia setelah 2 tahun dengan penampilan yang agak ber...
1M 28.4K 55
Araina Afisya seorang gadis yang mempunyai sifat yang sangat sopan, lemah lembut dan sering menghormati orang lain. Gadis penyayang? Ya. Lebih lebih...