HEARNE CYRENE

By sixthmel

2K 531 368

🌹 gorgeous cover by @imEdzza 🌹 - MY FIRST STORY - Luka. Harus kau tahu parut itu kekal abadi. Sakit. Diting... More

Meaning Of The Title
PROLOGUE
1 | Qayish
2 | Dayyin
3 | Charity
4 | New?
5 | Real Torture
6 | Ivanna
7 | Go Back...
8 | Troublemaker
9 | Frustrate
10 | Skip
11 | A Gift
12 | Permission
13 | Illogical
14 | Moral of Story
15 | Met
16 | First Evening
17 | Bad Sign
18 | Bottles
19 | Clueless?
20 | No
21 | Broke
22 | Fate
23 | Her
24 | Weird
25 | Settle
27 | He is...
28 | Why?
29 | That Day
30 | Prove
31 | Harsh
32 | Witcher
33 | Sorry
34 | Run
35 | Reality
36 | Home!
37 | New
38 | Forced
39 | Missing
40 | Miss
41 | Wrote
42 | Last
43 | Past

26 | Attend

27 6 13
By sixthmel

Dua minggu kemudian,

Laura bernyanyi kecil sambil menyiram pokok bunga kegemarannya yang kian mekar cantik. Nak tahu bunga apa?

Semestinya bunga....

Mawar!

Ada kuning dan merah. Siapa lagi kalau bukan Khai yang bagi.

Matanya tertancap pada robot kecil yang kelihatan berlegar di kawasan hadapan rumah agam itu.

Butang hijau yang terdapat pada bahagian perut robot itu menandakan ada surat baru telah tiba. Menggunakan sistem robot ini privasi mereka lebih terjamin.

Kaki melangkah ke arah robot itu.

"Y a-t-il une lettre pour moi ?" (Ada surat untuk saya?) tanya Laura. Pantang saja Laura apabila melihat robot ini mesti dia akan tanya kerana sejak kebelakangan ini Khai rajin menghantar surat kepadanya. Alasan dia sebab Laura tidak mahu membuka telefon pintarnya.

2 saat robot itu berdiam kemudian bersuara. "Oui," (Ya)

Robot itu mengeluarkan surat yang tertulis namanya.

Tanpa berfikir banyak, dia membuka sampul surat itu lalu membacanya. Dahinya berkerut hairan.

Hello our princess Laura Navley,

You are invited to attend a big family gathering. Denvers presence is very necessary, young lady. Here is more information:

Date: June 20th.

Place: Sennivess Hall

Hope you can get ready for the special ceremony!

Laura melonjak gembira.

Dah lama tak buat family gathering ni.

"Ce qui te rends heureux?" (apa yang membuatkan anda gembira?) tanya robot kecil itu.

"Rien." (Nothing.) katanya lalu beredar masuk ke dalam rumah.

Tangan mencapai telefonnya di atas meja. Lantas mendail nombor seseorang.

"Abang Ayish dapat surat undangan tu?" tanya Laura sebaik sahaja panggilan bersambung.

"Salam mana, sayang?" tegur Qayish. Sebelah tangannya sibuk membelek fail hitam.

"Oh hehe. Assalamualaikum,"

"Waalaikumussalam. Hmm dapat. Kenapa?"

"Tak excited ke?" suaranya mengendur. Aku je ke excited?

"Sangat. Sangat teruja." keningnya bertaut rapat. Urat dilehernya semakin mengejang membuatkan ia timbul dengan jelas pada pelipis.

What the hell is wrong with you, Jave Matthew?

"Kenapa macam tak je Laura dengar?" kuku jarinya digigit dan mulut pula dimuncunglan sedepa.

"Penat sikit hari ni. Nanti Abang Ayish balik, kita lompat-lompat!" suaranya bertukar riang, tidak seperti pada awal tadi. Fail itu pula ditolak kasar.

"Hehe.. macam tu adik nak dengar," tersenyum sumbing dia dihujung talian.

"Nak lompat dekat sini tak ada geng. Kalau ada adik ni, dah lama kita macam chimpanzee terlepas dari zoo dah. Lepastu bonda marah hmm," suaranya dibuat-buat sedih. Tetapi berbeza pula dengan perasaannya kini. Sakit hati ditipu.

Terlepas tawa Laura.

"Dah, jangan gelak banyak-banyak. Nanti nyanyuk. Okay lah. Abang ada kerja sikit ni. Bye sayang. Jangan lupa makan tau,"

Laura menghabiskan sisa tawanya. "Okay abang Ayish. Bye.. Assalamualaikum."

"Waalaikumssalam." panggilan dimatikan.

