Siling (2020)

Od HalimaAbdulMuis

990 228 210

Mystery+Thriller *Di Sini Tempat Persembunyianku* Sebuah bungkusan asing telah menjentik rasa ingin tahu D, s... Více

Satu
Dua
Tiga
Empat
Lima
Enam
Tujuh
Lapan
Sembilan
Sepuluh
Sebelas
Dua belas
Tiga belas
Empat belas
Lima belas
Enam belas
Tujuh belas
Lapan belas
Sembilan belas
Dua puluh
Dua puluh satu
Dua puluh dua
Dua puluh tiga
Dua puluh empat
Dua puluh lima
Dua puluh enam
Dua puluh tujuh
Dua puluh lapan
Dua puluh sembilan
Tiga puluh
Tiga puluh dua
Tiga puluh tiga

Tiga Puluh Satu

0 0 0
Od HalimaAbdulMuis

Semua yang bermula pasti akan berakhir. Walau bagaimana pun, plot kisah selanjutnya pasti akan mengheret sisa-sisa cerita sebelum ini.

Benar saja, ia memang berkaitan. Perpisahan boleh terjadi antara sebentar mahu pun selamanya.

Apabila ia terjadi, ikhlaskan saja duhai hati.

"SELEPAS ini, aku akan ikut ke mana ayah aku pergi. Aku akan tinggal dengan dia... semula." D mula bercerita.

Hifza hanya mampu mengatup mulut. Perkenalan singkat sebelum ini telah membuahkan kenangan yang beraneka warna untuknya. Tipulah jika dia tidak terkesan dek kesedihan yang bakal menjengah jiwa gadisnya.

D mengeluarkan sebuah kotak baldu merah berbentuk segi empat tepat dari kocek jaketnya.

"Ini sebagai tanda perkenalan sekaligus perpisahan kita. Boleh jadi, kita dah takkan boleh berjumpa lagi, Hifza..." Benda alah itu dia suakan kepada gadis berkenaan.

Hifza meminta izin untuk membuka lalu melihat isinya. Alangkah terkejutnya dirinya tatkala melihat seutas liontin emas. Huruf D dan H menjadi penghias pada buah kalungnya pula.

Matanya kian berkaca saat melihat barang kemas tersebut. Seumur hidupnya, baru pertama kali inilah aksesori termewah yang dia pernah miliki. Sebelum ini pun, hanya barang kemas peninggalan arwah ibunda tercinta saja yang dia punya. Sayang sekali, dia tidak gemar memakainya. Rimas.

"Cantiknya. Terima... kasih, Darul Dhizwar. Mesti mahal, kan?"

Beberapa hari yang lalu, Hifza baru tahu akan nama penuh D. Berbelit jugalah lidahnya nak menyebut tapi ya sudahlah.

Lelaki itu juga sempat bercerita sedikit mengenai ayah kandungnya. Mendengar cerita saja pun, Hifza sudah tahu bahawa ayah D bukanlah orang yang berstatus rendahan.

Ingin sekali dia bertanyakan lebih lanjut perihal figura ayah lelaki di depannya kini. Tapi, dia benamkan hasratnya itu kerana tidak mahu terkesan lebih dalam jika dirinya mengetahui sesuatu yang tidak sepatutnya dia ambil tahu.

Hifza sedar, dia bukanlah siapa-siapa bagi D. Mereka berkenalan dalam situasi yang kelam-kabut. Jadi, dia memujuk diri dengan memalit sekuntum senyuman di bibirnya demi membunuh andaian yang kian tersasar jauh.

"Syukurlah kalau kau suka hadiah tu. Anggap saja huruf D itu adalah dua dan H itu pula mewakili hati..."

D dan Hifza bertatapan seketika. Mereka sengaja membiarkan suasana sedemikian berlanjutan beberapa minit sebelum tangan si lelaki menyentuh kepala si gadis yang berlapik tudung hitam itu.

"Dah, cukup. Aku dah boleh hafal bentuk muka kau sebagai kenang-kenangan bila kita berpisah nanti."

Hifza berasa lain macam. Senyuman lelaki di hadapannya itu sememangnya manis. Akan tetapi, ia terselit sebuah keterpaksaan.

Dia sendiri tidak pasti akan apakah gerangan yang telah membuat individu berkenaan seperti orang yang sedang dalam ancaman. Begitulah fikirnya.

