HEARNE CYRENE

By sixthmel

2K 531 368

🌹 gorgeous cover by @imEdzza 🌹 - MY FIRST STORY - Luka. Harus kau tahu parut itu kekal abadi. Sakit. Diting... More

Meaning Of The Title
PROLOGUE
1 | Qayish
2 | Dayyin
3 | Charity
4 | New?
5 | Real Torture
6 | Ivanna
7 | Go Back...
8 | Troublemaker
9 | Frustrate
10 | Skip
11 | A Gift
12 | Permission
13 | Illogical
14 | Moral of Story
15 | Met
16 | First Evening
17 | Bad Sign
18 | Bottles
19 | Clueless?
20 | No
21 | Broke
22 | Fate
23 | Her
24 | Weird
26 | Attend
27 | He is...
28 | Why?
29 | That Day
30 | Prove
31 | Harsh
32 | Witcher
33 | Sorry
34 | Run
35 | Reality
36 | Home!
37 | New
38 | Forced
39 | Missing
40 | Miss
41 | Wrote
42 | Last
43 | Past

25 | Settle

24 6 1
By sixthmel

             Tengah malam semalam mereka tiba di sebuah villa yang terletak jauh dari kawasan bandar tetapi berdekatan dengan tempat misi mereka kali ini. Villa ini turut diuruskan Jave, seperti biasa.

Pagi-pagi lagi mereka ke satu kawasan kira-kira 1km dari villa yang mereka menginap.

Si Mental mengerang kesakitan. Dia cuba melarikan diri sejauh yang boleh. Terhinjut-hinjut dia berlari masuk ke arah hutan.

Tak ingat si mental? Emm sorry do, kau kena jengah chapter 5. yang dia kena makan roti basi dengan air jamban tu.

Buk!

"Aduh..." dia mengerang kesakitan.

Kepalanya yang sudah berdarah-darah itu terlanggar pula benda keras dihadapannya ketika itu.

Boleh si mental ni larikan diri dari bilik penyeksaan dekat basement tu? Jauh pulak tu sampai ke sini dia berambus. Hah lepastu kan dah kena buli dengan Adriel. Padan muka.

Pokok yang tinggi lampai sebesar pemeluk itu disumpah si mental.

"Woi! Kau lari eh," laung Adriel dan terkedek-kedek cuba memasuki hutan.

"Bodoh, buta ke memang betul-betul buta?" makinya sendiri. Dia cuba menggunakan jalan lain.

"Baaaaa!" sergah Karl yang mengeluarkan muka disebalik pokok di depan Si Mental.

"Opocot mak kau terbalik babun kau sapa!" latah Si Mental.

"Hodoh! Muka ganas tapi mencarut. Main mak orang pulak tu. Puiihh" maki Karl lalu meludah tepat ke muka Si Mental.

Si Mental hodoh? Karl pula bodoh. Mencarut dengan melatah tak reti beza.

Karl pantas mengunci pergerakan Si Mental dari terlepas buat kali kedua. Dengan pantas dia mengikat kedua tangan si mental menggunakan tali yang di ambil dari poket. Setelah pasti diikat kemas, dia mencampak Si Mental ke tepi pokok. Si Mental mengerang kesakitan sekali lagi. Dia merasakan tulangnya dipatah-patahkan, darahnya membasahi baju kelabu yang dipakai mengakibatkan kelihatan baju itu bertukar bewarna gelap. Tulang pipi terasa sengal dan kepalanya berpinar.

"Baik kau diam sebelum aku pecahkan telur emas kau ni." kata Adriel setelah tiba dikawasan itu. Tangannya mencapai ranting kayu berdekatan lalu mencuit 'telur emas' Si Mental yang terlentang di hadapan pokok itu.

"Arghh... Ja-jangan."  dia sedaya upaya menghalang Adriel dari memperlakukan sebegitu. Sakit tak usah dikata. Tadi pun sudah dibelasah cukup-cukup sebelum larikan diri.

