[ C ] DENDAM CINTA ✓

By ivylunaaa

103K 6.8K 2.5K

- REVENGE HAUNTS , LOVE PREYS ON - "Zarith ! Aku dengan kau hanya sekadar kawan , tak lebih daripada tu" "T... More

꧁ I N T R O D U C T I O N ꧂
DC | 01 - KAWAN
DC | 02 - KENYATAAN TAK DIDUGA
DC | 03 - PERJUMPAAN
DC | 04 - KEPUTUSAN
DC | 05 - MUKTAMAD
DC | 06 - HARI PERKAHWINAN
DC | 07 - STOR
DC | 08 - MALAM PERTAMA
DC | 09 - SEPUPU
DC | 10 - MIMPI
DC | 11 - BERANGKAT
DC | 12 - KEJUTAN
DC | 13 - HONEYMOON
DC | 14 - HILANG
DC | 15 - PULANG
DC | 16 - KEJUTAN : HIZLAN
DC | 17 - TOPENG
DC | 18 - KANTOI
DC | 19 - KELUAR
DC | 20 - HAMPIR
DC | 21 - JUMPA
DC | 22 - HOUSE TOUR
DC | 23 - AISHAH
DC | 24 - GAMBAR
DC | 25 - SIAPA DIA ?
DC | 26 - MAYAT
DC | 27 - KEJAM
DC | 28 - HAMPIR LEMAS
DC | 29 - LUKA
DC | 30 - TANGIS
DC | 31 - TERKEJUT
DC | 32 - PERTENGKARAN
DC | 33 - BERUBAH
DC | 34 - TIDAK SEMPAT
DC | 35 - AGRESIF
DC | 36 - RAHSIA SEBENAR
DC | 38 - PENAT
DC | 39 - ORANG BARU
DC | 40 - KES SEBENAR
DC | 41 - BERPAKAT
DC | 42 - BERJUMPA
DC | 43 - PUTUS
DC |44 - BERDUA
DC | 45 - BERKORBAN
DC | 46 - CEMBURU
DC | 47 - MASIH ADA HARAPAN
DC | 48 - TERSENTUH HATI
DC | 49 - TERSEKAT
DC | 50 - TITIPAN AKHIR
DC | 51 - TAKDIR
DC | 52 - HATI PERASAAN
DC | 53 - PERGI
DC | 54 - PERMINTAAN MAMA
DC | 55 - LAMARAN
DC | 56 - BAHAGIA YANG KU INGINKAN
DC | 57 - AKU RELAKAN
AUTHOR'S NOTE ©

DC | 37 - BERPISAH

2.2K 125 102
By ivylunaaa

"MAMA, betul ke apa yang Del cakap ?", soal Zarith masih ragu-ragu untuk percaya.
Dia tidak pernah menyangka bahawa mamanya seorang pembunuh yang selama ini dirahsiakan.

Dahi Aishah sudah berkerut bersama mata yang terbeliak.

"No ! Apa yang perempuan ni cakap semua tak betul. Kamu jangan percaya dia Zarith, dia ni reka cerita je", pandai pula wanita tua ini menafikan.

"Dia ni pembohong !", jerit Aishah lagi.

"Ma, Del bukan macam tu. Dia bukan seorang yang suka membohong. Zarith kenal dia ma...", kata Zarith. Mata Aishah ditatap dalam-dalam. Jelas mata wanita yang berusia 40-an itu bergetar seperti sedang berada dalam ketakutan.

"Kalau abang cakap kak Adelia bukan seorang yang pembohong, habis tu kenapa abang tak percaya masa kak Adelia cakap bukan dia yang tolak kak Aileen ?", bidas Mizan membuatkan Zarith terdiam. Adelia bersyukur masih ada Mizan yang berpihak kepadanya.

Rambut berwarna hitam asli itu diraup kasar. Fikiran Zarith mula kusut dengan pelbagai kenyataan yang dibongkarkan. Dia tidak tahu harus percaya yang mana satu sama ada percaya Adelia atau percaya kepada mamanya.

"Zarith, mama yang lahirkan kamu. Kamu sepatutnya percaya mama, bukan percaya pada perempuan yang entah datang dari mana ni", Aishah mula menggunakan kuasa vetonya sebagai seorang ibu.

