Siling (2020)

Door HalimaAbdulMuis

990 228 210

Mystery+Thriller *Di Sini Tempat Persembunyianku* Sebuah bungkusan asing telah menjentik rasa ingin tahu D, s... Meer

Satu
Dua
Tiga
Empat
Lima
Enam
Tujuh
Lapan
Sembilan
Sepuluh
Sebelas
Dua belas
Tiga belas
Empat belas
Lima belas
Enam belas
Tujuh belas
Lapan belas
Sembilan belas
Dua puluh
Dua puluh satu
Dua puluh dua
Dua puluh tiga
Dua puluh empat
Dua puluh lima
Dua puluh enam
Dua puluh tujuh
Dua puluh lapan
Dua puluh sembilan
Tiga Puluh Satu
Tiga puluh dua
Tiga puluh tiga

Tiga puluh

2 1 0
Door HalimaAbdulMuis

Dalam keadaan yang sekarang ini, hanya satu saja jalan penyelesaiannya iaitu...

LARI!

"BAGAIMANA dengan soal siasat terhadap suspek utama kita? Ada dapat apa-apa maklumat?" tanya si ketua.

"Ada, tuan. Koby atau yang juga dikenali dengan nama Cobra pernah berkerja dengan satu badan organisasi ini. Tapi dia berkeras untuk mengunci mulut ia adalah apa. Organisasi itu di bawah naungan seseorang bernama Naz."

"Kamu tahu organisasi itu berkaitan dengan apa?"

"Tak tahu pula, tuan. Ia disebabkan suspek enggan memberi kerjasama kepada kami. Padahal soalan-soalan yang sebelum ini, lancar saja dia jawabkan. Tapi tuan jangan risau. Esok, kami akan sambung menyoal dia semula untuk mendapatkan maklumat lanjut."

"Pastikan suspek mahu menerangkan tentang apa yang telah berlaku di Pulau Batu dan juga kes penculikan kanak-kanak di bandar ini. Kalau boleh, kita ingin membanteras jenayah berkenaan sekali gus menyelesaikan semua hal yang berkaitan."

"Baiklah, tuan!"

Sebelum pertemuan itu selesai, muncul akan seorang lelaki bersama dengan beberapa orang anak buahnya.

"Maaf mengganggu tapi saya fikir, saya kena maju untuk memberi penjelasan atas semuanya..." Dengan selambanya Albert berbicara untuk menjernihkan suasana serta menghuraikan simpulan konflik dan teka-teki di saat ini.

*****

SEMINGGU KEMUDIAN

Pakaian yang tersisa di atas katil, dia masukkan ke dalam sebuah beg. Seusai itu, dia berdiri di hadapan tingkap yang terkuak sambil menikmat nyamannya wayu pagi tersebut.

"Dah siap semuanya, Hifza?" soal Hilman yang baru tiba ke ruangan itu.

Si empunya nama menoleh seraya mengangguk.

"Jom kita pergi. Ayah kamu dah tunggu tu." ajak lelaki itu pula.

Hifza menurut saja kerana dia teramat rindu akan mahligainya dan ingin meluangkan waktu dengan si ayah tercinta.

Sebelum mereka berdua beredar dari sana, muncul pula seorang lelaki yang segak dengan pakaian mewah, jaket Denim berwarna biru laut. Seluarnya juga berwarna senada. Orang itu menyapa Hifza sambil mengukirkan sebuah senyuman.

"Hm, Hifza. Boleh kita berbual sebentar?"

Hilman melihat figura itu dengan orang di sebelahnya bersilih ganti. Dia mengerti akan situasi.

"Nanti abang datang balik. Abang nak uruskan hal hospital ni dulu."

Hifza mengangguk lalu bertembung pandang sekali lagi dengan orang di hadapannya.

Langkah kaki diorak membuntuti D menuju ke sebuah tempat.

*****

"TERIMA KASIH untuk semuanya, Mior. Tapi aku nak minta maaf di atas segala apa yang telah berlaku." Albert berbicara dengan Mior untuk kali terakhirnya sebelum sebuah perpisahan rasmi terjadi.