"Tahu pun." Adriel mencampak ranting kayu itu.

Telefon Karl berdering.

"Hello boss kita!" sapa Karl setelah menjawab panggilan itu. Butang loud speaker ditekan.

"Siapa boss kau?" tanya Adriel. Dia yang sedang bermain dengan rambut Si Mental menoleh ke arah Karl dengan muka berkerut.

"Eh abang kau lah" bisik Karl.

"Ooo..." Adriel hanya meng'ooo'kan.

"Bila masa abang aku boss kita?"  soalnya lagi. Dia sambung membuat tocang pada rambut Si Mental.

Karl menepuk dahi.

"Tah kau ni bila masa aku boss kau?" soal Joxan dicorong telefon.

"Eee dah lah!" malas Karl mahu melayan. Tak faham ke dia tengah bergurau sekarang ni?

"Mana Si Mental tu?" soalnya setelah tersedar mereka sudah lari topik yang patut dia harus tanya.

"Ada ni-"  Terbeliak mata Karl setelah menoleh Si Mental tu tiada dibelakangnya!

"Holyshit!"

"Asal?"

"Kenapa weh?" soal Adriel terkejut sambil memintal rambut Si Mental.

"Bila masa kau dekat situ?!"  terkejut lagi dia melihat Adriel dan Si Mental yang berada di atas pokok.

Gila.

"Entah." Adriel mengangkat kedua bahunya. Si Mental sudah terkulai tidak sedarkan diri di atas riba Adriel. Dia mengusap pula rambut Si Mental.

"Turun lah.." seram tengok Adriel dan Si Mental itu. Persis orang gila yang meroyan.

"Biarlah dia. Nanti aku sampai," kata Joxan. Tahu sangat perangai adiknya tu. Kan dah kata bukan betul pun dia tu.

Panggilan dimatikan.

"Macam mana kau naik ha?" soalnya hairan.

"Well," dia menilik kukunya persis perempuan gedik.

"Huh..." keluh Karl lalu dia melabuhkan punggung. Mata di pejamkan. Penat. Malas pula mahu melayan Adriel.

"Bila Jo sampai?" tanya Adriel tiba-tiba.

"Kejap lagi. Kau tahu kan kejap dia macam mana? Enjin belum sempat hidupkan pun dia dah sampai dulu dah." kata Karl.

Eh?

Karl memandang Adriel disebelahnya.

"Woi!" terekejutnya.

Patutlah dekat semacam suara tadi.

"Apa?"

"Mana dapat?"  soal Karl hairan apabila melihat Adriel memakan buah epal pula. Ape benda pelik sangat Adriel ni?

Adriel mengeluarkan sebiji lagi buah epal di dalam poketnya.

Karl mula mengerut dahi lalu mengangkat keningnya sebelah.

"Heish, kau ni. Nak ke taknak?"

Tangannya mengambil buah epal itu. Dia makin kehairanan. Macam mana buah epal boleh muat dalam poket? Dia menilik buah epal itu. Sempurna. Tak rosak. Buah betul. Dia menggigit sedikit. Emm rangup. Manis.

"Mana kau belajar buat benda ni? Ajar aku!"

"Nanti lah kalau ada masa."

Tak lain tak bukan, magic tah pape yang dia belajar dari youtube haritu lah tu. Ceh.

"Mana Si Mental?"

"Tu..." Adriel menunjuk ke atas pokok yang mereka sandar. Dia terkulai dengan tangannya terjuntai ke bawah begitu juga kakinya. Perutnya menampung diri didahan dari terjatuh.

Persoalannya, macam mana boleh jadi ni? Dan berapa lama dia boleh bertahan dengan keadaan begitu? Meninggal anak orang kalau terjatuh.

Karl memandang ke atas."Gila kau ni..."

Telefon Karl berdering lagi.

"Mana ni?" soal Joxan.

