HEARNE CYRENE

By sixthmel

2K 531 368

🌹 gorgeous cover by @imEdzza 🌹 - MY FIRST STORY - Luka. Harus kau tahu parut itu kekal abadi. Sakit. Diting... More

Meaning Of The Title
PROLOGUE
1 | Qayish
2 | Dayyin
3 | Charity
4 | New?
5 | Real Torture
7 | Go Back...
8 | Troublemaker
9 | Frustrate
10 | Skip
11 | A Gift
12 | Permission
13 | Illogical
14 | Moral of Story
15 | Met
16 | First Evening
17 | Bad Sign
18 | Bottles
19 | Clueless?
20 | No
21 | Broke
22 | Fate
23 | Her
24 | Weird
25 | Settle
26 | Attend
27 | He is...
28 | Why?
29 | That Day
30 | Prove
31 | Harsh
32 | Witcher
33 | Sorry
34 | Run
35 | Reality
36 | Home!
37 | New
38 | Forced
39 | Missing
40 | Miss
41 | Wrote
42 | Last
43 | Past

6 | Ivanna

60 22 7
By sixthmel

Baju kemeja merah hati tersarung elok ditubuh tegapnya. Kot dikemaskan. Tali leher hitam dibetulkan. Rambut yang terjuntai mencecah kening dirapikan. Mata kelabu gelap itu ralit memandang tubuhnya yang dipantul cermin. Wangian disembur kelilingnya lalu badannya dipusingkan. Bibirnya terukir senyuman.

Perfecto!

Setelah puas menilik diri sendiri di cermin, kakinya pantas menuju ke shoe room bersebelahan pintu utama rumah agam itu.

Kasut kulit Modern Derby berjenama Hugo Boss itu disarung. Cermin dibahagian bawah yang hanya menampakkan kasutnya itu digayakan.

Parfait!

"Tuan, ini begnya." pembantu rumah itu menghulurkan beg kerjanya.

"Terima kasih," segaris senyuman terbentuk.

Terus dia keluar dari rumah agam itu.

Sebuah Lomborghini Reventon telah siap disediakan oleh pengawal. Dia kemudian masuk ke dalam perut kereta lalu memandu laju meninggalkan perkarangan rumah agam.

Dia melangkah masuk ke dalam bangunan tinggi tersergam indah itu. Keretanya sudah pun diuruskan pekerja disitu untuk parking.

Qayish Harley Denver, COO kepada salah satu syarikat keluarganya iaitu Denveries Holding. Sebuah syarikat kepunyaan bapanya. Qayish menjadi COO pada usia muda iaitu setahun yang lepas atas permintaan Mr. Lucian sendiri.

Sebagai COO, Qayish bertanggungjawab memastikan semua department bekerjasama untuk memastikan operasi perniagaan mengikut jadual.

Dia juga sering mengadakan pertemuan berkala dengan ketua-ketua setiap department untuk memastikan bahawa operasi berjalan dengan lancar dan segala masalah dapat ditangani dengan segera.

Sebagai tambahan, COO sering menjadi perantara antara ketua department, memastikan bahawa mereka berkomunikasi antara satu sama lain ketika projek memerlukan lebih daripada satu departnet untuk bekerjasama.

Diikutkan memang begitu kerja yang perlu dibuat. Memandangkan Qayish seorang pelajar, ini pun cuti sem selama 2 bulan. Tambahan pula usianya yang terlalu muda, kerjanya hanya menyemak jadual operasi syarikat dan menapis urusan keluar masuk klien yang berurusan bersama.

Punggung direbahkan di atas kerusi. iMac dihidupkan lalu jari jemarinya menari-nari di atas keyboard.

Tok! Tok! Tok!

"Masuk,"

Pintu kaca itu dibuka dari luar.

"Tuan, ini file senarai syer syarikat-syarikat yang akan terlibat bersama kita." kata seorang wanita awal 30-an lalu meletak sebuah fail di atas meja kerja Qayish.

"Okay, thank you Kila." dia melemparkan segaris senyuman. Matanya tidak lari dari skrin komputer.

Dia juga amat mesra bersama kakitangan kerjanya.

"Kalau tiada apa-apa, saya minta diri dulu."

Qayish hanya mengangguk.

***

Kaki dihayunkan sepantas mungkin melawan arus manusia yang berpusu-pusu ingin ke lokasi masing-masing. Udara berebut ingin memasuki ruang peparu. Peluh yang menitis di pelipis diseka kasar. Langkah dipercepatkan.

Bangunan setinggi 30 tingkat itu dipandang sekilas sebelum memboloskan diri masuk ke dalamnya. Dia tidak menghiraukan mata-mata yang memandang ke arahnya. Tunduk hormat pekerja di situ hanya dibalas dengan anggukan kecilnya.

Tanpa berlengah, punat 29 butang lif VVIP ditekan.

Lif menuju ke ruang tingkat yang menempatkan bilik Chief Operator Officer syarikat Denveries Holding.