"Aku minta maaf kalau sepanjang kebersamaan kita berdua di Pulau Batu itu telah memberi impak negatif pada diri kau. Aku gagal untuk melindungi kau macam yang ayah kau dah amanahkan pada aku..."

Tangannya jatuh ke sisi kembali, "Tapi alhamdulillah, ayah kau selamat. Kiranya, tugas aku dah selesai di sini. Aku senang dapat kenal dengan kau, Hifza. Hehe."

Seusai ayat itu dia luahkan, D berpaling untuk melangkah pergi. Namun, Hifza sempat berkata sesuatu.

"Err... D. Awak tak nak bertemu dengan ayah saya untuk kali yang terakhir?"

Pertanyaan tersebut menyebabkan D statik di situ. Tiba-tiba, kemunculan beberapa orang lelaki yang segak berkot hitam di hadapan pintu memeranjatkan kedua insan berkenaan.

"Tuan muda, ayah tuan arahkan tuan muda untuk segera kembali ke kereta. Pesawat peribadi telah kami sediakan," ujar salah seorang pengawal peribadi D pula.

D sempat mengeluh. Namun sebelum itu, dia telah membulat tekad.

"Tunggu sebentar. Aku nak jumpa seseorang," ucapnya lalu menoleh ke arah gadis di belakangnya.

"Jom, Hifza. Aku nak jumpa ayah kau untuk ucapkan salam perpisahan..."

*****

PAK HANIF memeluknya erat. Air mata lelaki tua itu berguguran jua. Setelah pelbagai kesulitan yang mereka lalui, dapat juga mereka diizinkan oleh Tuhan untuk bertemu kembali.

"Syukurlah kamu selamat, D. Pak cik fikir, kita dah takkan boleh bertemu lagi. Macam-macam yang pak cik fikir pasal kamu, nak."

"Pak cik janganlah sedih lagi. Saya pun bersyukur sangat sebab dapat jumpa pak cik lagi. Saya nak minta maaf sebelum kita berpisah lagi sekali ni, pak cik-"

"Hah, berpisah? Kamu nak pergi ke mana, D? Sambung belajar? Kerja jauh?"

Anak muda itu meleraikan pelukannya sebelum berbicara.

"Em, saya kena balik ke pangkuan keluarga kandung saya, pak cik. Saya dah jumpa ayah saya..."

"Oh, macam tu. Jadi kiranya, kamu akan pergi jauh dari sinilah, kan?"

D perlahan mengangguk. Dia berat hati sebenarnya, tapi dia terpaksa jua menuruti apa yang telah ditetapkan kepadanya.

"Saya minta maaf sebab gagal jaga anak pak cik... sewaktu di pulau tu." D berwajah mendung. Begitu juga dengan Hifza dan Pak Hanif. Hilman yang sejak tadi memerhati, hanya beriak tenang.

"Tak. Kamu dah jaga anak pak cik dengan baik sampailah dia selamat keluar dari pulau tu. Pak cik berhutang budi dan nyawa pada kamu, D."

D menggeleng laju. Kristal-kristal jernih mula bertakung di tubir mata, dia kesat pantas sebelum jatuh ke pipi.

"Pak cik jangan cakap macam tu. Pak cik tak hutang apa-apa dengan saya. Semua yang terjadi sebelum ini akan saya ingat sampai bila-bila."

"Tuan muda, ayah tuan muda dah panggil. Dah sampai masanya kita pergi..." Seorang lagi pengawal peribadinya sempat menyampuk untuk memperingatinya.

D sempat mencium tangan Pak Hanif sebelum menyatakan sesuatu, "Pak cik, nama penuh saya ialah Darul Dhizwar. Maafkan silap dan salah saya, pak cik. Kita terpaksa berpisah di sini. Terima kasih untuk segalanya."

Sekali lagi mereka berpelukan beberapa ketika sebelum dia berpesan kepada Hifza pula.

"Jaga diri baik-baik, Hifza. Kalau kita berjodoh, kita pasti akan bertemu lagi."

D berlalu pergi dari situ diiringi beberapa orang pengawal peribadinya.

Hifza masih terkejut dengan ucapan D sebentar tadi. Nampak macam formal dan biasa tapi kenapa ia seolah-olah berbekas di hatinya? Dia kebingungan.

"Susahnya nak sebut nama dia. Darul Kris, apa tah tu?"

"Darul Dhizwarlah, ayah. Darul Dhizwar..."

Mata Hifza masih melekat pada figura yang kian menjauh dari mereka. Pak Hanif sempat memerhatikan Hifza dan D secara bergantian.

