Do You Love me?

By Syh4nn

105K 3K 1.1K

"I won't never love you." - Arif "I'll try to love you cause you're my husband"-Lily Perkahwinan atas pilih... More

🍁 Dylm 1
🍁 Dylm 2
🍁 Dylm 3
🍁 Dylm 4
🍁 Dylm 5
🍁 Dylm 6
🍁 Dylm 8
🍁 Dylm 9
🍁 Dylm 10
🍁 Dylm 11
🍁 Dylm 12
🍁 Dylm 13
🍁 Dylm 14
🍁 Dylm 15
🍁 Dylm 16
🍁 Dylm 17
🍁 Dylm 18
🍁 Dylm 19
🍁 Dylm 20
🍁 Dylm 21
🍁 Dylm 22
🍁 Dylm 23
🍁 Dylm 24
🍁 Dylm 25
🍁 Dylm 26
🍁 Dylm 27
🍁 Dylm 28
🍁 Dylm 29
🍁 Dylm 30
🍁 Dylm 31
🍁 Dylm 32
🍁 Dylm 33
🍁 Dylm 34
🍁 Dylm 35
🍁 Dylm 36
🍁 Dylm 37
🍁 Dylm 38
🍁 Dylm 39
🍁 Dylm 40
🍁 Dylm 41
🍁 Dylm 42
🍁 Dylm 43
🍁 Dylm 44
🍁 Dylm 45
🍁 Dylm 46
🍁 Dylm 47
🍁 Dylm 48
🍁 Dylm 49
🍁 Dylm 50
🍁 Dylm 51
🍁 Dylm 52
🍁 Dylm 53
🍁 Dylm 54
🍁 Dylm 55
🍁 Dylm 56
🍁 Dylm 57
🍁 Dylm 58
🍁 Dylm 59
🍁 Dylm 60
🍁 Dylm 61
🍁 Dylm 62
🍁 Dylm 63
🍁 Dylm 64
🍁 Dylm 65
🍁 Dylm 66
🍁 Dylm 67
🍁 Dylm 68
🍁 Dylm 69
🍁 Dylm 70
🍁 Dylm 71
🍁 Dylm 72
🍁 Dylm 73
🍁 Dylm 74
🍁 Dylm 75
🍁 Dylm 76
🍁 Dylm 77
🍁 Dylm 78
πŸβ€’[FINAL]β€’πŸ
🀍 β€’ DYLM SPECIAL β€’ 🀍
🀍 β€’DYLM SPECIAL 2β€’ 🀍
ANNOUNCEMENT β—πŸ€£
Tumpang lalu!

🍁 Dylm 7

2.2K 59 2
By Syh4nn


Mata dibuka perlahan-lahan. Argh sudah! Lambat bangun!

Lily bingkas bangun dari katil, bersiap-siap untuk mandi. Ish apa lah, dah jadi isteri orang pun bangun lambat lagi!

Kelihatan Arif sedang berdiri di hadapan cermin besar, menyikat rambutnya dengan rapi.

"Aik. Awak nak pergi mana dengan uniform kerja?"

"Pergi memancing."

"Eeee orang tanya betul-betul ni!"

"Haish, aku ada kelas penerbangan harini."

"Aik, dah jadi pilot pun ada kelas lagi ke?"

"Of course la. Kau pernah dengar tak pepatah, orang yang pandai adalah orang yang tidak pernah berhenti belajar. Ha aku la tu." Arif membetulkan kolar bajunya sambil tersengih bangga.

"Ngeh."

Arif menjinjing beg kerja, bersiap untuk keluar.

Lily terhegeh-hegeh bangun untuk mengejar langkah Arif.

"Awak!"

"Apa lagi?"

"Nak salam!" Lily menghulurkan kedua tangannya.

"Salam aku?" Sebelah kening Arif dijungkit, menyoal Lily dengan nada pelik.

"Iyerlah, siapa lagi!"

