ENCIK JOKER

By armine_lovers

137K 7.2K 608

" I want you be my Harley" - JoeDaniel " Tolong....." - Aryana Bila Encik Joker dah jatuh cinta tapi cinta i... More

🎭 1 🎭
🎭 2 🎭
🎭 3 🎭
🎭 4 🎭
🎭5🎭
🎭6🎭
🎭7🎭
🎭8🎭
🎭9🎭
🎭10🎭
🎭11🎭
🎭12🎭
🎭13🎭
🎭14🎭
🎭15🎭
🎭16🎭
🎭17🎭
🎭18🎭
🎭19🎭
🎭20🎭
🎭21🎭
🎭22🎭
🎭23🎭
🎭24🎭
🎭25🎭
🎭26🎭
🎭27🎭
🎭28🎭
🎭29🎭
🎭30🎭
🎭31🎭
🎭32🎭
🎭33🎭
🎭34🎭
🎭36🎭
🎭37🎭
🎭38🎭
🎭39🎭
🎭40🎭
🎭41🎭
🎭42🎭
🎭43🎭
🎭44🎭
🎭45🎭
🎭46🎭
🎭47🎭
🎭48🎭
🎭49🎭
🎭50🎭
🎭51🎭
🎭52🎭
🎭53🎭

🎭35🎭

2K 126 6
By armine_lovers

Aryana senyap di meja makan. Kalau diikutkan dia dah lari dari meja makan itu. Demi menjaga nama baik majikannya dia terpaksa. Joe pula tidak habis memandangnya.

Makanan yang dimakan pula sangat perit ditelan. Wahyu perasan perubahan daripada Aryana memandang gadis itu dengan penuh risau.

" Aryana awak okay?" Wahyu bertanya lembut

" Sa..saya okay je" senyuman manis dihadiahkan kepada Wahyu

Joe tersenyum sinis melihat kegusaran Aryana. Tahu takut. Fikiran nakalnya mula terbit untuk mengusik gadis itu.

Kakinya naik mengusap kaki Aryana disebalik kain yang dipakai. Terus tubuh gadis itu kaku apabila terasa sesuatu mengusap kakinya.

" Maaf sa..saya ke tandas sekejap" sudu dan garfu diletakkan sebelum meminta izin.

Wahyu tidak sempat menahan Aryana hanya membiarkan sahaja gadis itu pergi.

Aryana tanpa melengahkan masa melarikan diri ke tandas wanita. Dia mengunci pintu tandas dengan pantas. Nasib tiada orang yang menggunakan tandas ketika itu.

Jantungnya berdegup kencang menahan ketakutan. Renungan lelaki itu membuatkan dia takut. Bukan seperti renungan sebelum ini. Kali ini renungan marah dan kekecewaan.

Joe memandang pemergian Aryana dengan senyuman nakal. Gadis itu cuba mengelakkan diri daripadanya.

" Wahyu? Tandas dekat mana?" soal Joe

" Tandas dekat arah nih. Ada tandas lelaki dan tandas wanita. Kau jangan silap tandas pulak" ketawa Wahyu.

" Aku tahu"

Joe berjalan ke arah tandas yang ditunjuk oleh Wahyu. Lorong ke tandas sangatlah sunyi.

Tombol pintu tandas lelaki dipegang sebelum memandang pintu tandas wanita.

Aryana baru keluar dari tandas terkejut melihat satu susuk tubuh tinggi lampai berdiri di hadapannya. Terus tubuhnya ditolak masuk ke tandas semula. Dia tidak sempat menjerit kerana mulutnya ditutup rapat.

Mata dipejam tidak berani memandang lelaki dihadapannya. Hembusan nafas yang menerpa wajahnya membuatkan bulu romanya meremang.

" seronok tak lari dari aku my dear doll" bisik Joe

" Hmphhhhh" Aryana meronta-ronta. Kakinya pulak naik menendang kaki Joe.

Joe ketawa, tendangan Aryana bukanlah sakit sangat pon. Yang dia sakit sekarang adalah hatinya. Hati yang kekosongan.

" Jeritlah macam mana sekalipon orang lain tak akan dengar. Setahu aku tandas ni soundproof kan?"

Aryana memukul tangan Joe pulak kerana sukar untuk bernafas. Joe yang paham itu menurunkan tangannya. Matanya merenung tajam ke arah Aryana yang menundukkan wajah

Dagu Aryana dipegang dan mendonggakkan wajah gadis itu. Pipi Aryana diusap lembut.

" Lepas kau balik rumah kemas-kemas barang kau. Ikut aku" arah Joe

" p..pergi mana?" soal Aryana polos. Joe pulak dengan senyuman sinisnya

" pergi neraka"

Aryana menundukkan wajahnya. Takkan lah dia akan kembali kepada lelaki di hadapannya semula. Dia takut akan diseksa dan dikurung oleh lelaki itu sekali lagi. Dengan penyakit yang dihadapi oleh Joe.