Dia sembunyi senyum kerana dahulu makan garam. Bak kata orang, sekilas ikan di air, dia dah tahu jantan betinanya.

Tapi dia harus menelan pahitnya kenyataan apabila mereka terpaksa berpisah. Seperti yang anak muda itu nyatakan tadi, kalau dirinya dan Hifza berjodoh, pasti akan bertemu lagi nanti.

Sama dengan impiannya.

Tapi Pak Hanif tidak mahu menaruh harapan yang tinggi. Dia sedar status sosialnya tidak setaraf dengan keluarga anak muda itu. Jika anak gadisnya bergandingan dengan D, ibarat pipit dengan enggang gamaknya.

"Hurm. Mari kita balik, Hifza."

Hifza tersentak dan mengikut jejak langkah ayahnya untuk masuk ke dalam perut teksi.

*****

"KALAU lambat lima minit lagi tadi, ayah dah muncul dekat sana. Lama sangat kamu nak ucapkan selamat tinggal dengan dia orang."

Belum pun D selesa akan kenyataan tika ini, Albert mula bersuara yang mengakibatkan hatinya terguris.

"Itukan pertemuan terakhir, mestilah aku nak jumpa dengan dia orang tu lama-lama. Lagi pun, aku dah setuju ikut syarat kau, kan? Asalkan lepas ni, kau tak kacau keluarga tu!"

Albert tersenyum sinis di tempat duduk paling hadapan bersebelahan dengan pemandu kereta mereka.

"Sayang juga kamu dengan keluarga tu. Tepatnya lagi, kamu suka dengan budak perempuan tu, kan? Haha. Mengaku sajalah, D."

"Kau diamlah!"

"Eh, sebelum ayah terlupa. Pak cik kesayangan kamu tu pesan supaya kamu jaga diri baik-baik. Dia tak nak jumpa dengan kamu buat kali terakhir. Mungkin dia takut, dia tak boleh nak kawal tangisannya pula. Hehe."

"Dia dekat mana, sekarang?"

D baru teringat yang dia belum bertemu dengan sosok seorang ayah baginya selama ini untuk mengucapkan kata perpisahan. Dia benar-benar terlupa.

Padahal, dia nak sangat peluk dan minta ampun kepada Mior atas segala apa yang dia dah buat selama ni. Dia nak minta halalkan makan minumnya pun, dah tak sempat.

"Dia dah pergi selepas ayah cakap yang ayah akan jaga kamu selepas ni. Ayah tak tahulah dia pergi ke mana..."

"Mungkin juga, kau ugut atau ancam dia dengan sesuatu. Betul tak? Itu pasallah dia tak nak jumpa dengan aku! Hei, kau ni-"

"Ayah tak sekejam itulah. Dia sendiri yang nak pergi. Malah, dia pula yang bagi warning dekat ayah supaya jaga kamu elok-elok. Sebab bila dia tahu kamu dalam keadaan tak elok, dia sendiri yang akan rampas kamu daripada ayah..."

Hati D tersentuh. Bayangan kenangan bersama Mior bergentayangan di ruang mata.

'Pak cik, maafkan D...'

Tidak lama kemudian, mereka tiba jua di lapangan terbang. Kapal terbang mini milik Albert telah lama menantikan para penumpangnya.

1362 patah perkataan
14 Oktober 2022
09:38 pm

Pokračovat ve čtení

Mohlo by se ti líbit

248K 7.9K 65
Tengku Aryana Sofea dan Tengku Ria Emelea adalah sahabat baik dari kecil lagi begitu juga dengan kedua ibu bapa mereka..tetapi..kehidupan Tengku Arya...
68.8K 2.4K 45
[KARYA PERTAMA] [COMPLETE] [FANTASY + THRILLER] [PROSES MENGEDIT SEMULA] ‼️WARNING ‼️ (rajinkan diri anda untuk membaca) 📢Sinopsis ada di dalam. 📢...
1.1M 59.1K 57
#1st series of His Secret Status ; [ COMPLETE ] Pertemuaan antara Zaskia Melania dengan seorang jejaka di lorong madrid bagaikan dejá vu. Setiap kali...
EVE [COMPLETE] Od Violetta

Mystery / Thriller

4.6K 325 55
EVE. Arsya Althea Binti Arman Akhtar anak kacukan Indo-Malay. Siapa tidak kenal sikap kasar dan dinginnya seperti ratu ais. Arsya merupakan adik kepa...