Tangan Arif ditarik lembut. Lily mencium perlahan tangan suaminya itu.

"Kerja elok-elok awak!"

"H-ha.Thank you. Bye." Arif teragak-agak.

Lily melambai, wajahnya riang. Bak kata Lily, mulakan harimu dengan senyuman!

Arif masuk ke dalam lif. Usai pintu lif terkatup, butang lif ditekan terus ke tingkat G. Sesekali Arif akan memandang tangannya yang menjadi mangsa sentuhan bibir ranum Lily. Dia seolah-olah memikirkan sesuatu.

"Salam erk..cis.."
Mengenangkan peristiwa tadi, membuatkan dia tersenyum sendiri. Bukannya dia tak biasa pegang tangan perempuan. Dulu sebelum kahwin, elok je pegang tangan Bella. Hari-hari pula tu, tanpa segan-silu.

Tetapi kali ini, ada perasaan lain yang bertandang di hati. Bukankah sudah menjadi lumrah dalam hubungan rumahtangga, isteri akan menyalami tangan suami? Perkara biasa, tapi kenapa rasa macam luar biasa? Adakah kerana Lily merupakan seorang yang halal baginya? Bunyinya macam pelik, tapi itulah hakikatnya.

🍁🍁🍁

Kenapa perlu bercinta?

Sedangkan pada akhirnya,kita pasti akan bersama?

Marilah,pegang tanganku,kita bina hidup baru.

Harini,esok atau nanti.Tetap akan menjadi hari kita.

Wahai mahligai cinta,kau la isteri,kau la bidadari.Di dunia mahupun di Syurga.

~I love you,sayang.

Menitis air mata, membaca ending novel kegemarannya yang bertajuk "Hanya Kau untukku"
Ni bukan kali pertama, malah sudah berkali-kali dibaca. Namun, masih tidak jemu.

"ARGHHHH SWEETNYA HUSBAND DIA!"

"KAU LAH BIDADARI DI DUNIA MAHUPUN DI SYURGA! AUCHHHHHH😭"

"EEEEEE SERONOKNYA DAPAT HUSBAND MACAM NI!"

Kuatnya jeritan Lily, tak ingat dunia. Sehinggakan guest bilik sebelah pun boleh dengar.

"I wish I could have a husband like him. But poorly, husband aku tak romantik langsung. Heh."

Lily memasang angan-angan setinggi langit. Tapi dia sedar dia cuma mampu berdiri di atas bumi. Ya, bumi yang nyata.

"Eeee kenapalah daddy suruh kahwin dengan mamat poyo tu?"

"Astaghfirullahalzim Lily! Apa kau cakap ni? Dah memang Allah jodohkan kau dengan dia. Tak baik merungut. Ya Allah, jahatnya mulut aku!"

📳(Kring kring)-phone ringing

Arif+1🙄

"Hello?" Arif memulakan bicara terlebih dahuu. Suasana di tempat Arif bising, dah macam pasar.

"Waalaikumussalam."

Arif terdiam seketika. Ha kau, tak reti bagi salam lagi. Kan dah kena setepek!

"Erk, Assalamualaikum."

"Saya dah jawab salam kan tadi."

"Ya ya aku tau!"

"Kenapa tiba-tiba call ni? Ada apa-apa yang boleh saya bantu?"

"Kau okay tak tu sorang-sorang?"

Lily melepaskan telefon sekejap. Pelik pula bila Arif tiba-tiba ambil berat tentangnya. Salah makan ubat ke? Atau otak dah kena makan zombie?

"Okay je. Kenape?"

"Tak ada pape. Just nak cakap, kat bawah katil ada hantu."

"HA? HANTUUUUU?!" Cepat-cepat Lily selubung diri dengan selimut. Meremang pula tiba-tiba Arif mention 'hantu'. Tegak terus bulu roma. Sudahlah dia seorang diri sekarang.

"Hahahahahaha aku gurau je la."