" Jangan risau, lepas doll pulang. Aku akan layan doll macam seorang permaisuri. Doll mintak lah apa pon aku akan tunaikan"

Joe melepaskan Aryana dan membetulkan baju kot hitam yang dipakainya.

" Sudah bakal suami dan bakal bapak mertua kau dah tunggu di depan. Jangan lama-lama pulak" perli Joe dengan senyuman sinis lalu keluar dari tandas.

Aryana bersandar di dinding tandas. Tangisan dihamburkan. Dirinya berasa lemah. Lama dia menatap kesedihan, Aryana kembali bangun dan mengelap air matanya kembali.

Pintu tandas dibuka dan berjalan ke arah dapur. Senyuman terbit diwajahnya apabila melihat semua rakan sekerjanya sedang berborak. Matanya mengerling Rania and the gang yang tidak jauh darinya.

" amboi tuan puteri kita dah sampai" sergah Kak Ton.

" Macam mana? Seronok tak dapat jumpa Ceo kacak?" soal Kak Ton sambil mencuit bahu Aryana

" Maksud Kak Ton? Tan Sri Wahab?" soal Aryana polos

" Ehh..budak nih!! Kak Ton bukan cakap pasal bapak si Wahyu tu. Kak Ton cakap pasal lelaki yang lagi satu tu. Apa nama Joe?"

' kacak tapi gila' kata hati Aryana.

" Amboi Kak Ton nih nak cucuk lagi lah tuh. Suami kat rumah tu pon tak larat nak jaga" kata Zaki rakan sekerja Aryana

" Ehh..okay lah tuh daripada kau tuh single memanjang" perli Kak Ton. Zaki pula cemberut wajahnya. Bukan dia single tapi dia sudah jatuh cinta dekat seseorang. Tapi demi menjaga nama sebagai kawan dia terpaksa menahan perasaannya.

" Kak Ton..Abang Zaki sudah-sudahlah bergaduh. Nanti dengar sampai luar suara korang berdua" Aryana cuba meredakan perdebatan mereka berdua

Aryana leka berborak dengan rakan sekerjanya yang lain sehingga tidak perasan Rania datang ke arahnya lalu menolak kasar bahunya

" Opss..sorry I tak perasan" Rania tersenyum jahat

Aryana tersenyum sambil mengusap bahunya

" Jangan layan dia jeles lah tuh"

" Datang dari kampung sibuk cakap I..You....acah bandar sangat. Nih lah budak zaman sekarang" perli Kak Ton

" Kau pun dari kampung orang tua" Rania menjeling Kak Ton sambil mencekak pinggangnya.

" Rania jangan kurang ajar?!" marah Aryana

" Ehh? Kau marah? Wow" Rania ketawa jahat diikuti dengan rakannya

" Habis tuh kalau si Aryana nih marah nak buat kenduri. Tak payah buat-buat terkejut sangat" Zaki pula datang meredakan pergaduhan Aryana dan Rania

" Zaki..Zaki..kau tak payah nak acah hero lah depan nih. Macam lah aku tak tahu yang kau tu ada hati dekat Aryana. Tapi kesian...kena reject" Rania ketawa. Zaki pula menahan kemarahannya

" Dah lah, geng jom blah dari sini. Makin lama makin berbau duduk dekat sini" Rania and the gang pergi dari situ.

" Ehh..yang berbau tuh badan kau!" jerit Kak Ton

" Kak Ton sudahlah...." pujuk Aryana.

" Kak Ton boleh Aryana mintak tolong?" soal Aryana sambil memegang kedua belah tangan Kak Ton

" Kenapa Aryana macam serius je?"

" Tak ada apa-apa cuma...nanti tolong beritahu Encik Wahyu yang Aryana dah balik rumah. Takut Encik Wahyu cari Aryana. Boleh kan?" rayu Aryana

" Aryana tak sihat ke?" soal Zaki pula

" Tak Aryana rasa macam tak sedap badan. Boleh kan Kak Ton?"

" Ha boleh. Zaki tolong hantar si Aryana ni balik rumah. Risau balik sorang-sorang" arah Kak Ton

" Ehh..tak apa Kak Ton. Aryana boleh je balik sendiri. Tak nak susahkan Kak Ton dengan Abang Zaki"

" Tapi Aryana...."

" Aryana kata tak payah. Jangan risau? Okay?"

Kak Ton dan Zaki mengalah. Mereka takut kalau mereka memaksa boleh manaikkan kemarahan Aryana.

Aryana mengambil beg tangannya yang ditinggalkan di dapur lalu bergerak ke pintu keluar belakang.

Tangannya dilambaikan kepada semua orang sebelum dirinya menghilang di sebalik pintu keluar.
























Joe pergi ke arah meja makan dimana Wahyu dan Tan Sri wahab duduk. Dia melabuhkan punggungnya di kerusi.

" Jumpa tandas?" soal Wahyu

" Jumpa" jawab Joe sepatah

" Mana Aryana lamanya dia pergi tandas?" tanya Tan Sri Wahab. Terus matanya Wahyu memandang sekeliling.

" Iyerr jugak. Kau ada terserempak dengan dia tak Joe?"