Bam!!

Pintu itu ditolak kuat hingga terhempas.

Matanya bersambung dengan mata lelaki dihadapannya yang duduk dikerusi office tika ini.

"Nak apa, hah?" dia sambung melakukan tugasnya yang terhenti akibat gangguan kecil tadi.

Kecil sangat. Nak roboh bangunan dibuatnya.

"Ayish, tolong akak yish..." rayunya. Muka dibuat-buat kasihan. Orang kata apa? Muka seposen?

Kakaknya dipandang sekilas lalu dia menghela nafas.

Ivanna Marley Denver Binti Lucian Denver. Berumur 23 tahun. Pelajar tahun akhir di Rextom University, Russia. Seorang yang keras kepala dan agak mementingkan diri. Pemakaian dan tingkah lakunya agak 'boyish'. Disebabkan dia ialah anak sulung, dia lebih berdikari menguruskan diri. Tapi Qayish lah orang yang selalu menjadi tempat mengadunya jika ada apa-apa masalah. Contohnya, sekarang.

"Kali ni pasal CEO tu ke, atau pasal future husband akak?" dia mengajukan soalan yang acap kali telinganya dengar.

Bakal suami? Huh. Ivanna amat benci mendengar perkataan itu. Mamat gila itu juga dilabel bakal suami.

Pantas dia menggeleng menidakkan pertanyaan yang terpancul dari mulut adiknya.

"Have a seat first, Miss Anna,"

Kerusi di hadapan meja kerja Qayish ditarik lalu punggungnya direbahkan. Mukanya berkerut resah tetapi masih tidak menjawab soalan tadi.

"What's the matter?"

"Akak rasa... "

"Rasa?" Qayish menyelak kertas-kertas di dalam fail sambil menunggu Ivanna meneruskan ayatnya.

"Akak rasa... emm... akak TER..." suaranya diperlahan dihujung perkataan akhir.

"Hah?!" wajah Ivanna dipandang dengan kerutan berlapis terhasil.

"Shushhh..." jari telunjuknya diletakkan ke bibir. Tudung yang dibasahi peluh disekitar pipinya diseka.

Tok! Tok! Tok!

Ketukan pintu membantutkan perbualan mereka.

"Masuk." arahnya. Wajah wanita dihadapannya dipandang sekilas.

"Maaf ganggu, Tuan Harley. Tan Sri Jamil sekarang sedang menunggu di bilik mesyuarat." katanya. Sempat dia memberi senyuman pada Ivanna.

Orang luar memang memanggil dirinya Harley berbanding Qayish atau nama singkatannya Ayish pula hanya keluarganya sahaja menggunakannya.

"Bukan jam 10 pagi ke meeting?"

"Err... Betul. Sekarang sudah jam 10.05 pagi, tuan." sebersalah dia memberitahu hal itu. Tuan Harley tidak pernah sekali lambat menghadiri sebarang mesyuarat. Malah dia selalu menunggu kira-kira 10 minit awal sebelum mesyuarat bermula.

Dia mengerling jam di dinding. Dia menepuk dahinya sendiri.

"Oh, okay. Awak siapkan dulu bahan meeting, saya akan menyusul kemudian." pinta Qayish.

"Baik, tuan." dia berlalu dan menutup pintu kembali.

"We talk later." katanya kepada Ivanna.

Kertas-kertas dan fail yang sudah siap tersusun kemas, disusun kembali. Setelah puas, dia mengambil sebuah fail dan ingin berlalu keluar.

Kakinya terhenti saat tubuhnya berada pada muka pintu.

"Bilik CEO tu dah tebal habuknya. Baik cepat masuk sebelum Ayish sendiri duduk bilik tu. Bilik ni pulak bakal suami akak tu Ayish bagi dia," katanya mendatar. Lebih kepada mengugut.

Bukan dia mahu sangat memegang jawatan CEO itu. Jika boleh dia mahu duit itu turun dari langit saja.

Inilah namanya dah kaya tetapi masih bekerja. Untuk siapa? For the next, next and next generation.

'Haih, ini kalau cucu cicit aku tak hargai pengorbanan aku, memang aku cincang dia masak sup.' omel Qayish sendiri.

"Tolonglah. Akak belum enjoy lagi tahu tak?" wajahnya dicemberutkan.

"Up to you, dear." Qayish mencapai pemegang pintu dan berlalu pergi.

Ivanna yang masih duduk di atas kerusi di hadapan meja COO syarikat itu mula termenung jauh.

Perkara yang terjadi pagi tadi masih segar diingatannya.

6.15 a.m.

Ivanna amat gemar bersiar-siar diwaktu pagi walaupun dia baru saja tiba di Malaysia kira-kira 1jam yang lepas. Pagi yang masih gelap tidak membataskannya untuk berjalan mengelilingi sebuah taman reakreasi yang tidak jauh dari lapangan terbang.

