My Musuh My Love [Edit]

De MissAriesV

284K 13.6K 1.1K

[ ①ⓢⓣ Ⓝⓞⓥⓔⓛ ] Dijodohkan dengan musuh sendiri? Itulah yang dialami oleh Ezly Merquez dan Arissa. "Musuh tetap... Mais

BAB 1✔️
BAB 2✔️
BAB 3✔️
BAB 4✔️
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
thanks readers🦋
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
EPILOG

BAB 16

3.4K 205 18
De MissAriesV

Hari yang dinanti nantikan Arissa pun tiba, kini dia sudah berdiri betul betul di hadapan bangunan Taza Holding, tidak sabar rasanya dia ingin memulakan kerja.

Kaki diatur menuju ke lift, butang  8 ditekan, apabila lift terbuka Arissa melangkah keluar, jantungnya mula memaikan rentak lagu rock.

"Assalamualaikum cik, ada yang saya boleh bantu."Tegur seorang wanita kepada Arissa, dengan cepat Arissa mengangguk.

"Waalaikumsalam, saya datang ni nak temu duga."Balas Arissa lembut.

Wanita itu mengangguk."Hai kenalkan saya Suzi, PA Tuan Ez, kamu ni Arissa kan."Tanya Suzi. "Iya saya."Ucap Arissa sambil menghulurkan tangan untuk bersalam, Suzi menyambut huluran itu.

"Tuan Ez dah tunggu tu, jom ikut saya."Arissa menurut, Suzi berhenti di hadapan sebuah pintu bilik, pintu itu ada terlulis nama Ezly Merquez.

Chief Executive officer[CEO]
Ezly Merquez Bin Azahar

Suzi mengetuk daun pintu, apabila sudah mendapat keizinan untuk masuk, tombol pintu dipulas, Arissa juga turut ikut bersama.

"Tuan, cik Arissa dah sampai."Ezly Merquez yang sedang bersandar pada kerusi terus memandang ke arah Suzi.

"Okey thanks, kau boleh keluar."Suzi menunduk hormat kepada Ezly Merquez sebelum berlalu keluar.

Aik dah macam orang jepun dah aku tengok kak suzi ni.Monolog Arissa.

"Come sayang."Bagaikan mahu tercabut anak tekak Arissa mendengar Ezly Merquez mengelarnya sayang, dah kenapa mamat ni, dah terlebih makan ubat ke?

Arissa mendekati Ezly Merquez, teragak agak dia untuk duduk."Duduk jelah, tak patah pun kerusi tu kalau kau duduk."Dengan berhati hati Arissa duduk di kerusi itu.

"Kau ingat lagikan apa yang aku pesan."Arissa mengangguk, masuk hari ini sudah lebih 10 kali Ezly Merquez mengingatkannya. "Jangan angguk je, cuba kau cakap dekat aku apa yang aku pesan."

"Emm jangan masuk campur urusan awak, dan jangan mengaku kita suami isteri."

"Baguslah kalau kau masih ingat, and lagi satu, panggil aku tuan." "Kau faham tak?"Arissa dengan cepat menggngguk, sakit pula kepala ni dari tadi asyik mengangguk ke.

Interkom ditekan."Suzi masuk bilik aku kejap."Arahnya, beberapa saat kemudian kedengaran ketukan daripada pintu.

"Masuk."

"Aku nak kau tunjuk kat cik Arissa tempat dia."Arah Ezly Merquez. "Baik Tuan."Suzi menurut.

"Jom cik."Arissa tersenyum lalu mengikut langkah Suzi.

"Okey baiklah cik Arissa, selamat datang ke
Syarikat Taza holding, ini tempat awak, selamat berkerja." Ucap Suzi ramah.

Mereka kini berada di sebuah meja kabikel paling hadapan, meja itu dilengkapi dengan kemudahan komputer.

"Terima kasih kak Suzi."

"Sama-sama, nanti kalau ada yang Cik Arissa tak faham boleh tanya dengan saya."

"Emm, kak Suzi panggil Arissa atau Ris je, seganlah panggilan cik ni."Balas Arissa dengan senyuman malu.

Suzi pula sudah tersemyum lalu menganguk."Okeylah kalau macam tu, Kak Suzi pergi sambumg kerja dulu."Kata Suzi meminta diri.

........

Arissa mengangkat kepala apabila ada gerangan yang menegurnya.

Mahu sahaja terkeluar jantungnya apabila melihat seorang lelaki berkemeja putih sedang merenung ke arahnya.

"Assalamualaikum, awak ni pekerja baru ke?"Tanya lelaki itu sambil meletakkan tanggannya diletakkan di kubikel.

"Hai kenalkan saya Fakrul."Lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Fakrul menghulurkan tangannya kepada Arissa.

"M-maaf."

"Ehh sorry lupa."Lelaki itu tersenyum malu lalu memasukkan semula tangannya pada poket seluar.

"Tak apa."Senyuman lelaki itu dibalas dengan senyuman manis. "Nama awak siapa?"Tanya lelaki itu lagi.