Nombor Dayyin pula didail.

Tut.. tut..

"Assalamualaikum! Adik!"

"Waalaikumsalam hehe.."

"Hehehe.."

"Hehehehe.."

"Heheh-"

"Dah-dah. Jangan melalut jauh sangat," Laura ketawa terbahak-bahak. Begitu juga Si Dayyin.

Memang tak sah diorang kalau tak merepek.

"You should screaming first, my smally cupcake."

"No, you first,"

"Aaaaaaaaaaaaaaa!!!"" jerit Dayyin.

Mereka ketawa lagi.

"Gila."

"Kesian adik ada abang gila,"

"Itulah,"

"So.."

"A big family gathering minggu depan!!!" sorak Laura gembira.

"Yeahh, sweety! Excited gilaa!"

"Are you ready?"

"Not yet, but yes!"

"Abang Ayish kata nanti dia balik baru dia nak lompat-lompat dengan Laura," tawanya dihujung kata.

"Nak join!"

"Boleh sangat!!.."

"Weh, jom teman aku makan jap." kedengaran suara seorang lelaki dihujung talian.

"Siapa tu?"

"Kawan abang. Emm.. I got to go, nanti Abang Ayin balik tau. Bye, sweety."

"Okay bye. Take care abang Ayyin."

"You too. Muah" panggilan dimatikan.

Ew sejak bila abang Ayyin reti muah muah ni?

           Pelipis diurut perlahan. Sakit kepalanya ini tidak sesakit hati yang menumpang di dada.

"Family gathering kau tak lama lagi. Lebih kurang dalam 3 weeks more."

"How did they know it?" soalnya sendirian.

Ya, memang betul majlis yang jarang sekali keluarga Denvers raikan akan tiba tidak lama lagi. Bagaimana 'mereka' yang Qayish jumpa minggu lepas tahu perkara ini terlebih dahulu? Sedangkan majlis ini adalah majlis tertutup dan hanya Denvers saja tahu. Itupun setelah mendapat undangan.

Fail hitam di atas meja itu dipandang sebelum dia mengambil semula.

Pelbagai isi kandungan tentang info kes kejadian penembakan yang berlaku di Pulau Gendie.

Maklumat terbaharu, dihalaman belakang terdapat satu kandungan yang mengatakan bahawa Jave Matthew kelihatan mencurigakan berada ketika ditempat kejadian, seperti biasa berpakaian kemas bersama suit coat rasminya sebagai pekerja keluarga mereka iaitu pemandu peribadi.

Perkara itu boleh lagi Qayish terima dengan logik akalnya. Dia masih berfikiran positif kerana Sir Jave yang mereka kenal adalah baik orangnya.

Butiran di dalam fail itu menyatakan lokasi-lokasi yang dikunjungi Jave sebelum dia menaiki helikopter meninggalkan tempat kejadian amat mencurigakan. Dan secara tidak langsung dia menjadi suspek pertama dalam siasatan 'rahsia' Qayish ini.

Ya, Qayish diam-diam mengupah seorang penyiasat profesional dan dia sendiri melibatkan diri dalam hal ini. Dia masih tidak berpuas hati dengan bukti kes yang telah terjadi.

Takkan pihak berkuasa tidak ambil hal ini sebagai perkara serius? Mustahil.

Lokasi yang dijejaki Jave di pulau itu termasuklah pada bahagian sekitar South-East dan North-West. Ini bermakna tempat pertama adalah kawasan bilik yang diinap Laura dan tempat kedua adalah disekitar kawasan kejadian.

Susuk tubuhnya kelihatan berlegar-legar seperti mencari sesuatu.

"Jave... Matthew? Sir Jave?" jarinya mengetuk-ngetuk permukaan meja. 'Sir Jave' ialah panggilan yang keluarganya guna.

Otaknya cuba memproses maklumat yang boleh dimasuk akal.

"Tak boleh jadi ni. Kena jumpa sir jugak." barang-barangnya yang sememangnya nampak seperti tidak terusik disusun lagi dengan rapi sehingga hatinya puas, seperti biasa.

Matahari sudah pun mahu melabuhkan tirainya menandakan hari sudah lewat petang.

✵ ✵ ✵

Khai melihat Laura berpusing bersama gaun simple yang dicubanya. Puas dia berfikir apa yang patut dia komen tentang pakaian itu.

"Laura. Aku ras-"

"Alah Khai! Aku penat dah try yang lain tu. Hampir semua sample baju dekat butik ni aku try..." mukanya dikerutkan masam.

"Dude, it's a big family gathering kot! Kena lah comey comey," dia bangun dari duduknya.