Lily membentak, dia merengus kasar. Kalau Arif ada depan dia sekarang, dah lama makan penangan tumbukan di perut. Sekali tumbuk, confirm masuk ICU.

"Ni, aku nak cakap. Kunci pintu, jangan bagi sesiapa masuk selain aku. Kau pun sama, jangan keluar pergi mana-mana. Duduk je dalam hotel tu diam-diam. Faham? Aku balik lambat sikit. Malam kot baru sampai."

"Urm...lambat sangat ke..?"

"Asal? Rindu?"

"Bukan lah! Takut lah! Ada hantu!"

"Hahahahahah padan muka kau. Dah bye aku nak sambung kerja."

"Okay awak, jangan Lupe makan-"

(Panggilan dimatikan)

Lily bengang.

"Orang belum habis cakap,dia dah letak. Eeee suami siapa la ni!"

Pesan Arif dituruti. Pintu bilik dikunci, untuk keselamatan. Memandangkan Arif pulang lewat harini, Lily harus lebih berjaga-jaga.

🍁🍁🍁

Tepat pukul 12 malam, Arif pulang ke hotel. Lama juga kelas harini, haish.

Arif membuka pintu hotel, sunyi sepi. Dia menghempaskan tubuh ke katil, penat tidak terkata.

"Awak."

"HUARGGHHH JEMBALANG!!!!!!!" Arif cepat-cepat berlari menuju ke pintu.

Terkejut beruk tengok Lily pakai telekung, dah macam hantu Jepun.

"Awak! Ni saya la!"

"Kau ni buat terkejut aku je la! Aku tengah penat ni, kau jangan macam-macam!"

Gelagat Arif betul-betul mencuit hati. Penakut mengalahkan pelakon dalam movie Scream.

"A-asal kau pakai telekung?"

"Nak solat la."

"Owh, solat apa?"

"Isyak. Lepas maghrib tadi saya tertido. Sedar-sedar je dah pukul 12. So saya terus ambik wudhu nak solat isyak. Tak tau pulak awak dah balik."

"Dah-dah takyah bebel banyak-banyak. Pergi solat."

Arif sambung baring di atas katil. Senyap-senyap ekor matanya bergerak. Dia berasa dirinya diperhatikan.

"Asal pandang-pandang aku? Tergoda?" Tegur Arif.

"Awak taknak solat sama ke?"

"Aaaaa~aku period."

"Awak! Agak-agak la nak menipu pun. Awak tu lelaki, bukannya perempuan."

Arif mendengus perlahan.
"Lantak lah. Nanti-nanti la aku solat. Aku nak tido ni, penat."

"Ya Allah, kau berilah suami aku hidayah. Aamiin." Perli Lily.

"Kalau nak doa pun, tak payah lah kuat-kuat. Pikir aku pekak ke?"

"Opsss sorry. Tak sengaja." Sekilas senyuman diberikan. Kemudian, Lily terus menunaikan solat Isyak.

Arif pula? Sudah lena dibuai mimpi.

Continue Reading

You'll Also Like

350K 19.4K 73
First story by najwain: WARNING: * CLICHE AND CRINGE STORYLINE :) * Nama watak utama bertukar atas sebab tertentu. Khairi = Khairul Natrah = Aireen...
107K 4.8K 40
Setelah 3 tahun berpisah, kini cinta Kamelia Natasha dan Aniq Syazwan berputik kembali. Aniq menjadi pelajar baharu di sekolah Kamelia kerana mendapa...
87.9K 6.6K 43
The Wattys 2018 - Pemenang Kategori Pengkarya Keperwiraan √ Gila! Tak pernah dibuat manusia yang masih waras di bumi ini, ajak kahwin hanya kerana be...
313K 14.1K 29
QAYS JAREED Ramai yang dengkikan dirinya yang dianggap sempurna. Memiliki harta di usia yang muda, sering menjadi bualan masyarakat dan seorang anak...