"Jap aku bawa dia keluar lah senang."

"Cepat sikit"

Tut!

Panggilan dimatikan.

Kedebuk!

"Weh-" terbeliak biji mata Karl melihat Si Mental sudah terjatuh. Kepalanya sudah mencecah ke lututnya sendiri.

Adriel masih memakan buah epal dengan tenang seperti di tepi pantai.

Karl mengabaikan perkara aneh berlaku lalu pergi ke arah Si Mental. 10% sahaja lelaki itu untuk hidup.

"Ad, tolong angkat dia ni, keluar dari sini."

"Asal pulak? Tunggu je lah tapir tu,"

"Dia tunggu luar lah." malas mahu berdalih lagi dengan Adriel. Kalau tak sampai 7 keturunan tak habis bertekak.

"Malas lah!" katanya dan sambung memakan epalnya.

"Adriel..."

Hanya unggas menyahut panggilan Karl.

"Adriel, tolong aku ni," dia sudah mendudukkan Si Mental. Berat ni, kalau ringan takpa lah jugak.

Dia masih tidak menjawab.

"Adriel..." sabarnya makin tipis.

Krik. Krik.

"ADRIEL MICAH!"

"Ish!" bentak Adriel sambil menghentak kaki tanda protes. Macam kawad kaki dah. Pikir kisah? Dengan terpaksanya dia memapah Si Mental untuk ke kereta yang dipandu Joxan.

Dalam rekod untuk sepanjang tahun Adriel hidup, itu pertama kali dia didesak oleh Karl. Jangan tanya kenapa dia ikut kata Karl tu.

         Kaki masing-masing melangkah ke arah gudang lama. Kenapa gudang lama? Bazir duit nak beli rumah banglo kalau nak letak mamat gila ni je.

Pintu besar ditolak menghasilkan bunyi geseran besi yang kuat. Suara rintihan bercambur jeritan bergema memenuhi ruang.

"Bising kau tahu tak?!" jerit Adriel. Kaki mereka mendekati Si Mental yang diikat dikerusi kayu usang ditengah-tengah ruang.

"Tah tu bising macam anak ayam," sokong Karl.

Joxan mengeluh.

"Asal kacau budak tu?" soal Joxan setelah tiba di depan lelaki itu. Budak yang dimaksudkan adalah Laura. Darah dikepala si mental sudah kering, baju masih basah kerana peluh bercampur darah.

Jawapan siapa gerangan yang menembak Laura dan Nami? Manusia di hadapan mereka bertiga inilah.

Banyak hari si mental ni hilang dari tempat kurungannya. Rupanya dia mengekori Laura ke pulau itu secara senyap-senyap. Dan dialah yang sempat melanggar Laura sebelum Laura chek-in ke dalam bilik ketika di pulau itu. Itulah tanda yang dilakukan sebelum 'mereka' ini mahu melakukan serangan secara hendap.

"Budak mana...?" tanya Si Mental lemah.

"Aku pantang orang tanya aku, dia tanya aku balik." tangan Joxan mencapai pisau rembo yang terselit di betis kakinya. Bibir mengukir sinis. Pisau itu mula menoreh lutut lelaki itu perlahan-lahan.

"Sa-sakit..."

"Tahu pon sakit?!" tengking Adriel. Sudah lama dia menyimpan geram dengan lelaki ini. Tunggu masa je nak ambil nyawa dia. Eiii...

"Shhh..." kata Si Mental itu tiba-tiba. Kemudian dia menangis. Darah yang membasahi betisnya terbiar begitu saja. Joxan mencampak ke tepi pisau rembo itu.

Mereka memandangnya dengan riak bosan. Datang dah gila dia.

"Aku tanya sekaliii, je lagi. Asal. Kau. Kacau. Budak. Perempuan. Tu?" Adriel bertanya.

Tangisannya terhenti. Mata Joxan dipandang diturtuti Adriel dan Karl.