"Macam mana dengan D? Dia boleh terimakah? Sebab semuanya berlaku secara drastik," balas Mior yang disimbah dek bah kerisauan.

Setiap peristiwa yang dia lalui bersama dengan D berlumba-lumba menari di benaknya. Dia tidak menyangka akan ada kata perpisahan buat mereka berdua, si ayah dan anak tiada sedarah.

"Dia setuju dengan semuanya..."

Mior menoleh ke arah Albert. Dahinya berlapis.

"Setuju dengan semuanya? Maksud kau?"

Albert tersenyum sebelum menyambung kata, "Dia dah mula terima semua ini dan setuju ikut pulang dengan aku. Jangan risau, aku akan jaga dia dengan baik. Sebab akukan ayah dia."

Air panas bergenang di tubir mata Mior. Dia tidak ingin berpisah dengan si anak angkat. Namun begitu, dia tidak boleh menegakkan ego dan pentingkan dirinya sendiri. Remaja tersebut bukanlah darah dagingnya jadi dia tidak berhak untuk menentang keputusan si ayah kandung.

"Kau kena pastikan dia baik-baik saja, Albert. Sebab bila aku dapat tahu yang kau hancurkan hidup D untuk kali keduanya, aku takkan pernah maafkan kau lagi. Pada masa itu, aku akan bawa D balik ke pangkuan aku. Ingat itu!" Sebuah kerelaan diputuskan tetapi ia berbalut dengan segugus ancaman.

Setelah segala kronologi dia ketahui, tipulah jika dia tidak merasakan keperitannya. Jika boleh, ingin dia tikam bertubi-tubu orang yang sedang berada dengannya tika ini angkara tingkah dangkalnya ; sanggup meletakkan si anak kandung dalam posisi terburuk dan terancam dalam hidupnya!

Albert hanya beriak biasa. Padahal, ugutan daripada Mior amat terkesan terhadapnya. Dia kena peka dengan hal itu kerana dia risau jika sesuatu yang teruk menimpa kepada D.

"Hm, aku janji akan jaga dia macam aku jaga nyawaku sendiri."

Mior berlalu tanpa membalas apa-apa. Dia juga tidak berniat untuk menemui si anak angkat buat kali terakhirnya. Jika itu terjadi, sudah pasti dirinya tidak mampu untuk berpisah dengan D. Jadi dia memutuskan untuk pergi dahulu dari situ sebelum empangan air matanya pecah tidak terbendung lebih teruk lagi.

"Pesan dekat D, jaga diri dia baik-baik."

Albert mengangguk walaupun Mior tidak berpaling lagi kepadanya.

'Semuanya dah selesai...' bisik Albert pula.

*****

FID mendepakan kedua tangannya di atas sebuah bukit. Kini, sepenuhnya dia telah bebas. Dia tidak lagi berurusan dengan K.O.D mahu pun dunia di sebalik tirai kelam mana-mana kes.

Sekali gus tidak lagi menjadi kambing hitam si ketua, Kapten Naz. Orang itu juga merupakan adik kembar kepada Kapten Tera. Baru kini dia ketahui akan perkara berkenaan.

Berpunca daripada dendamlah si adik merombak segala perihal K.O.D. Lantas impak ia membanjiri segenap pelosok keadaan.

Kebenaran terpecahkan di saat-saat akhir sehingga dia memutuskan untuk cuci tangan, tidak ingin lagi menceburkan diri dalam kawah berlumpur seperti sebelum ini.

Dia benar-benar bebas daripada beban serta mimpi ngeri. Namun, benaknya tiba-tiba saja disobek dengan dua orang figura.

'Budak D dengan Hifza tu... kuharap dia orang berdua baik-baik saja.'

*****

'Ini ayah, Lian. Ayah masih hidup. Maafkan ayah.'

Masih terngiang-ngiang akan hal itu di minda Lian. Entah dia ingin bereaksi bagaimana lagi, antara gembira dan berduka.

Boleh dikatakan kedua rasa itu berbaur sama angkara sebuah kebenaran.