Zarith memejam mata dan berfikir sejenak.

"Adelia, aku tak tahu kau menipu ke tak sekarang ni...tapi apa yang kau kata dekat mama dan papa terlalu berat untuk aku terima. Dan aku tak rasa kematian mak ayah kau disebabkan mama dan papa. Itu semua takdir , kau tak boleh nak salahkan orang lain !", kata Zarith. Memang payah untuk dia terima kenyataan yang dilontarkan kepada mama dan papanya.

"What ? Takdir ? Macam tu je awak cakap ?", Adelia tidak puas hati. Senang-senang dia kata kematian orang tuanya adalah takdir ?

Aishah tersenyum sinis melihat Zarith lebih membela dia daripada Adelia.

"Dah tu kematian Ail--"

Pangg !!

Sekali lagi pipi Adelia ditampar oleh Zarith. Semua terkejut.

"Kau jangan sesekali nak samakan kematian Aileen dengan kematian mak ayah kau...", tangan yang dituding ke arah muka Adelia terketar-ketar. Sama juga dengan bibirnya saat mengungkapkan ayat itu.

Adelia terkedu. Sekali lagi dia menampar aku ?

"Kematian Aileen...disebabkan kau ! Kalau kau tak tolak...dia takkan mati !", Zarith menolak kepala Adelia membuatkan wanita itu terundur ke belakang.

Adelia tidak mahu kalah. Kali ini dia melawan kembali.

"Zarith awak sedar tak kematian Aileen tu semuanya berpunca daripada awak ! Sikap awak...perangai awak yang playboy tu buatkan dia tertekan sehingga lah dia nekad nak bunuh diri ! Semua ni salah awak !", teriak Adelia.

"Arwah tu tertekan dengan perangai awak...Awak kaki perempuan, Zarith ! Takkan awak tak fikir langsung perasaan dia bila awak melayan perempuan lain ?", bentak Adelia sungguh-sungguh.

"Oh lupa...awak memang tak reti menghargai kan. Sedangkan masa saya ada pun awak masih buat perangai yang tak senonoh dengan perempuan lain. Lelaki jenis apa awak ni ? Salah sendiri tapi letakkan kepada saya !"

"Awak...dengan mak awak, sama je ! Kesalahan sendiri korang simpan lepastu salahkan orang lain !", habis terkeluar dari mulut Adelia. Selama ini dia cukup bersabar melayan karenah dan tuduhan dari mereka semua.

Pangg !!

Kali ketiga Zarith menampar pipi Adelia dengan perasaan marah yang membuak-buak.

"Tiga kali aw--"

Pangg !!

Kali keempat...

Cecair hangat turun membasahi pipi Adelia yang sudah kemerahan. Dia memegang pipinya lalu mengangkat semula muka menghadap Zarith.

"Ok fine...kalau awak dah tak percaya saya...kalau awak dah benci sangat dekat saya...", Adelia berhenti seketika. Mata Zarith ditenung dalam. Dia menarik nafas sebelum menyambung semula.

"...izinkan saya keluar daripada rumah ni"

"Kau nak keluar ? Keluar lah ! Aku pun dah semak la dengan perangai kau yang acah acah baik tu !", balas Zarith sambil tangannya membuat gaya seperti sedang menghalau Adelia.

Adelia tidak terkejut dengan jawapan Zarith kerana memang itu yang dia inginkan. Setelah lama bertahan dengan mereka semua, hari ini Adelia tidak mampu lagi untuk terus bersabar.

Kaki diangkat setapak ke hadapan.

"Tapi...lepaskan saya dulu...", kata Adelia perlahan.

"Lepas ? Maksudnya...cerai kan ?", Mizan sudah khuatir dengan situasi sekarang. Apa lagi yang bakal terjadi ni.

"Lepas ? Kau nak aku lepaskan kau ?", Zarith mengulang kembali ayat itu.

"Ya , lepaskan saya...ceraikan saya ! Saya dah tak sanggup nak hadap semua ni. Saya dah letih nak hadap manusia yang tak pernah fikirkan perasaan orang lain ! Saya dah penat !", jerit Adelia bersama tangisannya.

