HEARNE CYRENE

By sixthmel

2K 531 368

šŸŒ¹ gorgeous cover by @imEdzza šŸŒ¹ - MY FIRST STORY - Luka. Harus kau tahu parut itu kekal abadi. Sakit. Diting... More

Meaning Of The Title
PROLOGUE
1 | Qayish
3 | Charity
4 | New?
5 | Real Torture
6 | Ivanna
7 | Go Back...
8 | Troublemaker
9 | Frustrate
10 | Skip
11 | A Gift
12 | Permission
13 | Illogical
14 | Moral of Story
15 | Met
16 | First Evening
17 | Bad Sign
18 | Bottles
19 | Clueless?
20 | No
21 | Broke
22 | Fate
23 | Her
24 | Weird
25 | Settle
26 | Attend
27 | He is...
28 | Why?
29 | That Day
30 | Prove
31 | Harsh
32 | Witcher
33 | Sorry
34 | Run
35 | Reality
36 | Home!
37 | New
38 | Forced
39 | Missing
40 | Miss
41 | Wrote
42 | Last
43 | Past

2 | Dayyin

107 30 12
By sixthmel

    Kaki panjang itu melangkah ke ruang tamu. Punggungnya dilabuhkan di atas sofa empuk. Cawan berisi kopi itu diletak di atas meja. Mata tidak lekang dari telefon.

"Woi Jo! Kau dah siram belum pokok bunga tepi pagar tu. Harini turn kau kan," laung Adriel.

"Aku baru duduk kot. Kejap lah..." Joxan masih ralit melihat skrin telefon.

"Kau tengok apa ha? Bak sini," Adriel pantas merampas telefon milik Joxan.

"Kau pahal bingai?! Dah lama hidup ke?" tangannya cuba mencapai telefonnya.

"Pfft kau asal? Minat dengan budak ni?" Adriel melabuhkan punggung di sebelah Joxan.

"Buntut abah mu." Joxan merampas semula telefonnya. Adriel mencebik. "Aku tengah check latest location dia. Kan haritu aku ada suruh Karl rempuh si mental tu. Aku nak tengok last location budak tu dekat tak dengan si mental tu." terang Joxan. Bengang dituduh sebarangan.

"Habis? Si mental tu macam mana sekarang? Teruk?" soalnya. 

"Tak. Kepala dia je berdarah. Syukur, semua elok lagi." jawab Joxan selamba.

"Syukur atok kau. Asal tak bunuh je terus?"

"Kita kena tengok dulu macam mana step diorang. Aku nak kita ikut je rentak diorang." mata hijau itu dikalih memandang tajam perabot almari kayu di hadapannya. Risau berlobang ja kang natang tu.

"Oh so, kau nak-"

"Aku nak kita turun sekali if something gets worse." buku limanya diketatkan. Nafas ditarik sedalam-dalamnya. Kemudian dihembus perlahan.

"Okay, aku on je" seriau tengok abangnya berkeadaan begitu. 

"Dah blah, aku nak tidur!" kakinya dinaikkan di atas sofa lalu menendang si Adriel.

"Kuajoo!" Adriel mengerang kesakitan setelah terjelopok di atas lantai. Punggungnya diusap perahan. Tak lebam, sah bengkak nanti.

Mata dilelapkan seketika. Serabut otak. 

Siapa kau...

"Johnny anak tapir!!! Pergi siram pokok lah gila! Harini turn kau lah bebal!"  jerit Adriel disebelah telinganya. Siapa tah Johnny. Scandal dia agaknya.

"Takyah jerit-jerit boleh tak?" tangannya membaling bantal kecil tepat kena muka Adriel. 

"Sakitlah... Dasar anak tapir tak sunat." Adriel mengusap mukanya yang mula memerah.

"Kalau aku anak tapir, kau pun anak tapir" matanya dikatup semula.

"Mana ada! Kau sorang je sesat. Anak kutip. Anak tapir lagi tu. Tak sunat. Bontot hitam." kutuk Adriel tidak mahu mengalah.

"Kau bukak mulut lagi, aku humban kau dalam kandang Uncle Ginny." kata Joxan dengan matanya masih tertutup. Dia cakap, dia buat.

Kandang Uncle Ginny siapa je tak kenal. Uncle Ginny seorang penternak khinzir yang berjaya di Italy. Cakap saja khinzir apa yang anda mahu. Semua dia ternak.