'Ayah tak berniat nak buat macam ni, Lian. Tapi ini demi tugas ayah dan supaya kamu selalu dalam keadaan selamat...'

Keluhan berat terluah dari mulut anak muda itu. Dia mendongak menatap langit cerah. Menghadam bulat-bulat akan semuanya bukanlah mudah. Ia sulit sekali.

'Gelang yang ayah pakai tu, telah dipinjam oleh kawan ayah sewaktu di atas kapal. Entah mengapa gara-gara tragedi letupan tu, pihak polis mengesahkan bahawa dia adalah ayah. Padahal, ayah sempat terjun ke dalam laut sebelum semuanya terlambat. Ayah terselamat, Lian!'

Walaupun L selamat daripada nahas yang mematikan itu, tetapi tubuhnya tidaklah sesempurna mana. Sehingga menyebabkan dia terpaksa menjalani sebuah operasi pembedahan plastik.

Wajah baharu si ayah tidak dapat dia terima kerana ia tampak lebih muda daripada usia sebenar L. Lebih tepatnya lagi, L seperti orang yang sebaya dengan anaknya sendiri. Maka, semakinlah Lian menjadi 'gila' akan perihal itu.

Tetapi, gumpalan kerisauan serta jutaan rasa yang bertompok tersebut lenyap dengan sebuah keputusan darah mereka berdua.

Benar sekali, mereka adalah sedarah. Kekeliruan terpatahkan jua. Kini, dia belajar untuk menerima hakikat.

Kesempatan kedua ini akan dia jalani dengan sebaiknya! Begitu tekad Lian.

"Lian, jom kita pergi memancing!" jerit L dari kejauhan.

Lian berpaling. Kelihatannya si ayah telah membawa beberapa perkakas untuk memancing sembari senyuman kesenangan bergayutan di bibirnya.

Lian tersenyum sendiri. Kemudian, dia berlalu ke arah L.

"Jom. Tapi Lian ada taruhannya. Sesiapa di antara kita yang dapat bilangan ikan sedikit, orang itu yang akan memasak! Setuju, ayah?"

L menaikkan ibunya tanda cabaran disahut tanpa berfikir dua kali.

"Tak kisah. Asalkan ayah dapat luangkan waktu ayah bersama dengan anak bujang ayah ini."

Lian mencebik.

"Lian tak nak ayah panggil Lian dengan gelaran 'anak'. Sebab muka ayah yang sekarang ni macam orang yang sebaya dengan Lian..."

"Haha. Sampai macam tu sekali? Atau pun Lian cemburu dengan ketampanan ayah yang awet muda ni?"

"Aish, ayah ni kan. Perasan!"

"Okeylah. Jom kita gerak!"

Kedua beranak berkenaan sakan bersenda gurau. Semoga dengan cara ini, waktu-waktu yang tersisa dapat dimanfaatkan untuk memahat kenangan bersama orang tersayang.

*****

GARI yang melingkar di tangan itu dia pandang dengan pandangan kosong. Air matanya kontang sebaik sahaja mandatori dijatuhkan kepadanya.

Semangat hidupnya digilis lumat. Seolah-olah dirinya tika ini adalah seorang mayat hidup, semua perkara tidak berkeinginan dia lakukan. Waima untuk menyuap sebutir nasi ke dalam mulut, segalanya percuma sia.

Nafsu makannya telah mati!

Bunyi derap beberapa tapak kasut kedengaran menghampiri si pesalah sebelum sebuah suara memancing dirinya untuk mengangkat wajah.

"Majid, maafkan aku..."

Sembab pada mata orang yang dikenali sebagai Majid itu kelihatan. Berpunca daripada luahan kekesalannya. Sedangkan dia tidak mampu untuk membalas apa-apa. Ibarat mulutnya dijahit kemas. Dia hanya menanti bait aksara seterusnya sehingga orang yang juga bergari itu berpuas hati.

"Akulah punca semua ini terjadi. Aku telah memanfaatkan semua orang, bukan kau seorang saja. Jadi, inilah hukuman yang aku dapat. Sama seperti dirimu, Majid!"