"Nama saya Arissa."Fakrul mengamgguk.

"Nama penuh awak?"

Eh mamat seekor ni.Desis hati Arissa.

"Arissa Arzanuha."

"Awak memang dilahirkan dengan tak ada nama bapa ke?"

Ehh dah kenapa mamat seekor ni, muka macam minta selipar.Monolog Arissa.

"Hehe, Arissa Arzanuha Binti Mohd Ismail."Beritahu Arissa.

"Wow terima kasih." Arissa mengerutkan dahi, hairan dengan Fakrul yang tiba tiba sahaja mengucapkan terima kasih kepadanya. "Sebab bagitahu nama penuh awak, akad nikah nanti taklah susah saya nak sebut nama awak."Sambung Fakrul, kata kata Fakrul disambut tawa oleh Arissa.

"Awak ni kelakarlah, kalau girlfriend awak dengar mendapat awak tamparan."Bebel Arissa bersama sisa tawa.

"Macam mana pula girlfriend saya marah, saya ni single, itulah sebabnya saya nak pikat awak."

"Amboi berdating korang sini kan, Fakrul aku dah berjam aku tunggu kau, fail tu mana."Terkejut dengan suara Ezly Merquez, Fakrul terus berdiri tegak, Arissa pula cepat cepat sibuk dengan helaian dokumen.

"Ada kat saya, maaf tuan, nampak bakal isteri itulah jammed."Kata Fakrul tanpa bertapis.

"Fail tu mana?"Fakrul segera menghulurkan Fail berwarna biru kepada Ezly Merquez. "Sambung kerja, jangan nak berdating, kalau nak berdating, lepas habis kerja." Fakrul mengangguk lalu cepat cepat beredar dari situ.

"Kejapnya dapat jantan, kalau kau nak berjoli dengan mamat tu pergilah, tapi bukan masa kerja."Sinis Ezly Merquez.

.......


Kertas kertas yang barada di atas meja kerja disusun, sudah tiba masanya untuk pulang ke rumah, handbag dipakai lalu kaki diatur menuju ke dalam lift.

Baru sahaja Arissa ingin menekan butang lift, Fakrul lebih cepat menekannya.

"Masuklah."Pelawa Fakrul, walupun masih berasa kekok, Arissa turuti juga, dia harus sampai ke perhentian bas, kalau lambat sampai dia pasti ketinggalan teksi.

Arissa dan Fakrul sama sama mendiamkan di dalam lift.

Arissa mengatur langkah untuk keluar apabila pintu lift sudah terbuka.

"Arissa, awak balik dengan siapa?"

"Saya balik dengan teksi?"Fakrul mengangguk, rasanya inilah masa yang sesuai untuk di berkenalan dengan Arissa.

"Apa kata awak ikut saya balik."Membutang terus mata Arissa, mamat ni biar betul. "Err maksud saya, apa kata saya tumpangkan awak."Fakrul membetulkan ayatnya.

"Tak apalah, saya boleh balik dengan teksi."Arissa sudah berura ura mahu pergi, tetapi dengan cepat Fakrul memegang pergelangan tangan Arissa.

Arissa yang terkejut dengan tindakan Fakrul terus menarik lengannya daripada dipegang oleh lelaki itu.

Fakrul yang merasa tindakannya itu bersalah terus meminta maaf."Maaf saya tak sengaja."Belakang tengkuk digosok.

"Saya balik dulu, takut umi saya marah."Bohong Arissa, mana mungkin dia mengatakan yang dia sudah berkahwin, kang kalau Fakrul tanya nama suami kan naya.

"Okey, Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam."Setelah membalas salam lelaki itu, Arissa terus berlalu meninggalkan lelaki itu, jam di pergelangan tangan ditiliknya, dia harus sampai ke rumah sebelum maghrib.

........

Puan  Sabrina memandang ke arah suaminya, lelaki berumur itu kelihatan tenang menghirup kopi buatan isterinya sambil sebelah tangan membaca surat khabar.

Puan Sabrina melepaskan keluhan apabila suaminya seperti tidak mahu melayannya.

"Abang ni, orang tengah risau boleh pula abang baca surat khabar."Encik Ismail meletakkan surat khabarnya di atas meja, wajah isterinya yang seperti memikirkan masalah negara dipandang."Awak ni dah kenapa? Risaukan apa?"

"Saya tengah fikir tentang angah ni, elok ke diorang tu, pandai ke angah tu layan suami?"

"Awak janganlah risau."

"Macam mana saya tak risau bang, dah seminggu diorang kahwin, seminggu tu juga angah tak pernah call saya, macam manalah saya tak risau."

"Angah sibuk tu, apa kata awak je call dia."Puan Sabrina mengangguk setujuh, dia naik ke biliknya, telefon diambil.

.........

Telekung yang baru dipakainya tadi dilipat lalu dimasukkan ke dalam almari, telefon yang berdering minta diangat diambil, melihat sahaja nama pemanggil sudah membuatnya senyum sampai ke telinga.