"Aumm! Rawr! Auuww! Grrr.... Auuuuww..." pelbagai bunyi haiwan yang dibuat-buat oleh Adriel. Kakinya pantas naik ke tingkat atas melarikan diri.

"Bodoh..." katanya sendiri.

Aku penat...

Bertahun aku kerja hanya sebab kau...

Kau...

Siapa?

Monolognya sendiri di dalam hati. Soalannya dibiar sepi. Lama kelamaan kantuk mula menerjah. Akhirnya dia terlena di atas sofa.

***

"I'm back !" 

"Assalamualaikum..." Qayish mengerling ke arah Laura. "Eish budak ni. Bagi salam, ingat apa? Dekat Jepun? Amerika?"

"Ops..."

"Dah, pergi mandi, lepastu turun balik, makan. Awak tu dah kurus dah Abang Ayish tengok." tangannya menarik pipi Laura.

"Mana ada. Gemuk je." kata Laura lalu memuncungkan bibir.

"Dah, Abang Ayish pesan apa tadi?"

"Okay boss." pantas Laura berlari anak. Mood abang-abang garang Qayish Harley sudah muncul, baik dengar kalau tak nanti kena bebel 7 hari 7 malam.

Selesai membersihkan diri, badan direbahkan di atas katil. Letih. 

Eh, belum solat...

Bergegas Laura mengambil wuduk lalu menunaikan solat Zohor.

"Assalamualaikum warahmatullah..." kepala di toleh ke kanan.

"Assalamualaikum warahmatullah..." kemudian ke kiri.

Ayatul Kursi dibaca dituruti selawat, kemudian doa.

Secepat mana pun korang, at least ayatul kursi korang sempat baca tau. Ustazah kata, kalau nak cepat sangat, sambil lipat telekung tu baca lah sekali. jadikan amalan selepas solat, okay? muah cikit. tiber.

Kaki mula melangkah menuju ke ruang tamu.

"Adik... Makan ni. Abang Ayish dah masak ni! Creamy salad fruit adik ni Abang Ayish dah buat! Meh makan!" laungnya dari dapur sebaik sahaja melihat kelibat Laura.

"Eh, Abang Ayish masak? Mana Mak Som?" Laura menuju ke dapur. Jarang sekali abangnya seorang ni memasak. Ini pon hampir sebulan dia berada di Malaysia. Cuti sem katanya. Sudah tu pula jarang pula ada di rumah menyiapkan kerja di pejabat.

"Mak Som keluar, jumpa kawan," jawab Qayish sambil menyediakan makanan. Jus oren diambil dari peti sejuk kemudian dituang ke dalam gelas.

Mak Som merupakan tukang masak di rumah agam ini. Mak Som seperti keluarga mereka sendiri. Bercakap pun seperti biasa, bukan formal seperti pekerja dan majikan. Bukan tidak mahu mengupah chef, tetapi mereka sudah biasa dengan Mak Som yang telah lama berkhidmat di sini. Masakan kampung mahupun western, Mak Som masak seperti chef 10 bintang! Hehe.

"Ooo," Laura melihat sekilas hidangan yang tersedia. "Abang Ayish masak ni?" 

"Iyalah, takkan mintak Aunty Shai sebelah ni pulak," perli Qayish. Aunty Shai ialah seorang jutawan berbangsa cina berusia 50-an. Dia juga seorang andartu. Berdasarkan cerita Aunty Shai, ketika beliau masih muda, beliau terpaksa bekerja keras untuk membela nasib kedua orang tuanya yang dikhianati.

Sedih. Satu sahaja yang mampu diungkapkan. Setiap orang mesti mahu mempunyai pasangan hidup. Tetapi beliau? Sehingga tahap ni, memang kagum melihat Aunty Shai. Dia melayan anak-anak Lucian Denver seperti anaknya sendiri memandangkan dia tiada zuriat.

Pernah dia pesan, 

enjoy your young age, your youth is so precious

-Jenny Shai-


Laura mencebik. Main perli-perli pulak dia ni. 

Malas mahu membalas dia masih teruja melihat stik daging yang dihias cantik di atas pinggan. Macam di hotel seratus bintang pula.  Dia melihat pula stik daging abangnya, semua sama. Saiz sama, susunan sayuran kecil-kecil pun sama, rumput di atas daging pun sama, semua samalah. Macam clone. Sebijik. Seperti kilang keluarkan produk sahaja.