" Tak pon" Joe menaikkan bahunya. Dalam diam dia ketawa sinis.

Beberapa minit mereka menjamu selera, tiba-tiba terdengar satu jeritan dari pekerja Wahyu

" Encik Wahyu?!!!! Encik Wahyu!?!!!" pekerja lelaki itu berlari ke arah Wahyu dengan topi keledar yang masih di atas kepala.

Wahyu dan Tan Sri Wahab memandang risau lelaki tadi kecuali Joe yang berwajah ketat itu.

" Kenapa Zul? Ada apa-apa yang berlaku ke?" soal Wahyu yang baru bangun dari kerusi

Zul membongkokkan badannya mencari nafas kerana penat berlari

" Ar...Aryana" Zul menunding jarinya ke arah luar. Joe yang mendengar nama Aryana disebut terus terbeliak anak matanya. Tahu pun kisah.

" Kenapa dengan Aryana? Zul?" Wahyu mengongcang bahu Zul

" Wahyu bawak bersabar. Kesian pekerja kamu tuh penat dengan topi keledar tak cabut. Bagi dia terang apa yang jadi dulu" pesan Tan Sri Wahab

" Aryana kena culik"

" Apa?!" terus naik suara Wahyu. Joe pula sudah bangun dari kerusi. Gadisnya kena culik

" Jangan buat cerita Zul?!" jerkah Wahyu

" Betul encik Wahyu. Masa saya nak  parking motosikal saya tadi. Saya nampak Aryana jalan sorang-sorang lepas tuh saya dengar orang jerit. Rupa-rupanya, Aryana. Ada van putih berhenti depan Aryana dan orang dalam van tuh tarik Aryana masuk. Saya tak sempat nak selamatkan Aryana. Saya kejar van putih tuh tapi van tuh terlepas. Nih yang saya patah balik datang sini" cerita Zul

" Apa nombor pemdaftaran van tuh" Joe yang datang dari arah belakang terus mencengkam kolar baju Zul

"J..joe?" Wahyu memanggil Joe

" Kau diam boleh tak?" jerkah Joe

" Aku tanya lagi apa nombor pendaftaran van tuh?"

" Saya tak tahu..tapi yang saya tahu van tuh menghala je arah jeti" Jawab Zul perlahan. Dia kecut perut apabila memandang anak mata Joe

Cengkaman baju Zul dilepaskan. Telefon dikeluarkan dari poket seluar dan mendail nombor seseorang

" Hello, Robert. Tolong arahkan semua anak buah cari Ms. Mikhail sekarang" arah Joe. Wahyu dan Tan Sri Wahab pula dah terkaku di tempat sendiri

" Joe? Apa maksud kau? Ms. Mikhail? Kau kenal Aryana ke?" soal Wahyu dengan wajah polos

" Hehh..sebelum kau kenal Aryana aku dah kenal dia dulu. Dia tu bakal isteri aku yang lari. Sekarang aku datang nak ambil dia semula dari kau dan jantan-jantan yang gatal dekat sini" marah Joe.

Wahyu terpana. Bakal isteri? Jadi Aryana bakal isteri Joe. Dia hanya bertepuk sebelah tangan mengharap cinta Aryana. Patutlah gadis itu sentiasa mengelak daripadanya.

" Kau bohongkan Joe?" nafi Wahyu. Dia tidak percaya.

" Encik Wahyu!" Kak Ton berlari dari ke arah Wahyu

" Kenapa Kak Ton?"

Kak Ton menceritakan tentang Aryana dari dapur sehingga gadis itu hilangkan diri

" kenapa Kak Ton biarkan dia balik sorang diri?"

" Kak Ton suruh Zaki hantarkan Aryana pulang tapi dia tak nak"

Wahyu menunduk. Bahunya ditepuk oleh Tan Sri Wahab. Wajah Joe yang bengang dipandang sekilas.

" Joe? Aku tolong kau cari Aryana. Cari bakal isteri sahabat aku" kata Wahyu sambil berjalan ke arah Joe. Bahu lelaki itu ditepuk. Dia mahu mendengar sendiri dari mulut Aryana tentang dia dan Joe.

" Baiklah" Joe menjawab sepatah lalu keluar dari restaurant diikuti Wahyu dari belakang. Dia perlu mencari gadisnya semula.

Continue Reading

You'll Also Like

1.4M 46.5K 88
#2018 πŸŽ€SIRI PERTAMA ADIK BERADIK TIRIπŸŽ€ Ayla Ayuni dan Azrif Ayril terpaksa menerima kenyataan yang mereka ialah adik beradik tiri. Keadaan menjadi...
1.6M 76.6K 128
COMPLETED "Dia kan bekas pelajar sekolah pondok. Dia bukannya macam kita, belajar dekat sekolah biasa macam sekolah kita ni. Mestilah dia tak pegang...
674K 64.1K 102
ALPHABET SERIES: B for BFF 2# Apa pendapat korang tentang kawan baik sendiri? [C]Jun2018-Disember2018
2.7K 247 18
Andalookaew X Noon praewa