Jeda.

Mereka diberi masa untuk berbicara empat mata sebelum waktu hukuman dijatuhkan.

"Macam yang aku bagitahu pada kau sebelum ini, Mior itu bukanlah nama asliku. Melainkan Koby atau dikenali sebagai Cobra. Aku tahu, aku telah membuat kesilapan yang besar dan mengheret semua orang ke dalam kesumatku! Maafkan aku lagi sekali, Majid."

Majid masih sama, tiada merespon apa-apa. Perbuatan terkejam yang dia lakukan selama berbelas tahun lalu, membuat dia terhambat dengan ketakutan dan tangisan penyesalan. Malang sekali, segalanya telah terlambat. Masa tidak dapat dia undurkan.

Panggilan TM atau Tuan Majid itu sudah tidak bererti kepadanya lagi. Lihat saja dirinya kini, berada dalam sebuah kamar yang di kelilingi akan jeriji besi.

"Akulah silap, Majid. Tanpa usul periksa dengan lebih detail, sebuah keluarga terbunuh angkara sebuah typo. Maafkan aku, Majid. Akulah yang bersalah dari awal sampailah akhir."

Koby meraup wajahnya seketika, kesal di atas segala kecuaian dan kesalahfahamannya sebelum ini. Sehingga ia mengakibatkan, seluruh penduduk di Pulau Batu menerima nasib malang.

Pembantaian besar-besaran!

"Cobra..." Akhirnya, Majid bersuara jua.

Koby menghentikan perbuatannya lalu bersabung mata dengan orang di hadapannya.

"Majid?"

"Aku tak perlu bersusah-payah untuk membunuh kau, sebab selepas aku, giliran kau pula yang akan menyusul."

Majid berdiri sebelum dia dibawa keluar dari ruangan itu.

Tinggallah Cobra menangisi segalanya.

'Ini semua salah aku! Kenapa aku tak siasat betul-betul? Lelaki yang bernama Aizat itulah aku cari bukannya Izzat. Dia tak ada kena-mengena dengan sisi gelap K.O.D.'

Benar. Angkara sebuah kesilapan teknikal pada biodata orang yang bertugas menganalisa bahan toksik sebagai senjata pembunuhan, Koby telah mengakibatkan ramai nyawa yang tidak berdosa menemui ajalnya dengan penuh tragis.

Mungkin benar, ada impak positif akan kesilapannya di kala itu juga. Dia dapat mengetahui sisi gelap organisasi tempatnya berkerja.

"Kau takut... nak mati, Cobra?" Soalan itu tiba-tiba muncul apabila Majid berpaling ke belakang buat seketika.

Si empunya nama rasa terpukul. Hanya airmata yang tidak berhenti mengalir sebagai jawapannya.

Majid sedar, mereka punya sesalan yang sama. Di sepanjang perjalanan menuju ke tali gantung, dirinya dibayangi pelbagai kenangan mengenai penduduk Pulau Batu.

Sebaik sahaja kain hitam tersarung di kepala dan seutas tali bersaiz seserhana besar melingkari lehernya, Majid menangis tersedu-sedan.

Beberapa saat kemudian, arahan  pun dilaksanakan.

1700 patah perkataan
14 Oktober 2022
04:32 pm

















Ga verder met lezen

Dit interesseert je vast

341K 13.2K 61
🌸🌸🌸🌸 "Sanggup ke Cik Maya bercinta dengan lelaki biasa macam Faris tu? Dia siapa? Anggota polis biasa, Cik Maya pula? Satu Malaysia kenal Cik Ma...
397K 34.6K 56
Series 1 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. Dia bukan sesiapa, Dia tiada agama, Dia dahagak...
5.6K 187 51
Melia Trisya seorang pelajar universiti di Perak. Seorang yang ceria, sabar dan aktif. Dalam masa yang sama dia merasakan semua tindak tanduknya dipe...
276K 42.7K 42
"membongkar rahsia yang terselindung" Bermula dari kematian Tuan Mustakim, segalanya berubah untuk Irdina. Syarikat Rangkasa hilang punca. Irdina dia...