 Creamy salad fruit yang di dalam mangkuk itu dipandang dengan mata yang bersinar. 

"Dah boleh kahwin dah ni," keningnya dijungkit-jungkit memandang Qayish Harley dihadapannya.

Kali ini Qayish pula mencebik. Girlfriend pun takda, kahwin apa!

"Assalamualaikum!"

Laura dan Qayish mengangkat muka memandang sesama sendiri. Mereka sudah mengulum senyuman.

Terkocoh mereka berlari menyembunyikan diri.

"Adik! Sini!" bisik Qayish.

Laura berlari ke arah Qayish yang berada di sebaik perabot tinggi mencecah siling itu.

"Shh.."

Laura mengangguk sambil tersenyum suka.

Tap.

Tap.

"Mana semua orang ni?" kedengaran suara itu lemah.

Qayish menjenguk di sebalik persembunyian mereka.

"Shh.. Dia dah dekat," Qayish meletak jari telunjuknya ke bibir Laura.

Tertawa kecil Laura melihat gelagat Qayish. Orang tahu lah! 

"Abang Ayish kira sampai tiga, kita sama-sama eh.." senyuman terukir dibibir.

Laura mengangguk.

"Satu... Dua... Ti-"

"Ga.." sambung Laura.

"BAAAHHH!!" sergah mereka serentak.

"MAKK KAU JATUH TERGOLEK" nyaring suara itu melatah. Matanya ditutup menggunakan kedua tapak tangannya.

Tawa mereka berdua meletus memecah ruang.

Mahu pecah jantung terkejut.

"Muka- HAHAHA! muka Ab- abang Ayin tadi! Aduh sumpah lah..." sambung tawanya. Perut ditekan-tekan.

Qayish meniru memek muka Dayyin lalu sambung ketawa.

"Ish dah lah!" kakinya dihentak protes dan melangkah ke meja makan. 

"Wuu ada orang koyak~" ejek Qayish.

Dayyin memandang tajam mereka berdua.

"Okay, okay..." mengalah Laura. Qayish juga sudah berhenti ketawa. Dia memaut leher Dayyin. 

"Chill lah," dia membuat bump fist bersama Dayyin. Lemah dia membalas. Laura turut membuat perkara sama seraya itu dia memeluk erat tubuh lelaki itu.

"I miss you..." luahnya. 5 bulan tidak bersua muka.

 Qayish pula sememangnya sudah beberapa kali berjumpa Dayyin jika masa terluang. 

 Laura melepaskan pelukan.

"I miss you toooo," balas Dayyin lalu dia mencium setiap inci wajah adiknya yang satu itu.

"Dah lah. Lemas dia kang. Aku tak nak adik baru," seloroh Qayish. Dayyin mencebik. Laura hanya tertawa kecil.

Dayyin mengambil kesempatan mencubit pipi Laura lalu menarik-narik pipi gebu itu. "Sakit lah." pantas dia menepis perlahan tangan Dayyin. Pipinya mula memerah. Mukanya sudah dimasamkan. 

 "Geram. Asal dah gemuk hah?" soalnya. Lama tidak balik ke rumah, adiknya nampak sudah berisi sedikit berbanding kali terakhir mereka bertemu. Jika video call sahaja tidak pula dia nampak lebih jelas.

"Mana ada..."

"Eleh bukan tadi kata gemuk ke?" sampuk Qayish pula. Dia main kata saja bahawa adik perempuannya itu sudah kurus. Dia pun tidak nampak Laura kini sudah berisi. Mungkin hanya sedikit? Ataupun mungkin sebab dia sudah sebulan di rumah. 

"Tahu pun adik tu gemuk. Eee," tangannya kembali bermain pipi gadis itu. Lembut pula.

Laura memutarkan bola matanya. Dia pula sudah terkena. Pipinya kini sudah menjadi mangsa kembali.

Dia melirikkan mata kepada Qayish memohoh bantuan.

Qayish seakan mengerti, dia pantas menggeletek bahagian sensetif Dayyin, iaitu ketiak.

Dayyin sudah menggeletis seperti cacing kepanasan di atas lantai. Qayish dan Laura terus menerus geletek ketiak dan lehernya. Tawa mereka bertiga memecah ruang.

"Nooooooooooo!!" jeritnya puas apabila ada peluang untuk dia bernafas.