Zarith membisu. Dia cuba berfikir untuk mendapatkan keputusan yang tepat namun angkara perasaan marah dan benci terhadap Adelia sudah tidak dapat dibendung saat itu, syaitan mula menguasai fikirannya.

"Baiklah, kalau itu yang kau nak..."

Zarith berhenti dan menarik nafas dalam-dalam.

"Adelia Atheena binti Johan, aku ce--"

Bedebuk !!

Belum sempat Zarith menghabiskan lafaz itu, tubuhnya ditolak jatuh ke atas lantai.

"Apa ni Mizan ?!", soal Zarith menolak semula Mizan yang jatuh di atasnya. Mizan bangun lalu membetulkan pakaiannya.

"Apa kau buat ni bang ? Kau tak boleh buat keputusan dalam keadaan marah marah macam ni...sebab tu bukan diri kau yang sebenar !", tegas Mizan sekali gus menghalang Zarith dari mengucapkan lafaz cerai tadi.

"Mizan, biar la abang kamu buat keputusan dia sendiri. Kita tak boleh masuk campur, ni urusan rumah tangga dia dan perempuan tu", ujar Aishah menyokong dengan tindakan Zarith yang ingin menceraikan wanita itu.

Adelia menangis teresak-esak. Hampir sahaja dia diceraikan. Lantas dia mengambil beg yang diletakkan di atas meja dan terus mengatur langkah untuk keluar dari rumah itu.

Namun langkahnya terhenti apabila suara Zarith menyapa gegendang telinganya.

"Adelia Atheena binti Johan, aku ceraikan kau dengan talak satu...", pantas Zarith melafazkan ayat itu takut dihalang sekali lagi.

Terbuntang mata Mizan, Aliya, Aishah dan Hizlan mendengarkan apa yang baru sahaja diucap oleh Zarith.

Adelia berdiri kaku di hadapan pintu utama rumah itu. Air matanya mengalir laju saat dia dia mendengar lafaz cerai itu tadi. Hatinya remuk, ditusuk sembilu. Detak jantungnya terasa seperti sudah berhenti.

Akhirnya berpisah jua Adelia dan Zarith setelah sekian lama berusaha membina masjid yang tidak pernah kukuh.

Tanpa memandang ke belakang, Adelia meneruskan langkahnya dengan hati yang sayu. Matanya dipejam mengalirkan lagi air mata.

Mizan hanya bisa melihat dan tidak mampu berbuat apa-apa. Talak sudah dijatuhkan, tiada lagi yang dapat diselamatkan. Dia tidak menyangka Zarith sanggup membuang orang yang paling bernilai dari hidupnya.

Aishah menghampiri Zarith yang sudah terduduk setelah menunaikan permintaan Adelia. Dia menepuk tangan lalu berkata, "finally my dear, you dah ceraikan perempuan pembawa bala dari keluarga kita. Good job ! Mama support keputusan kamu".

Tanpa disedari, Mizan juga mengalirkan air mata kerana terkesima dengan apa yang sudah berlaku. Sekelip mata Adelia dan Zarith berkahwin, sekelip mata juga mereka berpisah.

- B E R S A M B U N G -

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

hi , i'm done for this chapter , hope you guys like it and VOTE for this chap  ok . Give me support for another chap <3 .

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Continue Reading

You'll Also Like

393K 23.7K 64
𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧 Percaya? Percayakah dia pada namanya cinta. Setelah cinta yang bertahun-tahun lamanya dip...
850K 28.1K 72
MEGAT HARITH × AULIA HUMAIRA Megat Harith dan Aulia Humaira disatukan tanpa dirancang semuanya bermula apabila kedua dua insan ini ditinggalkan oleh...
170K 14.3K 130
Syed Taufiq Cazran. Umpama siluman serigala suatu ketika dahulu. Panahan matanya mampu melumpuhkan musuh-musuhnya. Bahkan keluarganya sendiri gerun a...
13.5K 564 32
Naura alaisya dan Naira Akasya sepasang kembar seiras namun berbeza perwatakannya. Seorang lemah lembut.Seorang lagi kasar. Kasih sayang keluarga san...