Matanya melilau memerhatikan keadaan sekeliling. Tiada seorang pun kelihatan pada waktu sekarang.

Angin sejuk menyapa sekujur tubuh.

Dalam keheningan itu, dia terlihat susuk tubuh dari jauh sedang berlari-lari bersama seorang lagi dibelakangnya.

Dahinya berkerut pelik.

Gila apa pagi-pagi buta main kejar-kejar.

Sedang asyik dia melihat mereka berdua berkejaran, bahunya disentuh. Serentak itu dia memaling kebelakang secara tak langsung mengeluarkan Self Defence berbentuk keychain dari begnya.

Dia mengacukan besi yang boleh menyebabkan seseorang itu terkena shock effect electric apabila dia menekan butang pada ibu jarinya.

Namun pandangannya didepannya tika ini tiada apa melainkan sebuah pokok besar 100 meter jauhnya dan trek jog.

pap!

Bahunya disentuh serentak itu dia mengacukan besi yang dipegangnya ke arah hadapan sambil menutup mata.

"Argh..."

Pantas Ivanna membuka mata.

Liurnya ditelan.

Dihadapannya kini seorang lelaki memakai cap biru gelap dan memegang perut. Badannya tertunduk-tunduk menahan sakit.

Ivanna melihatnya pelik.

"E-encik? Encik okay ke?" soalnya risau. Bukan risau sebab dia tercucuk besi electric tu, tapi risau akan jika lelaki ini bertindak melakukan perkara tidak baik.

Dia terlihat dahi lelaki itu berkerut.

'Okay, sekarang ni aku patut lari at-'

"Oh aku tipu je sebenarnya." kata lelaki itu tiba-tiba. Dia menegakkan badannya kembali seraya memandang Ivanna tepat.

Bamm!!

Hempasan pintu bilik pejabat menghancurkan lamunannya.

"Ops, sorry." Qayish menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Terkejut Ivanna dibuatnya lantas mengurut dada.

"Tak reti nak bukak elok-elok ke?" soalnya geram.

Cinta hati boleh dicari, jika jantung mati? Dimana mahu mencari pengganti?

Hah, kan dah terkeluar ayat pelik-pelik.

"Eleh, jangan cakap sebarangan heh. Akak pun sama tadi. Kalau tercabut pintu tadi siapa nak ganti? Tiger?" soalnya sambil kaki melanglah ke meja kerjanya.

"Eh, budak ni. Ayish nak sejuta pintu macam ni akak boleh kasi lah." katanya tidak mahu mengalah.

"Guna duit sendiri takpa lah jugak..." katanya sambil mencari-cari fail yang tersusun.

"Habis tu guna duit siapa kalau bukan duit sendiri?"

"Persoalannya sekarang ni, duit SENDIRI akak tu datang dari mana?" soalnya. Di tangannya sudah memegang sebuah fail hitam.

Sempat lagi dia mengadakan sesi berbalas-balas soalan.

Ivanna diam tidak menjawab. Dia tahu, kali ini dia kalah melawan perdebatan yang sengit bersama Qayish.

Tak, sekarang ni dia nak sentapkan orang lah ni?

"Jadi, rajin-rajin lah masuk office kak oii..." Qayish melangkah keluar dari biliknya.

Ivanna masih tidak berganjak.

"Oh aku tipu je sebenarnya." kata lelaki itu tiba-tiba.

Ivanna kebelakang setapak demi setapak.

"Aku nak tan-"

Bang!

Satu das tembakan kedengaran.

Bamm!!

Pintu yang tidak berdosa itu dihempas buat kali yang ketiga rasanya.

Serta merta lamunan Ivanna mati. Berkecai. Berderai.

"Ayish lupa nak tanya, akak dah balik rumah ke?"

Dan ketika itu, Ivanna terasa mahu menghentakkan kepalanya dibucu meja dihadapannya.

Mampus.


***

Ivanna's vibe





vote and comment!!

Continue Reading

You'll Also Like

116K 2.7K 11
NEW VERSION OF HENDRIYAN "Aku ni tak nampak apa-apa. Yang aku nampak cuma kegelapan..." - HENDRIYAN "Sebab tulah saya ada dekat sini. Saya ni lah ma...
EVERISA By liz

Teen Fiction

113K 7.2K 81
Completed ✓ Hawa. Gadis biasa yang diterima masuk ke sebuah sekolah berprestij dan terkenal di seluruh negara. Apa yang diharapkan ialah sebuah kehid...
3.7M 231K 62
[Highest Ranking #1 in Teen Fiction] " I do not belong to you, or to anyone else. I will talk to whomever I want, whenever I want." Bella menjeling...
1.7M 92.9K 54
❌DILARANG SAMA SEKALI DARI MENIRU CERITA INI. ❗CERITA INI 100% DIKERAH OLEH OTAK SAYA. Akibat daripada sikap Rizq Haikal, Hanin Sofea terpaksa menj...