Qayish membisik sesuatu ditelinga Laura dan dia mengangguk faham sambil tersenyum sumbing. Dia melangkah kaki ke belakang rumah. Qayish sambung mengeletek Dayyin. Malah makin teruk Dayyin tidak boleh berhenti ketawa.

"Ayish please," rayunya lalu sambung ketawa. Qayish tidak mengendah.

Laura kembali dengan ditangannya memegang seekor kucing jantan. 

"Meow," tangan kecil kucing itu menggapai-gapai.

"Adik!" jeritnya lagi. "Jangan dekat!" kini dia sudah bangun menjauhi Laura. Qayish yang tadinya sudah termengah. Aikk macam dia pula kena serang.

"Meoww,"

"Jauh kau wahai binatang comel yang berbulu lebat! Nyah kau dari mata aku. Kuku mu itu amat menakutkan aku!" dia melangkah setapak demi setapak ke belakang.

"Meow..."

"Ayyin ni. Tiger tak kacau dia pun. Kan Tiger, kan?" kata Qayish lalu tangannya membelai kucing itu. Kepalanya diusap lembut. Suka kucing itu.

"Entah," sokong Laura yang masih memegang Tiger. Badannya digoyang-goyang menghala ke Dayyin.

Dayyin mencabut lari ke arah meja makan.

Kedengaran dengusan kasar dari susuk tubuh itu.

Mereka mentertawakannya lagi.

Kemunculan Dayyin Hayley sekarang tidaklah sama seperti kemunculan Qayish Harley.

 Dimalukan!

Dayyin Hayley Denver Bin Lucian Denver. Seorang jejaka yang masuk air dan caring. Sekepala dengan Laura Navley, tetapi kali ini tidak pula. Anak ketiga dari empat adik-beradik. Mempunyai paras rupa yang tampan. Sama seperti Qayish. Tingginya melepasi kepala Laura. Seorang pelajar Warystom University di Jerman. Berumur 20 tahun. 

Dia juga pengumpul sneakers yang berjaya! Sneakersnya sahaja sudah ada beberapa rak diruang kasut yang disediakan di rumahnya. Minatnya tempias juga kepada Laura.

Dia menyuakan suapan ke dalam mulut.

Sedap gila.

"Adik punya!" jerkah Laura.

Dia yang sedang enak mengunyah tersembur isi di dalam mulutnya. Jus oren dicapai lalu diteguk rakus menghilangkan sisa makanan yang masuk di dalam salur pernafasannya.

"Air aku!" Qayish pula.

Huk! Huk!

Tersedak air pula. Dari saluran pernafasan keluar ke hidung.

Iya anak-anak, cecair oren keluar dari hidung. Perit!

"Eeeeeeee," kata mereka serentak.

"Korang-" dia menahan perit dihidung dan tekak.

Huk! Huk! Huk!

Batuk Dayyin makin menjadi.

"Eh kenapa ni?" cemas Laura lalu menepuk belakang badan Dayyin. Tengkuknya juga diurut.

Qayish pantas mengambil air mineral yang berada di hujung meja. Cawan lain diambil lalu menuangnya.

"Nah,"

Laura menyambut kemudian disuakan kepada Dayyin yang masih terbatuk-batuk.

"Minum,"

Dayyin minum sikit demi sedikit. Sisa batuk berkurang lalu diminum lagi.

"Sorry," ucap Laura.

"It's okay," dia mengukir segaris senyuman. Perit ditekak masih terasa.

"Sambunglah makan," Qayish menolak pinggan itu.

"Abang amik baru." sambungnya lalu beredar ke dapur.

Laura hanya mengangguk.

"Takpa lah nak pergi mandi," Dayyin mengangkat kaki ingin menuju ke bilik.

"Alaaa... Janganlah merajuk," pujuk Laura.

"Abang Ayin penat lah bukan merajuk,"

"Makan dulu," paksanya lagi.

"Makanlah, aku buat lebih untuk kau. Kau taknak makan pulak" datang Qayish dengan sepinggan chicken chop. Air dituang lalu diminum.

Dayyin duduk dengan gaya malasnya. Ceh! Padahal perut dah kebulur minta diisi dah. Perut, janganlah buat hal sekarang ye.

Tangan kecil disebelah itu mengambil pisau dan garfu di atas pinggan itu kemudian memotong kecil-kecil. Potongan kecil itu dicucuk.

Dayyin hanya melihat tingkah adiknya. Bersedia untuk disuap!