Myumilove❤

"Ahh rindunya angah dengam umi."Arissa sudah membuat wajah ceria, kalau uminya ada di hadapannya pasti tubuh itu sudah dipeluk dan dicium.

"Assalamualaikum, tak reti nak bagi salam ke."

"Hehe, waalaikumsalam umi, maaflah angah terlebih excited bila dengar suara umi."Tempelak Arissa.

"Kalau rindu, kenapa tak pandai call."Terdengar keluhan di bibir puan Sabrina.

"Mi dispiace."Kata Arissa dalam bahasa Italy.

"Apa? mie basi?"Puan Sabrina yang tidak memahami maksud itu sudah mengerutkan kening, entah bahasa apalah yang dipakai oleh anaknya itu.

"Ehhh umi ni, bukan mi basilah, maksud dia, saya minta maaf."Perkataan saya minta maaf ditekan, ada ke patut cakap mi basi.

"Hm kamu ni dah dahlah tu cakap korea, umi tak faham."Arissa menepuk dahinya, apakah? Bahasa korea? Tersangatlah jauh bahasa korea dengan italy.

"Ehh apa umi ni, itu bahasa italylah, bahasa korea lain."Arissa cuba membetulkan yang salah.

"Yela umi mi basi."Arissa memuncungkan bibirnya, sakit hatinya apabila uminya mempermaikan bahasa italy.

"Umi Mi dispiace lah, bukan mi basi."

"Yela yela."Arissa sudah tersenyum kemenangan.

"Bila angah nak balik sini? Umi rindu sangat dengan angah."Kedengeran sayu sahaja nada suara puan Sabrina, Arissa yang mendengar nada sedih uminya juga turut ikut sedih, dia juga merindui umi dan abahnya.

"Nanti angah tanya Ez, kalau dia tak sibuk, angah baliklah jenguk umi dengan abah."Pujuk Arissa.

"Okeylah kalau macam tu, umi letak dulu tau, ingat pesan umi, dengar cakap suami, jangan melawan."Pesannya.

"Assalamualaikum."Setelah membalas salam daripada uminya panggilan pun ditamatkan.

Langsir dibuka, kereta Ezly Merquez masih belum kelihatan, pasti lelaki itu masih berada di kelab malam.

"Ya Allah sedarkanlah suamiku Ya Allah, tunjukkanlah dia jalan yang benar Ya Allah."Doa Arissa, walaupun Ezly Merquez membencinya, dia tidak pernah berhenti untuk mendoakan suaminya, dia berharap agar suaminya kembali ke jalan yang benar.

HEY AUTHOR BELANJA MAMAT ITALY PIC ITALY MIX SWITZERLAND🇮🇹🇨🇭
IG:KRIS8

BY THE WAY AUTHOR TAK MINAT ITALY. AUTHOR PUN TAK TAHULAH KENAPA ARISSA NI MINTA SANGAT KAT ITALY😖

ARISSA: SUKA HATI SAYALAH NAK MINTA ITALY, KENAPA AWAK CEMBURU KE?

AUTHOR: GANAS JUGA AWAK NI RIS, JANGANLAH GANAS SANGAT, ADA READERS NI, AWAK NAK KE READERS BENCI KAT AWAK, AWAK NAK KE?

EZLY MERQUEZ: PEREMPUAN TU MEMAMG GANAS, AKU PUN TAK TAHULAH MACAM MANA MAMA AKU BOLEH SURUH AKU KAHWIN DENGAN PEREMPUAN NI.

NATRIA: BETUL TU SAYANG, I PUN HAIRAN DENGAN MAMA YOU, I YANG CANTIK NI YANG SEPATUTNYA JADI WIFE YOU.

AUTHOR: STOP! KALAU NAK GADUH BUKAN SINI, AKU HEMPUK KEPALA KORANG DENGAN PERIUK HITAM AUTHOR.

NURUL: HEY EZ, YOU MASIH INGAT SAYA TAK?

KRIK KRIK
SIAPA NURUL NI? ADA LAGI KE YANG INGAT MINAH NURUL NI?

[VOTE]
[COMMEMT]

Continue lendo

Você também vai gostar

79.4K 8.9K 16
"Airis dah terlanjur dan sekarang Airis mengandung." Siapakah yang menanggung semua ini jikalau bukan gadis muda ni. Belum sempat Airis memberitahu p...
883K 28.7K 68
Fayadh Omar , mempunyai sifat dingin dan tidak suka membuang masa dengan perkara yang baginya tidak berfaedah seperti 'perempuan'. Baginya mempunyai...
1M 28.4K 55
Araina Afisya seorang gadis yang mempunyai sifat yang sangat sopan, lemah lembut dan sering menghormati orang lain. Gadis penyayang? Ya. Lebih lebih...
175K 10.7K 36
HAQEEM | MYROSE Kisah mengenai seorang gadis gemuk bernama Myrose Aeera yang kembali ke bumi Malaysia setelah 2 tahun dengan penampilan yang agak ber...