"Look." dia memusingkan tubuh Laura menghadap cermin besar. "You are such a prettier person in the world. So, gunanya aku dekat sini sebagai memberi cadangan dan kritikan yang benar untuk yang terbaik." tubuh Laura dialihkan kembali menghadap dirinya.

"Kau mengarut apa ni?" dia mendongak sedikit memandangkan Khai jauh lagi tinggi darinya.

"Shut. Jangan cakap banyak," dia beralih pada baju contoh yang tersangkut. Pekerja di situ hanya melihat kerana awal-awal lagi dia sudah diberitahu jangan masuk campur. Dia ingat kedai bapak dia agaknya.

"Hah! Ni cantik. Try yang ni pulak," baju itu diberi pada Laura.

"Khai... please?" mimik mukanya berubah meminta simpati. Semua salah bonda sebab suruh Khai teman. Huh!

"Okay janji ni last. Try cepat. Abang Khai nak tengok,"

"Ceh. Dasar bangkai."

"Apa?!"

"Baju ni ke? Ha bak sini aku nak try." cepat-cepat dia mengambil baju ditangan Khai dan berlalu terus ke bilik persalinan.

Sebelum pulang, sempat mereka mengisi perut dahulu di sebuah restoran.

"3k je dress tadi? Bonda offer designer kenapa tolak?" soal Khai sambil menyuap suapan ditangannya.

"Tak nak aku. Mau jejak 5 angka kalau custom dengan designer. Pakai sekali je pun,"

"Itupun nasib bonda yang mintak kau pergi butik tu sebab design dia semua lawa-lawa. Kalau tak main tangkap muat je kau pilih mana yang kau rasa okay. Itupun kalau 'okay' lah," perli Khai.

Baginya Laura ini terlalu 'asal boleh' saja orangnya. Tidak mahu memeningkan kepala untuk berfikir tentang sesuatu perkara. Salah satunya? Seperti sekarang ni lah. Baru dapat surat undangan, petang ini terus diajak keluar cari baju. Alasannya taknak pening kemudian hari. Ayoyo...

"Yelah Khai. Nasib jugak ada kau. Kalau tak aku lah yang terpaling hodoh dekat majlis tu nanti." minumannya disedut membasahi tekak.

"Kau tu cantik sangat, Laura. Cuma kalau kau pakai dress yang aku pilih tu lagi cantik," Khai tersenyum senget. Matanya turut tidak lepas melihat Laura dihadapannya. Gayanya seperti lelaki gatal mahu mengorat si anak dara.

"Ceh." matanya dialih ke arah lain. Annoyed.

"Has someone got butterflies in her stomach from her friend?" Khai berpura terkejut lalu menekup mulutnya.

"Sumpah tak masal," Laura memutarkan bola matanya. Bukan pertama kali Khai menyakatnya sebegini.

Khai bantai gelak.

"Tapi kan Laura," Khai mendapat perhatian Laura semula apabila nada suaranya bertukar serius.

"Kalau aku kata aku suka kau dah lama dah, kau percaya tak?" mata mereka bertembung. Suasana restoran itu tiba-tiba menjadi senyap.

Khai mengemam bibirnya menahan gelak melihat Laura tidak tahu mahu membalas apa-apa.

"Takpelah Laura. Abaikan jelah." suapan terakhirnya disua ke mulut.

"Tapi kan."

Laura kembali kepada realiti dari lamunannya.

"Kalau aku ada girlfriend sekali pun, aku nak yang betul-betul copy paste macam kau." Khai tergelak.

✵ ✵ ✵


10 july 21

Continue Reading

You'll Also Like

1.5M 78.1K 21
Bagi Mia Elysha, cukuplah 3 tahun dia dibuli oleh Adrian Harris di bangku sekolah. Selepas sahaja Mia Elysha tamat sekolah, dia dipaksa pula berkahwi...
119K 13.3K 60
γ€Ž Kisah Alice dan Para Putera Bahagian Dua 』 βŠ±β”€β”€β”€β”€β”€β”€ {β‹…. β™› .β‹…} ────── ⊰ Alice Allyna, heroin paling gila lagi sendu kembali semula ke Akademi DiRaja...
3.9M 160K 67
[Completed] Highest rank #1 in teen fiction (25 june 2018) Start~16 january 2018 , end~12 march 2018. TIARA DANEESYA seorang gadis cantik yang diperl...
EVERISA By liz

Teen Fiction

114K 7.2K 81
Completed βœ“ Hawa. Gadis biasa yang diterima masuk ke sebuah sekolah berprestij dan terkenal di seluruh negara. Apa yang diharapkan ialah sebuah kehid...