"Craly suruh aku," jawabnya lalu menunduk.

"Motif?"

"Aku tak tahu," jawabnya sambil menggeleng.

"Takkan kau tak tahu?!" tengking Karl pula.

Adriel memandang Karl dengan pandangan maut. Karl jerit betul-betul sebelah telinga dan air liur merecik ke pipi putihnya. Hobi cari maut ke apa?

"Hehe, sorry puppy." dia tersengih sumbing.

"Kepala atok kau puppy," tangannya menyekeh kepala Karl menggunakan pistol emas kesayangannya yang di ambil dari poket belakang.

Karl hanya menunduk sedih. Pikir comel ah jebon?

"Takkan kau tak tahu?" soal Joxan sama seperti soalan Karl.

"Iya, aku tak tahu. Aku amik upah je, yang lain aku tak masuk campur. Sumpah aku tak tahu langsung! Tolong lah bunuh aku cepat. Aku tahu kalau aku hidup lagi pun, aku tak boleh bebas. Cepatlah bunuh," rayunya. Orang lain mintak dilepaskan, tapi mamat sewel ni mintak mati. Memang betul-betul terdesak sangat ni. Husnuzon lah, mungkin nak jumpa kawan-kawan dekat neraka cepat-cepat agaknya.

"Betul kau tak tahu?"

Si Mental atau namanya Zahid, hanya mengangguk.

"Kalau aku tahu kau menipu, bukan kau je aku bunuh. Adik kau yang comel tu pun aku bunuh, tahu?" ugut Adriel.

Tidak pasal satu-satunya adik perempuan Zahid yang masih remaja itu dilibatkan dalam hal ini.

"Betul, aku tak tahu. Aku ikut apa Craly suruh je. Aku dapat duit, aku terus blah buat keje aku. Aku orang upahan dia je. Tolong, sebelum aku mati jangan sentuh adik aku" rayunya lagi.

"Drama lebih." kata Karl perlahan.

"As you wish, mister." kata Joxan. Sudah penat dia mahu mengorek rahsia dari orang-orang Craly ni lagi. Semuanya pandai bersumpah janji yang mereka tidak tahu apa-apa.

"Whoaaa. Terasa malaikat maut dekat sebelah kau je lah weh!" jerit Karl teruja kepada si mental. Serius! Ada bau-bau bakal jenazah.

"Banyak lah kau," kata Adriel menyampah lalu kedua tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar.

"Dah jom," ajak Joxan sebelum mereka keluar bersama. Pintu juga ditutup kembali. Bunyi rayuan dan jeritan mula kedengaran kembali seperti diawal mereka tiba.

"Nak sangat mati kan?"

Joxan memecut laju keluar dari kawasan itu bersama Range Rover putih miliknya.

Tit!

BOOM!!!

Gudang lama itu meletup dan api mula menjilat rakus keseluruhannya. Kan dah cakap. Nak letak lelaki sewel ni dekat banglo takda guna, baik letak sini senang nak panggang.

23 july 21

Continue Reading

You'll Also Like

186K 9K 60
[ In editing process. ] "Aku nikahkan dikau dengan Tengku Ayda Mikayla binti Tengku Farhan dengan berwalikan aku dengan mas kahwinnya sebanyak lima r...
3K 33 8
*bl🔞* [sex18+] •Ziyan atau di panggil Zin adalah seorang pelajar baru di kolej Vokasional Twilight/VT. •Zin mempunyai kawan barunya iaitu Nazi dan M...
240K 15.7K 62
Delilah Lavelle, kehidupannya tak seindah nama yang diberi. Saat kejatuhan terbesar dirinya bermula ketika orang tuanya bercerai. Bertambah tragik, d...
2.8M 106K 64
@Choco_Lyn @Random @Romantic @2018 @Terkahwin dengan Sir! @Wattpads 'Hello, my name is Nurul Zafira Warda and you can call me, Warda! My erm.. 'somet...