Garfu itu dilalukan ke hadapan muka Dayyin kemudian... ngap!

Selamat tiba di dalam mulut Laura.

"Adik!" rengus Dayyin kedengaran.

Terhembur tawa Qayish yang melihat gelagat adik-adiknya.

"Nyum.. sedapnya,"

Qayish tersenyum bangga. Bukan selalu dia beraksi di dapur! Hasilnya tersangat memuaskan. Hehe...

"Nak.." Dayyin sudah bersiap sedia membuka mulut dan membuat muka kasihan.

Laura mencucuk satu lagi potongan. "Weng.. weng.. wenggg.." dia memusing-musingkan garfu ditangannya. "Bushh..." lalu memasukkan ke dalam mulut Dayyin.

"Emm! Syedap!" pujinya sambil mengunyah.

"Janganlah puji lagi. Seganlah.." 

"Eeeee," kata Dayyin dan Laura serentak.

Kemudian mereka bertiga ketawa dengan gelagat masing-masing.

***

   "Kau ni memang tak boleh diharapkan?!" jerkahnya nyaring hingga pecah pasu bunga akibat amukannya.

Dia hanya menunduk takut akan amarah majikannya itu. 

"Cole, kau pergi bunuh je budak tak guna ni. Menyusahkan. Benda kecik macam tu pon tak boleh nak buat." arahnya kepada orang kanannya. Dia hanya menyuruh perhatikan budak tak guna tu, tetapi sekarang dia balik dengan keadaan berdarah dan lebam sana sini. Mana dia tidak mengamuk. Dengan kereta buruknya itu sudah lunyai. Makin mendadak marahnya kepada orang suruhannya ini.

"Baik." patuhnya lalu mengeheret si mental keluar dari bilik bossnya.

"Tu-tunggu! Nanti! Ye- ye, aku akan buat macam kau suruh. Bagi aku chance. Kali ni je!" badannya kini diheret makin jauh dari bossnya itu.

"Aku janji! Tolong lah," rayunya. Badannya kini seboleh-boleh mahu melutut. Cole hanya membiarkan si mental begitu. Wajahnya masih dingin. Cermin mata hitamnya dibetulkan sedikit. Badannya kembali ditegakkan.

Wajah bossnya kini kelihatan tegang sahaja memandang tajam ke arahnya.

"Apa yang boleh kau janji?" soalnya ingin menguji tahap kesungguhan lelaki itu.

"Aku akan bunuh budak tu dengan tangan aku sendiri." jawabnya laju. Sungguh dia tidak mahu mati.

"Kalau kau gagal?"

Si mental terdiam. Ya, dia tahu dia sedang pertaruhkan nyawanya.

"Aku siat daging kau hidup-hidup." katanya dengan segaris senyuman sinis.

 Buang masa saja melayan orang yang hanya menabur janji semata ingin melepaskan diri. Banyak lagi orang yang boleh diupah. Bukan dia seorang saja manusia yang handal membunuh di dunia ini. Ramai lagi. 

Pada mulanya dia mengupah si mental hanya kerana kemahirannya menggunakan senjata. Kini dia tidak percaya pada lelaki ini. Suruh perhatikan saja sudah tertangkap. Apatah lagi dia suruh yang lagi berat.

Cole mengheretnya kembali keluar.

***


Vote and comment !












Continue Reading

You'll Also Like

119K 13.3K 60
怎 Kisah Alice dan Para Putera Bahagian Dua 怏 āŠ±ā”€ā”€ā”€ā”€ā”€ā”€ {ā‹…. ā™› .ā‹…} ā”€ā”€ā”€ā”€ā”€ā”€ āŠ° Alice Allyna, heroin paling gila lagi sendu kembali semula ke Akademi DiRaja...
4.6K 365 35
-Haider Fahreen- Seorang jejaka yang popular di sekolahnya dan handal dalam bermain badminton. Juga bagus dalam akademik dan mendapat Top 1 serta men...
60.3K 4.3K 52
Nur Puteri Gardenia Rose, berusia 28 tahun. Seorang guru yang cemerlang dan berdidikasi. Hidupnya sempurna, ada rumah, kereta sendiri, pekerjaan yang...
1.3M 62.5K 57
SYED ZARIF IZZHAN jatuh cinta pandang pertama kepada NUHA QISRINA, adik kembar NURA QISTINA. Dia sanggup merendahkan egonya untuk meminta bantuan dar...